Chapter 31

Mystery & Detective Completed 13460

SUSPECT (Part 1)

2015

"Mati?" tanya Qausar.

"Ya. Kalau cari maklumatnya sebagai orang yang berhubungan dengan Raihan, ia mungkin akan jadi sukar sebab kemungkinan mereka terpisah sejak lahir. Dan ia mungkin hanya tahu bila kedua-dua mereka dah tak ada lagi di muka bumi ini," kata Aliman.

"Seri tu, dah mati?" tanya Qausar.

"Ya. Saya nampak dia mendampingi Rayyan semalam. Mungkin ketika itu Rayyan adalah Raihan dan dia meminta Raihan untuk menemui Qay untuk sebab-sebab tertentu," kata Aliman. "Mesti awak rasa saya gila, kan? Sebab saya cakap saya boleh nampak orang yang dah mati. Atau awak akan labelkan saya berbohong. Mana-mana yang awak fikir, terpulang. Saya cuma memberitahu hal itu. Dan ia mungkin dapat menyelesaikan kes yang dah lebih 10 tahun tak terselesaikan tu,"

"Lebih 10 tahun?" tanya Qausar. "Awak ada nampak muka dia?"

"Ya. Dia memang mirip dengan Qay. Sangat mirip. Saya hampir tersilap orang masa konsert piano Hamizi hari tu. Sebab, Qat dan juga Seri ada kat sana. Saya masih tak dapat nak bezakan antara roh dan manusia. Sebab kedua-duanya nampak sama apabila mereka dalam keadaan normal," kata Aliman.

"Bila dia mati? Kiranya, dia pun antara suspek yang kita boleh ketengahkan lah, kan?" tanya Qausar.

"Saya tak tahu bila dia mati. Cuma, melalui apa yang dia katakan, tak macam dia rela lakukan apa yang dia lakukan," kata Aliman.

"Kenapa?" tanya Qausar.

"Dia ada cakap pasal marionatte, voodoo dolls. Benda-benda macam tu. Yang tak dapat kawal apa yang sebenarnya yang dia nak buat. Dan dia buat apa yang dia tak pernah fikir pun untuk dia buat," kata Aliman.

"Apa yang awak dengar. Bukan macam apa yang sebenarnya terjadi. Apa yang awak lakukan, bukan seperti apa yang awak maksudkan. Awak tak akan mampu mengawal gerak geri tubuh sendiri. Awak akan bergerak tanpa mengikut kemahuan awak. Awak tak akan mampu keluar bila awak dah masuk. Dan bila awak sedar. Semua dah terlambat. Apa yang awak nak ia terjadi, tak akan terjadi. Apa yang awak nak mereka tahu, akan tetap jadi misteri. Apa yang awak nak mereka dengar, akan terus diam membisu. Apa yang awak nak mereka lihat, akan bersembunyi selamanya. Apa yang awak nak mereka fikir, ia akan jadi yang sebaliknya. Hingga nanti, ia akan terkubur. Bersama-sama dengan terkuburnya jasad awak. Awak dah tak dapat elakkannya," kata Aliman.

"Apa tu?" tanya Qausar.

"Itu apa yang dia beritahu pada saya masa saya tersilap anggap yang dia tu Qay yang dah tukar baju," kata Aliman. Dia mengeluarkan kertas yang telag dicatatkan apa yang dikatakan oleh Seri pada waktu tersebut.

Qausar mengambilnya. Dia meneliti catatan tersebut.

"Let's see. Dengar bukan apa yang dah jadi. Buat perkara yang tak dimaksudkan. Tak dapat kawal diri. Tak boleh keluar bila dah masuk. Bila sedar, ia dah terlambat," kata Qausar menggariskan beberapa perkataan. Dia memain-mainkan pen di tangannya. Menatap kertas bertulis yang kini sudah terdapat beberapa garisan di bawah perkataan tertentu. Qausar teringat akan seauatu.

"Ia seolah-olah macam satu teori," kata Aliman.

"Hipnotisme," kata Qausar.

"Ha?"

"Hipnotisme. Ia satu kaedah psikologi untuk buat pesakit buat seperti mana yang kita nak. Bila pesakit mengalami amnesia ketika accident atau terkejut, memori yang hilang tu dapat dikembalikan dengan hipnosis. Kalau pesakit mengalami ingatan yang tak mampu dia lupakan tapi akan menjejaskan kehidupannya, hipnosis boleh bantu dia untuk lupakannya. Bila pesakit mengalami ketakutan atau fobia yang melampau, antara kaedah perubatan yang dijalankan ialah hipnotism.

Hipnotisme akan buat kita dengar apa yang sebenarnya tak jadi. Ia mengikut arahan orang yang menjalankan hipnotism ke atas seseorang penyakit. Jika disalah guna, ada juga yang boleh membuatkan seseorang yang terkena hipnosis atau berada dalam keadaan separa sedar melakukan perkara yang dia sebenarnya tak nak. Dia tak dapat kawal diri dia sebab dia tak sedar dan dia dikawal oleh orang yang membuat dia terkena hipnotis tersebut.

Dia tak dapat keluar bila dah masuk. Dalam hipnosis, selagi pesakit tak dikejutkan oleh pakar yang menjalankan hipnosis ke atasnya, dia akan selamanya berada dalam keadaan separa sedar dan akan ikut semua apa yang pakar tu arahkan. Dan, bila dia sedar semua dah jadi lain," kata Qausar menerangkan tentang hipnotisme.

"Hipnotisme? Yang guna jam ayun-ayun tu, eah?" tanya Aliman.

"Ada beberapa cara untuk manjalankan hipnotisme. Salah satunya ialah dengan menggunakan jam poket," kata Qausar. Qausar baru teringat. Ia merupakan salah satu bahan bukti yang ditemui di tempat pembunuhan. "Ia merupakan satu salah bahan bukti,"

"Bahan bukti?" tanya Aliman. Qausar mencapai telefon bimbitnya lalu menghubingi Zura.

"Ya, tuan?" tanya Zura di hujung talian.

"Dapatkan saya fail kes 030201, 060606, 110112 dan kes 150105," arah Qausar.

"Kenapa dengan kes-kes tu?" tanya Aliman.

"Ia merupakan kes yang tarikhnya ditanda pada buku kalendar yang dijumpai di tempat kejadian. Juga ada beberapa tarikh lagi. Cuma kami belum temui apa-apa padanya. Oh! Juga ada tarikh kelahiran Damian pada kalendar itu serta tarikh kematian Raihan dan tarikh kelahiran Rayyan. Tarikh Raihan diambil sebagai anak angkat juga ditandakan," kata Qausar. Kedengaran ketukan pada pintu bilik mesyuarat itu dari luar. "Masuk,"

Pintu dikuak dari luar. Zura melangkah masuk ke dalam bilik tersebut lalu menyerahkan fail-fail yang diminta oleh Qausar.

"Semua kes ni, masih belum diselesaikan. Maksudnya, kami belum temui pembunuhnya. Walau pun kes 060606 diputuskan bahawa seorang pelajar bernama Nurdhiya yang membunuh mereka dan membunuh diri, saya masih tak rasa itu sebenarnya apa yang terjadi," kata Qausar.

"Kenapa?" tanya Aliman.

"Kita rujuk balik ke sini. Dia ada cakap pasal marionette dan juga boneka sumpahan, Voodoo dolls," kata Qausar menarik kembali kertas yang ditulis kata-kata Seri padanya.

"Marionette. Dikawal dengan jari jemari dia. Benang-benang di setiap sendi. Tak mampu bergerak melainkan dengan penarikan benang-benang yang disambung pada kayu yang diangkat setingginya. Jika ia tidak diangkat, tak mampu berdiri. Boneka sumpahan, Voodoo Dolls. Tanpa sedar serahkan seluruh jiwa dan raga. Tanpa kemahuan menggerakkan tubuh. Tanpa niat, melakukan apa yang tak akan sangka akan lakukannya. Ia bukan diri sendiri," Qausar menggariskannya lagi. "Kalau ikut kata-kata ni pula, dia menunjukkan bahawa ada orang lain yang jadi dalang. Ada master mind yang kawal apa yang sedang terjadi. Termasuklah kes-kes ni. Saya pasti ada orang lain yang menjadi dalangnya. Bukan macam Nurdhiya ni bunub mereka dan kemudian bunuh diri sendiri,"

"Kiranya, Nurdhiya tu tak sedar lah yang dia sedang membunuh
?" tanya Aliman.

"Mungkin juga. Dan macam apa yang dia cakap, bila sedar semua dah terlambat. Mungkin dia memang pembunuh yang dikawal oleh seseorang untuk kes 110112 tu. Tapi, dia tak sedae waktu tu. Bila dia sedar. Semua dah mati. Semua dah terlambat," kata Qausar. "Selain tu, dia ada cakap yang apa yang awak nak ia terjadi, tak akan terjadi. Apa yang awak nak mereka tahu, akan tetap jadi misteri. Apa yang awak nak mereka dengar, akan terus diam membisu. Apa yang awak nak mereka lihat, akan bersembunyi selamanya. Apa yang awak nak mereka fikir, ia akan jadi yang sebaliknya. Hingga nanti, ia akan terkubur. Bersama-sama dengan terkuburnya jasad awak. Awak dah tak dapat elakkannya,"

"Jadi?" tanya Aliman.

"Mungkin betul. Dia dah mati. Mungkin sebab dia nak beritahu hal sebenar dia mati. Dibunuh. Sebab tu lah, apa yang dia nak orang tahu, akan tetap membisu," kata Qausar.

"Jadi?" tanya Aliman. Qausar menarik nafas. Memejamkan matanya. Cuba berfikir apa yang harus dia lakukan seterusnya.

~

"Asaalamualaikum," Qayreena memberi salam sambil mengetuk pintu. Pintu dikuak. Rayyan berada di situ. Matanya buntang apabila melihat Qayreena yang berdiri di hadapan pintu.

Dia terus mahu menutup pintu tersebut tetapi ditahan oleh Qayreena dengan tangannya. KRAK!!! Bunyi itu kedengaran.

"Aou!"

"Qay!!" laung Hamizi. Rayyan menjadi cuak. Dia mengundur beberapa tapak ke belakang.

"Saya kenal Seri," kata Qayreena sambil menahan kesakitan yang dia alami saat itu. Rayyan kelihatan terkejut mendengarnya. "Tolong. Kita perlu bincang,"

~

Doktor Dinah duduk di hadapan Qausar. Dia hairan mengapa dia dipanggil ke situ. Namun, dia hanya tunggu sahaja sehingga Qausar mula membuka bicara.

"Nurul Dinah binti Abdul Halim," Qausar membaca nama penuh Doktor Dinah.

"Ya, saya," sahut Doktor Dinah.

"Awak kenal perempuan ni?" tanya Qausar menunjukkan gambar salah seorang mangsa kes 150105 yang merupakan seorang pakar bedah.

"Ya. Kami pernah berkerja di hospital yang sama. Hospital tempat dia berkerja tiada pakar psikologi masa hospital tu baru dibuka. Dan saya ditugaskan untuk ke sana. Jadi, kami agak rapat sebab beza umur kami tak jauh," kata Doktor Dinah.

"Bila kali terakhir awak berhubung dengan dia?" tanya Qausar.

"Dalam bulan Januari. Awal bulan macam tu. Saya ada call dia," kata Doktor Dinah. Sementara Qausar menyoal siasat Doktor Dinah, Aliman perasan ada kewujudan lain di situ. Berdiri benar-benar di sebelah Doktor Dinah.

"Awak ada berjumpa dengan dia lepas tu?" tanya Qausar.

"Tak ada pula. Saya agak sibuk belakangan ni," kata Doktor Dinah.

"Dah berapa lama awak jadi pakar psikologi Hospital Besar Inovasi?" tanya Qausar.

"Lebih kurang 8 tahun," jawab Doktor Dinah.

"Dan sejak bila awak mempelajari teknik hipnotis?" tanya Qausar.

"Lebih kurang 10 tahun, mungkin. Saya tak berapa ingat," kata Doktor Dinah.

"Jadi, awak kenal dia?" tanya Qausar menunjukkan gambar Nurdhiya. Doktor Dinah memandang gambar tersebut.

"Oh. Perempuan ni. Dia seorang pemain piano muda, kan? Saya pernah terserempak dengan dia di hospital semasa saya menjalankan praktikal. Dia terlanggar saya waktu tu dan tertumpahkan air milo ke baju saya," jawab Doktor Dinah.

"Hanya sekali tu awak jumpa dengan dia?" tanya Qausar.

"Beberapa kali juga. Dia menyertai program sukarelawan untuk membantu pesakit di hospital. Dalam seminggu sekali dia akan datang ke hospital bersama rakan-rakannya untuk membantu pesakit di sini. Dia kerap juga memainkan piano untuk mereka. Tak silap saya, dia berkawan baik dengan seseorang bernama Qeerana," kata Doktor Dinah.

"Qee?" tanya Qausar. Dia cepat-cepat mengeluarkan dompetnya. Gambar Qeerana ditunjuk kepada Doktor Dinah. "Ini ke orangnya?"

"Ya. Inilah orangnya," kata Doktor Dinah. "Dan cara mereka memainkan piano adalah agak berbeza tapi berkualiti. Pesakit terhibur dengan persembahan mereka. Tapi, bila saya dah dilantik menjadi pakar tetap di hospital tu, pasukan sukarelawan tu dah tak datang ke hospital tu lagi,"

"Jadi, Qee dan Nurdhiyah. Kenal antara satu sama lain," gumam Qausar.

"Awak dah ada anak?" tanya Aliman tiba-tiba. Qausar dan Doktor Dinah serentak menoleh ke arah Aliman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience