2003
"Qee. Mana Qay?" tanya Qausar cemas. Dia sudah mencari ke seluruh pelosok rumah, namun, tidak menemui kelibat adik bongsunya itu.
"Dia kata nak keluar tadi. Dia ada tinggalkan barang dekat taman," kata Qeerana lalu memainkan piano di hadapannya.
"Qee! Kat luar tu hujan tahu, tak? Qee tahu kan Qay sakit?" tanya Qausar.
"Lantak dialah nak keluar. Qee tahu kat luar tu hujan. Budak tu pun tahu yang dia sakit. Ngada-ngada nak keluar," kata Qeerana sambil memainkan pianonya.
"Qee. Kalau sampai jadi apa-apa kat Qay, macam mana?" tanya Qausar.
BAM!!! Qeerana menghentak kekunci piano. Dia menoleh ke arah Qausar.
"Dah tu, abang nak Qee pergi main hujan sekali dengan budak tu? Kalau budak tu demam, memanglah ada yang jaga. Kalau Qee demam. Ada yang nak jaga? Tak ada," kata Qeerana.
"Astaghfirullah. Qee. Qay tu adik Qee tau," kata Qausar.
"Is it? Qee rasa, kalau jadi apa-apa pada dia, Qee akan gembira. Kehadiran dia kat sini menyusahkan hidup Qee je," kata Qeerana. "And, Qee tak perlukan adik,"
"Abang kecewa dengan Qee," kata Qausar lalu mencapai baju panas, payung dan menyarung baju hujan ke tubuhnya.
"Teruskanlah kecewa dengan Qee. Qee memang tak wujud dekat rumah ni lepas budak tu muncul. Pergilah carilah budak yang menyusahkan sangat tu," kata Qeerana.
Qausar buat tidak dengar. Malas melayan kerenah Qeerana. Dia keluar daripada rumah itu. Dia dapat mendengar Qeerana memainkan piano dengan amarah.
Qausar terus ke taman rekreasi tempat mereka tiga beradik kunjungi petang tadi. Tiada sesiapa. Yalah. Hujanlah katakan.
Matanya terpandang kelibat sekumpulan manusia mengerumuni jalan di hadapan sebuah rumah berdekatan dengan taman rekreasi itu.
Qausar mengambil keputusan untuk menghampiri mereka. Dia terpandang kelibat seseorang yang dikenalinya.
"Qay?!" panggil Qausar. Mencuba nasib. Qayreena menoleh.
"Abang!" sahut Qayreena sambil melambai ke arahnya. Qayreena sudah memakai baju panas dan dipimpin oleh seseorang yang turut memayungkannya.
"Qay buat apa keluar malam-malam macam ni? Kan hujan ni," kata Qausar.
"Qay tengah cari gelang yang kakak jatuhkan petang tadi," kata Qayreena.
"Qee jatuhkan?" tanya Qausar.
"Kakak tak sengaja jatuhkan. Kakak mesti tak perasan lagi yang gelang dia dah jatuh. Qay nak kutip tadi, tapi papa dah sampai," kata Qayreena. "Abang ni tolong Qay cari tadi,"
Qausar memandang ke arah lelaki yang memimpin Qayreena. Hamizi.
"Terima kasih sebab jaga adik aku," ucap Qausar.
"Tak apa," kata Hamizi lalu memandang kembali ke hadapan. Di mana tumpuan diberi oleh orang yang berada di situ.
"Kenapa tu?" tanya Qausar.
"Ada yang mati," kata Hamizi. Tidak lama kemudian, kelihatan beberapa orang pekerja hospital membawa masuk sekujur tubuh ke dalam ambulans.
"Yang tu ke?" tanya Qausar.
"Hm. Bunuh diri," kata Hamizi. "Itu yang dia nak orang fikir penyebab kematian perempuan tu,"
"Apa maksud kau?" tanya Qausar.
"Dia perempuan ke 7 yang ditemui mati dengan cara macam ni. Menikam pisau belati tepat ke jantung. Dan jam tu, minit ke 4. Akan ada lagi 3 kes macam ni kat kawasan ni hari ni. Sebelum pukul 12 tengah malam," kata Hamizi.
"Macam mana kau tahu?" tanya Qausar musykil. Bagaimana lelaki itu boleh tahu banyak perkara?
Tiba-tiba, guruh berdentum dengan sangat kuat.
"Adik!" laung Hamizi lalu duduk di atas jalan yang basah itu memangku Qayreena yang sudah terjelepuk ke atas jalan. Kini, semua perhatian teralih pada Qayreena.
~
2011
"Qausar," bisik Fadhli apabila kelihatan Qausar seakan mengelamun. Qausar memandang ke arahnya. Fadhli memberi isyarat agar melihat ke arah Hamizi.
"Kenapa saya dipanggil ke sini?" tanya Hamizi. Qausar menghulurkan tangannya. Fadhli memberikannya gambar-gambar tersebut.
"Kenal..." Qausar menyusun satu persatu gambar mangsa di atas meja di hadapan Hamizi. "...mereka semua,"
"Ya. Mereka menginap di hotel ini juga," kata Hamizi.
"Apa hubungan awak dengan mereka?" tanya Qausar.
"Hubungan? Saya tak pasti tapi, kami dijemput ke sini untuk menyambut ulang tahun seseorang," kata Hamizi.
"Awak semua?" tanya Qausar.
"Ya," Hamizi mengeluarkan kad jemputan yang diterimanya kepada Qausar. "Dan, kami baru je dapat tahu yang orang yang jemput kami tu, dah mati tahun lepas,"
"Dah mati? Macam mana? Dari siapa awak tahu?" tanya Qausar. Ditangannya, sudah diaktifkan alat rakaman bersaiz kecil
"Kami semua dapat benda yang sama bila kami sampai ke bilik kami. Kad ni," Hamizi mengeluarkan sekeping kad dengan nombor 1 padanya. "Dan sijil kematian ni,"
Qausar mengambil surat itu. Dia membukanya.
"Tengku Deraman?" Qausar membaca nama pada sijil tersebut.
"Kalau tanya pasal apa hubungan saya dengan arwah, arwah merupakan senior saya. Kami pemain piano," kata Hamizi tanpa tunggu ditanya.
"Baik. Saya perlu simpan yang ni," kata Qausar.
"Kenapa awak tak minta sahaja dari mereka? Mereka juga dapat benda yang sama dengan saya," kata Hamizi.
"Nampaknya, awak belum tahu," kata Fadhli.
"Tahu apa?" tanya Hamizi.
"Mereka semua dah mati," kata Qausar. Hamizi kelihatan terkejut. Tangannya menjadi terketar-ketar.
"Ma..macam m..mana boleh j...jadi macam tu? S...saya baru je.. jumpa dengan mereka sebelum p...pukul 7 t..tadi," kata Hamizi.
"Kami tahu. Sebab tu lah kami nak soal siasat awak. Beritahu saya, kat mana dan apa yang awak buat daripada pukul 8 hingga 10 setengah malam tadi?" tanya Qausar.
"S...saya di dewan makan. Dari pukul 7 setengah. Kenalan arwah bapa saya meminta saya untuk memainkan lagu di dewan makan untuk mengisi waktu. Sampai 10.20 malam. 10 setengah saya dah ada dalam bilik," kata Hamizi.
"Periksa," arah Qausar.
"Baik," Fadhli bergerak pergi meninggalkan dewan tersebut.
"Kami terpaksa tahan awak untuk sementara," kata Qausar.Hamizi hanya mengangguk. Dia seakan akur sahaja dengan apa yang akan diterimanya.
Qausar memalingkan tubuhnya lalu melangkah pergi dari situ.
"Tuan Qausar!" panggil seseorang membuatkan langkah Qausar terhenti. Qausar menoleh.
"Ya, Zura?" tanya Qausar.
"Saya ada maklumat tentang lelaki tu," kata Zura.
"Lelaki?" tanya Qausar. Zura menunding ke arah dewan tempat Qausar baru sahaja keluar. "Hamizi?"
"Ya. Dia sebenarnya..." Zura memandang kiri dan kanannya. Dia memandang kembali ke arah Qausar. "Mental," bisiknya.
"What?!" Qausar bagai tidak percaya. "Kalau dia M dot dot dot dot dot L, apahal dia ada kat sini? Dia sepatutnya ada kat hospital 'tu'," kata Qausar.
"Dia memang mdotdotdot tu. Tapi, masih boleh dikawal," kata Zura. "Ini," Zura menghulurkan fail coklat bersaiz A4 kepada Qausar.
"Apa ni?" tanya Qausar lalu mengambilnya.
"Ini, Hani yang jumpa. Katanya, masa elektrik terputus sekejap tadi. Kami pada waktu tu, baru sahaja menyelidik semua rakaman CCTV," kata Zura.
"Ada yang hantarkan ni?" tanya Qausar. "Sama ada, memang dia yang bunuh. Atau dia mangsa seterusnya. Atau dia yang pembunuh nak dituduh sebagai pembunuh," kata Qausar menyatakan semua pendapatnya.
"Ada beberapa kemusykilan pasal kes ni," kata Zura.
"Kemusykilan?" tanya Qausar.
"Ya. Pertama, tingkap setiap bilik tak berkunci. Kedua, langsung tak ada orang yang keluar atau masuk ke dalam bilik mangsa pada waktu anggaran kematian. Sebab saya yang periksa rakaman tu. Ketiga, kenapa mesti pembunuh call reception untuk hantarkan room service? Dia sengaja nak umumkan yang dia sudah membunuh atau apa?" tanya Zura. "Kenapa ada nombor-nombor tu kat bilik setiap mangsa. Kenapa dia hentikan jam tepat pukul 11 1 minit, 12 saat dekat setiap bilik? Kenapa langsung tak ada kesan ceroboh atau pergelutan dalam bilik mangsa,"
"Tak ada kesan pergelutan?" tanya Qausar.
"Hm. Kalau ikut logiknya, mereka ditembak tepat kat dahi. Maksudnya, diaorang akan nampak ada orang akan tembak dia. Kalau mereka dalam keadaan sedar, mestilah mereka mengelak. Ini macam diaorang sendiri yang serah diri untuk ditembak," kata Zura.
"Serah diri?"
~
2006
"Dia cakap yang dia akan bunuh diri dia tepat jam 6 6 minit ni," kata Inspektor Hasyim.
Mereka berdua berdiri di hadapan gudang itu. 20 minit sebelum mereka berada di situ, seorang wanita telah membuat panggilan ke balai polis menyatakan yang dia akan membunuh diri di gudang itu.
"Periksa," arah Inspektor Hasyim. Beberapa orang pegawai polis berseragam mula memeriksa kawasan sekitar gudang itu.
Qausar memandang jam pada pergelangan tangannya. Sudah tepat 6.06 petang. Tidak lama kemudian, BANG!
Semua berlari ke arah tempat di mana asalnya bunyi tembakan itu. Tapi, Qausar masih berdiri di situ. Memandang jam pada pergelangan tangannya.
"Tepat," kata Qausar. Dia mencari di mana rakan setugasnya yang lain telah pergi. Qausar menghampiri mereka.
"Dia bukan hanya bunuh diri. Tapi, bunuh orang juga," kata Inspektor Hasyim.
Qausar terkejut dengan keadaan di situ. Ada 6 mayat semuanya. Semuanya ditembak pada dada kirinya. Dan salah seorang daripada mereka. Masih dalam seragam sekolah menengah. Seorang gadis.
"Dia ke yang hubungi balai tadi?" tanya Inspektor Hasyim.
"Nampaknya, ya," kata Qausar lalu mengambil telefon bimbit yang dipegang oleh gadis itu.
"Periksa hubungan mereka," arah Inspektor Hasyim. Qausar memandang jam pada pergelangan tangannya.
"Bukan ke sepatutnya dia buat 5 ke?" tanya Qausar sendirian.
"Kenapa, Qausar?" tanya Inspektor Hasyim.
"Tak ada apa-apa," jawab Qausar lalu memandang ke arah mayat-mayat di hadapannya.
~
2011
"Kenapa, Tuan?" tanya Zura.
"Pukul berapa orang tu call reception suruh hantar room service?" tanya Qausar.
"Dalam pukul 11 macam tu," jawab Zura.
"11.01?" tanya Qausar.
"Saya tak pasti. Tapi, pukul 11 lah," kata Zura.
"Siapa yang handle photograph?" tanya Qausar.
"Hari ni, Nazri," jawab Zura.
"Ia nombor. Mesti ada sesuatu," kata Qausar.
"Kenapa, Tuan?" tanya Zura hairan dengan kelakuan Qausar.
"Saya perlu periksa kes tu," kata Qausar.
"Kes?" tanya Zura. "Kes apa?"
"Saya kena balik ke balai. Kalau Fadhli dah siap kerja dia, minta dia ke balai dengan Nazri. Jumpa saya. Awak dan Hani juga datang ke balai sekali dengan Fadhli dan Nazri," kata Qausar lalu keluar daripada hotel tersebut.
"Saya pun?" tanya Zura.
Share this novel