MEET
2015
Qayreena menoleh ke arah suara yang menegurnya.
"Baguslah kalau awak dah sedar," kata Hamizi.
"Oh. Awak," kata Qayreena. Dia duduk di atas katil tersebut.
"Risau saya sebab awak tiba-tiba tak sedar kat kedai buku tadi," kata Hamizi lalu duduk di sebelah katil Qayreena.
"Saya kat mana sekarang?" tanya Hamizi.
"Awak kat hospital," kata Hamizi. "Nasib baik awak tak apa-apa. Doktor cakap awak letih je,"
"Macam tu, eah?" tanya Qayreena. "Terima kasih sebab selamatkan saya tadi,"
"Tak ada hal lah. Lagi pun, saya bukannya selamatkan awak. Sata just sambut awak dari jatuh dan bawa awak ke hospital. Tu je," kata Hamizi.
"Apa-apa hal pun, terima kasih banyak-banyak," ucap Qayreena. Tiba-tiba, angin bertiup kuat dari luar masuk ke dalam wad melalui tingkap yang terbuka di dalam wad tersebut.
Mereka berdua serentak menoleh ke arah tingkap tersebut. Kertas yang berada di atas meja sisi katil berterbangan.
Mata Qayreena buntang apabila terpandang cermin berdekatan dengan tingkap itu. Dia melihat sesuatu. Dia kembali menoleh ke arah Hamizi. Semakin terkejut dia melihatnya.
Sedar Qayreena memandangnya, Hamizi memandang ke arah Qayreena. Dia hanya memberikan senyuman.
"Kuat angin hari ni, kan?" tanya Hamizi.
"I... Ya," Qayreena sekadar mengangguk. Tiba-tiba, ada bayangan yang muncul di mindanya.
Qayreena memegang kepalanya. Dia tunduk.
"Awak tak apa-apa, ke?" tanya Hamizi risau.
"Saya okey," kata Qayreena. Masih mencuba menahan sakit kepalanya. Dia tidak mahu ditahan hanya sebab hasil pemeriksaan kesihatannya.
Matanya dipejam. Mengusir semua segala bayangan yang baru ingin muncul di mindanya. Dia tidak memerlukannya.
"Awak nampak macam tak okey je. Sakit kepala ke?"
"Saya... Saya..."
"Nurse!" panggil Hamizi. Seorang jururawat menghampiri katil Qayreena.
"Ada apa?" tanya jururawat itu lalu memandang ke arah Qayreena.
"Tak tahu. Dia..."
"Encik sila keluar sekejap," pinta jururawat tersebut lalu menarik langsir hingga ruang di sekeliling katil Qayreena terhalang dengan langsir sebaik sahaja Hamizi melangkah ke belakang.
~
Qausar berdiri di hadapan bilik unit forensik Hospital Besar Inovasi. Tidak lama kemudian, seorang doktor lelaki keluar daripada bilik tersebut.
"Oh! Qausar," tegur Doktor Han.
"Dah keluar result yang aku minta tu?" tanya Qausar.
"I baru nak pergi balai you nak bagi you result tu," kata Doktor Han. "Mari ke office I,"
Qausar mengekori langkah Doktor Han masuk ke bangunan utama Hospital Besar Inovasi. Langkahnya terhenti apabila terpandang seseorang.
"Hamizi?" tanya Qausar sendirian. "Apa yang dia buat kat sini?"
Doktor Han perasan yang Qausar sudah tidak melangkah mengikut langkahnya. Doktor Han menoleh ke belakang.
"Hey! Qausar," panggil Doktor Han. Qausar yang sedang memandang ke suatu arah menoleh ke arah Doktor Han.
"Kau pergi dulu. Nanti aku datang," kata Qausar. Doktor Han hanya mengangguk.
Qausar kembali memandang ke arah Hamizi apabila Doktor Han sudah hilang dari pandangannya. Qausar mengambil keputusan untuk menegur Hamizi.
"Eh. Inspektor," tegur Hamizi sebaik sahaja melihatnya di situ.
"Awak ingat saya lagi nampaknya," kata Qausar. "Encik Hamizi,"
"Mestilah ingat," kata Hamizi.
"Apa yang awak buat kat sini? Ada family sakit ke?" tanya Qausar.
"Tak adalah," jawab Hamizi. "Ada seorang budak yang pengsan masa saya kat kedai buku. Saya bawalah dia ke sini,"
"Oh," Qausar mengangguk. "Macam mana keadaan dia?"
"Dia okey. Cuma tadi dia tiba-tiba macam sakit kepala. Saya nak tunggu apa keputusan pemeriksaan budak tu," kata Hamizi.
"Awak memang suka tolong orang, kan?" tanya Qausar.
"Ha?" Hamizi seperti tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh Qausar.
"Awak lupa kot. Beberapa tahun lepas, kita pernah jumpa," kata Qausar.
"Kat mana eak?" tanya Hamizi. "Sorrylah. Sebab saya memang pelupa orangnya,"
"Ingat tak masa ada kes bunuh diri. 10 orang perempuan pada hari yang sama, cara yang sama, pisau yang sama. Dan awak cakap ia bukan bunuh diri," terang Qausar. "Ingat tak awak ada tolong bawa seorang budak perempuan ke hospital lepas tolong dia cari gelang kakak dia?"
"Maaf. Saya tak ingat lah,"
"Ia kes ke-7. Masa kita jumpa tu," kata Qausar. Hamizi kelihatan sedaya upaya mahu mengingatinya.
"Oh! Kau abang budak tu!" kata Hamizi. "Oh. Maaf," ucap Hamizi kerana bahasanya.
"Tak apa. Kau aku pun okey," kata Qausar.
"Tak sangka kita boleh jumpa lagi. Tunggu!" Hamizi seperti baru teringat sesuatu. "Kiranya, dari 4 tahun lepas pun, kau ingat aku lah?"
"Macam tu lah," kata Qausar.
"Lah! Kenapa tak cakap?" tanta Hamizi. "Dah segak kau. 4 tahun lepas, segak. Sekarang, makin segak aku tengok,"
"Kenapa kau tak cakap masa kau jumpa aku 4 tahun lepas?" tanya Qausar.
"Hey! Aku kan suspek masa tu. Manalah suspek nak ada masa nak puji polis yang tengah soal siasat dia," kata Hamizi.
"Aku ada kerja ni. Bagi aku nombor kau," kata Qausar mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia menghulurkan telefon bimbitnya kepada Hamizi.
Hamizi menaip nombor telefonnya pada telefon bimbit milik Qausar. Setelah menelefon nombor tersebut, telefon bimbit milik Qausar kembali dihulur kepada Qausar.
"Aku kena gerak dulu ni. Jumpa lain kali, eah?" kata Qausar.
"Okey," kata Hamizi mengangguk. Qausar berlalu pergi.
~
"Baiklah. Saya faham," kata Doktor Jaafar. Ganggang telefon itu diletak kembali.
Qayreena mengetuk-ngetuk kepalanya. Dengan harapan dapat mengurangkan rasa sakit itu.
"Saya dah rujuk kepada doktor yang awak beritahu. Dan. Dia dah sahkannya," kata Doktor Jaafar.
"So. Can I go now?" tanya Qayreena.
"Silakan," kata Doktor Jaafar. "Maaf sebab tak percayakan kata-kata awak tadi,"
Qayreena hanya mengangguk. Pihak hospital tersebut mahu menahannya untuk pemantauan lanjut berkenaan kesihatannya. Sedangkan, dia sendiri tahu yang dia tidak apa-apa.
Oleh sebab doktor yang bertugas waktu itu tidak mempercayainya, Qayreena memintanya untuk menghubungi Doktor Zulaikha.
Qayreena melangkah keluar daripada bilik itu. Dia terus ke ruang menunggu. Dia ternampak Hamizi sedang berbual dengan seseorang. Abangnya.
"Apa abang buat kat sini?" tanya Qayreena sendirian.
Tiba-tiba, ada bayangan yang muncul di mindanya. Bayangan yang Qausar sedang menyoal siasat seorang lelaki. Dan lelaki itu ialah Hamizi.
Ia merupakan kes bunuh di mana 11 orang yang dijemput untuk menyambut hari lahir seseorang di sebuah hotel. Dibunuh. Hanya Hamizi yang tidak dibunuh.
Qayreena melihat dengan jelas yang ada seorang gadis yang berada di hadapan piano. Dan ada seseorang yang memegang pistol sedang terpinga-pinga di dalam sebuah bilik kosong.
Dan, gadis itu berada di dalam bilik tersebut juga. Sekadar memerhatikan seseorang yang memegang pistol itu.
"Siapa?" tanya Qayreena mahu tahu siapa yang memegang pistol itu.
Kelihatan gadis itu menghampiri orang yang memegang pistol tersebut. Gadis itu berbisik kepada orang yang memegang pistol tersebut.
"Awak tak nampak dia. Awak teruskan sahaja tugas awak tanpa perlu cari dia. Awak tak akan nampak dia selagi awak tak betul-betul sedar," bisikan itu terdengar di telinganya.
Qayreena merasakan yang gadis itu berbisik kepadanya. Kata-katanya amat jelas kedengaran. Kepala Qayreena tiba-tiba sakit.
Bayangan tersebut beralih ke suatu ketika di mana seorang gadis berpakaian seragam sekolah menengah kerajaan memegang pistol. Dan gadis itu ialah. Nurdhiya.
Ya! Gadis yang menjaga Hamizi tadi. Gadis yang sama. Nurdhiya yang menjaga Hamizi. Tiba-tiba, kelihatan Nurdhiya menghalakan ke dada kirinya sebelum picu ditarik.
Habis merah kurung putihnya disimbah darahnya. Nurdhiya kelihatan terkulai jatuh.
"Nurdhiya. Dah mati?" tanya Qayreena sendirian. Kepalanya semakin sakit.
Dia cuba untuk menghentikan segala bayangan yang dia terima. Yang dia mahu tanya hanya apa yang abangnya buat di tempat itu. Dan bagaimana abangnya boleh mengenali Hamizi.
Sebaik sahaja Qausar berlalu pergi, Qayreena menghampiri Hamizi.
"Awak okey?" tanya Hamizi.
"Saya okey," kata Qayreena sambil memegang kepalanya. Jujurnya, masih sakit kepalanya.
Qayreena cuba untuk tersenyum. Namun, jelas yang senyumannya dipaksa.
"Awak sakit kepala lagi, ke?" tanya Hamizi.
"Tak ada lah," kata Qayreena. Dia menurunkan tangannya yang memegang kepalanya. Dia masih cuba untuk senyum.
"Awak dah periksa tadi, kan? Nak kena ambil ubat? Ke apa-apa ke? Awak memang sakit ke?" tanya Hamizi bertubi-tubi.
"Tak adalah," kata Qayreena.
"Saya tak cukup tidur semalam," kata Qayreena. "Tu sebab saya jadi macam ni. Pengsan, sakit kepala. Kalau abang saya tahu saya pengsan tadi, mesti dia marah,"
Bagus. Penipuan yang baik. Dia menggunakan nama abangnya kerana dia ternampak abangnya tadi. Jadi, adakah Hamizi akan mempercayainya?
Qayreena hanya menunggu apa reaksi lelaki itu.
"Macam tu, ke?" tanya Hamizi. "Saya hantar awak balik," Hamizi mempelawa.
"Tak apa lah. Saya nak ke suatu tempat," kata Qayreena.
"Kalau awak pengsan lagi?" tanya Hamizi.
"Tak payah risaulah. Saya dah top up tidur saya tadi. Lama juga, kan saya tidur?" tanya Qayreena.
"Tapi..."
"Tak perlu risau. Saya okey," kata Qayreena. "Terima kasih sekali lagi, ya. Saya pergi dulu, ya?"
Qayreena berlalu pergi begitu sahaja. Meninggalkan Hamizi di situ. Dia ada yang mahu dikatakan lagi kepada Qayreena. Tetapi, tidak terluah.
~
Share this novel