Chapter 36

Mystery & Detective Completed 13460

NOT

2015

"Aliman," Aliyah menolak Aliman sekuat hatinya. "Kenapa dengan awak ni?"

"Kenapa? Bukan ke sebelum ni kau selalu ekori aku? Buat aku annoyed? Kau kata kau suka aku. Aku peluk kau macam tadi, tapi kau tolak aku," kata Aliman.

"Saya... Look. Maaf sebab sebelum ni saya selalu buat awak annoyed. Tapi, saya rasa yang awak ni pelik hari ni. Baik awak balik dan berehat," cadang Aliyah. Kelakuan Aliman memang pelik. Tapi, dia lebih gemar akan sikap Aliman sebelum ini. Aliman yang berada di hadapannya tika ini agak pelik baginya.

"Mana kau pergi beberapa hari lepas?" tanya Aliman. Aliyah tersentak. Dia bersembunyi. Perlukah dia memberi tahu hal itu? Siapa yang akan percaya?

"Saya cuti... Alah... Ada student rasa stress dan perlukan cuti. Saya pun student juga," kata Aliyah.

"Bukan sebab ada yang kacau kau ke?" tanya Aliman.

"Boleh kata macam tu juga. Ada beberapa orang yang menakutkan kacau saya. Itu je tak ada apa-apa yang teruk pun," kata Aliyah.

"Orang yang kacau kau tu. Orang yang menakutkan tu, dah tak bernyawa lagi, kan?" tanya Aliman. Aliyah merasakan yang Aliman sedang menyindirnya. Dia hanya mengeluh. Memang jika dia memberitahu hal itu kepada sesiapa, mereka hanya akan menyatakan yang dia sedang berhalusinasi. Ada juga yang mengatakan yang dia mempunyai masalah psikologi dan perlu menemui pakar.

Tapi, bila dia berjumpa dengan pakar, kebanyakan ujian yang dijalankan menunjukkan yang dia sihat sahaja psikologinya. Namun, suara itu tetap juga berbisik padanya pada waktu-waktu tertentu. Kali kedua dia menemui pakar, mereka menyuruhnya untuk berehat sebentar daripada ke sekolah kerana ia mungkin penyebab dia berhalusinasi ialah kerana dia terlalu penat dan stress. Tapi, Aliyah tidak berfikir seperti itu.

"Apa-apa jelah awak. Saya nak balik dulu," kata Aliyah lalu melangkah keluar daripada bangunan tersebut. Aliman melangkah mengekorinya.

"Nak aku hantar?" tanya Aliman. Aliyah terkejut dengan pelawaan Aliman tetapi dia hanya menganggap lelaki itu sedang bergurau dengannya.

"Tak apalah. Menyusahkan awak je," kata Aliyah. Dia mahu mengelak daripada Aliman ketika ini. Kerana Aliman ini bukan seperti Aliman yang dia kenal. Ia agak berbeza. Tapi, dia tidak tahu apa yang bezanya. Mungkin kerana Aliman yang dia kenali ialah Aliman yang selalu merasa jengkel dengan kehadirannya. Tapi nampaknya, dia tidak bertemu dengan Aliman itu hari ini. Di hadapannya ada Aliman lain.

Keluar sahaja daripada gudang tersebut, Aliyah terkejut kerana Qayreena sudah tiada lagi di situ.

"Mana Qay pergi ni?" tanya Aliyah sendirian.

"Macam mana?" tanya Aliman di belakangnya membuatkannya terlompat sedikit. "Nak aku hantar tak?"

"Saya tunggu seseorang," kata Aliyah masih mencari kelibat Qayreena.

"Siapa? Ada sesiapa yang datang sekali dengan kau ke sini?" tanya Aliman.

"Hm," jawab Aliyah. Tiba-tiba, telefon bimbitnya berdering. Aliyah mengeluarkannya. "Hello? Apa?! Hospital mana?"

"Hospital?" gumam Aliman.

~

"Maaf sebab tak dapat luangkan masa sebelum ni. Saya betul-betul sibuk. Minta maaf banyak-banyak, ya?" ucap Professor Said.

"Tak apa. Professor nak luangkan masa dengan kami pun dah cukup baik," kata Nazri.

"Duduklah dulu," pelawa Professor Said. "Apa yang saya boleh tolong tuan berdua?"

"Kami nak jumpa dengan anak saudara awak, Seri. Dia kat mana sekarang?" tanya Qausar.

"Seri? Kenapa eak, awak nak jumpa dengan dia?" tanya Professor Said.

"Kami dengar yang dia tinggal bersama-sama awak lepas ibu bapa dia meniggal," kata Qausar.

"Memang dia tinggal dengan saya. Tapi dia tu degil. Banyak halnya yang dia buat. Saya tak tahu macam mana lagi nak berkompromi dengan dia. Dia terlalu degil dan hanya nak ikut kepala dia sahaja. Sampai satu hari ni, dia balik lambat sangat. Saya pun marahlah dia. Dia lari dari rumah," kata Professor Said.

"Lari dari rumah?" tanya Nazri.

"Dan awak tak buat apa-apa laporan polis?" tanya Qausar.

"Tak buat. Sebab dia ada kat rumah jiran dia masa kat rumah asal keluarga dia. Saya pun biar je lah," kata Professor Said.

"Dia ada kenal dengan perempuan ni tak?" tanya Qausar menunjukkan gambar Doktor Dinah.

"Itu? Dinah, kan? Dia kenal sebab Dinah dengan saya sama course waktu belajar dulu. Kamu kerap buat study group dan memang dia kenallah dengan Dinah," kata Professor Said.

"Boleh kami dapatkan nombor telefon atau alamat rumah tempat Seri tinggal sekarang?" tanya Qausar.

"Sebenarnya, mereka dah lama pindah dari situ. Nombor pun dah tukar. Jadi, saya tak tahu kat mana dia berada sekarang ni," kata Professor Said. "Maaf, ya. Hanya ni sahaja yang saya boleh tolong,"

"Tak apa," kata Qausar. "Terima kasih sebab beri kerjasama,"

"Tapi, kenapa awak nak jumpa dengan Seri?" tanya Professor Said.

"Kami suspek yang Seri ada di hotel pada malam satu kejadian berlaku. Jadi, kami nak tanya kat mana dia berada sebab seseorang ada nampak dia kat bandar bulan lepas," kata Nazri. Qausar memandang ke arah Nazri dengan pandangan apa-yang-kau-cuba-nak-buat.

"Kat bandar?" tanya Professor Said. Qausar menoleh ke arah Professor Said. Ia kelihatan seperti ada sesuatu yang mengganggunya.

"Kalau ada apa-apa perkembangan tentang Seri saya harap professor dapat hubungi kami. Sebab dia mungkin kunci pada semua kes yang kami tak dapat selesaikan sebelum ni. Ia agak sukar sebab kami hanya ada satu suspek sahaja," kata Nazri.

"Baiklah. Saya akan bantu awak berdua. Jangan risau," kata Professor Said.

~

"Seri?" Qayreena cuba memastikan orang yang berdiri di hadapannya. Seri melangkah ke arahnya. "Apa yang awak buat kat sini?"

"Awak pernah cakap yang kita boleh membantu antara satu sama lain, kan? Kita kembar, kan? Kita kongsi wajah yang sama," kata Seri.

"Ya," jawab Qayreena. "Awak nak minta saya buat apa?"

"Saya tak pasti awak akan setuju atau tak. Perkara yang saya minta awak buat ni mungkin akan membahayakan nyawa awak," kata Seri. "Tapi, hanya awak je yang mampu buat perkara ni. Ia memang akan nampak melampau. Tapi, hanya ni satu-satunya jalan yang tinggal. Semua yang dah jadi ni akan buat lebih banyak lagi pembunuhan yang akan terjadi. Jadi, saya memang harapkan awak nak buatnya,"

"Nurdhiya dengan Qee kat mana sekarang?" tanya Qayreena.

"Memandangkan yang teman lelaki dia dah tak rasa dia masih hidup, dia nak sumbat orang yang dah bunuh dia ke dalam penjara. Mungkin dia antara yang berbisik kepada kawan awak. Dan mungkin dia berada disamping orang yang bunuh dia. Kalau kakak awak pula," Seri berhenti seketika. "Dia dah pergi dengan aman. Jangan risau,"

"Setelah berapa lama dia dampingi saya, dia pergi macam tu je?" tanya Qayreena.

"Deimi Cinta dah bagitahu perkara yang dia nak bagitahu pada awak. Dia berada di sisi awak adalah untuk memberitahu hal tu. Dia nak awak tahu tentangnya, tapi dia tak mampu nak beritahunya terus pada awak," kata Seri.

"Demi Cinta?" tanya Qayreena.

"Ya. Dia perempuan yang jumpa dengan awak kat depan gudang tu," kata Seri.

"Oh. Adeimi Shitiya?" tanya Qayreena. "Tak kan lah Qee bagitahu dia semuanya dan pergi macam tu je?"

"Tapi keadaannya nampak memang macam tu," kata Seri.

"Macam tu..." kata Qayreena sendirian. "Apa yang awak nak suruh saya buat?"

"Pergi kepada mereka dan mengaku yang awaklah yang buatnya," kata Seri.

~

"Now, tell me apa yang kau fikir masa cakap macam tu?" tanya Qausar.

"Sar. Aku kan dah cakap pada kau yang aku perasan sesuatu. Aku harap, kau akan percaya kata aku," kata Nazri.

"Kau bukannya jenis yang suka nak ambil tahu pasal kes-kes rumit macam ni. Apa yang kau suka hanyalah untuk ambil gambar dan buat soal siasat suspek, saksi dan orang yang berkaitan dengan mangsa. Kau bukannya orang yang suka buka balik fail lepas hanya untuk siasat tentang sesuatu. Apa kena dengan kau ni?" tanya Qausar.

"Aku pun polis juga. Logiklah kalau aku nak siasat perkara-perkara macam ni," kata Nazri. Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi. Dia mengeluarkannya. Riak wajahnya terus berubah setelah melihat telefon bimbitnya. "A...aku blah dulu,"

Nazri melangkah keluar daripada pejabat tersebut. Qausar sekadar memerhatikan rakan sekerjanya yang kelihatan agak aneh sejak akhir-akhir ini.

"Naz nak pergi mana tu?" tanya Fadhli baru melangkah masuk.

"Entahlah. Dia tu pelik sikit sejak akhir-akhir ni. Tak nampak ke dia macam obses sikit dengan kes ni?" tanya Qausar.

"Nampak juga. Bila ada kena turun padang, dia suka rela. Dia kan lebih suka duduk kat tempat yang ada air-cond ni," kata Fadhli.

"Dia kata yang dia ada semak fail 030201 dan jumpa sesuatu. Tapi, aku tak faham apa yang dia jumpa sebenarnya," kata Qausar.

"Dia periksa fail tu?" tanya Fadhli kelihatan agak terkejut.

"Apahal kau nampak macam terkejut sangat ni?" tanya Qausar hairan melihat keadaan Fadhli ketika itu.

"Bila dia kata dia periksa fail tu?" tanya Fadhli dengan nada serius.

"Semalam dia kata," kata Qausar.

"Tak mungkinlah," kata Fadhli.

"Kenapa pula tak mungkin?" tanya Qausar.

"Sebab fail tu dah seminggu aku perap kat rumah aku. Aku nak cari balik orang-orang yang mungkin akan ada kaitan dengan diaorang," kata Fadhli lalu meneguk kopinya. "Datang dari mana pula fail yang dia periksa tu?"

"Tak mungkinlah..."

"Sekarang ni, aku suspek yang si Naz ni pembunuh pula," kata Fadhli. Qausar juga mempunyai pemikiran yang sama. Tapi, mungkinkah Nazri membunuh? Ia sangat tidak masuk akal.

"Encik Fadhli Shah?" tanya seseorang. Seorang penghantar bungkusan.

"Ya, saya?" Fadhli menyahut.

"Ada bungkusan untuk awak," kata penghantar bungkusan itu. Fadhli mengambilnya lalu memandatangan borang yang dihulurkan.

"Benda apa tu? Beli barang kat Go Shop?" tanya Qausar.

"Gila kau Go Shop suruh hantar kat balai? Dia budak hantar barang biasa je. Bukannya Go Shop. Tak pakai pink pun," kata Fadhli membuka bungkusan tersebut.

"Apa kebenda tu?" tanya Qausar mahu tahu.

"Aku ada minta kenalan papa aku siasatkan mangsa kes 030201 tu. Cari orang yang mungkin ada kaitan dengan kes ni," kata Fadhli.

"Rajin noh kau," kata Qausar.

"Al maklumlah. Kalau settle kes ni, aku naik pangkat. Lupa?" tanta Fadhli sambil membelek fail yang diberi. Qausar perasan sesuatu yang berada di dalam kotak itu. Dia mengeluarkannya. Sebuah gambar.

"I...ini," Qausar agak terkejut dengan apa yang dia lihat.

"Pahal kau?" tanya Fadhli lalu menoleh ke arah Qausar. Matanta buntang bila memandang gambar di tangan Qausar. "N...Naz?"

"Tuan!"

"Opocot mak kau tergolek!" latah Nazri hingga failnya terjatuh kerana terlalu terkejut.

Qausar menoleh. Zura berada di hadapan pintu.

"Ya?"

"Doktor Dinah. Dah berapa hari dia tak masuk kerja," kata Zura.

"Kat rumah dia?" tanya Qausar.

"Mereka cakap yang dia ada kat tempat kes 060606 tu," kata Zura.

"Apa yang dia buat kat sana?" tanya Qausar lalu terus melangkah keluar daripada balai tersebut. Fadhli memandang Qausar melangkah keluar. Gambar Nazri diambilnya. Senyum sinis muncul pada wajahnya.

"Tak sangka aku," kata Fadhli. Dia meletakkan kembali gambar tersebut ke dalam kotak. "Apa pun, kau akan buat kerja aku jadi lebih senang,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience