Chapter 6

Mystery & Detective Completed 13460

FAKE

2015

"Dan, ini yang ketiga," kata Qausar. "Apa lagi masalahnya ni?"

"Dia telan racun tikus," kata Fadhli menunjukkan botol racun tikus yang tergolek di sebelah mayat tersebut.

"Dan orang yang sama yang call," kata Qausar. Terkenang akan panggilan yang mereka terima sebelum mereka ke tempat kejadian. Qausar terpandang pondok telefon yang terletak tidak jauh daripada tempat mereka berada. "Dan kita tak dapat jejak pemanggilnya,"

"Tuan," panggil Hani. Qausar melangkah menghampiri Hani yang mencangkung berdekatan dengan mayat.

"Kenapa?" tanya Qausar.

"Dia pegang ni," kata Hani mengangkat jam poket berantai.

"Jam?" tanya Qausar. Apa relevannya jam dengan pembunuhan kali itu. "Apa pekerjaan mangsa? Dah dapat?"

"Dia mungkin seorang doktor," kata Hani. "Mungkin pakar bedah,"

"Ada ke pakar bedah guna jam macam ni?" tanya Qausar.

~

"Mak Som," panggil Hamizi. Mak Som menoleh.

"Ya. Tuan muda?" sahut Mak Som.

"Nak teh. Didi dah sampai," kata Hamizi. Mak Som tersentak.

"Baiklah," kata Mak Som.

"Terima kasih," ucap Hamizi lalu melangkah keluar daripada dapur. Hamizi melangkah kembali ke biliknya.

Kelihatan Nurdhiya duduk di kerusi yang terletak di hadpan pintu gelongsor itu. Merenung ke luar. Hamizi duduk di hadapan Nurdhiya.

Nurdhiya menoleh ke arahnya. Nurdhiya tersenyum.

"Ada yang datang tadi?" tanya Nurdhiya.

"Ya. Dia pelajar muzik Universiti Selatan," kata Hamizi.

"Perempuan?" tanya Nurhiya. Hamizi mengangguk. "Cantik?"

"Cantik," kata Hamizi. "Tapi, dia puji Didi cantik,"

"Didi rasa nak lah jumpa dia," kata Nurdhiya.

"Tadi dia datang betul-betul lepas Didi pergi. Dia cakap tadi yang dia akan datang balik lain kali. Jadi, Didi janganlah balik awal-awal. Boleh jumpa dia nanti," kata Hamizi.

"Okey. Didi akan cuba," kata Nurdhiya. "Didi nak pergi toilet kejap,"

"Hm," Nurdhiya kelihatan bangun lalu melangkah masuk ke dalam bilik mandi yang terletak di dalam bilik tersebut. Mak Som muncul di dalam bilik itu menatang dulang berisi 2 biji cawan teh.

"Ini tehnya, Tuan muda," kata Mak Som lalu meletakkan cawan teh yang ditatangnya ke situ ke atas meja. Cawan teh tadi yang satunya kosong dan satunya masih penuh diangkatnya naik ke atas dulang.

"Terima kasih, Mak Som," ucap Hamizi.

"Sama-sama," balas Mak Som. Dia memandang sekeliling bilik itu. "Oh, ya. Cik Dhiya mana?"

"Dia pergi toilet tadi," kata Hamizi. "Kenapa?" tanya Hamizi hairan kerana Mak Som bertanya mengenainya.

"Cik Dhiya akan singgah untuk makan malam tak agak-agak?" tanya Mak Som.

"Saya rasa tak," kata Hamizi.

"Kalau macam tu, Mak Som masak macam biasalah ya. Tuan muda ada rasa nak makan apa-apa ke?" tanya Mak Som.

"Ikut Mak Som je. Saya makan apa je yang Mak Som masakkan," kata Hamizi.

"Mak Som keluar dulu lah, ya," Mak Som meminta diri untuk keluar. Apabila Mak Som sudah keluar, Dhiya menghampirinya.

"Oh. Teh dah sampai," Nurdhiya duduk di hadapan Hamizi.

~

"Tempat berlainan, cara berlainan, masa berlainan," kata Qausar. "Dan yang samanya, ada seorang perempuan yang menghubungi balai memberitahu hal ni. Pembunuhan ni,"

"Atau entah-entah ada budak-budak yang lalu kawasan tu dan perasan ada mayat. Sebab tu lah call polis," kata Zura membuat spekulasi.

