Chapter 25

Mystery & Detective Completed 13460

BACK

2015

"Jadi? Apa kaitannya?" tanya Nazri.

"Untuk tahun ini, kejohanan tu akan dihadiri oleh suspek juga," kata Hani.

"Jadi?" tanya Nazri.

"Suspek merayu kepada pihak pengurusan acara dan kejohanan supaya memasukkan dia ke dalam kejohanan tu sebagai QM," kata Hani.

"Dia bukan masuk sebagai peserta tetapi orang yang mengiringi mereka," kata Qausar. Dia tahu memang kejohanan itu akan meminta setiap sekolah yang bertanding untuk membawa selebih-lebihnya 3 orang pelajar untuk dijadikan urusetia. Qayreena juga dulu pernah menyertainya sebagai urusetia. Dan bukannya peserta.

"Adakah pemohonan dia diluluskan?" tanya Zura.

"Ya. Ia diluluskan," kata Hani.

"Nampaknya, dia terpaksalah meninggalkan harapan untuk jadi urusetia tu sebab kita terpaksa tahan dia dari aktiviti luar sekolah," kata Nazri.

"Tak," kata Qausar tiba-tiba. "Biarkan je dia pergi ke kejohanan tu,"

"Apa?! Tapi, dia suspek," kata Nazri.

"Macam kesimpulan kita tadi, dia mungkin ada DID," kata Qausar.

"Jadi?" tanya Nazri.

"Kita tak tahu siapa yang mohon nak jadi QM tu. Dia atau EP dia. Dan, apa sebab dia nak sangat hadiri kejohanan tu," terang Qausar. "Dan, apa sebabnya dia nak ke sana. Kalau ia ada kaitan dengan kes yang tengah team kita siasat. Senang kita nak uruskan hal seterusnya,"

"Oh. Siapa yang akan ke sana esok?" tanya Hani.

"Saya," Zura menawarkan diri.

"Aku pun," Nazri mengangkat wajahnya.

"Pelik. Biasanya kau tak suka nak turun padang sangat," kata Hani. "Apatah lagi dengan sukarela. Kau lebih sukarela tak turun padang daripada kau in-charge,"

"Aku kan tukang ambil gambar kat sini. Siapa lagi yang nak ambil gambar kalau bukan aku," kata Nazri. "Lagi pun, aku suka kes ni. Interesting,"

"So. Aku, Nazri dan juga Zura akan turun ke Universiti Selatan esok. Mei Lin, pergi ke hospital tempat Rayyan terima rawatan dan dapatkan rekod perubatan dia. Foo Lim pula, ke hospital tempat Puan Jamilah dirawat. Dapatkan rekod kesihatannya. Sama juga dengan Fadhli. Ke hospital tempat anak Puan Jamilah dirawat sebelum dia meninggal dan siasat latar belakang doktor yang in-charge waktu tu," Qausar mengagihkan tugasan. Mereka semua mengangguk. "Kita akan kumpulkan semua maklumat lusa. Di bilik mesyuarat,"

"Baik, Tuan,"

~

Hamizi duduk sendirian di dalam biliknya. Ia memang tidak disangka. Ternyata selama ini, dia memperbodohkan diri sendiri. Mungkin kerana dia terlalu mencintai Nurdhiya. Atau, kerana dia memang bodoh? Atau memang mempunyai penyakit mental?

Perbualannya dengan Qayreena petang tadi, menjelaskan segala-galanya.

"What will you say?" tanya Qayreena.

"Apa maksud awak dengan Dhiya yang bagitahu awak? Dia baru je pergi tadi. Bila masa dia bagitahu awak?" tanya Hamizi hairan. Sedangkan tadi sahaja, Nurdhiya sedang tidak berpuas hati dengannya kerana menyangka dia menyukai Qayreena.

Adakah itu sangkaan? Sepertinya, ia kebenaran. Yang dia sukakan Qayreena lebih daripada dia menyukai Nurdhiya.

"Dia cerita yang awak kemalangan lepas hantar saya pergi hospital. Sebab awak nak dapatkan balik gelang kakak saya yang masih ada pada awak yang dah terlepas ke tengah jalan pada waktu tu. Dan, dia juga bagitahu yang dia dermakan darah dia untuk awak sebab awak kehilangan banyak darah waktu tu," terang Qayreena.

Ya. Semua itu memang benar. Tapi, Hamizi musykil. Benarkah Nurdhiya akan menceritakan hal itu kepada Qayreena. Sedangkan tadi sahaja dia baru sahaja membahaskan tentangnya. Yang dia tidak berpuas hati kerana Qayreena lebih tinggi dalam hati Hamizi daripadanya.

"Mana Dhiya? Saya tak nampak dia pun?" tanya Qayreena.

"Dia baru je keluar tadi. Sebelum awak datang tadi," kata Hamizi. Dia masih lagi musykil akan sesuatu. "Awak pasti ke, Didi saya yang bagitahu awak tentangnya?"

"Tentang apa? Kemalangan tu?" tanya Qayreena. Hamizi mengangguk. "Mestilah. Dia yang bagitahu saya. Kalau tak, macam mana saya boleh tahu?"

"Dia juga bagitahu yang bukan awak yang bunuh mereka," kata Qayreena. Bunuh?

"Bunuh siapa?" tanya Hamizi.

"Bunuh mereka semua. 11 orang semuanya. Kat hotel tu. Dan, dialah orangnya yang tahan awak daripada masuk awal ke bilik awak," kata Qayreena. Hamizi mengimbas kembali kejadian malam tersebut.

"Mengarut! Didi tak ikut saya ke sana. Apatah lagi untuk ada kat sana malam tu. Memang tak mungkin," kata Hamizi tidak mahu mempercayainya. Dia merasakan ia amat tidak masuk akal.

"Ya ke? Saya rasa, saya memang nampak Dhiya kat sana," kata Qayreena.

"Apa maksud awak, awak nampak dia? Awak ada kat sana waktu tu?" tanya Hamizi.

"Boleh kata macam tu lah juga," kata Qayreena.

"Awak mesti bergurau. Dia-,"

"Dia juga ada cakap supaya saya jaga awak dan selalu ada di sisi awak," kata Qayreena.

"Dah! Berhenti mengarut! Didi tak mungkin minta awak jaga saya. Dia sendiri cemburu dengan awak tadi. Dan, berhentilah buat cerita yang dia ceritanya pada awak sebab dia dah-" Hamizi tersentak. Terhenti begitu sahaja. Dia baru sahaja perasan mengenainya. Kenapa dia baru menyedarinya?

"Kenapa berhenti?" tanya Qayreena. Hamizi yang sedang hilang dalam dunianya sendiri, tersedar. Dia memandang ke arah Qayreena di hadapannya. "Baru sedar tentang sesuatu?"

Hamizi menggeleng. Dia masih tidak mahu mempercayainya. Ia amat sukar untuk diterima.

"Awak pasti, Didi yang beritahu awak tentangnya?" tanya Hamizi.

"Ia bukan Didi. Tapi, Nurdhiya," kata Qayreena.

"Apa maksud awak?" tanya Hamizi.

"Yang bagitahu maklumat yang tak semua orang tahu tu, Nurdhiya. Bukannya Didi, teman imaginasi awak tu," kata Qayreena.

"Didi bukan teman imaginasi. Dia memang wujud!" tegas Hamizi.

"Awak yakin?" tanya Qayreena. Hamizi teragak-agak tentangnya. "Awak sendiri tak pasti tentangnya, kan?"

"Tapi..."

"Awak sendiri tahu, Nurdhiya, dah lama meninggal dunia. Dah hampir 9 tahun dia pergi. Tapi, kerana awak tak berapa kuat menghadapi kepergiannya, awak ciptakan teman imaginasi dengan perwatakan Nurdhiya yang awak kenal. Dan, hidup bersamanya. Percaya yang Didi ialah Nurdhiya. Sedangkan, mereka sebenarnya berlainan," kata Qayreena.

"Apa bukti awak yang mereka bukan orang yang sama?" tanya Hamizi. Ada getaran kurang yakin pada hujung suaranya tika itu. Dia muka mempercayai Qayreena. Tapi, dia tidak mahu mengakuinya.

"Awak rasa, Nurdhiya akan mudah melenting ke bila awak rapat dengan mana-mana perempuan?" tanya Qayreena.

Jawapannya, tidak. Kerana Nurdhiya hanya akan merajuk. Melenting bukanlah cara Nurdhiya. Tapi...

"Manusia boleh berubah ikut situasi. Dia nampak saya lebih fikirkan awak daripada dia. Sebab tu dia tak puas hati," kata Hamizi mempertahankan Didinya.

"Saya tak rasa macam tu," kata Qayreena. Sebenarnya, Hamizi memikirkan hal yang sama. "Betullah awak sukakan saya?"

"Saya rasa..."

"Awak nak tahu tentang sesuatu? Awak memang nak lepaskan Didi. Tak begitu?" tanya Qayreena.

"Kenapa pula?" tanya Hamizi.

"Didi, rakan imaginasi yang awak ciptakan dengan perwatakan Nurdhiya. Dan, mungkin kerana awak mula nak melupakan perasaan awak terhadapnya, awak mula ciptakan situasi di mana Didi mula melenting kerana awak dah tak pedulikan dia," kata Qayreena. "Sama macam kehidupan sebenar, awak perlu ciptakan keadaan yang sesuai untuk putus dengan kekasih awak. Sebab tu lah awak ciptakan situasi Didi cemburu supaya awak ada sebab untuk berpisah dengan dia. Pada masa yang sama, melepaskan teman imaginasi awak pergi,"

Hamizi merenung pianonya. Dia melangkah ke arah piano itu. Ya. Dia tahu pasti apa yang Qayreena katakan.

"Saya tak boleh hidup bila tahu dia tak lagi bernyawa," kata Hamizi. "Dia pernah selamatkan nyawa saya satu masa dulu. Tapi, saya tak sempat untuk selamatkan dia. Saya tak boleh hidup bila tahu dia tak ada. Dan, dia bunuh orang. Saya rasa bersalah sebab tak ada dengan dia pada waktu tu. Saya terlambat. Dengan cara ni, saya baru dapat hidup. Saya sedar yang hal ini sepatutnya dihentikan. Tapi, macam mana saya nak hidup kalau saya asyik rasa nak mati bila saya ingat Didi tak ada lagi di sisi saya?"

Hamizi menghela nafas berat. Kebenaran ini, memang amat payah. Qayreena tersenyum. Dia menyimpan kembali rantai lengan milik Qeerana yang dipulanhkan kembali oleh Hamizi.

"Nampaknya, awak dah sembuh. Dia dah tak dapat lagi kawal awak," kata Qayreena.

"Siapa? Siapa yang kawal saya?" tanya Hamizi.

"Seseorang yang sama mengawal Dhiya, dan dia tu untuk membunuh," kata Qayreena.

"Maksud awak, Didi bukan rela hati nak bunuh mereka?" tanya Hamizi.

"Saya rasa, awak kenal Dhiya lebih baik daripada saya. Jadi?" Qayreena memulangkan kembali soalan.

"Siapa dia?" tanya Hamizi.

"Ia seseorang yang secara senyap, meletakkan tali halus pada tubuh Dhiya. Apabila Dhiya diletakkan dalam keadaan separa sedar, dia akan mula melakukan hal yang dia tak tahu malah tak nak lakukan," kata Qayreena. "Sebab hal inilah awak terlindung daripada dibunuh sedangkan awak antara sasaran dia pada waktu tu,"

"Maksud awak, kes kat hotel tu ke?" tanya Hamizi.

"Ya. Dia dah tetapkan. Pembunuhan urutan menurun. Daripada 12 orang, awak yang terakhir," kata Qayreena.

"Kenapa saya yang terakhir?" tanya Hamizi.

"Kebetulan, urutan abjad 'A' pertama dalam nama awak ialah yang pertama. Ahmad Hamizi. Jadi, awak ialah orang yang terakhir yang akan dibunuh pada malam tersebut," kata Qayreena.

"Maksud awak, semua yang dijemput ke hotel hari tu, memang dah disusun urutan kematiannya?" tanya Hamizi.

"Malah, dia dah bagi hint tentangnya. Nombor-nombor yang awak semua terima bersama jemputan tu. Dia bunuh dari orang yang dapat nombor 12," kata Qayreena.

Hamizi berfikir sejenak. Ia memang ada logiknya.

"Dan kenapa saya terselamat?" tanya Hamizi.

"Ia sebab jiwa Dhiya bersama awak," kata Qayreena. "Dalam erti kata lain, Dhiya menjaga awak,"

"Apa maksud awak?" tanya Hamizi.

"Saya ada cakap yang saya nampak Dhiya kat sana malam tu, kan? Dialah yang jaga awak. Dia halang jasad awak daripada dilihat oleh orang yang dikawal oleh orang tu. Dan dengan jiwa Dhiya, orang tu juga memang mempunyai firasat untuk tak mencari awak. Sebab apa, orang tu dikawal oleh orang yang sama yang mengawal Dhiya satu ketika dulu. Sebab tu lah dia boleh berhubung dengan orang tu," terang Qayreena.

"Sebab tu lah saya selamat," kata Hamizi. Dia terfikir akan sesuatu. "Tapi, kalau hanya saya yang terselamat, tak ke sepatutnya saya akan jadi suspek utama kes tu? Tapi, saya masih bebas. Tak de pun disoal siasat lagi,"

"Sebab Dhiya dah fikirkan hal ni," kata Qayreena. "Dia dah tahu yang kalau awak dah selamat, awak akan jadi suspek utama. Sebab tu lah dia meminta seseorang yang boleh nampak dia untuk letakkan maklumat dan rekod kesihatan awak ketika bekalan elektrik terputus waktu tu,"

"Awak cakap awak boleh nampak Didi. Maksudnya, awak boleh nampak hantu lah?" tanya Hamizi.

"Taklah. Saya hanya boleh merasakannya. Saya dapat rasakan kehadiran mereka dan hanya boleh nampak jika mereka menampakkan diri mereka pada saya," kata Qayreena.

"Dan, awak memang ada kat sana pada waktu tu?" tanya Hamizi.

"Secara teknikalnya, saya ada kat sana. Tapi, bukan pada waktu kejadian dan bukan kat dalam hotel. Saya hanya ada dalam kereta keluarga saya dan tidur. Saya hanya sedar bila Qeerana dah ada dalam kereta dan kereta tu dah tak ada dah pun kat tempat letak kenderaan hotel tu," kata Qayreena.

"Dan, awak cakap awak nampak dia?" tanya Hamizi.

"Saya boleh nampak masa depan dan masa lalu seseorang dalam mimpi. Macam tu jugalah saya dapat tahu yang awak wujudkan Didi," kata Qayreena.

"Awak... Pskik?" tanya Hamizi.

"Boleh dikatakan macam tu," kata Qayreena. "Sekarang, awak dah sedar, kan? Saya juga pasti awak dah sembuh. Berhenti cakap dan berkelakuan macam Nurdhiya masih hidup. Dan tunjukkan pada dia yang awak tak kan tunduk pada kawalan dia lagi,"

"Siapa yang saya kena tunjuk?" tanya Hamizi. Qayreena tidak menjawab. Dia hanya tersenyum dengan senyuman penuh misteri.

Hamizi meraup wajahnya. Siapakah orangnya yang dimaksudkan oleh Qayreena tadi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience