- MISS
2015
"Aliman," panggil Qayreena. Aliman menoleh.
"Qay," sahut Aliman.
"Awak bercakap dengan siapa tadi?" tanya Qayreena.
"Tak ada sesiapa," kata Aliman.
"Nah. Air awak," Qayreena menghulurkan setin air. Aliman mengambilnya.
"Thanks," ucap Aliman.
"You are welcome," balas Qayreena. "Sorry lambat. Ramai sangat kat mesin air tadi. Mesti diaorang nak stand by air masing-masing. Sebelum konsert start nanti,"
"Oh," Aliman hanya mengangguk. Dia memandang ke arah laluan yang dilalui oleh 'Qayreena' tadi.
"Jom. Kita ke bilik stand by Hamizi," ajak Qayreena.
"Jom," kata Aliman. Aliman hanya mengikut langkah Qayreena. Dia diam sahaja. Masih tidak mengerti dengan apa yang baru sahaja dilihatnya. Qayreena dan... 'Qayreena'.
~
Rayyan melangkah masuk ke dalam tandas itu. Ketika itu, seorang lelaki berbangsa cina baru sahaja mencuci tangannya dan ingin melangkah ke arah pintu. Kerana merasakan bahawa dia lebih muda, Rayyan membongkokkan sedikit tubuhnya tanda hormat.
Lelaki berbangsa cina itu tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. Lelaki itu keluar daripada tandas itu. Rayyan terus melangkah ke arah sinki untuk mencuci tangannya.
Tiba-tiba seseorang menghampirinya. Rayyan terkejut dengan kehadiran lelaki itu.
"Raihan!" Rayyan memandang ke kanannya.
"Rindu aku, Rayyan?" tanya Raihan sambil menyeringai.
"Kau nak apa?" tanya Rayyan.
"Aku nak minta kau tolong kembar aku. Kau ingat dia?" tanya Raihan setelah menjawab pertanyaan Rayyan.
"Mestilah ingat," kata Rayyan. "Kali ni apa pula?"
"Biar aku yang jaga," kata Raihan.
"Apa maksud kau?" tanya Rayyan. Raihan tidak menjawab. Dia hanya menyeringai. "Jangan cakap kau..."
~
Langkah Foo Lim terhenti apabila terlihat seseorang yang agak biasa dilihatnya. Foo Lim bersembunyi di sebalik tembok itu memerhatikan mereka.
Mereka berdua kelihatan melangkah masuk ke dalam sebuah bilik. Ketika itu, seseorang melanggar bahunya.
"Aouch!" Foo Lim mengaduh lalu menggosok-gosok bahunya. Lelaki itu langsung tidak berpaling. Dia hanya berjalan melepasinya. "Tak sopan. Eh?! Tunggu!"
Foo Lim baru teringat yang dia ada terserempak dengan lelaki itu semasa dia keluar daripada tandas tadi. Dan, personaliti lelaki berbaju hitam itu benar-benar berbeza dengan ketika di tandas tadi.
Lelaki yang Foo Lim terserempak di tandas tadi, kelihatan amat sopan dan berbudi bahasa. Lelaki itu malah memberikan tunduk hormat ketika mereka terserempak. Namun, yang baru sahaja berlalu tadi, kelihatan amat sombong. Dengan riak wajahnya yang dingin dan langsung tidak meminta maaf biar pun jelas dialah yang melanggar bahunya tadi.
"Pelik," kata Foo Lim sendirian. Apabila dia menoleh...
~
Qayreena mengetuk pintu tersebut.
"Kat sini ke?" tanya Aliman yang berdiri di belakang Qayreena.
"Ya. Ini dalam mimpi saya," kata Qayreena.
"Boleh percaya ke mimpi awak?" tanya Aliman.
"Kalau saya cakap awak ada dengar saya cakap pasal Marrionete dan Voodoo dools sedangkan saya tengah beli aor tadi, awak percaya?" tanya Qayreena.
Aliman terhentak. 'Qayreena' bergaun kuning tadi memang membicarakan hal itu. Dan dia memang tidak mengerti bagaimana boleg ada dua orang Qayreena pada ketika itu.
"Itu bukan saya yang pasti," kata Qayreena lalu mengetuk lagi pintu bilik itu.
"Masuk," arah Hamizi yang berada di dalam bilik tersebut. Qayreena menguak pintu bilik tersebut. Melangkah masuk. "Oh. Awak dah sampai," tegur Hamizi menjeling sekejap ke arah mereka.
"Itu ke Hamizi?" tanya Aliman berbisik kepada Qayreena.
"Ya," jawab Qayreena. "Dan yang tengah solek dia, namanya Rafi,"
"Mana awak tahu?" tanya Aliman.
"Awak tak akan faham macam mana saya tahu," kata Qayreena.
"Okey. Dah siap," kata Rafi. "Saya tinggal dulu, ya. Bila dah sampai giliran awak, crew akan panggil. Sekarang, awak hanya perlu relaks,"
"Saya tahu. Dah bertahun saya jalankannya," kata Hamizi. "Anyway, thanks,"
Rafi kelihatan mahu marah pada awalnya menjadi senang apabila mendengar sambungan kata-kata Hamizi. Ia kedengaran lebih baik kerana Hamizi menghargai pesanannya.
Rafi mengemas barang-barangnya. Dia menoleh sekilas ke arah Qayreena dan Aliman.
"Hamizi. Ini ke Dhiya yang awak cakapkan tu?" tanya Rafi.
"Bukanlah. Bukan dia," kata Hamizi. "Dia hanya pelajar muzik,"
"Oh. Saya silaplah ni. Maaf, ya," ucap Rafi kepada Qayreena.
"Tak apa," kata Qayreena. "Saya Qay dan ini... Aliman. Teman lelaki saya,"
Buntang mata Aliman mendengar kata-kata Qayreena. Dia menoleh ke arah Qayreena. Dan Qayreena langsung tidak memandangnya.
"Oh. I see. Awak berdua nampak cute bersama," kata Rafi.
"Terima kasih," ucap Qayreena.
"Jadi, awak kenal Dhiya?" tanya Rafi. Rafi mendekatkan wajahnya ke arah telinga kanan Qayreena. "Saya dengan Dhiya tu tak wujud,"
Aliman yang terdengarnya menoleh ke arah Hamizi. Hamizi kelihatan sedang memejamkan matanya. Mungkin sedang menenangkan diri.
Aliman memandang ke arah Rafi. Qayreena dapat melihat yang Aliman sedang menbaca tanda nama yang dipakai oleh Rafi. Aliman mengangguk sendiri.
"Mari, mari," ajak Rafi menarik Qayreena keluar daripada bilik tersebut. Aliman turut melangkah keluar. "Kenapa awak ikut,"
"Saya TEMAN LELAKI dia," kata Aliman menekankan perkataan teman lelaki.
"Oh. Sorry," kata Rafi. Walau pun dia berkerja sebagai jururias, penampilannya maskulin. Takut Qayreena diapa-apakan oleh Rafi.
Aliman berfikir sejenak. Apa perlu dia peduli? Dia di situ hanya untuk membantu Qayreena. Bukannya jaga tepi kain Qayreena. Aliman mengeluh perlahan.
~
"Mama!" Foo Lim melatah.
"Aku lah," kata Zura.
"Kenapa kau muncul kat sini tiba-tiba?!" marah Foo Lim. "Terkejut aku,"
"Yang kau lambat sangat tu apa hal? Aku cari kau tahu, tak?" bebel Zura.
"Sorry. Tadi aku tak jumpa toilet," kata Foo Lim.
"Kau nampak lelaki yang pakai baju hitam tadi?" tanya Zura.
"Nampak," kata Foo Lim. "Dia langgar aku. Sakit wo. Bukannya nak minta maaf,"
"Kau polis ke apa, dho?" tanya Zura mengejek.
"Apa-apa lah. Tapi, kan... Dia tu macam familiar lah," kata Foo Lim. Zura mengeluarkan telefon bimbitnya.
"Ini, kan?" Zura menunjukkan gambar potret suspek itu.
"Oh! Ini dia?" tanya Foo Lim bagai tidak percaya. "Kill 3 bird kita hari ni,"
"3?" tanya Zura. "Bukan 2 je ke?"
"Yeah. That black shirt guy, the pianist and..." Foo Lim menarik Zura mendekati hujung tembok. "That,"
~
"Kenapa, bang?" tanya Qayreena.
"Apa yang saya dengar, Hamizi ni ada masalah mental sikit. Apa yang awak nak buat kat sini?" tanya Rafi.
"Saya ada tugas yang U saya bagi. Tu sebab saya kena berjumpa dengan Hamizi. Sebab, saya ambil muzik," kata Qayreena.
"Oh. Macam tu," Rafi mengangguk. "Hamizi ni, nampak je normal. Sebenarnya, dia ada masalah mental. Jadi, bila dia ada cakap pasal sesiapa, iyakan sahaja. Sebab, saya dengar kadang-kadang dia cakap pasal orang yang dah tak ada,"
"Dah lama abang kerja dengan Hamizi?" tanya Aliman. "Kenapa abang ingat dia, Dhiya? Hamizi tak pernah tunjuk ke siapa Dhiya?"
"Dari dia debut abang kerja dengan dia. Parent dia yang minta. Dan abang ingat yang Dhiya tu seseorang sebab tu abang dengar je. Bila parent dia cakap pasal kondisi mental dia, abang terus percaya yang Dhiya tu tak ada. Bila abang nampak awak, abang ingat awaklah Dhiya yang Hamizi selalu cakapkan. Yalah. Sebab Hamizi langsung tak nampak macam orang yang mental; kan?" tanya Rafi. "Oh, ya! Awak kenal siapa Dhiya?"
"Lebih kurang," kata Qayreena.
"Kiranya, awak lebih kenal dia dari abang?" tanya Rafi.
"Tak. Saya lebih kenal Dhiya," kata Qayreena.
"Oh. Macam tu. Jadi, Dhiya memang dah tak ada lah, kan?" tanya Rafi.
Qayreena menoleh ke sebelahnya. Begitu juga dengan Aliman. Dhiya berdiri di situ. Qayreena memandang kembali ke arah Rafi.
"Dhiya. Dia masih ada," kata Qayreena. "Dia bersembunyi," bisiknya lagi.
"Oh... Kiranya, memang dia wujud tapi, parent dia tak tahu. Sebab tu diaorang ingat dia mental?" tanya Rafi.
"Sort of," kata Qayreena. Aliman memandang Qayreena bagai tidak percaya. Ada ke?!
"Hey... Hamizi ni. Kalau ya pun bercinta, tak payahlah nak sorok-sorok. Kan orang ingat dia gila. Tengok macam korang. Cute plus sweet apa," kata Rafi.
"Eh. Tak adalah," Aliman cuba menafikannya.
"Hey... Tak payah berselindung lagi. Abang tahu kau takut abang apa-apakan girl kau ni, kan tadi? Tu pasal kau pun keluar," kata Rafi.
"Tak adalah," nafi Aliman lagi. "Saya cuma tak berapa selesa dengan Hamizi. Awkward,"
"Abang ingatkan korang ada nak bincang projek u dengan Hamizi. Tak kan boleh awkward pula?" tanya Rafi.
"Dia je sebenarnya. Saya ambil sains," kata Aliman.
"Oh... So sweet. Kau mesti sayang sangat kat girl kau ni, kan? Sampai teman dia," kata Rafi. "Okeylah. Maaf sebab cakap macam tu tadi. Tak tahu pula kamu kenal dengan Dhiya. Maaf, ya?"
"Tak apa. Saya faham," kata Qayreena.
"Abang pergi dulu, ya?" Rafi berlalu pergi tidak lama kemudian.
Aliman memandang ke arah Qayreena. Sedar diri diperhatikan, Qayreena menoleh ke arah Aliman.
"Kenapa?" tanya Qayreena.
"Tak ada apa-apa," Aliman melarikan tangan kanannya ke belakang kepalanya.
Qayreena menguak pintu bilik itu lalu melangkah masuk kembali ke dalam bilik persediaan itu. Begitu juga dengan Aliman.
"Oh! Qay. Ini Didi. Didi. Itu Qay. Yang puji Didi cantik tu," kata Hamizi.
"Didi?" tanya Aliman sendirian. Dia tidak melihat mana-mana perempuan lain di bilik itu. Aliman memandang ke arah Dhiya yang berdiri di sebelahnya. Sedang merenung ke arah Hamizi. Dengan nada sayu.
"Hai. Nama saya, Qayreena. Panggil saya Qay sahaja," kata Qayreena memperkenalkan diri. Buntang mata Aliman melihat Qayreena bercakap sendirian.
"Hey! Apa yang awak buat?" bisik Aliman.
"Just trust me," bisik Qayreena. "Eh. Tak. Awak memang cantik dan terima kasih," sambung Qayreena.
"Qay," panggil Aliman.
"Oh, ya! Ini teman lelaki saya, Aliman," Qayreena memperkenalkan Aliman sendirian. Seperti orang gila. "Kami keluar dulu, ya. Saya akan tonton persembahan awak nanti, Hamizi,"
"Terima kasih sebab datang," ucap Hamizi.
Share this novel