Chapter 28

Mystery & Detective Completed 13460

MIRROR

2015

"Aku dah selesai hal aku," kata Fadhli mengumumkan.

"Tahniah," ucap Foo Lim kelihatan malas dan tidak ikhlas.

"Apahal dengan kau?" tanya Fadhli.

"Aku ingat kerja aku settle sekejap je. Aku dah janji dengan adik aku yang aku akan ambil dia dari kolej hari ni. Nampaknya, aku kena batalkanlah," kata Foo Lim kelihatan sedih.

"Tak kan tak settle lagi? Apa lagi yang kau kena buat? Bukan ke kau kena ambil laporan kesihatan Puan Jamilah je ke?" tanya Fadhli.

"Memanglah. Itu rancangan asalnya. Tapi, rupa-rupanya, Puan Jamilah punya doktor tu sebenarnya doktor hospital lain. Tak lama lepas anak dia meninggal tu, doktor tu kembali ke hospital asal dia," kata Foo Lim.

"So?"

"Aku kena pergi hospital tu lah pula. Ambil laporan penuh Puan Jamilah. Sebab apa yang hospital ni simpan, setoet ni je," Foo Lim menunjukkan laporan yang hanya beberapa helai kertas A4 itu.

"Macam ni je lah. Kau pergi ambil adik kau tu. Biar aku yang uruskan yang ni," cadang Fadhli.

"Tak menyusahkan kau ke?" tanya Foo Lim serba salah.

"Tak adalah. Lagi pun, kerja aku dah siap ni," kata Fadhli menunjukkan hasil kerjanya. "Tak pun, kita tukar. Kau ambil maklumat arwah anak Puan Jamilah, aku ambil maklumat mak dia,"

"Boleh ke macam tu?" tanya Foo Lim.

"Nanti pandai-pandailah aku cakap kat Qausar nanti. Kau pergilah ambil adik kau tu," kata Fadhli. "And ambil maklumat ni. Bagi maklumat kau,"

Maklmat tersebut bertukar tangan. Fadhli dan Foo Lim masing-masing memeriksa isi kandungan maklumat yang mereka terima.

"Semuanya ada kat sini, kan?" tanya Foo Lim.

"Hm," jawab Fadhli. "Maklumat kau pula ni, katanya nak kena ambil kat hospital tempat doktor tu kerja. Hospital mana?"

"Aku dah selitkan alamatnya kat dalam fail tu," jawab Foo Lim. "Aku pergi dulu, ya. Terima kasih,"

~

"Dia dah pergi," umum Nazri walaupun sebenarnya Qausar dan Zura juga berada di situ dan melihat apa yang dia lihat. Qausar melangkah melepasi Nazri. "Kau nak ke mana?"

"Tuan," panggil Zura. Namun, Qausar tidak mengendahkan mereka. Terus melangkah ke arah Qayreena dan Aliman.

"Kenapa dengan awak ni, Liman? Ada nampak apa-apa ke?" tanya Qayreena.

"Awak pula? Ada rasa apa-apa ke?" tanya Aliman memulangkan kembali soalan.

"Ada tu ada. Sebab kat sini kan ramai orang. Cuma, saya tak nampak mereka. Tapi, awak boleh. Apa yang awak nampak sampai muka awak macam tu sekali terkejutnya?" tanya Qayreena.

"Apa yang dia nampak?" tanya Qausar ketika menghampiri Qayreena dan Aliman. Mereka berdua menoleh.

"Abang," tegur Qayreena. Qausar mengangguk. Dia memandang ke arah Aliman.

"Apa yang awak nampak tadi? Boleh beritahu kepada saya?" tanya Qausar.

"Tak ada apa-apa yang penting pun, abang. Benda biasa-biasa je," kata Qayreena. "Abang buat apa kat sini?"

"Abang tengah uruskan kes yang team abang kena uruskan tu. Suspek kes mungkin berada di sini," kata Qausar.

"Kes pembunuhan, ke?" tanya Qayreena. Qausar mengangguk. "Tak bahaya ke kalau dia bertindak kat sini? Dia cikgu ke?"

"Abang tak boleh bagitahu," kata Qausar. "Sebab tu lah team abang datang sini. Takut kalau-kalau dia bertindak atau apa. Kalau kami ada kat sini, mudah sikit nak uruskan kalau ada apa-apa yang jadi,"

"Atau suspeknya tu, Rayyan?" tanya Qayreena. Aliman tersentak mendengarnya. Qausar perasan akan reaksi Aliman. Dia pasti yang Aliman boleh membantunya dalam kes ini.

"Awak kenal Inspektor Izrul?" tanya Qausar kepada Aliman tanpa mempedulikan soalan Qayreena.

"Ya. Dia ipar pak su saya," jawab Aliman.

"Saya tak tahu apa yang awak nampak tadi. Tapi, saya pasti awak boleh membantu team kami untuk selesaikan kes ni," kata Qausar. "Ini nombor telefon saya dan balai tempat saya ditugaskan. Kalau awak rasa nak ceritakan apa yang awak nampak tadi, sila hubungi saya,"

"Abang. Dia..."

"Abang tahu dia ada nampak sesuatu yang hanya sesetengah orang boleh nampak. Sebab tu abang nak minta bantuan dia," kata Qausar. "Abang pergi dulu lah, ya?"

Qausar berlalu pergi. Aliman pula masih memproses apa yang dilihatnya tadi. Qayreena memandang ke arah Aliman yang diam tidak berkutik itu.

~

"Mei Ling?" hairan Fadhli melihat wanita itu berada di lobi hospital. Sedang memeriksa telefon bimbitnya. "Pegawai Low!"

Mei Ling yang sedang sibuk memeriksa telefon bimbitnya mengangkat wajah. Mencari siapa gerangan yang memanggilnya.

"Detektif Fadhli!" sahut Mei Ling. Fadhli melangkah ke arah Mei Ling.

"Apa you buat kat sini? You melawat sesiapa ke?" tanya Fadhli.

"Hey~ Apalah you ni, Detektif Fadhli. You lupa ke? Semalam kan Tuan Qausar ada bagi-bagi tugas untuk team kita. I buat kerja I la," kata Mei Ling. Bibir Fadhli membentuk O dan dia mengangguk tanda mengerti. "You pula? Bukan ke you kena handle rekod anak Puan Jamilah sebelum dia meninggal, ke? Dia dirawat kat sini ke?"

"Bukan. I dah settle kerja I sebenarnya. Just. Tadi, Pegawai Lee ada janji dengan adik dia untuk fetch adik dia kat kolej. Dan tugas dia belum settle lagi," kata Fadhli.

"Tugas dia belum settle lagi?" tanya Mei Ling.

"Ya. Sebab tu lah I datang sini gantikan dia. Sebab doktor yang rawat Puan Jamilah sebenarnya doktor hospital ni. Doktor tu jadi doktor sementara kat hospital yang I dengan Pegawai Lee pergi pagi tadi. So, I kena refer pada dia lah untuk dapatkan rekod lengkap. Sebab hospital lama simpan sikit je rekodnya," Fadhli menunjukkan hasil yang diperoleh oleh Foo Lim.

"I see. I pun baru dapat salinan rekod perubatan Rayyan," kata Mei Ling. Fadhli baru terfikir akan sesuatu.

"Tunggu! You perlu rujuk pakar psikatri kat sini, kan?" tanya Fadhli.

"Ya. I rujuk pada Doktor Dinah," kata Mei Ling.

"That's funny," kata Fadhli. Dia berfikir sejenak.

"What's funny?" tanya Mei Ling.

"You tahu tak berapa orang pakar psikatri kat hospital ni?" tanya Fadhli.

"Masa I tanya tadi, macam ada 5 orang. Tapi, seorang dah sambung belajar. Tinggal 4 orang je yang ada," kata Mei Ling.

"Boleh I tengok rekod tu?" tanya Fadhli. Mei Ling mengeluarkan fail daripada beg tangannya lalu dihulurkan kepada Fadhli. Fadhli membelek fail tersebut. "Kenapa you nak tengok rekod tu?"

"It just. Something bother me," kata Fadhli. Dia menutup kembali fail itu lalu menghulurkannya kembali kepada Mei Ling. "Thanks,"

"Welcome,"

~

Rayyan meraup wajahnya setelah mencucinya dengan air. Dia memandang pantulan wajahnya pada cermin.

"Kenapa? Kenapa kau buat macam ni pada aku, Raihan?" tanya Rayyan pada imej pantulan wajahnya. Tangannya diangkat lalu ditekap ke cermin. Pada wajahnya. Perlahan-lahan dia mencengkam tangannya seolah-olah menahan geram.

"Kau yang buat jadi macam ni, adikku, Rayyan," katanya dengan wajah tunduk. Nadanya sudah berbeza.

"Dah banyak kali aku cakap, jangan suka-suka hati guna badan aku untuk kepentingan kau. Kau tahu tak kau gunakan tenaga aku?" tanya Raihan menghadap wajahnya pada cermin. "Dan, kejohanan ni. Apahal kau nak datang sini sangat? Apa yang kau nak cari?"

"Relax lah," reaksi wajah Rayyan yang tadinya marah, menjadi sinis. "Ini hanya untuk kembar aku. Seri. S-E-R-I,"

"Pergi mampuslah kau dengan kembar kau yang tak guna tu! Pergi dari hidup aku!" laung Rayyan memukul-mukul cermin di hadapannya.

"Hey. Adik. You yang setuju untuk tolong abang kesayangan you ni," katanya dengan nada sinis sekali lagi.

"Kau bukan abang aku! Kau abang angkat aku je!" Rayyan menampar cermin itu dengan tangannya.

"Dik?" kedengaran seseorang menegurnya. Rayyan menoleh. Kelihatan seorang lelaki berdiri di situ. Pelajar universiti itu mungkin. "Adik tak apa-apa ke?"

"I'm okay," kata Rayyan. Membetulkan rambutnya. "Maaf kalau buat abang terkejut,"

Rayyan membongkokkan sedikit tubuhnya meminta maaf. Rayyan berlalu keluar.

~

"Ini apa yang Tuan minta tadi," kata penjaga kaunter itu menghulurkan sehelai kertas A4 bercetak kepada Fadhli.

"Terima kasih, ya," ucap Fadhli. Dia memeriksa senarai yang diminta. Matanya terpaku pada dua nama yang tidak asing untuknya semenjak berada dalam team tersebut. "I knew it,"

~

Aliman menyidaikan kepalanya pada meja belajarnya. Apa yang dia lihat pagi tadi amat tidak masuk akal. Dia memejamkan matanya. Masih teringat imej yang dilihat terpantul pada cermin di dewan itu.

"Qayreena," gumam Aliman. Dia mencelikkan kembali matanya. "Dan, Qayreena,"

"Apa yang awak nampak. Bukan macam apa yang awak fikir. Apa yang awak dengar. Bukan macam apa yang sebenarnya terjadi. Apa yang awak lakukan, bukan seperti apa yang awak maksudkan. Awak tak akan mampu mengawal gerak geri tubuh sendiri. Awak akan bergerak tanpa mengikut kemahuan awak.

Marionette. Awak dikawal dengan jari jemari dia. Dengan benang-benang di setiap sendi awak. Tak mampu bergerak melainkan dengan penarikan benang-benang yang disambung pada kayu yang diangkat setingginya. Jika ia tidak diangkat, awak tak mampu berdiri.

Boneka sumpahan, Voodoo Dolls. Tanpa awak sedar awak serahkan seluruh jiwa dan raga. Tanpa kemahuan awak menggerakkan tubuh awak. Tanpa niat, awak melakukan apa yang awak tak akan sangka awak akan lakukannya. Ia bukan awak. Bukan diri sendiri.

Awak tak akan mampu keluar bila awak dah masuk. Dan bila awak sedar. Semua dah terlambat. Apa yang awak nak ia terjadi, tak akan terjadi. Apa yang awak nak mereka tahu, akan tetap jadi misteri.

Apa yang awak nak mereka dengar, akan terus diam membisu. Apa yang awak nak mereka lihat, akan bersembunyi selamanya. Apa yang awak nak mereka fikir, ia akan jadi yang sebaliknya. Hingga nanti, ia akan terkubur. Bersama-sama dengan terkuburnya jasad awak. Awak dah tak dapat elakkannya," kata Qayreena panjang lebar.

Aliman tersentak. Hari itu dia bertemu dengan Qayreena yang bukan Qayreena. Qayreena bergaun kuning.

"Bukan saya," gumam Aliman mengulang kata-kata Qayreena bergaun kuning pada hari tersebut.

"Saya dah cakap. Apa yang awak nampak, bukan seperti apa yang awak fikir. Ia terjadi sekarang,"

"Apa yang aku nampak, bukan macam apa yang aku fikir. Dia bukan Qayreena yang aku fikir. Dia tak hidup. Dia..." Aliman duduk tegak. "...dah mati,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience