2015
Qayreena berlari di koridor itu. Dia telah terlambat. Dia sepatutnya berada di kelas 20 minit sebelumnya. Namun, dia telah tertidur di perhentian bas. Sedang dia sibuk berlari, dia terlanggar seseorang. Qayreena jatuh terduduk.
"Aduh!" Qayreena mengaduh. Dia mengusap dada kirinya. "Maaf, eah Qee. Tak sengaja,"
"Awak okey?" tanya seseorang. Mungkin orang yang telah dilanggarnya tadi. Qayreena mengangkat kepalanya. Memandang ke arah lelaki yang berdiri di hadapannya.
"Oh. Saya okey," kata Qayreena. Lelaki itu menghulurkan tangan. Qayreena menyambutnya lalu berdiri. Sambil itu, dia membaca nama yang tertera pada kad pelajar yang tergantung pada leher lelaki itu.
"Betul awak okey, ni?" tanya lelaki itu.
"Betul. Saya okey, Encik Aliman," kata Qayreena. Kelihatan Aliman hairan kerana Qayreena mengetahui namanya. Qayreena mengangkat kad pelajar miliknya. "Qayreena Zaihanie,"
"Oh. Cik Qayreena Zaihanie. Saya minta maaf. Saya tak nampak tadi," kata Aliman.
"Panggil Qay je. Lagi pun, saya yang langgar Encik tadi. Maaf," ucap Qayreena.
"Tak payah berencik-encik dengan saya. Panggil saya Aliman sahaja," kata Aliman.
"Okey. Aliman," kata Qayreena.
"Qay," panggil Aliman. "Boleh saya tanya sesuatu?"
"Hm?"
~
"Ini yang kedua?" tanya Qausar. Dia memandang fail baharu di atas mejanya.
"Ya. Yang kedua," kata Fadhli.
"Kenapa dia perlu call kita lepas buat macam tu?" tanya Zura. "Pembunuh sekarang makin lama makin mental,"
"Tapi, kita tak pasti lagi. Pembunuhnya atau orang lain yang buat panggilan tu," kata Hani. "Sebab dia hanya cakap ada pembunuhan yang jadi kat tempat tu,"
"Oh, ya! Cakap pasal mental. Apa khabar orang tu?" tanya Qausar.
"Orang tu?" tanya Zura. Dia baru teringat. "Oh! Orang tu. Macam tu lagi. Tak ada perubahan. Tak ada perkembangan,"
"Tuan Qausar," panggil Mei Ling. Mereka semua menoleh. "Kes fail 110112. Kita ada suspek baharu,"
"Siapa?" tanya Qausar.
"Ini potretnya," Mei Ling menghulurkan sekeping kertas bersaiz A3 kepada Qausar. "Reception yang jaga hari tu baru ingat. Sebab tu dia datang bagi keterangan,"
"Dalam 4 tahun, baru ingat?" tanya Qausar. Dia mengambil kertas itu.
"Dia cakap, dia ada nampak suspek tu kat bandar beberapa hari lepas. Tu pasal dia ingat," kata Mei Ling.
Qausar memandang potret itu.
"Reception tu kata yang perempuan tu hanya masuk ke dalam dan guna lif. Dia bukan sewa bilik atau apa-apa," kata Mei Ling.
"Tak," kata Qausar tiba-tiba. "Tak mungkin,"
"Apa yang tak mungkin, Qausar?" tanya Fadhli.
"Tak mungkin. Memang tak mungkin dia pembunuhnya. Ini betul-betul tak mungkin," kata Qausar.
"Tuan kenal perempuan tu?" tanya Mei Ling. "Reception tu bagitahu yang dia masuk dan keluar dalam jangka waktu kematian,"
Zura dan Hani berpandangan. Qausar kelihatan jelas tidak mahu mempercayai apa yang sedang dilihatnya. Mereka berdua menjenguk ke arah potret yang masih dipegang oleh Qausar.
"Ini..." Hani juga mempunyai reaksi yang sama dengan Qausar. Sama juga halnya dengan Zura.
"Kenapa? Korang macam kenal je orang tu?" tanya Fadhli lalu menjenguk ke arah potret tersebut.
"Ya loh. Kamu macam kenal orang tu," kata Mei Ling.
"Oh no," kata Fadhli apabila melihat potret tersebut. "Itu betul-betul tak mungkin,"
"Ya. Sangat-sangat tak mungkin," sokong Zura.
"Hey! Kamu semua hanya cakap macam hanya kamu je yang ada kat sini. Saya tak faham lah. Apa yang tak mungkinnya. Siapa perempuan tu?" tanya Mei Ling meluahkan rasa tidak puas hatinya.
Yalah. Mana taknya. Hanya dia yang tidak mengerti dengan apa yang sedang mereka bicarakan.
"She's Tuan Qausar's sis," kata Fadhli.
"What?! Do you mean that she..."
"And dia admit hospital for more than a month since January that year," kata Hani. "Koma,"
"Oh My God!" kata Mei Ling.
~
2011
"Bangunlah, Qay," pinta Qausar. Tangannya tidak melepaskan tangan Qayreena. Sudah lebih sebulan Qayreena tidak sedarkan diri. Entah bila dia akan bangun.
"Sabar, ya. Tuan," kata Hani yang berdiri di belakang Qausar.
"Budak tu. Siapa yang perhatikan sekarang?" tanya Qausar.
"Zura dengan Fadhli," jawab Hani. Mereka berdua kembali memandang ke arah Qayreena yang masih terbaring di atas katil hospital itu.
Tiba-tiba, Qausar kelihatan terkejut. Tangannya yang menggenggam tangan Qayreena dilepas. Meletakkan tangan Qayreena di atas katil. Dan. Jari telunjuk Qayreena bergerak.
"Itu..." Hani tergamam melihat jari Qayreena bergerak. Sudah lebih sebulan tubuh gadis itu tidak bergerak sendiri. Jari itu bergerak lagi. Qausar menoleh ke arah Hani.
"Saya panggil doktor," kata Hani lalu keluar daripada wad tersebut.
"Qay. Qay dengar suara abang, kan? Qay?" Qausar cuba berinteraksi dengan Qayreena.
Doktor Zulaikha melangkah masuk ke dalam wad itu tidak lama selepas Hani keluar. Doktor Zulaikha memeriksa defibillator di sebelah katil Qayreena. Dia memadang ke arah Qayreena.
Qausar bangun. Memberi laluan kepada Doktor Zulaikha.
"Saya minta, awak berdua keluar sekejap," pinta Doktor Zulaikha. Mereka berdua menurut.
Doktor Zulaikha mula memeriksa nadi dan degupan jantung Qayreena. Qayreena perlahan-lahan mencelikkan matanya. Doktor Zulaikha mencapai papan perkembangan pesakit di hadapan katil Qayreena.
Qayreena memandang ke arah Doktor Zulaikha. Alat bantu pernafasan yang dipakainya diturunkan.
"S.saya... k...kat... ma..mana?" tanya Qayreena seolah-olah sukar mengatur kata. Doktor Zulaikha menghadiahkan senyuman.
Alat bantu pernafasan yang disalurkan ke hidung dipasangkan kepada Qayreena.
"Awak kat hospital," kata Doktor Zulaikha. "Macam mana badan awak? Ada rasa apa-apa yang tak selesa?"
"T...tak," jawab Qayreena. "S...saya... ra..sa... badan... s...saya be..rat,"
"Biasalah tu. Awak dah terbaring lama kat sini," kata Doktor Zulaikha. "Awak pasti awak boleh bernafas dengan baik?"
"Ya," jawab Qayreena. Qayreena menoleh ke arah jendela. Keadaan langit terlihat mendung. "Kenapa mereka mesti pergi?"
"Siapa? Abang kamu? Saya nak buat pemeriksaan ke atas kamu. Jadi, saya suruh mereka keluar," kata Doktor Zulaikha sambil mencatatkan sesuatu pada papan perkembangan itu.
"Doktor nak cakap dengan abang, kan?" tanya Qayreena ketika Doktor Zulaikha meletakkan papan perkembangan itu kembali ke tempatnya.
"Ya. Saya," kata Doktor Zulaikha.
"Saya nak jumpa dengan Kak Hani. Minta abang jumpa saya lepas doktor bincang apa-apa dengan dia," kata Qayreena.
"Oh," kata Doktor Zulaikha. "Okey," Doktor Zulaikha melangkah keluar daripada wad itu.
"Macam mana keadaan Qay?" tanya Qausar menerpanya sebaik sahaja dia keluar daripada wad itu.
"Saya perlu bercakap dengan awak," kata Doktor Zulaikha. "Dan... Sesiapa ada yang bernama Hani?"
"Saya," kata Hani.
"Qayreena nak berjumpa dengan awak," kata Doktor Zulaikha kepada Hani.
"Sekarang?" tanya Hani. Doktor Zulaikha mengangguk. "Macam mana dia tahu saya kat sini?" Doktor Zulaikha menjungkitkan bahunya.
"Dan awak. Qayreena minta hanya akan berjumpa dengan awak lepas saya beritahu apa yang saya nak beritahu kepada awak," kata Doktor Zulaikha.
"Baiklah," kata Qausar.
"Mari ke pejabat saya," pelawa Doktor Zulaikha. Qausar menurut. Apabila sampai di pejabat Doktor Zulaikha, dia duduk di kerusi yang ditempatkan di hadapan meja kerja Doktor Zulaikha.
"Macam mana keadaan Qay?" tanya Qausar.
"Dia sangat baik. Jantung baharu tu mengadaptasi dengan persekitaran tubuhnya dengan sangat baik. Yalah. Sebab dia tak ada rasa kesulitan untuk bernafas," kata Doktor Zulaikha. "Tapi, dia perlu ke hospital 2 bulan sekali untuk pemeriksaan. Untuk pastikan yang jantung tu masih boleh berfungsi dengan baik,"
"Ubat? Dia perlu ambil ubat lagi, ke?" tanya Qausar.
"Saya akan berikan ubat. Tapi, dia tak perlu ambil harian. Hanya bila rasa sakit. Ia lebih kepada painkiller. Bila rasa sakit tu menyerang, cepat-cepat datang ke hospital," kata Doktor Zulaikha.
"Oh. Baiklah. Terima kasih, doktor," ucap Qausar.
"Sama-sama. Jangan lupa ambil ubat kat bawah," pesan Doktor Zulaikha.
"Baiklah," kata Qausar. "Boleh saya jumpa dia sekarang?"
"Silakan," kata Doktor Zulaikha. Qausar mengangguk. Dia mengatur langkah keluar daripada pejabat itu terus ke wad Qayreena.
Hani keluar daripada wad itu dengan tergesa-gesa. Qausar menahannya.
"Kenapa Qay nak jumpa awak?" tanya Qausar. Dia melihat Hani seakan menahan tangis, Qausar bertanya. "Kenapa ni?"
"Zam.. Dia..." Hani seakan tidak mahu menyambung ayatnya berkenaan tunangnya itu.
"Dia kenapa?" tanya Qausar.
"He cheat on me!" kata Hani lalu pergi meninggalkan Qausar.
"Hani!" panggil Qausar tetapi tidak diendah oleh Hani. Hani akhirnya berlalu begitu sahaja.
Qausar memandang ke arah wad yang menempatkan Qayreena. Dia melangkah masuk. Kelihatan Qayreena sedang duduk sambil merenung ke luar jendela.
"Qay," panggil Qausar. Qayreena menoleh.
"Kalau pasal Kak Hani tadi, Qay bagitahu pasal tunang dia yang sekarang ni ada kat rumah bff dia dan tengah tidur dengan bff dia," kata Qayreena. "Kak Hani call tunang dia sendiri. Sayangnya, bff dia yang jawab,"
"Apa yang Qay mengarut ni?" tanya Qausar.
"Apa khabar, Qay? Macam mana keadaan Qay? Ada sakit kat mana-mana ke? Bukan ke itu pertanyaan yang abang nak tanya sebelum terserempak dengan Kak Hani tadi?" tanya Qayreena.
Qausar tersentak. Benar. Itulah pertanyaan yang telah dirangkanya ketika dia dalam perjalanan ke wad itu. Amat tepat. Namun, apabila terserempak dengan Hani, pertanyaannya tadi hilang.
"I'm fine," kata Qayreena.
"Abang lega Qay dah sedar," kata Qausar.
"Sampai bila?" tanya Qayreena.
"Hah?"
"Sampai bila abang nak sembunyikan hakikat yang mama dengan papa dah tak ada?" tanya Qayreena membuatkan Qausar tersentak.
~
Share this novel