MEMORY
2011
Qayreena tersedar apabila terasa kenderaan yang dinaikinya kembali bergerak. Qayreena memisat-misatkan matanya.
"Dah gerak dah?" tanya Qayreena. Dia memandang ke arah Qeerana.
"Apa tengok-tengok?! Kau tak ada perlu untuk menetapkan pandangan kau ke arah aku," kata Qeerana malas melayan Qayreena.
"Orang tengok je. Itu pun tak boleh," kata Qayreena. Dia duduk memeluk tubuh. Bersandar di tempat duduknya. Membuang pangangan ke luar.
Entah kenapa, dia merasakan yang suasana di luar kenderaan pada malam itu seperti agak berlainan. Misteri. Menimbulkan rasa gusar dalam diri Qayreena. Qayreena ternampak kilat menyabung di langit malam itu. Cahayanya secara tidak sengaja menerangi kawasan itu. Qayreena ternampak sesuatu. Satu kelibat. Apakah itu.
Cepat-cepat dia menenyeh matanya dengan tangannya. Memastikan apa yang sedang dilihatnya. Namun, dia tiada. Qayreena tercari-cari kelibat itu dalam kegelapan malam itu. Hujan mulai turun membasahi bumi. Dan, petir menyabung lagi. Dan, Qayreena melihatnya. Kelibat itu seolah-olah semakin hampir. Ia aneh.
"Qay!" panggil Qeerana dengan suara yang dikuatkan sedikit nadanya menyedarkan Qayreena dari lamunannya. Qayreena menoleh ke arah Qeerana. "Kau dengar tak apa yang mama cakap tadi?"
"Mama cakap apa?" tanya Qayreena kerana dia memang langsung tidak mendengar apa-apa. Dia terlalu hanyutencari kelibat tersebut.
"Mama cakap, biar aku je benci kau. Kau tak payah nak benci aku," kata Qeerana selamba.
"Mana ada. Mama cakap, Qay tak payah nak ikut Qee. Qee tu nampak je benci. Sebenarnya dia sayang. Kalau Qee pulangkan balik benci tu pada dia, korang memang tak boleh bersama sampai ke akhirnya. Bukan ke sepatutnya adik beradik tu bersatu bersama? Sehidup semati?" tanya Puan Farah.
"Ya. Sehidup samati. Aku hidup," Qeerana menunding ke arah dirinya. "Dia mati," dia menunding pula kepada Qayreena.
"Akak!"
"Qee!" marah Puan Farah dan Encik Yusof serentak dengan Qayreena memanggilnya.
"What? I said the truth, right? Sehidup, semati. Means, satu hidup, satu lagi mati. Kalau sesiapa yang mati, orangnya tu, dia," Qeerana menunding ke arah Qayreena. "Sebab dia memang tak lama hidup dah pun,"
"Qee. Papa tak suka dengar kamu cakap macam tu," kata Encik Yusof. "Dia adik kamu,"
"Qee tak minta nak ada adik. Apatah lagi bila Qee tahu yang Qee akan diabaikan bila budak ni wujud di dunia," kata Qeerana.
"Itu apa yang Qee rasa selama ni?" tanya Encik Yusof.
"Yes," kata Qeerana.
"Sebab tu lah Qee benci sangat pada Qay selama ni?"tanya Encik Yusof mahukan kepastian.
"Ya! Lepas dia lahir ke dunia ni, dengan penyakit dia yang entah apa-apa ni. Qee. Qee dah dilupakan terus. Apa-apa hal pun, kena dahulukan Qay dulu. Sebab apa? Qay sakit. Kalau Qee? Tak ada orang hirau. No one ever care what I'm doing. Where I'm going. You guys just care about this!" Qeerana menunding ke arah Qayreena. "Even if I demam sekali pun, korang tak kan sikit pun berpaling tengok,"
"Dah habis?" tanya Encik Yusof.
"I don't know," kata Qeerana. Dia sudah mengalirkan air mata. Segala apa yang ditahan, dikurung dalam hatinya. Segala pedih dan sakit, terluah bersama air matanya.
"Now. Listen. Qay pula, tak minta dia lahir ke dunia. Dan dia tak minta pun yang dia ada penyakit macam sekarang ni. Semua ni kerja Allah. Qee kena faham. Dan, bila Qee rasa yang kami tak pedulikan Qee, Qee salah. Selama ni, kami hanya bahagikan perhatian kami kepada dua orang. Qausar dan Qee. Sebab tu Qee rasa Qee tak diperhatikan apabila jumlah perhatian yang kami berikan menjadi hanya satu pertida daripada separuh sebelum ni," kata Encik Yusof.
"Kami perhatikan kamu, Qee. Kalau tak, tak adanya kami uruskan pertemuan kamu dengan pemain piano antarabangsa hanya kerana kamu minat dia. Dan, kami tak kan hantar ambil kamu ke setiap kelas, setiap kejohanan yang kamu sertai kalau kami tak perhatikan kamu," kata Puan Farah. "Qee. Kami sayangkan kamu. Sayangkan Qay, sayangkan Qausar. Cuba fikirkan. Qee boleh buat semua yang Qee nak buat. Sedangkan Qay? Dia tak boleh buat benda-benda yang dia nak buat. Apa yang dia nak buat, terhalang sebab penyakit dia. Qee sangat beruntung, tahu?"
"But..."
"Qee, kebencian yang menggunung kepada orang yang paling rapat dengan kita, apatah lagi, keluarga akan jadi sesuatu yang epik apabila perasaan sayang yang semulajadi ada dalam diri tinggal bersama rasa benci tu. Ia akan jadi mudarat bila kita dah meninggal nanti," kata Encik Yusof.
"Apa maksud papa?" tanya Qeerana.
"Macam darah. Kalau ia bukan dari jenis dan kumpulan yang sama, pembekuan darah akan berlaku untuk melawan keimunan darah yang baru masuk tu. Macam juga perasaan benci. Perasaan sayang yang ada dalam diri secara semula jadi akan melawan rasa benci yang baru hadir atas sebab-sebab tertentu dalam sesebuah situasi. Macam apa yang terjadi pada darah tadi, pembekuan darah. Untuk manusia pula, pembekuan jiwa," terang Encik Yusof.
"Papa, I'm still didn't get it," kata Qeerana. Qayreena mengerlih seketika ke arah Qeerana. Entah kenapa, dia merasa kurang senang malam itu.
"Pembekuan darah akan menghalang darah untuk terus mengalir. Pembekuan jiwa pula, menghalang manusia untuk terus hidup, atau memberi kesukaran untuk kehidupannya," kata Encik Yusof.
"Kita tak tahu apa yang akan jadi lepas ni. Kita juga tak dapat halang apa-apa daripada terjadi. Mama harap, Qee faham," kata Puan Farah.
Qayreena mendengar bunyi guruh. Akibat terlalu terkejut, tangannya tersentuh tangan Qeerana. Kepalanya terasa sakit serta-merta.
Dan apa yang dia lihat, ada yang berdiri di tengah jalan yang akan mereka lalui. Dalam hujan lebat. Nampaknya, selepas ini hujan akan menjadi lebih lebat. Dan kereta yang dipandu oleh papanya akan mengelak daripada melanggar orang itu dan menghadapi kemalangan.
Bayangan apa yang terjadi itu hanya terhenti apabila Qeerana menarik tangannya. Qayreena memandang ke arah Qeerana.
"Sorry," ucapnya lalu menjarakkan diri daripada Qeerana. Qayreena memandang ke hadapan. Keadaan jalan yang mereka lalui perlahan-lahan menyerupai tempat dalan bayangannya sebentar tadi. "Papa,"
"Ya, sayang?" tanya Encik Yusof.
"Tak ada jalan lain ke yang boleh kita lalu selain jalan ni?" tanya Qayreena.
"Ada. Cuma, jalan lain mungkin akan sesak sikit. Apatah lagi hujan ni," kata Encik Yusof. "Sebab tu lah papa ambil jalan ni. Kenapa Qay tanya?"
"Qay just, tak sedap hati," kata Qayreena. "Tak ada apa-apa lah,"
"Didi?" kedengaran Qeerana memanggil seseorang. Qayreena menoleh. Kelihatan Qeerana sedang membuang pandangan ke luar tingkap. Siapa yang dia panggil? Dan, siapa yang akan berada di jalan sunyi, gelap ini dalam waktu malam dan hujan yang akan menjadi lebat ini?
"Kenapa, Qee?" tanya Puan Farah.
"Nothing. I just..." Qeerana memandang ke hadapan. Matanya kelihatan membulat memandang ke hadapan. "Apa yang perempuan tu buat kat depan tu?"
"Perempuan mana?" tanya Encik Yusof.
"Tu. Perempuan tu. Papa hati-hati sikit," kata Qeerana. "Takut nanti dia tak habis lintas lagi,"
"Apa yang Qee merepek ni? Perempuan mana?" tanya Encik Yusof.
"Hak-a, Qee. Tak ada pun," kata Puan Farah.
"Ada kat depan tu," Qeerana bersungguh-sungguh menunding ke hadapan. Qayreena memandang ke hadapan. Oh, tidak! Tempat ini.
Tiba-tiba, kelibat seirang perempuan berdiri di tengah jalan dilihat Encik Yusof lalu cuba mengelak. Akibat jalan yang licin, kereta itu berpusing beberapa kali. Akibat terlalu terkejut, Qayreena dapat merasakan rasa sakit seolah sesuatu yang tajam mencucuk dada kirinya. Berkali-kali. Qayreena merasakan tubuhnya berada di udara dan...
~
2015
Qayreena bangun daripada tidurnya. Peluh bermanik di dahi. Qayreena cuba mengawal nafasnya sambil beristighfar beberapa kali. Ya. Dia melihat apa yang akan terjadi pada kereta yang mereka naiki pada malam itu.
Ketika dia sudah terbaring di atas jalan raya, dengan hujan yang menghempap tubuhnya, dia dapat merasakan ada seauatu yang menghampirinya. Membisikkan.
"Tolong saya,"
"Aku jumpa Dhiya kat sana," kata Qayreena sendirian. "Dan dia kenal Qee?"
~
"Hari ni ke?" tanya Qayreena hairan.
"Yalah. Hari ni. Nak tengok-tengok?" tanya Aliyah menawarkan.
"Boleh juga," kata Qayreena.
"Jom," Aliyah menarik tangannya ke dewan tempat kejohanan tersebut diadakan. Patutlah dia termimpikan hal itu semalam. Kerana hari ini akan ada kejohanan tersebut. Kejohanan Catur antara sekolah menengah.
"Qay?" kedengaran seseorang memanggilnya dari belakang. Mereka berdua menoleh.
"Oh. Liman,"
"Korang buat apa kat sini?" tanya Aliman hairan dengan kehadiran Qayreena di situ. Dan juga Aliyah.
"Datang tengok-tengok. Awak pula?" tanya Aliyah.
"Saya... Ada hal sikit," kata Aliman. Dia hairan dengan cara Aliyah bercakap dengannya hari itu. Ia berbeza.
"Okeylah kalau macam tu, saya nak ke sana sekejap," Aliyah menunding ke arah salah seorang rakan sekuliahnya yang menjadi pengurus acara di situ.
Belum sempat Aliman bertanya apa-apa tentang keanehan kelakuan Aliyah hari itu, Aliman melihat Qayreena memandang ke satu arah. Aliman memandang ke tempat yang dipandang oleh Qayreena. Seseorang melangkah menghampirinya.
"Hai. Jumpa lagi nampaknya," kata Qayreena kepada budak lelaki itu. Salah seorang peserta mungkin. "Peserta?"
"Tak. Saya QM je," jawab Rayyan.
"Tak sangka kita jumpa lagi kat sini, kan?" tanya Qayreena.
"Akak tak rasa ke, kita jumpa hari ni adalah satu ketentuan. Bukan kebetulan. Ketentuan untuk hal seterusnya yang akan kita hadapi. Permulaan kepada sesuatu yang akan terjadi. Dan mungkin juga penyelesaian kepada kesulitan yang membelit kepala otak kita," kata Rayyan.
heUntuk sebab tertentu, Qayreena merasa seperti pernah mendengar pernyataan ini. Ia seolah-olah deja vu. Mengapa, ya?
"Ya. Mungkin juga. Gembira berjumpa dengan awak," kata Qayreena.
"Awak akan gembira hanya untuk hari ni. Bila awak tahu, pertemua kitalah punca segala-galanya, awak akan menyesal dan harap kita tak kan pernah berjumpa," tambah Rayyan lagi.
"Eh?"
Share this novel