- MELODY
2015
Qayreena mengemas barang-barangnya.
"Qay," panggil Aliyah. Qayreena menoleh.
"Liyah," balas Qayreena.
"Jom balik sama," ajak Aliyah.
"Liyah tak ada class ke lepas ni?" tanya Qayreena.
"Kelas lepas ni dah tak ada. Jomlah. Qay ada class ke lepas ni?" tanya Aliyah.
"Tak ada," kata Qayreena. "Tapi, Qay nak jumpa Professor Fizi dulu,"
"Okey,"
~
Qausar terus mencapai fail kes sebelumnya. Bahagian bahan bukti menjadi sasarannya. Hanya pisau belati. Apa kaitannya dengan pistol itu?
"Ia pisau yang sama," kedengaran Encik Ghafar, pegawai polis berseragam veteran bersuara dari belakang mereka.
"Pisau yang sama?" tanya Qausar.
"Ya. Pisau tu yang pihak polis kena kutip pada hari yang sama. Walau ia dah lama, pak cik masih lagi ingat," kata Encik Ghafar.
"Kes bila tu?" tanya Qausar.
"Lebih 10 tahun lepas. Hari tu ada 10 kes bunuh diri dekat-dekat area sini. Semuanya perempuan. Guna pisau yang sama. Pak cik pun tak tahu lah kebetulan atau apa. Tapi, semua bunuh diri hari tu. Tarikh dia pun cantik. Bila, eak?" Encik Ghafar cuba mengingatinya.
"030201," kedengaran suara lain yang menjawab. Mereka menoleh. Kelihatan Izrul berdiri di situ. Segera Qausar bangun.
"Selamat sejahtera, tuan," Zura memberi tabik hormat. Begitu juga dengan Qausar dan Encik Ghafar. Izrul membalasnya.
"Kamu datang sini balik," kata Encik Ghafar.
"Ya. Saya pergi jenguk keluarga saya tadi. Alang-alang dah sampai, saya singgah sini sekajap," kata Izrul
"Oh," Encik Ghafar mengangguk.
"Kes bila tu?" tanya Izrul menunding ke arah fail di tangan Qausar.
"Ini, fail kes pagi tadi," kata Qausar. "Ada dua kes,"
"Dan salah satunya menggunakan bahan bukti yang sama dengan kes yang awak sebut tadi," kata Encik Ghafar. Izrul memandang ke arah fail di atas meja Qausar. Kemudian, dia meminta fail yang sedang dipegang oleh Qausar. Qausar menghulurkannya.
"Ya. Ia bahan bukti yang sama," kata Izrul apabila melihat gambar itu.
"Macam mana Tuan tahu tentang kes ni?" tanya Qausar.
"Ini kes pertama saya. Macam mana saya nak lupa," kata Izrul. "Kan, pak cik?"
"Ya. Dan lepas je kes tu, awak terima arahan untuk pindah balai. Tak lama lepas tu, awak pindah ke sini balik. Dan baru je tahun lepas, awak kena pindah cawangan lagi," kata Encik Ghafar.
"Biasalah tu, pak cik. Kita bukannya boleh tinggal tetap kat satu tempat je. Walaupun kita nak, kita hanya boleh merancang," kata Izrul. "Tapi, saya dengar yang awak hampir 9 tahun berkhidmat kat balai ni. Betul?"
"Ya. Saya belum dapat arahan untuk tukar balai atau cawangan," kata Qausar.
"Saya pernah semak pencapaian awak. Ia cemerlang. Awak seorang detektif polis yang berkaliber," puji Izrul.
"Terima kasih, tuan," ucap Qausar.
"Jangan putus asa. Kadang-kadang, apa yang jadi ni, tak terfikir dek akal. Apa-apa pun, mesti ada hikmah di sebalik apa yang jadi. Jadi, berusahalah, ya?" Izrul menghulurkan fail itu kembali kepada Qausar. Qausar mengambilnya.
"Baik," kata Qausar. Izrul menepuk bahu Qausar.
"Saya balik dulu," kata Izrul lalu melangkah keluar daripada balai itu. Qausar memadang fail di tangannya.
"Zura. Fail 030201," pinta Qausar.
"Baik," kata Zura lalu melangkah ke bilik fail.
~
"Dan sampai bila-bila pun dia tak akan layan Liyah," kata Aliyah. Qayreena diam. Dia masih berada di dunianya sendiri. Fikirannya teringat akan lelaki yang dilanggarnya tadi, Aliman. "Qay!"
"Ha?!" Qayreena tersentak. Dia memandang ke arah Aliyah.
"Qay dengar tak apa yang Liyah cakap dari tadi?" tanya Aliyah.
"Pasal apa, eak?" tanya Qayreena.
"Tengok! Qay tak dengar pun," Aliyah merajuk. Ketika Qayreena mahu memujuk Aliyah, guruh berdentum. Qayreena menoleh ke arah kirinya. Terdapat sebuah rumah agam tersergam indah di tepi jalan itu.
"Rumah ni..." guruh berdentum lagi.
"Qay! Jom balik cepat! Nak hujan ni!" kata Aliyah cemas.
"Liyah baliklah dulu," kata Qayreena. Matanya tidak lepas memandang ke arah rumah agam itu.
"Liyah balik ni?" tanya Aliyah. Dia serba salah mahu meninggalkan Qayreena sendirian di situ. Apatah lagi tanda-tanda hari mahu hujan telah menampakkan diri.
"Baliklah. Akak dan abang ipar Liyah akan bertolak tak lama lagi," kata Qayreena tanpa memandang ke arah Aliyah.
"Kak Lyana? Bukan ke dia ada kat Harmoni ke?" tanya Aliyah.
"Tak. Dia ada kat rumah keluarga Liyah. Kalau Liyah tak pergi sekarang, Liyah hanya akan jumpa dengan mereka 2 bulan dari sekarang," kata Qayreena.
"Okeylah. Liyah balik dulu ni. Kalau ada apa-apa, call Liyah tau," pesan Aliyah.
"Hm," Qayreena mengangguk. Matanya hanya fokus memandang ke arah rumah agam itu.
Apabila Aliyah sudah berlalu, Qayreena melangkah menghampiri rumah agam itu. Tangannya diletakkan ke pagar rumah agam itu. Bunyi guruh kedengaran lagi.
"Ya. Memang ini rumahnya," kata Qayreena. Qayreena mendongak memandang ke tingkat atas rumah agam itu apabila kedengaran alunan melodi piano.
Qayreena memejamkan matanya. Menikmati melodi yang sedang didengarnya. Ia tiada lagu spesifik. Gabungan beberapa jenis lagu yang menghasilkan melodi yang begitu indah. Digubah dengan sangat baik.
Qayreena menekan loceng rumah itu. Tidak lama kemudian, pagar kecil rumah agam itu dibuka. Seorang wanita lebih separuh abad keluar daripada rumah itu.
"Ya. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya wanita tua itu.
"Saya, Qayreena Zaihanie. Saya pelajar muzik Universiti Selatan," Qayreena mengangkat kad nama yang tergantung di lehernya. "Saya ada dengar bunyi piano tadi. Adakah dari rumah ni?"
"Ya. Ia tuan muda kami. Tuan muda sedang berlatih untuk persembahan akan datang," kata wanita tua itu.
"Oh. Kalau boleh, izinkan saya tengok tuan muda berlatih. Boleh?" tanya Qayreena.
"Itu... Saya...."
"Tolonglah. Sekejap sahaja. Ia adalah kajian saya untuk major saya tahun ni. Saya janji. Kejap je," kata Qayreena.
"Sebenarnya, puan besar tak akan bagi," kata wanita tua itu. "Marilah. Kita tanyakan tuan muda sama ada dia benarkan atau tak,"
Pagar kecil itu dikuak lebih luas untuk membenarkan Qayreena masuk ke dalam.
"Terima kasih banyak-banyak," ucap Qayreena lalu melangkah masuk. Pagar itu kemudiannya ditutup kembali.
"Ikut sini," kata wanita tua itu. Qayreena hanya menurut. Langkah diatur mengekori langkah wanita tua itu masuk ke dalam rumah agam tersebut.
"Dah lama Mak Som kerja kat sini?" tanya Qayreena.
"Eh? Mana kamu tahu nama Mak Som?" tanya Mak Som hairan. Qayreena tersentak. Dia terlupa menyembunyikan kebolehannya.
"Oh. Nama Mak Som, Mak Som ke? Saya tersasul tadi," kata Qayreena. "Saya teringat ketua tukang masak kat hospital dulu. Namanya, Mak Som,"
"Kamu masuk hospital?" tanya Mak Som.
"Ya. Tak lama dulu," kata Qayreena.
"Sakit apa?" tanya Mak Som.
"Masa kecil dulu, saya menghidap lemah jantung. Beberapa tahun lepas, saya kemalangan," kata Qayreena.
"Kesiannya. Sekarang, kamu dah sihat lah ni?" tanya Mak Som.
"Ya. Alhamdulillah," kata Qayreena.
"Mak Som dan lebih 30 tahun kerja kat sini. Dari Tuan Besar masih remaja dulu," kata Mak Som.
"Wah. Dan Mak Som masih kuat nampaknya," puji Qayreena.
"Yalah tu," mereka berdua mendaki tangga ke tingkat atas rumah itu. Mereka berhenti di hadapan sebuah pintu bilik yang agak besar.
Qayreena memandang sekeliling rumah itu. Hampir semua peralatan, perabot dan perkakas di dalam rumah itu kelihatan mewah dan berkualiti tinggi. Susunannya juga elegan.
Kedengaran melodi piano itu datangnya dari dalam bilik tersebut. Mak Som mengetuk pintu bilik itu. Bunyi piano itu berhenti.
"Mak Som ke tu?" tanya seseorang dari dalam bilik itu.
"Ya. Tuan muda. Mak Som ni," kata Mak Som. "Tuan muda ada masa? Ada yang nak jumpa dengan Tuan Muda,"
"Suruh dia masuk," kata lelaki dari dalam bilik itu. Mak Som membuka pintu bilik itu.
"Masuklah. Mak Som nak sediakan minum dulu," kata Mak Som.
"Baiklah. Terima kasih, Mak Som," ucap Qayreena. Qayreena melangkah masuk ke dalam bilik itu.
Bilik itu amat besar. Terdapat banyak bingkai gambar di bilik itu. Ada yang digantung pada dinding dan ada yang diletakkan di rak khas.
Ada sebuah katil bersaiz king di tengah bilik berdekatan dengan jendela. Di bilik itu juga terdapat beranda yang dipisahkan dengan pintu gelongsor. Sebuah meja dengan 2 kerusi diletakkan di hadapan pintu gelongsor itu. Qayreena melangkah menghampiri meja itu.
Ada dua biji cawan teh. Satunya sudah kosong manakala satu lagi masih penuh. Seolah-olah belum diusik. Qayreena terpandang sebuah kanvas di satu penjuru bilik itu.
Kanvas itu terdapat potret seorang wanita. Wanita yang berada di kebanyakan gambar di bilik itu. Lelaki itu mula bermain piano kembali. Qayreena menoleh ke arah lelaki itu.
Lelaki itu memainkan piano itu sambil memandang ke arahnya. Tersenyum. Qayreena melangkah ke arah lelaki itu. Lelaki itu memainkan piano dengan tenangnya sambil tersenyum. Yang peliknya, Qayreena berasa seolah-olah mengenali lelaki itu.
Tidak lama kemudian, lelaki itu sudah berhenti memainkannya. Ia sudah tamat.
"Macam mana?" tanya lelaki itu.
"Apa?" tanya Qayreena.
"Lagu saya tadi," kata lelaki itu. "Awak pelajar muzik, kan?" lelaki itu menunjuk ke arah kad nama yang tergantung pada leher Qayreena.
"Oh. Lagu. Lagu tadi sedap. Tapi, saya tak dapat tangkap lagu apa yang awak bawa," kata Qayreena. Dia memandang ke arah tempat letak skor di hadapan lelaki itu. Tiada skor. "Dan awak tak gunakan skor,"
"Ia lagu saya sendiri," kata lelaki itu. "By the way, nama saya Ahmad Hamizi. Saya seorang pemain piano,"
"Saya Qayreena Zaihanie. Panggil saya Qay je. Saya tahu awak pemain piano," kata Qayreena. "Saya ingat awak berlatih untuk persembahan awak,"
"Tak lah. Saya tak cadang nak bawakan lagu tadi di hadapan umum. Lagu tu khas untuk kekasih saya," kata Hamizi.
"Itu ke, kekasih awak?" tanya Qayreena menunjuk ke arah potret wanita pada kanvas di bilik itu.
"Ya," jawab Hamizi.
"Awak lukisnya sendiri?" tanya Qayreena.
"Ya," kata Hamizi.
"Awak sangat berbakat," puji Qayreena. "Dan dia nampak sangat cantik,"
"Dia memang cantik," kata Hamizi.
"Dia kat mana sekarang?" tanya Qayreena.
"Dia ada kat sini tadi. Dia pergi tak lama sebelum awak datang tadi," kata Hamizi.
"Siapa nama dia?" tanya Qayreena.
"Dhiya. Nurdhiya namanya," jawab Hamizi.
"Oh," kata Qayreena sambil mengangguk. Qayreena terasa diperhatikan. Dia menoleh ke kanannya.
"Kenapa?" tanya Hamizi.
"Tak ada apa-apa," kata Qayreena. "Boleh tak lain kali bila-bila saya datang sini lagi?"
"Boleh. Apa salahnya," kata Hamizi.
"Saya kena balik sekarang ni. Saya baru teringat yang saya ada hal," kata Qayreena.
"Tunggu kejap," kata Hamizi lalu melangkah ke arah meja yang terletak di satu penjuru bilik itu. Seseuatu dikeluarkan. "Nah,"
"Apa ni?" tanya Qayreena sambil mengambil sampul putih itu.
"Tiket konsert saya. Saya harap awak dapat datang nanti," kata Hamizi.
"Saya akan usahakan," kata Qayreena. "Terima kasih,"
Share this novel