"Tak boleh. Kalau budak-budak yang lalu kat situ nampak ada mayat, kenapa dia tak jerit je? Atau kalau ya pun dia masih boleh kawal emosi dia, kenapa dia telefon balai ni? Kenapa bukan 999?" tanya Qausar.

"Dan. Kalau tengok sekali imbas je, kita tak boleh assumekan yang kes pertama sebagai pembunuhan sebab mangsa yang pegang pisau belati tu," kata Fadhli.

"Dan yang telan racun tu," kata Mei Ling.

"Eh?! You pun dalam team ni?" tanya Nazri.

"I pun," kata Foo Lim.

"I tak tanya you pun," kata Nazri.

"Dan apa yang pasti sekarang, orang yang call balai, bukanlah pembunuhnya," kata Qausar.

"Macam mana pula? Tak kan orang yang tak tahu apa-apa tentang pembunuhan ni boleh call balai beberapa minit lepas pembunuhan?" tanya Zura.

"Macam ni. Kalau betul pembunuh tu nak call polis lepas dia bunuh mangsa dia, tak ke lebih baik kalau dia gunakan telefon dia sendiri? Kalau tak pun, dia boleh gunakan telefon mangsa kalau tak nak dijejak. Dan lain, dia boleh membunuh dekat tempat yang berdekatan dengan pondok telefon," kata Qausar. Dia mencapai pennya lalu menunjuk ke arah peta di hadapannya. "Tapi, tengok. Lokasi ketiga-tiga tempat kejadian mempunyai jarak yang berbeza dengan pondok telefon berdekatan,"

"Maksud Tuan, orang yang call tu mungkin sebenarnya ekori pembunuh dan tahu apa yang pembunuh tu akan buat lepas tu?" tanya Hani

"Mungkin. Dan kemungkinan orang yang call tu kenal pembunuh tu adalah tinggi," kata Qausar.

Tiba-tiba telefon di balai itu berdering. Mereka yang berada di dalam bilik mesyuarat itu menoleh ke luar. Kemudian, memandang ke arah Qausar yang sedang melangkah keluar daripada bilik itu.

Seorang pegawai polis membatalkan niatnya untuk menjawab panggilan tersebut apabila melihat Qausar telah melangkah keluar dan memberi isyarat bahawa dia akan menjawabnya. Qausar menjawab panggilan tersebut.

"Hello?" Qausar memulakan perbualan.

"Lokasi, Jalan Amanah 14. Tiang lampu ke-17. Satu pembunuhan dah berlaku," kata seorang perempuan di hujung talian.

"Saya dah lama tunggu panggilan ni," kata Qausar. "Awak yang bunuh dia?"

"Tak," jawab perempuan itu.

"Ada pembunuhan lagi lepas ni?" tanya Qausar.

"Tak tahu," kata perempuan itu sebelum menamatkan panggilan. Qausar memandang ganggang telefon di tangannya.

"Kenapa, Qausar?" tanya Fadhli.

"Bersiap. Kita ada kes," arah Qausar. Mereka semua bersiap untuk ke tempat kejadian. Di tempat yang telah dinyatakan, sekujur mayat perempuan terbaring di situ.

"Dan semuanya perempuan," kata Fadhli.

Mereka memandang ke arah mayat yang berlumuran darah pada bahagian kepalanya.

"Aku rasa, orang tu call guna phone mangsa," kata Nazri menunjuk ke arah telefon bimbit di sebelah mangsa.

Qausar memandang sekeliling. Dia tidak melihat mana-mana pondok telefon berdekatan kawasan itu.

"Public phone paling dekat ada kat sebelah bus stop kat depan kedai makan kat depan sana," kata Zura mengetahui apa yang sedang dicari oleh Qausar.

"Dan gunakan pistol yang sama," kata Foo Lim. Pegawai polis berseragam mula memagarkan kawasan tersebut

"Mangsa seorang peguam," jata Hani. "Eh?!"

"Kenapa?" tanya Nazri. Hani mengeluarkan sesuatu daripada poket seluar mayat kerana tangan kanannya menyeluk ke dalam poket tersebut.

"Alahai. Comelnya," puji Nazri lalu mula mengambil gambar buku kecil itu.

"Ini kalendar," kata Hani lalu membelek buku kalendar itu. "2000 sampai 2020. Ada beberapa tarikh ditanda," kata Hani lalu menghulurkan buku itu kepada Qausar.

"Ditanda?" tanya Qausar. Dia membelek buku kalendar itu. Memang ada tarikh-tarikh yabg ditanda dengan pen berdakwat merah. Dan tarikh terakhir yang ditanda. Hari itu.

"Oh! Hari ni pun dia tanda juga," kata Fadhli yang menjenguk dari belakang Qausar.

"Tarikh-tarikh sebelumnya mesti ada kaitan dengan semua ni," kata Qausar.

"Apa maksud tuan dengan tarikh sebelumnya? Hari ni tarikh terakhir yang ditanda ke?" tanya Hani.

"Ya,"

~

Qayreena merenung tiket persembahan piano itu. Dia mendapatkannya daripada Hamizi ketika dia ke rumah lelaki itu beberapa hari yang lepas.

Ia amat mengganggunya. Dia mendapat bayangan yang sama tiap kali guruh berdentum. Dia mendapat mimpi yang sama tiap kali tidur. Semuanya ada kaitan dengan lelaki itu. Lelaki yang memberinya tiket itu.

"Ada 2," Qayreena memegang tiket-tiket itu. "Apa sebenarnya, eak?"

Ketika itu, dia terdengar bunyi pintu utama dikuak. Qayreena terus keluar daripada biliknya.

"Den Qausar udah pulang," sambut pembantu rumah mereka, Bik Min.

"Ya," kata Qausar. "Qay mana?"

"Non Qay.."

"Abang!!" Qayreena melompat daripada 5 anak tangga itu.

"Qayreena! Berapa banyak kali abang cakap? Jangan lompat-lompat. Bahaya!" marah Qausar.

"Sorry," ucap Qayreena. "2 hari dah tak balik? Besar kes kali ni?" tanya Qayreena.

"Bolehlah,"

"Den Qausar mau makan? Bibik siapin?" tanya Bik Min.

"Boleh juga," kata Qausar. "Lepas mandi saya makan," kata Qausar. Bik Min melangkah kembali ke dapur.

Qausar melangkah ke arah tangga. Dia tidak perasan yang ada sesuatu terjatuh daripada fail yang dibawanya. Qayreena mengambilnya.

"Abang," panggil Qayreena. Qausar menoleh. Dia melihat Qayreena sedang memegang sekeping gambar. Gambar pistol yang mejadi bahan bukti kes yang sedang diuruskannya. "Jatuh ni,"

"Oh. Thanks. Tak perasan," kata Qausar. Dia menghulurkan tanganya. Namun, Qayreena tidak menghulurkan gambar itu kepadanya. Qayreena memandang lama gambar di tangannya saat itu. "Qay?"

"Hah?!" Qayreena seolah-olah baru sedar dari lamunannya memandang ke arah Qausar. "Oh. Nah,"

Qayreena menghulurkan gambar itu kembali kepada Qausar.

"Kenapa?" tanya Qausar mengambil kembali gambar itu.

"Entahlah. Qay rasa macam pernah nampak pistol itu," kata Qayreena. Qausar tersentak. "Macam Qay pernah pegang," kata Qayreena sambil perlahan-lahan mengenggam tangan kanannya.

Qausar teringat akan potret suspek yang diberi oleh Mei Ling tempoh hari. Wajah yang mirip dengan Qayreena. Namun, mana mungkin Qayreena pelakunya. Qayreena dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat kemalangan dalam tempoh kejadian.

"Qay rasa pernah pegang?" tanya Qausar.

"Hm. Qay rasa macam Qay pernah mimpi yang Qay pegang pistol. Dengan tangan Qay," kata Qayreena.

"Apa yang Qay buat dengan pistol tu?" tanya Qausar.

"Entah," kata Qayreena.

"Entah?"

"Qay nampak Qay pegang pistol tu je. Ia hanya mimpilah, bang," kata Qayreena. "Abang rehat lah, ya," kata Qayreena lalu melangkah naik ke tingkat atas.

"Tapi, mimpi dia biasanya ada makna," kata Qausar sendirian. Dia memandang gambar pistol itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience