- FINALE
2015
"Qay. Qay. Bawa bertenang. Kenapa dengan awak ni?" tanya Hamizi hairan bercampur gerun melihat keadaan dan kelakuan Qayreena saat itu.
"Aku dah cakap yang kau tak akan terlepas, kan?" kata Qayreena.
"Kenapa ni? Saya ada buat apa-apa salah ke? Bagitahu saya apa salah saya. Jangan buat macam ni, Qay," rayu Hamizi.
"Kau tak sedar lagi apa yang kau dah buat?" tanya Qayreena.
"Saya betul-betul tak tahu ni, Qay," kata Hamizi. "Janganlah macam ni. Kalau ya pun awak nak bunuh saya, cari lah tempat yang tersembunyi sikit,"
"Kenapa aku perlu cari tempat yang tersembunyi?" tanya Qayreena.
"Yalah. Kalau awak bunuh saya kat sini, kalau ada yang jumpa mayat saya, mesti diaorang akan jumpa bukti yang awak ada dengan saya kat sini sebelum saya mati," kata Hamizi. "Saya tak nak awak susah,"
"Tak nak aku susah?" tanya Qayreena. "Apa yang kau buat ni pun dah buat aku susah, kau tahu?"
"Apa salah saya. Bagi tahu saya. Kalau betul, saya yang buat, biar saya bunuh diri sendiri kalau awak nak sangat saya mati. Jangan kotorkan tangan awak untuk bunuh saya," kata Hamizi. "Saya tak nak awak dapat susah. Saya peduli pasal awak, Qayreena,"
"Suka hati kau lah kau nak cakap apa. Tapi, yang penting, kau memang tak boleh lari daripada aku. Hamizi," kata Qayreena lalu menarik picu pistol yang dipegangnya dan diacukan ke arah Hamizi. Hamizi hanya akur dan memejamkan matanya. Menerima apa sahaja yang akan berlaku padanya.
BANG!
~
Doktor Dinah berdiri di hadapan bilik soal siasat tersebut. Di dalam, Professor Said yang tangannya sudah digari duduk sambil menunggu apa yang akan menemuinya. Doktor Dinah mengeluh. Dia memandang ke arah Qausar.
"Perlu ke saya buat macam ni?" tanya Doktor Dinah.
"Kenapa? Awak tak yakin ke?" tanya Qausar.
"Boleh kata macam tu lah," kata Doktor Dinah. Dia menjenguk ke dalam bilik tersebut. "Lepas apa yang dimaklumkan, saya macam tak percaya yang selama ni saya kenal dengan dia dan berada di sekeliling dia. Macam, susah nak percaya,"
"Awak profesional, kan?" tanya Qausar. "Kami senua yakin yang awak boleh buatnya. Kenapa awak boleh tak yakin pada diri sendiri?"
"Entahlah," kata Doktor Dinah. "Mungkin sebab saya tak pernah sangka pun dia macam tu selama ni,"
"Awak boleh buat, Doktor Dinah. Kami yakin," kata Qausar. "Kami akan perhatikan awak berdua dan akan ada yang berkawal kat luar bilik ni. Kalau ada apa-apa yang jadi, jerit je. Kami akan sedia bertindak,"
Doktor Dinah menghela nafas. Dia mengeluarkan topeng muka dan cermin mata daripada beg tangannya. Dia memakainya untuk menyembunyikan identitinya daripada Professor Said. Dia memandang Qausar.
"Saya akan buatnya," kata Doktor Dinah.
"Kami akan sokong awak," kata Qausar. Doktor Dinah mengangguk. Dia menguak pintu bilik soal siasat tersebut lalu melangkah masuk ke dalma bilik tersebut. Professor Said yang sedari tadi merenung gari tangan yang menggari pergelangan tangannya mengangkat wajahnya memandang ke arah Doktor Dinah yang baru memasuki bilik tersebut.
"Awak seorang perempuan," komen Professor Said.
"Ya. Apa khabar Professor Said?" tanya Doktor Dinah lalu duduk di hadapan Professor Said.
"Gelaran Professor tu dah tak berguna kat dalam ni. Kat penjara ni apabila tangan dah kena gari macam ni," kata Professor Said. "Saya khabar baik, cik,"
"Puan," kata Doktor Dinah membetulkan panggilan yang dibuat oleh Professor Said.
"Maaf. Saya ingat awak masih lagi bujang," kata Professor Said.
"Tak apa," kata Doktor Dinah. "Jadi, kalau bukan Professor, awak nak saya panggil apa?"
"Just Said. It's enough," kata Professor Said. "Kenapa awak pakai mask?"
"Saya kurang sihat sebenarnya. Saya batuk sikit. Saya takut kalau akan sebarkan virus pada sesiapa," kata Doktor Dinah.
"Oh," Professor Said. "Jadi, apa yang awak nak buat kat sini?"
"Saya dipanggil untuk buat soal siasat pada awak," kata Doktor Dinah.
"Pelik. Biasanya bukan ke pegawai lelaki ke yang buat soal siasat pada saya?" tanya Professor Said. "Kenapa mereka suruh awak pula? Saya tak pernah nampak awak kat sini sebelum ni,"
"Itu sebab ia memang kepakaran saya untuk buat soal siasat ke atas orang macam awak. Sebelum ni, saya ada kes saya sendiri dan mereka panggil saya lepas kes saya dah selesai," kata Doktor Dinah.
"Oh. Macam tu," kata Professor Said. "Mari kita tengok kebolehan awak,"
"Baiklah," keluh Doktor Dinah. Ia pertarungan antara pakar psikologi nampaknya. Doktor Dinah mengeluarkan sekeping gambar. Gambar arwah adik Professor Said. "Kenal dia?"
"Dia?" Professor Said mengambil gambar tersebut. Dia menenung gambar itu. Matanya mula berkaca. "Dia, masa dia hidup, dia ialah seorang adik yang baik. Dia tak nak susahkan hati sesiapa. Sebab tu lah dia selalu pendamkan semuanya sendiri. Satu hari, saya sendiri nampak dia kena buli masa buat part time. Bila saya masuk dalam bilik dia, dia ada buat satu senarai. 10 orang yang dia harap akan hilang daripada hidup dia.
Bila saya siasat nama-nama tu, semuanya pekerja sambilan kat tempat dia kerja. Dan apa yang saya tahu ialah hubungan dia dengan 10 orang dalam senarai tu, tak berapa baik sebab mereka selalu buli dia. Sama ada kata-kata atau perbuatan. Sampai satu masa, dia bunuh diri sendiri lepas dia cakap yang dia dah tak tahan hidup dengan keadaan macam ni.
Mula dari tu, saya dah berdendam dengan mereka yang buat saya hilang adik saya. Selama setahun saya fikir apa yang saya perlu buat. Akhirnya, satu hari tu Bulan 2, 1 hari bulan tahun 2003. Atau kalau ditulis, 030201. Urutan menurun. Hari tu genap setahun adik saya mati. Saya pun cuba teknik hipnotis yang saya ada.
Saya sediakan pisau dan pergi ke rumah 10 orang yang ada dalam senarai tu ikut urutan waktu yang saya dah tentukan. Saya pukau mereka untuk tikam diri sendiri bila sampai waktu yang saya dah tentukan. Dan ia berjaya! Tak ada sesiapa pun yang sangka saya buat benda tu," kata Professor Said.
"Kiranya, awak berjaya laksanakan pembunuhan tanpa tinggalkan kesan awak kat tempat mangsa ditemui," kata Doktor Dinah. "Macam mana dengan dia ni pula?"
Doktor Dinah menunjukkan gambarnya sendiri.
"Dinah. Dia. Entahlah. Saya hanya nampak dia dalam banyak-banyak orang. Hanya dia," kata Professor Said. Doktor Dinah agak terpukul dengan pengakuan Professor Said.
"Saya dapat maklumat yang awak terlalu obses dengan dia. Malah awak ada album gambar yang penuh dengan gambar dan artikel pasal dia dan awak ada bilik khas yang awak simpan barang-barang dia," kata Doktor Dinah. "Kenapa awak tak pernah bagitahu pada dia yang awak sukakan dia? Kenapa awak perlu puja dia dari jauh sahaja?"
"Sebab, bila saya dah sedar yang saya sukakan dia, dia bagitahu saya yang dia dah bertunang. Dia nampak gembira sangat. Padahal, lelaki tu bukannya lelaki yang baik. Saya tak nak buat dia sedih. Jadi, saya hanya perhatikan dia dari jauh. Bila tahu yang dia dah dirogol, saya tak dapat kawal perasaan saya dan saya rasa nak bunuh mereka," kata Professor Said.
"Dan kenapa awak gunakan budak perempuan tu? Nurdhiya?" tanya Doktor Dinah.
"Sebab dia terlalu baik. Dia mudah kesian dan menpercayai orang lain. Jadi, dia mudah untuk dipukau," kata Professor Said. "Lagi pun, dia ada pernah tumpahkan air kat baju Dinah,"
"Awak nak cakap yang awak buat semuanya demi Dinah? Macam mana dengan kes dekat hotel dan 4 orang perempuan yang awak bunuh sebelum ni?" tanya Doktor Dinah.
"Semuanya, memang demi Dinah. Tengku Deraman, sepupu Dinah yang jaga Dinah sampai dia habis pantang. Dia ambil Dinah masa semua orang termakan kata-kata lelaki tu yang kononnya Dinah bukan perempuan yang baik. Tapi, dia akhirnya mati. Sebab apa? 12 orang yang dijemput ke hotel tu punya pasal.
Teman wanita dia, setiausaha dia, kawan baik dia, semua orang yang jatuhkan karier Tengku Deraman sampai dia mati tu. Sepatutnya, Seri bunuh mereka. Tapi, entah macam mana dia boleh tak nampak mana Hamizi. Dialah pianist yang ambil alih kerja Tengku Deraman dan kononnya lebih baik daripada Tengku Deraman.
Sebab dia tak sempat Seri bunuh, saya rancang nak bunuh dia perlahan-lahan. Dengan psikologi. Kebetulan, dia pesatik Dinah. Kerja saya akan jadi lebih mudah. Dan pasal Seri pula, dia boleh nak serah diri? Saya apa lagi. Saya bunuh dia," kata Professor Said.
Doktor Dinah ketika itu merasa gerun. Kerana lelaki yang selama inu rapat dengannya boleh jadi sebegitu. Semua kerana dia. Dan lelaki itu juga dengan selamba bercerita tentang pembunuhan seolah-olah ia hanya sekecil melanggar peraturan sekolah.
"Dan 4 orang perempuan tu?" tanya Doktor Dinah menguatkan dirinya untuk berada di hadapan lelaki psiko itu.
"Semuanya yang buat anak Dinah mati. Walaupun Dinah buang anak dia, Dinah masih lagi peduli tentang anak dia. Dan, doktor tu dan penjaga taska tu yang buat anak Dinah mati. Dua orang lagi tu pula mengumpat pasal anak Dinah masa kenduri arwah dia. Bila mereka kutuk anak Dinah, sama dengan dia kutuk Dinah. Saya tak boleh terima," kata Professor Said.
Doktor Dinah tidak tahu sama ada dia perlu terharu atau gerun dengan apa yang dilakukan oleh Professor Said untuknya. Dia hanya boleh mengeluh. Semua yang terjadi, berpunca daripadanya.
~
Hamizi mencelikkan matanya apabila merasakan ada kertas-kertas kecil yang menyapa wajahnya. Apa yang dia nampak ialah, kertas-kertas dab reben-reben bertaburan di atas lantai dan ada yang tergantung pada muncung pistol yang dipegang oleh Qayreena. Pada salah satu reben yang tergantung di situ, ada cincin yang terikat padanya.
"Kau tak kan terlepas selagi kau tak kahwini aku," kata Qayreena.
"Hah?!" Hamizi tercengang.
"Ia mungkin macam aku yang lamar kau. Dan mungkin ia agak pelik. Tapi, aku memang tak kan lepaskan kau selagi kau tak kahwini aku," kata Qayreena. "Cincin kat reben tu. Cincin tikam. Tapi, kalau kau nak kahwini aku, ambil dan sarungkannya pada aku. Dan kalau tak, buang je. Dan aku akan terus kacau kau seumur hidup kau,"
Hamizi tergelak kecil mendengar ugutan Qayreena. Dia mengambil cincin tu. Dia meniliknya.
"Cincin tikam?" tanya Hamizi. Hamizi melepaskannya ke atas lantai lalu memijaknya. "Apa barang cincin tikam,"
Qayreena agak kecewa melihat cincin yang sudah dipijak di atas lantai. Dia sebenarnya mahu menangis. Tapi, dia menguatkan dirinya dan mengangkat wajahnya memandang ke arah Hamizi.
"Hahaha!!!" Hamizi ketawa sekuat hatinya.
"Kenapa ketawa?! Tahulah dia dah rejek aku. Aku dah cakap kan yang aku tak kan lepaskan kau sampai bila-bila," kata Qayreena.
"Apalah. Awak ni," kata Hamizi lalu melutut di hadapan Qayreena
"Apa yang kau nak buat? Nak minta aku tak ganggu kau?" tanya Qayreena. Tapi, apa yang dia sangka adalah meleset sama sekali. Hamizi malah mengeluarkan sebentuk cincin daripada poket seluarnya lalu dihulurkan kepada Qayreena.
"Saya tak nak guna cincin tikam. Saya nak guna cincin betul," kata Hamizi. "Qayreena Zuhainie. Sudikah awak menjadi isteri saya? Teman hidup saya buat selama-lamanya? Until Jannah?"
Qayreena menggigit bibir bawahnya. Tidak tahu apa yang harus dia lakukan.
"Nak atau tak?" tanya Hamizi. Masih tiada jawapan. "Atau saya perlu buang cincin ni-"
"Saya terima!" kata Qayreena. Hamizi tersenyum. Tanpa sedar, Qayreena mengalirkan air mata. "Jangan tengok!"
"Nak tengok juga," kata Hamizi mengusik.
"Janganlah tengok! Uwa!!!" Qayreena mula meraung. Hamizi tergelak melihat keadaan Qayreena ketika itu. Dia mencapai tangan kanan Qayreena lalu disarungkan cincin tersebut.
"Minggu depan, kita kahwin," kata Hamizi. Qayreena masih lagi menangis memandang cincin pada jari manisnya.
"Terima kasih," ucap Qayreena.
~
Aliman dan Aliyah sedari tadi memerhatikan mereka berdua
"Sweetnya diaorang," kata Aliyah.
"Eleh. Macam tu pun sweet," kata Aliman.
"Memang pun," kata Aliyah lalu melangkah pergi daripada tempat itu. Tapi, Aliman sempat menarik tangan Aliyah. "Nak apa?"
"Nak ke mana?" tanya Aliman.
"Nak balik lah. Tak kan selama-lamanya nak tercegat kat sini, kot?" tanya Aliyah.
"Aku tak cakap boleh pergi pun," kata Aliman.
"Eleh. Selama ni pun dia asyik halau. Saya dengan penuh hormatnya nak pergi tanpa awak bazirkan tenaga awak untuk halau saya ni, tau," kata Aliyah
"Walau pun kau datang tanpa izin aku, tapi, kau tak boleh pergi selagi aku tak suruh. Faham?" tanya Aliman.
"Awak demam ke, Liman?" tanya Aliyah hairan dengan kelakuan Aliman. Aliman terpandang cincin di jari manis Aliyah.
"Cincin apa tu?" tanya Aliman.
"Cincin tikam yang saya tikam dengan Qay beberapa hari lepas," jawab Aliyah.
"Jari manis kau tu. Kosongkan. Jangan pakai apa-apa cincin pun," kata Aliman.
"Kenapa pula saya kena buat macam tu?" tanya Aliyah hairan.
"Sebab kat situ hanya akan ada cincin daripada aku je," kata Aliman.
"Maksud awak?" tanya Aliyah masih lagi tidak mengerti dengan kiasan yang digunakan oleh Aliman.
"Aku bercadang untuk lamar kau. Jadi, kat jari manis kau hanya akan ada cincin pertunangan dan cincin perkahwinan daripada aku. Hanya aku," kata Aliman. "Faham?"
Aliyah masih lagi tercengang. Masih tidak dapat menerima kenyataan yang Aliman menyatakan yang Aliman akan melamarnya.
"Aku mesti tengah mimpi ni," kata Aliyah lalu menepuk-tepuk pipinya dengan kedua-dua belah tangannya. Aliman menahannya daripada terus berbuat demikian.
"Aliyah!" Aliman memanggil. Aliyah memandang ke arah Aliman. "Saya serius ni,"
~
Share this novel