Chapter 21

Mystery & Detective Completed 13460

SICK (Part 1)

2015

"Kenapa? Salah ke kalau saya suka dia?" tanya Aliman.

"Tak.Tak salah," kata Adeimi. "Jaga diri,"

"Kenapa mak su cakap macam tu?" tanya Aliman hairan.

"Suatu hari nanti, awak akan faham," kata Adeimi. "Oh, ya! Kamu ikhlas?"

"Entahlah," kata Aliman.

"Kenapa?" tanya Adeimi.

"Mak su pernah cakap yang Tuan Izrul boleh menyekat kebolehan mak su, kan? Sama juga dengan pak su. Tapi, pak su juga boleh buat kebolehan mak su semakin kuat, kan?" tanya Aliman.

"Ya. Kenapa?" tanya Adeimi.

"Liman nak tahu. Qay tu yang mana satu. Dia Tuan Izrul kepada mak su atau pak su kepada mak su untuk Liman," kata Aliman.

"Kenapa Liman cakap macam tu?" tanya Adeimi.

"Sebab, bila kami bersentuhan, Liman tak nampak mereka. Langsung. Tapi, bila kami dah tak bersentuhan, ia kembali seperti biasa," kata Aliman.

"Budak yang datang sini hari tu, kan maksud kamu?" tanya Adeimi. Aliman mengangguk. "Macam mana kalau dia bukan kedua-duanya?"

"Apa maksud mak su?" tanya Aliman.

~

"Ya. Darah. Keabadian hidup saya bersemadi dalam diri dia sebab darah," kata Nurdhiya.

"Dia hisap darah awak atau awak hisap darah dia?" tanya Qayreena.

"Awak ingat kami ni vampire apa?" tanya Nurdhiya.

"Kalau macam tu, bagitahu saya dengan detail. Saya ni lambat tangkap sikit kalau kat sini," kata Qayreena.

~

2011

"Apa?" Nurdhiya bagai tidak percaya apa yang didengarnya. Dia terus berlari keluar. Dia mencari teksi terdekat lalu menaikinya. Terus ke hospital yang dimaklumkan.

Sebaik sahaja sampai, hujan masih belum berhenti. Nurdhiya berlari masuk ke dalam hospital.

"Hamizi. Ahmad Hamizi. Ada?" tanya Nurdhiya dengan nafas tercungap-cungap.

"ICU. Tingkat 2," jawab penjaga kaunter tersebut.

"Terima kasih," ucap Nurdhiya lalu berlari ke tingkat 2. Ketika itu, dia dapat melihat yang Datin Hamilah sedang berbicara dengan seorang doktor.

"Kami perlukan darah yang sama dengan golongan darah pesakit dengan segera," kata Doktor Fikri.

"Golongan darah saya tak sama. Papa dia kat luar negara. Macam mana ni?" tanya Datin Hamilah.

"Saya boleh," kata Nurdhiya membuatkan Datin Hamilah dan Doktor Fikri menoleh.

"Didi," tegur Datin Hamilah.

"Golongan darah kami sama. Ambil darah saya," kata Nurdhiya.
~

2015

"Sebab darah saya mengalir dalam tubuh dia, semacam mana dunia menyatakan saya dah tak wujud, dia akan nampak saya. Walaupun itu bukan saya. Ia dah terabadi," kata Nurdhiya. "Apa kaitan awak dengan hal ni? Ini soalan kelima awak. Jawapannya, awak ada dalam hidup dia atau beri kesan yang besar dalam hidup Hamizi sebelum darah saya mengalir dalam tubuh dia,"

"Macam mana saya boleh bagi kesan yang besar?" tanya Qayreena. "Saya tak faham,"

"Ingat tak awak ada keluar dari rumah waktu hujan satu malam tu untuk cari gelang kakak awak yang awak nampak dia terjatuhkan kat taman? Ingat lelaki yang tolong awak masa tu?" tanya Nurdhiya.

"Dia... Hamizi ke?" tanya Qayreena.

"Ya. Dan kemalangan yang dia alami adalah sebab nak dapatkan balik gelang yang secara tak sengaja dia jatuhkan. Dan, walaupun dia dalam keadaan sakit, dia masih pastikan gelang tu ada kat tangan dia sebelum dia tak sedarkan diri," kata Nurdhiya.

"Gelang tu... Masih ada pada dia?" tanya Qayreena.

"Pastikannya sendiri nanti," kata Nurdhiya. "Dan soalan terakhir awak... 'Kenapa awak?' Sebab ini takdir hidup awak sejak hari itu. Hari sebelum darah saya mengalir dalam tubuh dia. Hari di mana menjadi titik permulaan kepada kes-kes yang terjadi sekarang,"

"Saya? Ini bukan bidang saya. Saya tak boleh selesaikan kes ni," kata Qayreena. Dia barus sedar tentang sesuatu. "Awak cakap kes-kes tadi, kan? Berapa banyak?"

"Awak akan tahu nanti," kata Nurdhiya.

"Tak. Tak nak! Saya tak nak libatkan diri dalam hal ni! Saya hanya akan selesaikan kes Hamizi dan semuanya akan tamat," putus Qayreena.

"Awak ingat awak boleh terlepas?" tanya Nurdhiya sinis. Qayreena baru teringat akan Qausar. Di dalam kereta tadi, Qausar bertanyakan hal itu. "Awak dah pun terlibat dalam hal ni. Nak tak nak. Awak perlu selesaikan untuk keluar daripada masalah ni,"

"Apa yang saya patut buat?" tanya Qayreena.

"Bangun. Awak perlu bawa dia keluar daripada persembunyian dia. Lagi lama dia bersembunyi, lagi banyak perkara rumit yang akan muncul tanpa awak pinta. Dan ia akan berkaitan dengan awak," kata Nurdhiya.

"Awak dah tahu siapa dia?" tanya Qayreena. "Dia dalang semua ni?"

"Ya. Dia yang buat saya jadi macam ni," kata Nurdhiya. "Hanya awak yang boleh selesaikan hal ni. Saya harapkan awak. Tak. Kami harapkan awak,"

"Ramai lagi ke?" tanya Qayreena. "Okey. Saya tak nak tahu. Macam mana saya nak uruskannya?"

"Pertama, awak perlu buat yang Hamizi lupakan Didi dia masih hidup," kata Nurdhiya.

"Macam mana saya nak buat macam tu? Dia terlalu sayangkan Didi dia tu," kata Qayrrena.

"Tak. Dah tak. Dan ia sebab awak," kata Nurdhiya.

"Kenapa saya pula?" tanya Qayreena kurang mengerti.

"Sebab dia mula sukakan awak," kata Nurdhiya.

"Apa?!" Qayreena bagai tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Hamizi mula sukakannya?

"Teruskannya. Buat dia betul-betul sukakan awak. Biar dia singkirkan Didi dari kehidupan dia. Dengan cara tu, orang tu akan rasa tak tenang," kata Nurdhiya.

"Maksud awak, orang yang buat awak jadi macam ni? Dalang tu?" tanya Qayreena. Nurdhiya mengangguk. "Dia perhatikan Hamizi ke?"

"Ya. Sebab Hamizi sepatutnya pun jadi macam kami," kata Nurdhiya. "Mati di tangan dia. Tapi, hal tu tak terjadi sebab saya masih di sini. Untuk beberapa hal, apa-apa yang berkaitan dengan saya dia tak dapat sentuh. Sebab tulah, Hamizi tak mati. Dia ada darah saya,"

"Oh. Jadi, awak. Maksud saya darah awak yang jaga dia daripada diapa-apakan orang tu," kata Qayreena. "Tapi, dia memang percaya yang awak masih hidup dari awal, kan? Macam mana ia boleh ada kaitan dengan orang tu?"

"Sebab orang tu tak sangka yang Hamizi akan terkeluar daripada suspek sebab dia ada masalah yang dia hadapi sekarang ni. Masalah halusinasi. Dan, boneka dia untuk hapuskan Hamizi waktu tu lebih memilih untuk melindungi Hamizi," kata Nurdhiya.

"Boneka?" tanya Qayreena.

"Ya. Boneka. Kami perlu buat apa yang kami tak nak tanpa kami sedar," kata Nurdhiya. "Orang tu hanya perlu gerakkan jam poket dia. Tik tok tik tok. Dan kami bukan kami lagi,"

"Maksudnya, awak bukan hanya satu-satunya? Mungkin ke boneka dia yang lain tu, saya pun termasuk sekali?" tanya Qayreena.

"Kenapa awak rasa macam tu?" tanya Nurdhiya.

"Sebab saya tak boleh percayakan diri saya sendiri. Saya rasa macam banyak perkara saya buat tanpa saya sedar," kata Qayreena.

"Jangan risau. Itu bukan awak," kata Nurdhiya.

"Bukan saya? Saya dapat bayangannya. Saya yang ada kat tempat tu," kata Qayreena.

"Saya bagi hint pada awak. Ia pada tahun 2011. Waktu pertandingan catur tu. Awak akan faham kenapa awak rasa macam awak yang ada kat tempat-tempat tu," kata Nurdhiya.

"Kenapa awak tak bagitahu saya terus je? Kenapa nal kena bagi hint segala? Kalau awak bagitahu semuanya, tak paya saya susah-susah nak fikir," kata Qayreena.

"Sebab ia tak akan jadi seronok kalau saya yang bagitahu awak semuanya. Awak perlu carinya," kata Nurdhiya.

"Ini tak adil!" kata Qayreena. Namun, Nurdhiya sudah tiada di situ. "Nurdhiya! Nurdhiya!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience