SICK (Part 2)
2015
"DID. Boleh terangkan apa tu?" tanya Qausar. Doktor Dinah memandang ke arah Qausar.
"Awak seorang pegawai polis, kan? Kenapa awak perlu tanyakan hal tu? Ia ada kaitan dengan kes yang sedang awak siasat sekarang?" tanya Doktor Dinah.
"Bukan. Ia peribadi," kata Qausar.
"DID Macam namanya, Dissociative Identity Disorder. Dulu, ia dikenali sebagai MPD atau Multiple Personality Disorder. Ia mental disorder yang membuat penderita memiliki lebih daripada satu personaliti. Personaliti ganda atau split personality. Kita selalu dengar pasal Dr Jekyll dan Mr Hyde, kan? Ia salah satu contohnya," kata Doktor Dinah.
"Ianya fiksyen. Adakah doktor nak bagitahu yang penyakit tu hanya fiksyen?" tanya Qausar.
"Tak. Ia penyakit dalam dunia nyata. Setiap manusia akan ada ANP atau Apparently Normal Part of Personality. ANP boleh dikatakan sebagai personaliti asal yang semua orang boleh nampak dalam diri kita. Apabila seseorang menderita DID, akan wujud EP atau Emotional Part of Personality. EP inilah personaliti kedua penderita DID. Biasanya, personaliti ANP dan EP adalah berbeza sama sekali. Sama ada ia berbeza dalam kondisi lebih baik atau lebih buruk," terang Doktor Dinah.
"Apa penyebab DID boleh terjadi?" tanya Qausar.
"Ada beberapa. Salah satunya ialah trauma. Mungkin seseorang menghadapi sesuatu yang amat menakutkan hingga dia tak dapat menghadapinya sendirian. Dengan itu, muncul satu EP yang nyatanya lebih kuat daripada ANP. Selain itu, ada juga yang disebabkan oleh penderaan. Sama ada dia yang didera. Atau dia yang melihat penderaan tu.
Kadang kala, ANP asal tak mampu menahan rasa kesian dan berharap untuk tidak melihat atau menghadapi penderaan itu. Dengan itu, EP akan muncul menggantikannya dalam tubuh yang sama.
Hal lain pula, apabila ANP tidak mempunyai kepercayaan diri dan menghadapi fobia apabila perlu berhadapan dengan orang ramai. Dirinya sendiri yang akan memaksa EP untuk muncul dan menggantikannya," terang Doktor Dinah.
"Kiranya, kebanyakannya sedar yang mereka ada DID?" tanya Qausar.
"Mengikut kajian, 87 peratus daripada penderita DID tidak sedar yang dia sebenarnya menderita DID. Maksudnya, hanya 13 peratus sahaja daripada penderita DID yang melaporkan penyakit mereka dan diminta untuk dirawat," kata Doktor Dinah.
"Kenapa jadi macam tu?" tanya Qausar.
"Sebab mereka tak sedar. Mungkin, kita pun ada DID. Tetapi, ia tak serius. Berangan, bercakap dengan diri sendiri untuk memberi semangat, hilang rasa gementar hanya dengan bercakap dengan diri sendiri, bercakap semasa tidur, melakukan sesuatu tanpa sedar kerana terlalu emosi. Semuanya antara simptom DID. Ia tak serius, kan?" tanya Doktor Dinah.
"Oh. Jadi, yang macam Jekyll dan Hyde tu?" tanya Qausar.
"Ia jarang berlaku sebenarnya. Tapi, ia memang wujud. Kes biasa yang dilaporkan, tahap pertama DID, penderita akan mempunyai 1 ANP dan 1 EP sama ada dia sedar atau tidak. Tahap kedua, Mempunyai 1 ANP dan sekurang-kurangnya 2 EP. Biasanya, penderita tahap ini akan sedar yang dia menghidap DID. Dan special case, 2 ANP dan lebih daripada 2 EP. Biasanya, penderita dah mengawal kedua-dua ANPnya dan tak dapat mengawal EP yang dia ada," terang Doktor Dinah.
"Kemalangan. Adakah ia salah satu puncanya?" tanya Qausar.
"Ya. Ia salah satu daripadanya," kata Doktor Dinah.
"Macam mana nak sembuhkan DID tu?" tanya Qausar.
"Kita perlu tanya kepada penderita sama ada dia nak sembuh atau tak," kata Doktor Dinah.
"Kenapa perlu tanya? Ianyakan penyakit," kata Qausar.
"Kadang kala, mereka perlukan EP untuk membantu mereka dalam kehidupan. Apa yang kita boleh buat kepada penderita DID, ada 2. Sama ada kita rawat atau kita sembuhkan dia. Kalau penderita lebih memilih untuk dirawat, kita perlu buat EP dan ANP berkomunikasi dan bersetuju untuk memberi kerjasama antara satu sama lain dalam menjalankan kehidupan.
Kalau penderita memilih untuk disembuhkan, kita perlu meyakinkan EP untuk pergi daripada tubuh penderita meninggalkan hanya ANP sahaja. Ia agak sukar sebenarnya sebab bukan semua EP datang dengan rela. Begitu juga dengan pergi. Tak semua akan mudah-mudah bersetuju untuk pergi," kata Doktor Dinah.
"Ia sangat rumit," gumam Qausar. Apabila memikirkan yang Qayreena mungkin menderita DID, membuatkannya risau.
"Doktor! Ada pesakit sedang meracau tak nak disentuh. Kami tak dapat suntik ubat penenang," kata seorang jururawat yang datang secara tiba-tiba.
"Pesakit mengalami haphephobia ke?" tanya Doktor Dinah.
"Tak tahu. Dia dibawa ke mari ketika dia tak sedarkan diri," kata jururawat itu. "Oh! Pesakit merupakan pesakit Doktor Zulaikha sebelum ni,"
"Doktor Zulaikha kan pakar jantung," kata Doktor Dinah lalu bangun. "Maaf, ya Tuan. Saya perlu uruskan pesakit tu,"
"Ah. Ya," Qausar turut bangun ketika Doktor Dinah melangkah keluar.
"Ya. Dok. Dia pernah dirujuk ke bahagian psikatri hospital untuk perkara yang tidak dinyatakan," terang jururawat itu. Qausar merasakan pesakit yang dimaksudkan ialah Qayreena. Jadi, dia mengambil keputusan untuk mengkut Doktor Dinah ke wad pesakit.
Apabila sampai di wad pesakit, mereka terus menghampiri sebuah katil. Katil Qayreena. Kelihatan Qayreena sedang meringkuk di hujung katil bagai mengelak daripada disentuh oleh oleh sesiapa. Ada seorang jururawat mahu mendekatinya, dan...
"Jangan dekat! Jangan sentuh saya!" laung Qayreena.
"Qay," panggil Qausar.
"Tuan kenal dia?" tanya Doktor Dinah.
"Dia adik saya," jawab Qausar. Qayreena seolah-olah tidak mendengar yang Qausar memanggilnya. Dia masih meringkuk di hujung katil.
"Dia tak ada haphephobia, kan?" tanya Doktor Dinah.
"Apa tu?" tanya Qausar kurang mengerti istilah perubatan yang digunakan.
"Fobia terhadap sentuhan. Rasa takut untuk menyentuh dan disentuh," kata Doktor Dinah.
"Dia pernah mengalaminya. Beberapa tahun yang lalu. Dia akan sakit kepala apabila bersentuhan dengan sesiapa. Dan, dia dirujuk ke pakar psikatari hospital," kata Qausar.
"Ia disahkan fobia atau apa?" tanya Doktor Dinah.
"Tak. Ia lebih kepada halusinasi. Bila dia bersentuhan dengan sesiapa, dia akan mula berhalusinasi dan ia membuatkan dia sakit kepala. Ada satu tahap, dia tak nak bersentuhan dengan sesiapa. Macam sekarang. Dan ia dah dirawat," kata Qausar.
"Hipnoterapi, kan?" tanya Doktor Dinah.
"Ha?" Qausar tercengang lagi. Istilah perubatan lagi.
"Ia rawatan separa sedar. Doktor sebelumnya menggunakan terapi itu?" tanya Doktor Dinah.
"Ya," jawab Qausar. Doktor Dinah mengeluarkan jam poket daripada kot putih yang dipakainya.
"Jauhi dia," arah Doktor Dinah lalu menghampiri Qayreena. Jam itu dipegang dan ditunjuk kepada Qayreena. "Siapa nama dia?"
"Qayreena Zuhainie, Dok," jawab salah seorang jururawat di situ.
"Cik Qayreena. Pandang saya," pinta Doktor Dinah lembut. Qayreena mengintai dari sebalik bantal yang digunakam untuk menutup wajahnya. "Sekarang. Perhatikan jam ini,"
Jam poket yang sedang dipegangnya digerak-gerakkan ke kiri dan ke kanan secara perlahan-lahan. Mengikut detak jarum detik padanya.
Tik. Tik. Tik. Jarum detik terus berdetik. Suasana sunyi. Qayreena kelihatan fokus memandang jam tersebut.
"Awak betul-betul fokus sekarang ini. Jam terus bergerak. Ke kiri, ke kanan. Awak memandangnya. Memerhatikan pergerakannya," kata Doktor Dinah. "Apa yang awak tengah buat?"
"Saya tengok jam," jawab Qayreena mamai.
"Bagus. Sekarang, awak akan rasa mengantuk. Semakin lama. Awak rasa nak tidur," kata Doktor Dinah. Qayreena mula menguap. "Dan awak akan tidur sebaik sahaja saya petik jari. Dan awak akan bangun kembali bila saya tepuk tangan. Waktu awak bangun, awak dah tak takut untuk disentuh. Hal yang terjadi tadi pun, tak pernah awak lakukan. Awak baru sahaja dibawa ke hospital lepas awak tak sedarkan diri. Dan bila awak sedar nanti, awak akan boleh balik ke rumah,"
Qausar menumpukan perhatian terhadap terapi yang sedang dijalankan. Qayreena masih memandang jam yang sedang berayun ke kiri dan ke kanan itu. Doktor Dinah akhirnya memetik jarinya dan Qayreena mula longlai.
Jururawat yang ada di situ mula mendapatkan Qayreena yang sudah tidak sedarkan diri. Qayreena dibetulkan kedudukannya di atas katil. Doktor Dinah menepuk tangannya apabila pasti Qayreena sudah berada dalam keadaan selesa di atas katil wad tersebut.
Dan, Qayreena kelihatan perlahan-lahan mencelikkan matanya.
"Apa khabar, Qayreena?" tanya Doktor Dinah apabila Qayreena benar-benar mencelik. "Apa yang awak rasa?"
"Saya rasa pelik," jawab Qayreena mencuba untuk duduk. "Apa yang dah jadi sebenarnya?"
"Oh. Awak hanya tak sedarkan diri tadi dan abang awak bawa awak ke hospital. Macam mana dengan badan awak? Ada rasa sakit kat mana-mana?" tanya Doktor Dinah. "Ada apa-apa yang awak perlukan?"
"Tak ada. Terima kasih," kata Qayreena.
~
"Inilah tempat dia tidur hari tu," kata Nazri meneliti bilik sukan itu. Apabila ditanya kepada Rayyan dia berada di mana pada waktu itu, dan dia memberitahu yang dia sedang tidur di bikik sukan.
"Kalau dia betul, dan rakaman CCTV tu pun betul, tak ada sebab dia akan muncul kat tempat tu macam apa yang mak cik pak cik kat sana cakap," kata Zura.
"Habis, awak nak cakap yang mak cik pak cik tu tipu lah?" tanya Nazri.
"Tak adalah. Tapi, suspek bercakap benar, kan? Kita dah buat ujian dah pun ke atas dia," kata Zura. "Kita tak bawa lie detector tu masa soal siasat pak cik mak cik tu,"
"Tapi, tak kan lah diaorang describe orang secara random waktu Mei Ling nak lukis potret suspek," kata Nazri.
"Mungkin. Pelanduk dua serupa," kata Zura.
"Yang sebaya dan pergi ke sekolah yang sama?" tanya Nazri.
"Manalah saya tahu," kata Zura. "Tapi, dia bercakap benar, kan? Dan rakaman CCTV tu pun," kata Zura.
"Itu buat saya musykil," kata Nazri tiba-tiba.
"Apa?" tanya Zura.
"Kalau mak cik pak cik tu tak tipu. Bercakap benar. Dan memang suspek yang call balai. Kenapa perempuan?" tanya Nazri. Dia tidak diam di situ. Habis seluruh pelosok bilik alatan sukan itu dia teroka.
"Apa maksud awak?" tanya Zura.
"Panggilan yang dibuat ke balai pada hari tu. Bukan suara lelaki. Tapi, suara perempuan. Dan suara perempuan yang sama yang buat panggilan ke reception pada hari kes 110112 tu," kata Nazri.
"Awak cakap. Baru saya terfikir," kata Zura. Nazri ketika itu berdiri di atas sebuah kerusi. Nazri ternampak sesuatu.
"Eh?" Nazri turun daripada kerusi lalu membawa kerusi itu ke arah ruang udara di bilik itu.
"A.pa yang awak buat sebenarnya tu?" tanya Zura.
"Sekarang. Dah ada kemungkinan memang dia yang ada kat sana," kata Nazri.
"Apa maksud awak?" tanya Zura. Nazri tidak menjawab. Dia turun daripada kerusi itu lalu keluar daripada kawasan sekolah.
"Hei! Tunggulah!" arah Zura lalu mengejar Nazri.
~
"Mana awak pergi semalam?" tanya Aliman sebaik sahaja dia mendapatkan Qayreena. "Awak tak jawab panggilan saya dan tak balas mesej saya,"
"Maaf. Saya kat hospital semalam," kata Qayreena.
"Kenapa? Awak mula rasa sakit kepala lagi ke?" tanya Aliman.
"Boleh dikatakan macam tu lah," jawab Qayreena.
"Awak tahu tak saya risaukan awak? Tak ada cara ke untuk selesaikan masalah ni dengan segera supaya awak tak dapat sakit lagi?" tanya Aliman.
Qayreena tiba-tiba teringat akan kata-kata Nurdhiya sebelum dia sedar di hospital semalam. Dia perlu membuatkan Hamizi sukakannya hingga boleh melupakan Didi. Imaginasi Hamizi tentang Nurdhiya yang masih hidup sedangkan sebenarnya Nurdhiya sudah meninggal dunia.
Namun, semalam juga Aliman menyatakan yang Aliman seolah-olah juga mempunyai minat terhadapnya. Jadi, apa yang harus dia lakukan? Dia perlu berterus terang kepada Alimankah? Ya. Dia perlu.
"Aliman," panggil Qayreena.
"Ya, saya," sahut Aliman.
"Saya ada sesuatu nak tanya pada awak," kata Qayreena. "Awak sukakan saya?"
"Itu..."
"Qay," kedengaran suara seseorang memanggil. Mereka berdua menoleh.
"Liyah," sahut Qayreena.
"Sampai hati awak. Awak tikam saya dari belakang," kata Aliyah sebelum berlalu pergi.
"Jawab sekarang," arah Qayreena tenang.
"Awak tak nak kejar dia dan terangkan apa yang terjadi sebenarnya?" tanya Aliman.
"Kenapa saya perlu buat macam tu?" tanya Qayreena.
"Saya selalu nampaknya dalam drama. Kawan dia dapat tahu yang lelaki yang dia suka suka kepada dia dan dia kejar kawan dia sebab nak terangkan hal sebenar. Takut kawan dia salah faham," kata Aliman. "Awak sendiri tahu yang dia sukakan saya, kan? Dan pertanyaan awak tadi mungkin boleh buat dia salah faham,"
"Mungkin ia kedengaran macam saya ni selfish. Tapi, saya tahu apa yang akan jadi dan ia tak kan datangkan apa-apa masalah kepada saya," kata Qayreena. "Sekarang. Saya hanya perlu pengesahan dari awak. Awak sukakan saya?"
Share this novel