- WAIT
2015
Qayreena berdiri di hadapan pintu masuk sekolah itu. Sedari tadi. Dia menunggu lelaki itu keluar daripada sekolah itu. Setelah beberapa ketika selepas loceng dibunyikan, dan pelajar banyak yang sudah keluar, Qayreena ternampak lelaki itu.
"Hey," panggil Qayreena. Lelaki yang dipanggilnya tadi menoleh ke arahnya. "Rayyan?"
Lelaki itu tidak menjawab. Dia memandang Qayreena dengan pandangan takut sebelum mengatur langkah laju meninggalkan Qayreena.
"Tunggu!" laung Qayreena sambil mengejar lelaki itu. Oleh sebab keadaan di situ agak sesak dengan kenderaan yang mengambil pelajar pulang dan pelajar yang mahu pulang memenuhi jalan tersebut, Qayreena dapat menyamakan kelajuan dengan langkah Rayyan.
Ketika Qayreena mencapai bahu Rayyan, sesuatu muncul di fikirannya. Tanpa disuruh. Kepalanya perlahan-lahan menjadi sakit.
"Lepas, lah!" Rayyan meronta menyebabkan tangan Qayreena yang memegang bahu Rayyan terlepas. Qayreena masih statik di situ. Cuba melawan bayangan yang muncul di mindanya.
Rayyan memandang Qayreena hairan. Dia mahu bertanya mengapa. Tetapi, dia takut jika ia hanyalah perangkap agar dia tidak lari. Ragu-ragu, dia mengatur langkah pergi meninggalkan Qayreena di situ.
Qayreena yang statik tadi mula tidak dapat mengawal tubuhnya. Kakinya tidak mampu menampung berat tubuhnya. Hingga akhirnya dia terjelepuk ke atas jalan. Tanpa mampu menahan Rayyan yang sudah pergi meninggalkannya.
"Qayreena," kedengaran seseorang memanggil namanya. Qayreena menggagahkan dirinya untuk mendongak ke atas.
"Awak?" hanya itu yang mampu dia ucapkan sebelum dia tidak sedarkan diri. Langsung.
~
2011
"Qay!" panggil Siti, rakan sesekolahnya yang turut menyertai kejohanan tersebut. Qayreena menoleh.
"Ya?" tanya Qayreena.
"Saya cari awak tadi, awak tahu? Sampai saya salah orang," kata Siti.
"Salah orang?" tanya Qayreena kurang mengerti.
"Mana eak, orangnya? Oh! Kat sana tu!" kata Siti menunding ke suatu arah. Qayreena menoleh ke arah itu.
~
2015
"Awak dah sedar?" tanya Hamizi apabila melihat Qayreena yang dibaringkan di tempat duduk penumpang sudah mula duduk.
"Saya kat mana?" tanya Qayreena menyentuh kepalanya yang masih tersisa sakitnya.
"Maaflah. Saya tahu yang sepatutnya saya bawa awak ke klinik atau hospital. Tapi, saya perasan yang awak tengah lejar seorang budak ni. Jadi, saya ekori dia," kata Hamizi.
"Awak ekori dia?!" tanya Qayreena.
"Ya. Saya perasan yang awak tunggu seseorang kat depan sekolah tu. Dan bila lelaki tu keluar, awak terus kejar dia dan dia lari. Awak pengsan lepas tu," kata Hamizi. "Dan, buat pengetahuan awak, dia patah balik lepas sedar yang awak dah tak kejar dia,"
"Patah balik?" tanya Qayreena hairan. Qayreena keluar daripada kereta itu.
"Hey! Nak ke mana tu?!" tanya Hamizi. Tidak lama kemudian, pintu tempat duduk sebelah pemandu dikuak dan Qayreena masuk ke dalam kereta kembali. "Ingat nak ke mana tadi,"
"Macam mana? Dia kat mana sekarang?" tanya Qayreena teruja.
"Kat rumah sana tu," Hamizi menunding ke arah rumah yang terletal tidak jauh daripada tempat Hamizi memberhentikan keretanya.
"Itu rumah dia ke?" tanya Qayreena.
"Mungkin juga," kata Hamizi tidak lepas memerhatikan rumah tersebut. "Dan dia masih lagi berada kat dalam rumah tu sekarang ni. Belum keluar,"
Qayreena merenung Hamizi dari sisi. Lama. Hingga Hamizi perasan yang dirinya sedang diperhatikan dan menoleh. Dia merenung Qayreena seketika. Memandang dari mata ke mata.
"Kenapa?" tanya Qayreena.
"Ha?" tanya Hamizi baru sedar yang dia terlalu dalam merenung Qayreena dan mengalihkan pandangannya.
"Kenapa awak boleh ada kat situ? Kenapa awak yang nampak saya pengsan? Kenapa awak yang ekori budak tu?" tanya Qayreena. Hamizi tidak memandang Qayreena. Hanya tersenyum.
"Kebetulan," kata Hamizi.
"Pandang saya," arah Qayreena. Hamizi menurut. Qayreena memandang mata Hamizi. "Awak ekori saya?"
"Tak," jawab Hamizi.
"Tipu," kata Qayreena. "Jujur pada saya. Awak ekori saya ke?"
"Ya. Saya ekori awak," kata Hamizi setelah agak lama berdiam diri. "Saya nak tolong awak. Saya nak jaga awak. Saya nak pastikan awak selamat,"
"Kenapa?" tanya Qayreena.
"Saya... Masih belum boleh bagitahu kenapa," kata Hamizi. "Tapi, saya yakin yang saya perlu jaga awak. Demi kebaikan saya juga,"
"Saya percaya," kata Qayreena.
"Ha?"
"Saya percayakan awak. Saya tak kan tanya awak apa-apa lagi. Kalau awak nak terus berada di sisi saya, silakan," kata Qayreena.
"Awak, percayakan saya?" tanya Hamizi.
"Ya," jawab Qayreena. "Nak ikut saya soal siasat dia?"
Qayreena tersenyum ke arah Hamizi lalu membuka pintu kereta itu keluar. Hamizi mengikutnya keluar.
~
"Jadi?" tanya Aliman.
"Saya tak tahu kenapa. Tapi, firasat saya kuat menyatakan yang awak ada sesuatu kaitan dengan perkara yang tak semua orang boleh nampak. Dan, saya nak awak beri kerjasama untuk kami menyelesaikan kes ini," kata Qausar.
"Dah lama ke team awak buat siasatan?" tanya Aliman.
"Tak adalah lama sangat. Tapi, ia semakin pelik semakin kami siasat," kata Qausar.
"Apa maksud awak dengan semakin pelik?" tanya Aliman.
"Ada 4 perempuan dibunuh. Dengan cara yang berlainan. Di tempat yang berlainan. Serta masa yang random pada 5 Januari yang lepas. Ada beberapa barangan yang ditinggalkan di tempat kejadian sebelum sebuah panggilan dibuat," kata Qausar.
"Panggilan?" tanya Aliman.
"Panggilan yang menyatakan bahawa kat sesuatu lokasi terjadinya kejadian pembunuhan. Dia beritahu alamat lokasi kejadian dengan jelas," kata Qausar.
"Setiap kejadian?" tanya Aliman.
"Ya. Dan mungkin juga yang dia menyaksikan pembunuhan tersebut sebab waktu panggilan tersebut adalah tak jauh daripada anggaran waktu pembunuhan. Atau mungkin juga dialah yang membunuh semuanya," kata Qausar.
"Tak cuba trace nombor telefon yang dia gunakan?" tanya Aliman.
"Dia menggunakan public phone yang berdekatan. Cuma yang terakhir tu, kami tak pasti," kata Qausar.
"Kenapa?" tanya Aliman.
"Sebab telefon bimbit mangsa dalam keadaan rosak. Dalam kata lain sengaja dirosakkan. Tapi, ada saksi yang nampak suspek menggunakan public phone," kata Qausar. "Suspek yang dilihat oleh saksi ialah seorang lelaki. Budak yang awak dan Qay jumpa semalam. Budak tu saksinya,"
"Jadi? Apa yang peliknya?" tanya Aliman.
