VOICES (Part 1)
2015
"Mak su," panggil Aliman. Adeimi menoleh.
"Ya?" tanya Adeimi.
"Kalau sebuah pembunuhan telah dilakukan, roh mangsa tak akan aman dan akan terus berkeliaran, kan?" tanya Aliman.
"Ya," kata Adeimi. "Biasanya, pembunuh tak akan menyelesaikan apa yang mangsa nak selesaikan sebelum dia mati. Sama ada pasal dendam, mayat atau wasiat dan permintaan terakhir. Mereka akan terus berkeliaran sampai mereka dapat apa yang mereka nak,"
"Macam mana kita nak cari pembunuh mereka?" tanya Aliman.
"Biasanya, roh mereka akan memberi petunjuk atau berkomunikasi pada orang yang boleh mendengar mereka," kata Adeimi.
"Kalau yang nampak je, tak boleh dengar?" tanya Aliman.
"Kenapa? Pelik kamu tanya soalan macam tu," kata Adeimi hairan.
"Sebab, sejak akhir-akhir ni, sata hanya boleh nampak mereka. Saya tak boleh berkomunikasi dengan mereka. Sama ada saya tak dengar mereka atau mereka tak dengar saya," kata Aliman. "Ia agak pelik,"
"Nampaknya, dah sampai masa untuk kamu kahwin, Liman," kata Adeimi.
"Apa pula?" tanya Aliman. "Saya baru je berapa tahun. Sekolah tak habis lagi ni pun. Dah lah exam dah dekat. Tak kan nak fikir pasal kahwin pula,"
"Maksud mak su, bukan suruh kamu terus kahwin. Tapi, ia adalah petanda yang kamu akan jumpa dengan pasangan hidup kamu. Mungkin tentang seseorang yang boleh dengar apa yang kamu tak boleh dengar," kata Adeimi.
"Boleh dengar?" tanya Aliman. Dia berfikir sejenak. Qayreena kah? Kalau tidak salah, dia boleh melihat masa hadapan sahaja. Dan merasakan kehadiran'nya'. "Siapa?"
"Tunggu je. Nanti, datanglah orangnya. Setiap manusia dah ditetapkan pasangan hidup untuknya. Jadi, awak akan temuinya. Kalau ikut apa yang mak su tahu, dia ada di dekat kamu," kata Adeimi.
"Siapa?" tanya Aliman. "Bagitahu Liman, mak su,"
"Mak su tak boleh bagitahu, Liman. Kalau mak su bagitahu, nanti dia akan lebih jauh daripada kamu dan lebih susah untuk kamu dapatkan dia," kata Adeimi. "Jadi, jangan risau. Dia selalu ada dekat dengan kamu. Mungkin kamu tak sedar. Tapi sebenarnya, kamu dah mula rasa kosong buat masa ni,"
"Kosong?" tanya Aliman hairan. Aliman rasa, dia ada teringat akan sesuatu. Ya. Dia memang sudah mula merasa kosong.
~
Telefon bimbitnya berdering. Qayreena menjawabnya.
"Hello?" Qayreena memulakan bicara.
"Pergi! Jangan cakap lagi!!!" laung seseorang daripada pemanggil di hujung talian. Qayreena melihat skrin telefon bimbitnya untuk melihat nama pemanggilnya. Aliyah.
"Hello? Liyah. Liyah tak apa-apa ke?" tanya Qayreena. Tapi, apa yang dia dengar hanyalah esakan Aliyah. "Liyah! Dengar Qay tak ni?"
"Mereka datang lagi. Tolong Liyah, Qay..." rintih Aliyah di hujung talian.
"Liyah kat mana sekarang? Qay pergi kat sana," kata Qayreena. Hamizi memandang Qayreena yang duduk di tempat duduk sebelah pemandu itu.
"Kenapa?" tanya Hamizi.
"Awak hantar saya ke satu tempat. Boleh?" tanya Qayreena.
"Tapi awak cakap nak ke tempat tu," kata Hamizi.
"Itu boleh tunggu," kata Qayreena. "Ia lebih penting daripada ini,"
"Baiklah," kata Hamizi. "Kita nak ke mana?"
~
"Tolong, jangan cakap lagi! Aku tak nak dengar! Tolonglah!" laung Aliyah. Dia mengurung dirinya di dalam biliknya sendirian. Meringkuk di satu sudut sambil menekup kedua-dua belah telinganya.
Habis berselerak biliknya. Dia menangis kerana ketakutan. Dia tidak mampu berganjak kerana terlalu takut. Aliyah hanya mampu berdiam dan menahannya.
"Tolonglah... Aku merayu pada korang semua. Tolong..." rintih Aliyah.
~
"Tak boleh?" tanya Qausar.
"Ya. Dia kan professor. Dia agak sibuk sekarang ni. Yalah. Kan baru mula semester baru. Banyak benda yang perlu dia buat," kata Zura.
"Bila dia free?" tanya Qausar.
"Lusa rasanya boleh kot," kata Zura. "Dia suruh pergi ke pejabat dia kat universiti tu. Dia akan comfirmkan esok,"
"Okeylah kalau macam tu," kata Qausar.
"Aku tertanya-tanyalah, apa yang Doktor Dinah buat sekarang," kata Fadhli tiba-tiba.
"Kenapa pula?" tanya Qausar hairan dengan pertanyaan Fadhli.
"Yalah. Dia sekarang ni antara suspek kes-kes yang tak terselesaikan yang kita ada sekarang ni. Penerangan dia tentang kes dia kena rogol tu pula, bagi nama mangsa 060606. Dan pasal Nurdhiya sekali. Ia memang akan buat kita fikir yang dia dalang sebenar," kata Fadhli. "Tambahan lagi, dia dah master dalam hipnotisme. Tak rasa ke yang dia akan rancangkan sesuatu?"
"Entahlah," kata Nazri. "Mungkin, dia tengah uruskan urusan yang akan membuktikan dia seorang pembunuh? Dia mungkin tengah hapuskan semua bukti yang akan merujuknya pada kita. Kita tak tahu, kan?"
"Atau, dia tengah rancang sesuatu untuk kita," kata Qausar. Semua yang berada di ruangan itu menoleh ke arah Qausar. Sedar diri diperhatikan, Qausar menoleh. "Hm?"
"Kenapa kau, Sar?" tanya Nazri.
"Tak adalah," kata Qausar. "Aku agak je,"
~
Aliman mengekori Doktor Dinah. Dia pasti yang roh kanak-kanak lelaki itu masih berada di samping Doktor Dinah. Dia mahu mencuba untuk berkomunikasi dengannya. Namun, dia tidak berjaya.
"Kenapa?" tanya Aliman sendirian. Belakangan ini, kebolehannya seakan tiada gunanya. Dia hanya mampu melihat mereka. Bukan berkomunikasi dengan mereka.
Aliman bersandar pada batang pokok itu. Teringat akan kata-kata Adeimi. Pasangan hidup? Jadi, dia perlu mencari orang yang boleh mendengar mereka? Siapa?
Kenapa sebelum ini dia boleh sahaja berkomunikasi dengan mereka. Kenapa sekarang terbatas? Ia amat aneh. Ada apa-apa yang dia selalu lakukan yang sekarang dia sudah tidak melakukannyakah? Apa?
"Argh!!!" Aliman menyerabutkan rambutnya. Frust. Dia tahu tentang sesuatu tetapi dia tidak mampu melakukan apa-apa. Ia amat membuatnya merasa tidak tenang kerana tidak menyelesaikannya.
~
Hamizi memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah yang diberitahu oleh Qayreena. Qayreena menjenguk keluar.
"Ramai kat sini," kata Qayreena.
"Ramai?" tanya Hamizi. Dia menjenguk keluar juga. Namun, dia tidak melihat sesiapa. Hanya sebuah rumah kecil yang kelihatan agak terbengkalai. Jalan di sekitar rumah itu juga kelihatan lengang sahaja. "Tak ada orang pun. Saya tak nampak sesiapa,"
"Mereka bukan orang. Mereka tak dapat dilihat. Tapi, mereka sangat ramai kat sini," kata Qayreena. Hamizi terkejut mendengarnya. Dia menggosok belakang tengkuknya.
"Awak... Boleh nampak?" tanya Hamizi teragak-agak.
"Tak," kata Qayreena lalu turun daripada kereta Hamizi. Hamizi mengekorinya.
"Habis tu, macam mana awak boleh tahu yang kat sini ramai?" tanya Hamizi hairan.
"Macam orang buta. Tak dapat nampak. Tapi, boleh merasakan kehadiran mereka. Boleh mendengar suara mereka. Boleh berkomunikasi dengan mereka. Tapi, tak boleh nampak mereka," kata Qayreena. Dia mengeluarkan segugus kunci daripada beg tangannya.
"Ini rumah siapa sebenarnya?" tanya Hamizi.
"Rumah seseorang yang bisu dan buta dan tengah ketakutan. Dia dapat mendengar mereka. Mereka paksa dia buat macam-macam. Tapi, dia tak nampak mereka. Dia tak dapat berkomunikasi dengan mereka. Hanya dapat mendengar," kata Qayreena.
"OKU?" tanya Hamizi. "Macam mana dia boleh duduk kat tempat terpencil macam ni? Sorang-sorang ke? Atau orang yang jaga dia dera dia? Macam mana mereka boleh dera OKU pula ni? Jenayah tahu," kata Hamizi.
Qayreena tersenyum sendiri. Hamizi tidak memahami apa-apa. Qayreena membuka mangga pada pagar rumah tersebut.
"Macam mana awak boleh ada kunci rumah ni? Awak kenal OKU ni?" tanya Hamizi. Qayreena tidak menjawab. Dia hanya tersenyum. Qayreena membuka pagar rumah itu lalu melangkah ke arah pintu masuk. "Awak cakap, awak boleh rasa. Ramai sangat ke?"
"Ramai. Ada dalam 30 ke 50 orang macam tu. Saya tak pasti ia roh manusia atau haiwan. Tapi, kat sebelah awak ada satu," kata Qayreena.
Hamizi melompat lalu memeluk Qayreena. Serentak dengan itu, baik Qayreena mahupun Hamizi dapat melihatnya. Mereka melihat entiti itu. Seorang lelaki tua bertongkat.
Hamizi menyembunyikan wajahnya di bahu Qayreena sementara dia memeluk Qayreena dari belakang. Qayreena amat tidak sangka dengan apa yang dia alaminya. Dia dapat melihat apa yang selama ini dia hanya dapat rasakan kehadirannya. Dan juga, dia dapat mengetahui cara lelaki tua di hadapannya mati.
"D...di...a... a...ada l....lagi ke?" tanya Hamizi gagap. Dia masih menyembunyikan wajahnya di bahu Qayreena.
"Pak cik nak anak pak cik sembahyangkan pak cik, ya?" tanya Qayreena. Dia tahu yang lelaki tua itu ialah berbangsa cina. Lelaki tua itu mengangguk.
"Dia ada lagi ke?" tanya Hamizi kedengaran bernada ketakutan. Qayreena dapat merasakan Hamizi sedang menggigil sambil memeluknya.
"Awak ni. Awak lelaki tapi penakut," kata Qayreena.
"Saya tak pernah nampak hantu lah!" marah Hamizi.
"Jangan risau, pak cik. Saya akan cari anak pak cik tu," kata Qayreena. Lelaki tua itu berkomunikasi dengannya melalui telepati. "Dia? Bukan. Dia hanya orang yang bawa saya ke sini. Kalau kat sini ada lagi yang pak cik kenal, minta dia jumpa saya lepas ni. Jangan ganggu dia. Dia tak boleh buat apa-apa,"
Lelaki tua itu mengangguk lalu berlalu dengan tiupan angin. Hamizi masih lagi menggigil memeluknya.
"Lepaslah. Pak cik tu dah pergi," kata Qayreena.
Perlahan-lahan, Hamizi melepaskannya. Matanya masih lagi dipejam. Qayreena hairan. Dia sudah tidak melihat mana-mana entiti. Sedangkan, dia masih boleh merasakan kehadiran mereka.
"Awak. Awak. Buka mata sekarang," arah Qayreena.
"Dia dah pergi ke?" tanya Hamizi.
"Ya. Dia dah pergi. Saya tak nampak apa-apa dah ni. Bukalah mata cepat," arah Qayreena. Hamizi perlahan-lahan mencelikkan matanya.
"Yalah. Dah tak ada," kata Hamizi lega. Pertama kali dia melihat perkara sebegitu. Ia agak mengejutkannya. Bukan! Ia menakutkannya.
"Pelik. Baru, 10 ke 15 yang pergi. Yang lain ada lagi kat sini," kata Qayreena. "Kenapa aku tak nampak?"
"Ada lagi?" tanya Hamizi takut. "Awak cakap dah tak ada!"
"Kenapa? Awak ada nampak apa-apa lagi ke?" tanya Qayreena.
"Tak adalah. Tapi, saya tak nak tengok lagi. Kalau ada nampak, cakap. Boleh saya terus tutup mata," kata Hamizi.
"Tu masalahnya. Saya pun tak nampak ada apa-apa tak kat sini," kata Qayreena. "Tapi, mereka memang ada lagi,"
"Awak tak takut ke?" tanya Hamizi hairan.
"Kenapa saya perlu takut?" tanya Qayreena.
"Awak sendiri nampak tadi, kan? Macam mana awak boleh berbual dengan dia? Tak takut?" tanya Hamizi.
"Sebelum ni pun mereka tak pernah muncul live macam tadi. Mereka akan lawat saya dalam mimpi dan suruh saya buat apa yang mereka nak. Tapi, bukan semua pun saya buat. Yang penting je. Kebanyakan mereka hanya perlu ada orang dengar permintaan terakhir mereka," kata Qayreena.
"Jadi, awak tak takut?" tanya Hamizi.
"Awak takut?" tanya Qayreena.
"Mestilah. Benda tu mengejutkan tambah menakutkan saya, tahu tak? Pertama kali dalam seumur hidup saya," kata Hamizi. "Apa yang pak cik tadi cakap? Saya tak ada dengar apa-apa pun,"
"Dia minta saya beritahu anak dia supaya sembahyangkan dia. Orang cina. Dan dia tanya awak suami saya ke? Saya cakap tak. Tu je," kata Qayreena.
"Awak cakap tak?" tanya Hamizi.
"Kenapa? Salah ke? Awak memang bukan suami saya pun selama ni," kata Qayreena.
"Perasaan saya tercalar," kata Hamizi.
"Apa-apa je lah," kata Qayreena lalu membuka pintu rumah tersebut.
"Betul ni. Perasaan saya tercalar," kata Hamizi dengan nada yang lebih serius.
"Suka hati awaklah. Nak betul ke bohong ke. Saya tak nak ambik peduli," kata Qayreena mula melangkah masuk ke dalam rumah tersebut.
"Awak memang tak ada rasa takut, eah?" tanya Hamizi.
"Kenapa?" tanya Qayreena.
"Rumah ni. Suasananya pun dah buat saya takut. Dan awak masuk macam ini rumah kawan awak je," kata Hamizi.
"Ini memang rumah kawan saya pun," kata Qayreena.
"Hah?!"
"Buat pengetahuan awak. Daripada benda-benda tu, masa depan dengan masa lalu manusia adalah lebih menyeramkan. Apatah lagi, masa depan. Sebab kita tahunya sebelum ia terjadi," kata Qayreena.
"Awak tahu apa?" tanya Hamizi. Qayreena tidak menjawab. Dia terus melangkah masuk. Mereka berhenti di hadapan sebuah bilik yang ditutup rapat pintunya. Qayreena cuba membuka pintu tersebut dengan memulas tombolnya.
"Ia berkunci," kata Qayreena.
"Ini bilik siapa sebenarnya?" tanya Hamizi.
"Kawan saya," jawab Qayreena. Dia mencuba untuk membuka kunci pintu tersebut dengan anak kunci. "Peliknya,"
Qayreena memulaskan kunci itu. Namub, tidak berjaya. Anak kunci lain juga dicubanya. Juga tidak boleh.
"Biar saya," kata Hamizi lalu melangkah agak jauh daripada pintu bilik tersebut. Dia berlari lalu melanggar pintu tersebut dan ia terbuka. Kelihatan seorang gadis sedang meringkuk di satu sudut bilik sambil menekup kedua-dua belah telinganya dengan tangannya.
"Liyah," panggil Qayreena. Aliyah mengangkat wajahnya memandang ke arah Qayreena. Matanya merah dan bengkak. Ada tanda hitam di sekeliling matanya menunjukkan yang dia sudah lama tidak tidur.
"Qay~" rintih Aliyah. Air matanya mengalir lagi. Qayreena berlari ke arah Aliyah lalu memeluknya.
"Qay kat sini," pujuk Qayreena sambil menggosok-gosok belakang Aliyah.
"Mereka tak pergi, Qay. Mereka suruh Liyah buat macam-macam. Mereka tak nak dengar apa yang Liyah cakap. Liyah takut, Qay," adu Aliyah sambil menangis.
"Maafkan Qay. Qay dah lama tak jumpa dengan Liyah," Qayreena meminta maaf. Tiba-tiba, Aliyah rebah dalam pelukan Qayreena. Qayreena memandang sekeliling.
"Kenapa dengan dia?" tanya Hamizi.
"Kita bawa dia ke hospital. Dia dah terlalu lemah ni," kata Qayreena.
Share this novel