REMEMBER
2015
"Mana mereka?" tanya Qausar sebaik sahaja sampai di tempat tersebut.
"Hamizi, kat bilik persediaan. Qayreena pun. Kalau suspek tu..." Zura memandang ke arah lelaki berbaju hitam tidak jauh daripada tempat mereka berdiri. "Kat situ,"
"Bilik persediaan kat mana? Oh, ya! Tadi, Qay datang dengan siapa?" tanya Qausar.
"Seorang lelaki. Mungkin sebaya," jawab Zura. Dia baru teringat. "Oh! Saya baru ingat! Dia anak saudara biras Tuan Izrul! Patutlah saya rasa dia macam familiar tadi,"
"Biras?" tanya Qausar.
~
"Kenapa awak nak jumpa saya?" tanya Qayreena.
"Kenapa awak nak jumpa saya?" tanya Hamizi kembali.
"Apa? Awak yang nak jumpa saya lepas konsert ni, kan?" tanya Qayreena.
"Tapi, awak yang jumpa saya dulu. Kenapa awak jumpa saya kat rumah saya dulu? Kenapa?" tanya Hamizi.
"Awak nak saya jujur atau tipu?" tanya Qayreena.
"Tak apa. Saya tukar soalan," kata Hamizi. "Lelaki tu. Memang teman lelaki awak?"
"Siapa? Aliman?" tanya Qayreena. "Kalau ya kenapa? Kalau tak kenapa?"
"Awak nak saya jawab yang mana dulu?" tanya Hamizi.
"Awak ni... Makin menyampah makin lama saya kenal awak," kata Qayreena. "Menyesal saya setuju. Buang masa je,"
Qayreena menoleh untuk berlalu. Namun, Hamizi cepat-cepat meraih lengan Qayreena lalu menariknya agar berdiri di hadapannya. Menghadapnya.
"Awak nak apa lagi?" tanya Qayreena.
"Apa yang awak setuju? Apa niat awak?" tanya Hamizi. Qayreena hanya dapat mendengar pertanyaan itu sebelum mindanya menerima paparan bayangan lain. Di mana ada Hamizi di situ. Dan Nurdhiya. Serta 'Nurdhiya'.
~
"Kenapa dengan awak hari ni? Penonton ada bagi respon tak baik ke?" tanya Nurdhiya lalu duduk di sebelah Hamizi.
"Ya. Memang buruk," kata Hamizi tanpa langasung menoleh ke arah Nurdhiya. Apa yang Qayreena lihat ialah. Bukan hanya ada Nurdhiya yang duduk di sebelah Hamizi. Tetapi ada juga yang berdiri jauh di belakang mereka berdua. Merenung ke arah mereka dengan pandangan yang sayu.
Qayreena mengambil keputusan untuk berdiri di sebelah Nurdhiya yang sedang merenung ke arah Hamizi dan Nurdhiya. Nurdhiya yang berwajah pucat.
"Berapa ramai?" tanya Nurdhiya. "Ramai ke?"
"Seorang je," kata Hamizi lalu meneguk kopi dalam tin yang baru sahaja dibelinya.
"Maaflah Didi balik awal tadi," ucap Nurdhiya. "Oh! Budak muzik yang datang kat bilik tadi tu comel lah. Boy dia pun cute,"
"Hm..."
"Kenapa ni? Awak macam tak suka je pada mereka? Bukan ke awak yang bagi budak perempuan tu tiket?" tanya Nurdhiya.
"Apa yang diaorang tengah bincangkan tu?" tanya Qayreena sendirian.
"Pasal awak," kata Nurdhiya pucat di sebelahnya.
"Apa maksud awak tentang pasal saya?" tanya Qayreena.
"Awak tanya tadi... Mereka bincang pasal apa, kan? Diaorang tengah bincang pasal awak. Adakah ia menjawab soalan awak tadi?" tanya Nurdhiya pucat itu.
"Perlu ke mereka bincang pasal saya? Dan kenapa saya dapat bayangan ni? Dan kenapa kepala saya tak sakit?" tanya Qayreena.
"Saya jawab satu persatu, ya?" tanya Nurdhiya pucat. "Soalan pertama awak; 'Perlu ke mereka bincang pasal awak?' Perlu sebab ia akan berkaitan dengan masa depan Hamizi dan perempuan tu,"
"Ha?" Qayreena kurang mengerti.
"Soalan kedua; 'Kenapa awak dapat bayangan ni?' Sebab awak tengah bersentuhan dengan Hamizi. Awak nampak masa depan dia. Macam apa yang awak selalu buat," kata Nurdhiya pucat.
"T..tunggu..."
"Soalan ketiga; 'Kenapa kepala awak tak sakit?' Sebab awak memang ditakdirkan untuk selesaikannya. Nak atau tak nak. Memang takdir awak untuk berada dalam situasi ni," kata Nurdhiya pucat.
"Kenapa awak cakap dia perempuan tu? Bukan ke dia awak ke? Dan, kenapa saya ditakdirkan untuk selesaikan hal ni? Apa kaitan saya dengan hal ni? Kenapa saya?" tanya Qayreena bertubi-tubi.
"Banyaknya soalan. Macam biasa. Saya akan jawab. Tapi, tengok dulu," kata Nurdhiya pucat di sebelahnya.
"Awak suka pada dia, ke?" tanya Nurdhiya di sebelah Hamizi.
"Apa awak mengarut ni?" tanya Hamizi.
"Cara awak cakap, macam awak cemburu pada dia dan boy dia. Siapa saya?" tanya Nurdhiya.
"Saya tak nak cakap pasalnya. Saya nak balik," kata Hamizi lalu bangun meninggalkan Nurdhiya yang masih duduk di situ.
"Awak!" Nurdhiya berlari mendapatkan Hamizi.
"Jadi?" tanya Qayreena.
"Lepaskan tangan dia," kata Nurdhiya pucat di sebelahnya.
"Ha?" Qayreena kurang mengerti.
"Lepaskan tangan dia. Saya akan bagitahu nanti," kata Nurdhiya pucat.
~
"Awak okey?" tanya Hamizi. "Saya pegang kuat sangat ke?" tanya Hamizi. Qayreena memandang ke arah Hamizi. Dia memandang sekeliling. Dia masih di bilik persediaan itu.
"Oh. Tak," kata Qayreena. "Saya okey. Jangan risau,"
"Tapi, awak tak nampak okey," kata Hamizi.
"Saya nak balik," kata Qayreena.
"Biar saya yang hantar," kata Hamizi.
"Tak apa. Awak dengan kekasih awak, kan?" tanya Qayreena. "Saya balik dengan Liman,"
"Tunggu," arah Hamizi apabila Qayreena sudah hampir membuka pintu bilik itu. Hamizi menghampirinya.
"Kenapa?" tanya Qayreena.
"Phone awak?" tanya Hamizi menunding ke arah telefon bimbit di tangan Qayreena.
"Ya. Kenapa?" tanya Qayreena. Tanpa menjawabnya, Hamizi mengambil telefon bimbit itu lalu menaip sesuatu. "Apa yang awak buat tu?"
Kedengaran bunyi telefon bimbit berdering. Dengan bunyi alunan piano. Hamizi mengeluarkan telefon bimbitnya. Telefon bimbit Qayreena ditayangkan di hadapan wajah Qayreena.
"Ini nombor saya. Jangan buang," kata Hamizi.
"Ha?" Qayreena 'bluffering'. Hamizi mencapai tangan Qayreena lalu meletakkan telefon bimbit Qayreena di telapak tangan gadis itu.
"Baliklah. Sebelum saya ubah fikiran," kata Hamizi.
"Oh? Ah! Okey," kata Qayreena lalu menguak pintu bilik tersebut. Matanya buntang apabila melihat seseorang yang amat dikenalinya berada di hadapannya.
"Qay,"
"Abang?" tanya Qayreena hairan dengan kehadiran Qausar di situ. "Kak Zura dengan Pegawai Lee pun ada,"
"Hai, Qay," tegur Foo Lim.
"Oh. Inspektor," tegur Hamizi apabila keluar daripada bilik persediaan itu.
"Selamat sejahtera, Hamizi," ucap Qausar.
"Oh. Selamat sejahtera," balas Hamizi. "Dia ke... Adik tuan?"
"Ya," jawab Qausar.
~
2003
"Adik!" laung Hamizi lalu duduk di atas jalan yang basah itu memangku Qayreena yang sudah terjelepuk ke atas jalan. Kini, semua perhatian teralih pada Qayreena.
Qausar menoleh. Segera dia mendapatkan adiknya yang berada dalam pangkuan Hamizi.
"Qay! Bangun, Qay!" Qausar cuba mengejutkan Qayreena yang sudah tidak menyedarkan diri itu. "Hamizi. Tolong call ambulans,"
"Oh. Okey," Hamizi menurut. Tidak lama kemudian, ambulans sampai dan membawa Qayreena pergi dari situ.
Apabila sampai di hospital, Qayreena terus dimasukkan ke bilik Unit Rawatan Rapi. Hamizi menghampiri Qausar yang kelihatan gusar di ruang menunggu.
"Kenapa adik kau terus dimasukkan ke situ?" tanya Hamizi. Qausar menoleh ke arah Hamizi.
"Dia sakit. Lemah jantung. Dari lahir," jawab Qausar.
"Lemah jantung?" tanya Hamizi. "Dia tahu tak?"
"Mestilah dia tahu. Dah tiap hari dia kena makan ubat. Tiap minggu buat pemeriksaan. Dua bulan sekali dapatkan rawatan. Dia mestilah tahu," kata Qausar.
"Macam mana dia boleh keluar macam tu? Macam mana dia boleh terlepas keluar macam tu kalau tahu dia sakit?" tanya Hamizi bagai tidak berpuas hati.
"Dia keluar senyap-senyap. Dia nak cari sesuatu," kata Qausar. Tiba-tiba, telefon bimbitnya bergetar. Qausar mengeluarkannya. "Aku kena jawab ni,"
Hamizi hanya mengangguk. Qausar melangkah agak jauh daripada tempat itu lalu menjawab panggilan itu. Hamizi mengeluarkan sesuatu daripada poket seluarnya.
Rantai tangan yang dicarinya bersama Qayreena tadi. Entah apa istimewanya sangat rantai tangan ini hingga Qayreena mengetepikan sakitnya hanya untuk mencarinya.
"Ini... Bukan dia punya," kata Hamizi sendirian. Dia memandang jam pada pergelangan tangannya. "Alah. Dah lewat,"
Hamizi mencari di mana Qausar berada. Namun, dia tidak melihat lelaki itu di mana-mana. Hamizi akhirnya mengambil keputusan untuk pulang dan akan datang semula ke hospital itu esok.
Langkah diatur keluar daripada hospital tersebut. Ketika itu, hujan masih lagi belum berhenti. Hamizi menyeluk poket seluarnya untuk mencari duit syiling yang boleh digunakan untuk menghubungi keluarganya menggunakan telefon awam.
Namun, ada yang melanggarnya dari belakang hingga menyebabkan syiling yang dipegangnya jatuh bertaburan. Begitu juga dengan rantai tangan yang dicarinya bersama Qayreena tadi. Rantai tangan itu telah jatuh hingga ke tengah jalan di hadapannya.
Hamizi memandang ke kiri dan ke kanan untuk memastikan yang tiada kenderaan melalui kawasan tersebut ketika itu sebelum melangkah ke tengah jalan. Hujan yang semakin lebat itu menyukarkannya untuk mencari rantai tangan itu.
"Jumpa!" sorak Hamizi apabila akhirnya dia berjaya menjumpai rantai tangan tersebut. Tapi, tanpa dia sedar, ada sebuah kereta yang dipandu laju ke arahnya. Hamizi tidak mampu bergerak kerana terlalu terkejut. Dan akhirnya...
~
2015
Hamizi menggelengkan kepalanya. Pengalaman dilanggar oleh kereta pada waktu itu amat mengerikan. Hamizi menggosok-gosok dadanya.
Hamizi masih ingat lagi. Biar pun dia sudah dilanggar, dan sakit yang tidak tertahan dirasakan, dia masih lagi memastikan rantai tangan itu ada di telapak tangannya sebelum akhirnya dia tidak sedarkan diri.
"Kenapa dengan awak hari ni? Penonton ada bagi respon tak baik ke?" tanya Nurdhiya lalu duduk di sebelah Hamizi.
"Ya. Memang buruk," kata Hamizi tanpa langasung menoleh ke arah Nurdhiya.
"Berapa ramai?" tanya Nurdhiya. "Ramai ke?"
"Seorang je," kata Hamizi lalu meneguk kopi dalam tin yang baru sahaja dibelinya.
"Maaflah Didi balik awal tadi," ucap Nurdhiya. "Oh! Budak muzik yang datang kat bilik tadi tu comel lah. Boy dia pun cute,"
"Hm..."
"Kenapa ni? Awak macam tak suka je pada mereka? Bukan ke awak yang bagi budak perempuan tu tiket?" tanya Nurdhiya.
"Saya tak ada mood nak dengar pasal Qay atau boy dia tu," kata Hamizi lalu meneguk kopi itu.
"Diaorang tu sebaya, kan?" tanya Nurdhiya.
"Tak tahu," jawab Hamizi malas. Dia sedang berfikir di mana dia menyimpan rantai tangan tersebut.
"Awak suka pada dia, ke?" tanya Nurdhiya. Hamizi memandang ke arah Nurdhiya yang duduk di sebelahnya.
"Apa awak mengarut ni?" tanya Hamizi.
"Cara awak cakap, macam awak cemburu pada dia dan boy dia. Siapa saya?" tanya Nurdhiya.
"Saya tak nak cakap pasalnya. Saya nak balik," kata Hamizi lalu bangun meninggalkan Nurdhiya yang masih duduk di situ.
"Awak!" Nurdhiya berlari mendapatkan Hamizi. Hamizi tidak mempedulikannya. Hamizi menahan teksi lalu terus menaikinya. Tanpa langsung menoleh ke arah Nurdhiya sedikit pun.
Share this novel