"Panggilan yang dibuat ke balai polis adalah suara perempuan. Dan suspek adalah seorang lelaki. Bila saya tanya pada saksi sama ada dia gunakan suara kecil atau menggunakan alat pengubah suara, dia kata tak ada," kata Qausar. "Apa yang lebih memelikkan keadaan ialah, suara yang buat panggilan tu adalah suara yang sama yang buat panggilan ke hotel pada kes 110112,"
"Kes 110112?" tanya Aliman.
"Kes tu. Ada 12 orang dijemput ke sebuah hotel untuk meraikan hari ulang tahun kelahiran yang mereka kenal. Dan 11 orang daripada mereka ditemui mati dibunuh di dalam bilik mereka masing-masing lebih kurang pukul 11 malam. Pada waktu tu, ada satu panggilan dibuat ke reception untuk meminta room service," kata Qausar. "Lelaki yang tinggal tu, Hamizi. Pemain piano yang awak dan Qay kenal. Tak lama kemudian, kami mendapat maklumat yang dia mengalami kecelaruan atau lebih tepat lagi, mengalami masalah psikologi,"
"Jadi, kalau betul pun dia yang buat, dia tidak akan dihukum seperti manusia normal menerima hukuman. Sebab masalah kesihatan mentalnya," kata Aliman.
"Ya. Dan setelah siasatan dibuat, dia memang tak ada apa-apa kesempatan untuk buat pembunuhan tu. Alibi dia lengkap. Dia memang ada kat tempat lain dan langsung tak jejak ke biliknya atau bilik mangsa lain dalam anggaran waktu pembunuhan," kata Qausar.
"Kalau dia ada kat dalam bilik dia, mungkin dia juga akan dibunuh macam yang lain," kata Aliman menyatakan pendapatnya.
"Setelah kami siasat balik, footage CCTV hotel tu. Kami mengesyaki seseorang," kata Qausar. "Seorang perempuan,"
Qausar mengeluarkan sesuatu. Diletakkan di atas meja.
"Qay?" tanya Aliman. "Ini Qay, kan? Kenapa ada potret dia?"
"Mungkin. Sebab inilah suspek yang diterangkan oleh reception yang jaga kaunter pada hari tu. Dia beritahu yang perempuan ni ada datang ke hotel dan agak mencurigakan," terang Qausar.
"Tak kanlah. Qay?" tanya Aliman.
"Memang tak mungkin sebenarnya. Qayreena pada waktu tu masih lagi menderita jantung lemahnya. Dan senjata penbunuhan tersebut ialah pistol. Tanpa penyenyap," kata Qausar.
"Tanpa penyenyap? Tak ada yang dengar ke?" tanya Aliman.
"Dalam pukul 9 hingga 10 malam, ada yang pasang bunga api di dekat kawasan hotel. Jadi, mungkin tak ada yang dengar bunyi tembakan tu," kata Qausar. "Malam tu, keluarga saya termasuk Qay terlibat dalam kemalangan,"
"Malam tu?" tanya Aliman.
"Kenapa?" tanya Qausar.
"Saya pun terlibat dalam kemalangan pada malam tu," kata Aliman. "Saya kehilangan banyak darah dah dimasukkan 2 pek darah,"
"Oh! Yeke?"
"Dan, lepas sedar daripada koma, saya boleh nampak mereka. Mereka yang tak semua orang boleh nampak," kata Aliman.
"Oh," Qausar mengangguk.
"Untuk kes yang awak tengah handle sekarang ni, apa yang awak nak minta tolong daripada saya sebenarnya?" tanya Aliman.
"Ingat suspek kita? Rayyan tu?" tanya Qausar. Aliman mengangguk. "Awak pernah berjumpa dengan dia, kan? Dia ada DID. 2 orang. Macam apa yang awak dengar kami bincangkan tadi. Saya tahu awak boleh nampak sesuatu. Apa yang awak nampak?"
"Okey. Awak dah nampak gambar abang angkat dia, kan?" tanya Aliman. "Raihan tu,"
"Ya. Dan?" tanya Qausar.
"Awak tahu muka dia mirip siapa?" tanya Aliman.
"Maksud awak? Cuba straight to the point," arah Qausar.
"Saya nak cakap yang sebenarnya, Rayyan mengalami DID untuk seorang sahaja. Raihan. Dan Seri pula sebenarnya, kembar Raihan," kata Aliman. "Yang dah mati,"
Share this novel