FAIL 37 - STOP
2015
Qayreena segera mencelikkan matanya. Dia memandang sekeliling. Dia berada di hospital. Selalu sangat. Kalau dia tak sedarkan diri, dia akan sedar di hospital. Qayreena mengeluh.
"Qay dah bangun?" tegur Aliyah yang baru sahaja muncul di wad tersebut.
"Hamizi mana?" tanya Qayreena
"Hamizi? Lelaki yang bawa awak Qay ke sini tu, eah?" tanya Aliyah. Dia baru tersedar akan sesuatu. Qayreena tidak sedarkan diri sewaktu dibawa ke hospital. "Oh. Qay tak sedar,"
Qayreena merasakan kepalanya tiba-tiba sakit. Dia memegang kepalanya lalu meringkuk di hujung katil.
"Kenapa ni, Qay? Ada sakit kat mana-mana ke?" tanya Aliyah cemas melihat keadaan Qayreena yang tiba-tiba berkelakuan sebegitu. Qayreena yang tadinya memejamkan matanya untuk menahan rasa sakit yang dialaminya, tiba-tiba mencelikkan matanya. "Qay?"
Aliyah risau melihat keadaan Qayreena. Apatah lagi Qayreena tiba-tiba sahaja statik tidak bergerak di atas katil dengan kedua-dua belah tangannya memegang kepalanya. Mata Qayreena memandang ke hadapan secara statik dan agak lama.
"Qay. Jangan buat Liyah risau macam ni," rayu Aliyah. Qayreena masih tidak memberi apa-apa respon. Aliyah baru hendak melangkah keluar untuk mendapatkan doktor ketika Qayreena mencapai tangannya.
"Bawa Qay ke sana," katanya tanpa sedikit pun memandang wajah Aliyah. Dia masih statik memandang ke arah hadapan di mana tiada sesiapa atau apa-apa di situ.
"Qay nak ke mana?" tanya Aliyah risau.
~
Qausar melangkah masuk ke kawasan gudang tersebut. Sudah bertahun-tahun setelah dia kali terakhir menjejakkan kaki ke kawasan tersebut setelah kes 060606 itu ditutup. Bersama beberapa orang pegawai, Qausar melangkah ke arah gudang tersebut.
Kereta milik Doktor Dinah juga ada di kawasan luar gudang itu. Qausar melangkah masuk ke dalam gudang dan mendapati Doktor Dinah sedang berada di tengah-tengah gudang dengan pisau di tangannya.
"Letakkan senjata!" arah Qausar membuatkan Doktor Dinah terkejut. Dia menoleh dan mendapati yang beberapa orang pegawai polis sudah berada di hadapannya. Doktor Dinah menjadi panik dan menghalakan pisau yang digegangnya ke arah polis-polis di situ.
"Jangan dekat!" arah Doktor Dinah. "Jangan cuba untuk datang dekat!!!"
"Letakkan pisau tu, Doktor Dinah. Kita boleh berbincang," kata Qausar.
"Macam mana korang boleh tahu yang aku ada kat sini? Bagitahu cepat!" arah Doktor Dinah. "Korang rasa aku yang bunuh diaorang, kan?"
"Doktor Dinah. Kami..."
"Sudahlah! Sini biar aku bagitahu. Aku memang nak sangat bunuh orang-orang tu. Tapi, kenapa bukan aku yang bunuh diaorang? Kenapa diaorang perlu mati dan bukan di tangan aku? Kenapa bukan aku orangnya yang bunuh diaorang dan bunuh diri sendiri?!!" laung Doktor Dinah dengan pisau di tangannya dihayunkan ke kiri dan ke kanan.
"Doktor Din..."
"Senyap! Biar aku je yang cakap sekarang!" laung Doktor Dinah menghalang Qausar daripada berkata-kata. "Perempuan tua tu, Datin Syahira. Pernah dengar nama ni? Dialah orangnya yang buat aku terpaksa jumpa dengan lelaki tua tak guna, Datuk Mazlan. Lelaki tua tu yang ragut kesucian aku. Sebab lelaki tua tak guna tu, tunang aku putus dengan aku. Siapa tunang aku? Syafiq. Aku bukan marah dia sebab dia putus dengan aku. Dah jelas yang dia bukannya cintakan aku setulusnya. Dia hanya cintakan pencapaian aku dan juga martabat keluarga aku.
Aku marah pada dia sebab dia secara tak langsung dah bunuh keluarga aku. Mama papa aku mati sebab dia. Dia mula sebarkan gosip yang kononnya aku gadaikan maruah pada lelaki tua untuk capai apa yang aku ada sekarang ni sampai papa aku mati terkejut dan mama aku mati sebab tertekan. Kau rasa, apa yang aku patut buat pada lelaki macam tu? Bunuh? Tak. Aku akan seksa dia cukup-cukup sampai dia sendiri yang merayu nak mati.
Dan. Sorang lagi. Suraya. My so called bff and house mate. Nampak je baik. Angelic. Dia memang boleh kaburkan mata sesiapa pun dengan luaran dia yang nampak macam tak ada cacat celanya. Tapi, belum sempat aku terangkan apa yang aku lalui, dia halau aku keluar. Sebab apa? Sebab aku dah tak suci. Dia tak nak rosakkan appearence dia yang angelic sangat tu. Tak sangka, kan? Ada orang macam ni kat dunia ni?
Dan seorang lagi. Liew Seung. Dia ni peguam yang sepatutnya bela aku. Tapi apa? Dia makan rasuah lelaki tua tak guna tu. Sebab diaoranglah aku terpaksa kandung anak luar nikah. Apa yang boleh aku buat? Menangis dan terus menangis. Aku tak boleh buat apa-apa nak balas apa yang diaorang buat pada aku. Sebab apa? Aku manusia biasa. Dan, sebab ada orang tak guna yang dah bunuh diaorang untuk aku!"
"Doktor Dinah! Bawa bertenang," arah Zura. Qausar menoleh
"Macam mana dia boleh masuk?" tanya Qausar kepada Zura apabila melihat kehadiran Aliman di situ.
"Saya benarkan dia," kata Zura.
"Kenapa awak benarkan dia?" tanya Qausar.
"Dia kata dia boleh tolong," kata Zura.
"Macam mana?"
~
Professor Said melangkah masuk ke dalam rumahnya. Ketika dia hendak menutup pintu, ada seseorang menahannya daripada berbuat demikian. Professor Said membuka pintu rumahnya melihat siapa yang ada di situ.
"Awak?" tanya Professor Said hairan dengan kehadiran Nazri di situ.
"Tak nak bagi saya masuk?" tanya Nazri. Professor Said membuka luas pintu rumahnya.
"Masuklah," pelawa Professor Said. Nazri melangkah masuk.
"Saya ingat awak tak kan persilakan saya," kata Nazri memandang ke sekeliling bahagian dalam rumah Professor Said. "Awak duduk sorang?"
"Lepas Seri lari dari rumah, saya duduk sorang lah," kata Professor Said. "Awak nak air apa?"
"Air kosong pun okey," kata Nazri. Dia masih memerhatikan sekeliling bahagian dalam rumah itu. Professor Said hairan melihat kelakuan Nazri. Akhirnya dia berlalu ke dapur.
"Ada apa-apa yang boleh saya bantu ke?" tanya Professor Said setelah menuangkan air kosong ke dalam gelas.
"Oh. Ya. Saya datang sini nak tanya pasal anak saudara awak, Seri," kata Nazri.
"Saya ingat saya dah jelaskannya hari tu," kata Professor Said. "Tanyalah. Saya akan jawab sebaik boleh,"
"Betul ni?" tanya Nazri. "Okey. Soalan saya, bila kali terakhir awak jumpa dengan Doktor Dinah?"
"Kenapa Doktor Dinah? Apa kaitan dia dengan Seri?" tanya Professor Said hairan.
"Saya yang tanya awak sekarang ni. Sila jawab," kata Nazri tidak mahu berkompromi.
"Baiklah. Saya jumpa dia terakhir masa kami grad dulu. Dan, saya dah tak tahu apa-apa lagi lepas tu," kata Professor Said.
"Jadi, awak tak tahu lah yang dia pernah kena rogol?" tanya Nazri.
"Sebenarnya, saya tahu dia kena rogol. Dan dia tak bersalah. Tunang dia yang tak guna tu sebarkan macam-macam yang buat nama dia tercalar dan parent dia meninggal. Nasib baik ada Tengku Deraman yang sudi jaga dia masa dia mengandung dulu," kata Professor Said.
"Awak kenal Tengku Deraman?" tanya Nazri.
"Dia sepupu Doktor Dinah. Dia sangat baik dan budiman," kata Professor Said.
"Seri kenal dia?" tanya Nazri.
"Mungkin ya. Mungkin tak," kata Professor Said.
"Okey. Tu je," kata Nazri.
"Itu je?" tanya Professor Said.
"Oh! Lupa pula! Perempuan tu siapa? Kekasih awak?" tanya Nazri menunding ke arah satu gambar.
"Bukan. Dia arwah adik saya," kata Professor Said.
"Oh. Maaf," ucap Nazri. "Awak jaga Seri lepas adik awak meninggal ke?"
"Ya," kata Professor Said
"Awak mesti rindukan adik awak, kan? Dan juga Seri," kata Nazri.
"Kalau bukan dia stress, dia tak kan tak ada sekarang ni. Dan Seri pun dah pergi juga," kata Professor Said.
"Jangan risau. Kami akan carikan Seri. Saya pasti yang dia masih lagi ada kat area sini," kata Nazri. Dia memerhatikan riak Professor Said. Ya. Memang itu apa yang dia mahu lihat.
"Ya. Cari dia," kata Professor Said. Nazri memandang kembali ke arah gambar itu.
"Saya pun ada kenalan yang kerja kat tempat tu," kata Nazri.
"Tempat tu?" tanya Professor Said.
"Hm. Tempat tu. Arwah adik awak kerja kat Restoran Zaqwan, kan? Uniform dia saya cam," kata Nazri.
"Oh. Ya," kata Professor Said. Tiba-tiba, pintu rumah itu diketuk dari luar. "Sekejap, ya?"
Professor Said melangkah ke arah pintu. Nazri memandang sekeliling.
"Yalah. Ini apa yang kau nak kitaorang nampak. Lelaki tak guna. Aku harap aku boleh buktikannya," kata Nazri sendirian. Telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi. Nazri mengeluarkannya.
"Kau?!" seseorang yang amat dikenalinya kedengaran menegur. Nazri menoleh. Fadhli berdiri di situ. Memandang ke arahnya.
~
"Apa yang dia boleh buat?" tanya Qausar memandang ke arah Aliman. Aliman berjalan melepasi beberapa orang pegawai polis melangkah ke arah Doktor Dinah.
"Hey!" Qausar mahu menghalangnya tetapi, terlambat. Aliman hanya terpisah kurang daripada 2 meter dengan Doktor Dinah.
"Jangan dekat!" laung Doktor Dinah tidak membenarkan Aliman untuk melangkah lebih hampir ke arahnya. Pisau dihalakan ke arah Aliman. Aliman hanya statik di tempatnya. Memangdang ke arah Doktor Dinah.
"Apa yang awak harapkan?" tanya Aliman.
"Apa maksud kau?" tanya Doktor Dinah.
"Apa yang awak harapkan lepas awak keluar daripada bangunan ni?" tanya Aliman.
"Aku tak mengharap pun yang aku akan keluar daripada bangunan ni. Aku nak mati kat sini. Dengan soalan dan semua masa lalu aku yang tak berapa menyenangkan tu, hanya akan buat aku mati secara perlahan-lahan. Jadi, lebih baik aku mati terus daripada terus terseksa macam ni," kata Doktor Dinah.
"Awak tak harap untuk keluar. Tapi, anak awak harap yang awak akan keluar dari sini," kata Aliman.
"Tak payah nak psiko aku. Anak aku dah mati! Dia tak ada kat sini pun. Kau bermain dengan orang yang salah, budak," kata Doktor Dinah.
"Salah?" tanya Aliman. "Awak sangat berharap yang anal awak masih hidup, kan? Sebab lepas kejadian tu, awak hanya bertahan hidup demi dia,"
"Berhentilah. Malas aku nak dengar apa yang kau merepek ni, budak," kata Doktor Dinah. "Baik kau keluar dan ajak diaorang keluar sekali. Sebab aku memang tak akan berganjak dari sini walau macam mana pun kau suruh aku keluar,"
"Ya ke?" tanya Aliman. "Awak tak puas hati sebab mereka yang buat awak macam ni mati macam tu je tanpa minta maaf daripada awak dan tanpa awak dapat buat apa-apa, kan?"
Doktor Dinah terdiam. Betul. Memang itu sebabnya.
Share this novel