PAST
2015
Qayreena baru sahaja mahu berlalu ketika dia sedar ada seseorang melangkah ke arahnya. Adeimi melangkah menghampirinya. Dia perasan tentang sesuatu. Dia pernah melihat Adeimi di mana-mana sebelum ini.
"Awak..."
"Adeimi Shintiya," kata Adeimi memperkenalkan dirinya tanpa dipinta. "Saya rasa awak pernah nampak saya sebelum ni, kan?"
"I...ya. Saya nampak awak dalam masa lalu Aliman," kata Qayreena. " Saya tak rasa awak akan rasa saya seorang yang pelik. Saya rasa awak faham kenapa saya cakap macam ni,"
"Mungkin juga," kata Adeimi.
"Apa hubungan awak dengan Aliman? Dalam apa yang saya nampak, awaklah orangnya yang menyebabkan Aliman dapat apa yang dia ada sekarang ni," kata Qayreena.
"Awak lebih berbakat daripada apa yang saya agak," kata Adeimi. "Qayreena,"
"Macam mana awak boleh tahu nama saya?" tanya Qayreena.
"Mestilah saya tahu nama awak. Sebab sayalah orangnya yang buat awak terpaksa hadapi apa yang awak hadapi sekarang ni," kata Adeimi. "Maafkan saya,"
"Apa maksud awak dengan awak penyebabnya?" tanya Qayreena.
"Macam apa yang awak tahu, sebab darah saya mengalir dalam tubuh Aliman buat dia dapat separuh daripada apa yang saya ada," kata Adeimi. "Untuk awak pula, sebab yang minta tolong daripada saya tak dapat berkomunikasi dengan saya, dia nak minta bantuan tuan punya jantung dalam tubuh awak. Dengan harapan, tuan jantung dalam tubuh awak tu boleh bantu dia dalam uruskan urusan yang saya tak dapat dengarnya,"
"Qee?" tanya Qayreena. "Siapa yang nak minta bantuan daripada dia?"
"Siapa yang akhir-akhir ni minta awak buat sesuatu? Dan selalu ada di sekitar awak selain muncul juga dalam mimpi awak," tanya Adeimi.
"Dia..." Qayreena cuba mengingatinya. Takkanlah Nurdhiya? "Nurdhiya?"
~
Aliyah merentap tangannya daripada genggaman Aliman. Mata Aliyah sudah berair.
"Liyah," Aliman bagai tidak percaya dengan apa yang dia baru sahaja alami. Dia dapat mendengar semuanya dengan jelas. Tapi, sebaik sahaja Aliyah merentap tangannya, semua kembali seperti sebelumnya. Aliman melangkah setapak menghampiri Aliyah.
"Jangan!" tegah Aliyah lalu menekup telinganya dengan kedua-dua belah tangannya.
"Liyah- aku..."
"Jangan dekat! Jangan sentuh saya!" laung Aliyah lalu menutup matanya rapat. Air matanya tumpah dari tubir matanya yang tertutup. "Berhenti. Jangan cakap lagi,"
Aliman mengeluh melihat Aliyah begitu. Hairan. Dia merasa kasihan pada gadis itu. Tapi, apa yang membuatkan dia menjadi takut seperti itu?
"Kenapa dengan kau ni?" tanya Aliman kekal dengan egonya.
"Awak sentuh saya tadi, mereka muncul depan mata saya," kata Aliyah separuh berbisik. Dia memandang ke lantai. Tangannya masih menekup telinganya. "Saya nak keluar. Saya nak keluar dari sini cepat,"
Ketika Aliyah mahu melepasi Aliman, sekali lagi Aliman menahannya dengan menarik tangannya.
"Saya dah cakap jangan sentuh sa..." belum sempat dia meluahkan amarahnya, Aliman menarik Aliyah ke dalam pelukannya. Aliyah tercengang dengan keadaan itu.
"Masih nampak apa-apa?" tanya Aliman.
"T...tak," jawab Aliyah yang sedang dipeluk oleh Aliman. Aliman tersenyum. Dia sedar akan sesuatu. Dia juga tidak melihat apa-apa.
"Ada dengar apa-apa tak?" tanya Aliman.
"S...saya tak pasti," kata Aliyah. Dia mencuba untuk menolak Aliman. "Saya nak keluar sekarang,"
Aliman mengetakkan pelukannya. Aliyah terkejut dengan kelakuan Aliman yang amat tidak disangka. Ia juga agak menakutkan untuknya.
"A...awak?"
"Tunggu kejap. Kejap je," bisik Aliman. Dia memejamkan matanya. Bibirnya menguntumkan senyuman. Dia sudah menjumpai pasangan hidupnya.
~
"Ya. Awak mungkin tak tahu yang Qeerana, kakak awak tu ada hubungan yang sangat rapat dengan seorang gadis bernama Nurdhiya. Dia juga merupakan seorang pemain piano. Sama macam Qee. Walau pun mereka sama-sama pemain piano, mereka tak bersaing. Malah, mereka membantu antara satu dengan yang lain. Cara permainan mereka adalah berbeza. Tapi, ia membentuk harmoni bila mereka bermain bersama.
Hubungan yang mereka jalin melalui muzik akhirnya membuatkan hubungan mereka lebih kuat dan mendalam. Lebih kepada kekeluargaan. Sebenarnya, Qeerana hanya terlalu ego untuk menunjukkan yang dia menyayangi awak sebagai adik. Sebab dalam fikiran dia, dia sepatutnya mendapatkan perhatian yang pada waktu tu awak dapat. Ia hanya kerana dia dah terlalu lama mendapatkannya dan bila awak hadir dalam kehidupan dia, dia jadi kurang senang.
Awak pada waktu tu bukan macam kanak-kanak yang lain. Sebenarnya, dalam awak tak tahu, Qeerana ada rasa kesian pada awak sebab awak tak dapat menikmati zaman kanak-kanak macam orang lain. Tapi, pasa waktu yang sama, dia rasa yang awak buat dia tak dapat perhatian sebab dengan penyakit yang awak ada, ibu bapa awak akan lebih beri perhatian pada awak," kata Adeimi.
"Qee rasa macam tu?" tanya Qayreena bagai tidak percaya.
"Ya. Dan dia luahkannya melalui lagu yang dia cipta. Sebab tu lah lagu dia akan ada perasaan kemarahan pada masa yang sama ada perasaan sayang padanya. Nurdhiya sedar hal tu dan mula harmonikan lagu Qeerana dengan nada lagu dia. Lagu dia adalah dengan perasaan kasih dan kesabaran. Jadi, ia sangat harmoni," terang Adeimi. "Kerana hubungan mereka, hingga Nurdhiya menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia masih memikirkan tentang Qeerana. Dengan itu, sebenarnya Qeerana boleh nampak Nurdhiya. Tapi, dia tak sedar akannya. Sebab dia rasa yang Nurdhiya masih hidup.
Pada malam Hamizi dapat musibah tu, di mana semua orang yang dijemput kat situ mati terbunuh dan dia menjadi suspek, Nurdhiya muncul minta bantuan saya untuk buat sesuatu. Tapi, dia tak boleh minta tolong banyak sebab kebolehan saya dikunci oleh datuk saya dan hanya boleh tolong sikit je. Dia ambil keputusan untuk minta tolong daripada Qeerana tapi dia meninggal dunia tak lama lepas tu. Dengan jantung dia yang ada pada awak, Nurdhiya hanya boleh minta bantuan daripada awak, Qayreena,"
"Saya boleh rasa kehadiran mereka sebab dia?" tanya Qayreena.
"Dan. Terima kasih sebab temukan Liman dengan pasangan hidup dia. Beberapa hari ni dia dah macam tak berapa nak betul sebab dia rasa kosong. Saya tak boleh bagi tahu walaupun saya tahu. Sebab kalau saya bagitahu dia, pasangan hidup dia hanya akan semakin menjauh dari dia dan ia tak kan membantu apa-apa," kata Adeimi.
"Awak.."
"Saya isteri pak su dia," kata Adeimi.
"Bukan. Awak ni, salah seorang Sun yang ada, kan?" tanya Qayreena.
"Ya. Saya merupakan keturunan ketujuh Light Sun," kata Adeimi. "Gembira berjumpa dengan awak,"
"Oh," Qayreena hanya mengangguk.
"Oh, ya!" Adeimi menoleh kembali ke arah Qayreena. "Awak tahu, saya jumpa pasangan hidup awak,"
"Pasangan hidup saya?"
"Ya. Lebih baik awak cari orang tu secepatnya. Sebab kalau akhirnya awak kehilangan dia, awak akan menyesal. Dia ada kat sekeliling awak dan sedang bahayakan nyawa dia demi awak," kata Adeimi.
"Bahayakan nyawa?" tanya Qayreena kurang mengerti.
"Ya. Dengan memutuskan untuk terlibat dalam masalah Nurdhiya, awak dah menggali lubang kubur sendiri. Ia hanya akan membuat awak mengupas lebih banyak rahsia yang tak semua orang tahu. Rahsia yang boleh memenjarakan seseorang, menemukan mayat dan juga mungkin akan membuat orang di sekeliling awak terbunuh," kata Adeimi. "Awak perlu berhati-hati dan cepat-cepatlah sedar siapa pasangan hidup awak. Sebab dia boleh bantu awak selesaikannya dengan lebih cepat,"
"Siapa orangnya?" tanya Qayreena.
"Saya pasti awak tahu yang saya tak boleh bagitahunya pada awak secara terus. Tapi, saya pasti yang awak amat mengenali orang tu," kata Adeimi lalu mengeluarkan pen daripada poket seluarnya. Tangan Qayreena dicapai lalu Qayreena menuliskan sesuatu. "Berusahalah. Saya akan doakan yang terbaik untuk awak,"
Adeimi tersenyum sebelum berlalu pergi. Qayreena memandang lengannya. Membaca apa yang ditulis oleh Adeimi padanya.
- ssorg drpd ms lalu awk. awk mungkin xblh thu ms lalu awk, tp, awk blh nmpk diri awak dr ms lalu dia. hint-2003 -
Qayreena memandang Adeimi yang berlalu pergi meninggalkannya. Dia kembali memandang lengannya.
Tiba-tiba, dia merasakan kepalanya sakit. Pandangannya mula menjadi kabur dan berkunang-kunang. Dia juga dapat melihat sesuatu. Dia melihat, dirinya sendiri berdiri di hadapannya.
"S...seri?"
Ya. Yang berdiri di hadapannya ialah Seri. Namun, lama kelamaan, pandangannya menjadi gelap dan dia mula tidak sedarkan diri.
~
Qausar memerhatikan gambar-gambar yang diambilnya daripada pejabat Professor Said. Dia meraup wajahnya. Ada sesuatu yang mengganggunya. Tapi, dia sendiri tidak tahu apa dia.
"Tak habis lagi kau tilik gambar-gambar tu?" tanya Nazri.
"Macam tu lah nampaknya," keluh Qausar. Dia meletakkan kemera tersebut di atas meja.
"Eh?!" Nazri mengambil kamera tersebut daripada atas meja.
"Apahal?" tanya Qausar.
"Entah kenapa aku teringat fail kes 030201 tu," kata Nazri. Dia menunjukkan sesuatu kepada Qausar. "Kau tak rasa macam pernah tengok ke benda ni?"
"Maksud kau?" tanya Qausar masih belum dapat menangkap apa yang cuba dikatakan oleh Nazri. "Baju yang dia pakai?"
"Tak pernah nampak ni kat mana-mana?" tanya Nazri. Qausar menjungkitkan bahunya. "Mungkin kau pernah nampak tapi kau lupa kot. Aku ingat lagi sebab baru je semalam aku semak balik fail tu,"
"Ada dalam fail tu ke?" tanya Qausar.
"Tuan," panggil Zura. Mereka berdua menoleh. "Professor kata dia ada masa sekarang ni,"
"Baiklah. Kita akan ke sana," kata Qausar.
Share this novel