ENTRUST
2015
"Jadi?" tanya Qausar. Doktor Han menghulurkan fail bersaiz A4 kepada Qausar.
"Nasib baik you lambat sikit. Sempat I nak copy," kata Doktor Han.
"Yalah," kata Qausar. Dia membelek isi di dalam fail tersebut.
"Macam apa yang you tengok tu, semua aturan pembunuhan tu, tepat. Daripada perempuan yang bernama Cole Victoria hingga ke lelaki melayu yang I tak ingat nama dia," kata Doktor Han.
"Betul apa yang dia cakap," kata Qausar sendirian. Hanya untuk dirinya sendiri mendengarnya.
"Tapi, kan. Macam mana you boleh agak aturan dia?" tanya Doktor Han.
"Saya pun tak pasti," kata Qausar.
"Tapi, memang ikut bedah siasat, sama aturannya dengan apa yang you minta tu," kata Doktor Han.
Qausar meneliti fail yang dipegagnya. Nama-nama mangsa. Ada sesuatu yang mengganggunya. Tapi, dia tidak pasti apa itu.
"And. Dakwat pen tu," kata Doktor Han. Cepat-cepat Qausar membelek ke hasil pengujian dakwat itu. "Memang sama dengan dakwat pada buku kalendar tu. Dan ikut tahap pengeringan dakwat tu, ia menunjukkan yang tanda-tanda tu dibuat pada hari yang sama dan pada hari yang sama dengan kejadian,"
"Jadi, dia memang orangnya," kata Qausar sendirian.
"You cakap apa?" tanya Doktor Han.
"Tak ada apa-apa," kata Qausar. "Thanks for this. Kalau ada apa-apa lagi, saya akan minta tolong lagi,"
"Asyik minta I tolong je. Bila nak belanja I makan?" tanya Doktor Han.
"Nanti, okey?" kata Qausar. "Saya balik balai dulu,"
~
Beberapa kali kedengaran loceng dibunyikan. Aliman melangkah ke arah pintu. Ketika itu, Bik Milah, pembantu rumahnya baru sahaja muncul di situ.
"Den Liman," tegur Bik Milah.
"Tak apa. Biar saya yang buka," kata Aliman. Dia terus mebuka pintu.
Aliman melangkah ke arah pagar. Pintu di sebelah pagar besar dikuaknya. Bulu romanya merinding sebaik sahaja pintu itu dikuak.
Aliman memandang ke hadapan. Matanya buntang melihat siapa yang berdiri di hadapannya.
"Assalamualaikum," ucap Qayreena. "Ingat saya?" tanya Qayreena. Aliman mengangguk.
"Awak budak muzik tu, kan? Qayreena Zaihanie," kata Aliman.
"Baguslah kalau awak ingat," kata Qayreena. "Saya ada nak minta awak buat sesuatu,"
"Liman?" kedengaran satu suara menegur dari dalam rumah. Aliman menjenguk ke dalam.
"Ya, mak su?" tanya Aliman.
"Cakap dengan siapa?" tanya Adeimi. Langkahnya terhenti apabila melihat sesuatu. Ada yang berada di samping gadis yang sedang berdiri di hadapan Aliman.
"Cakap dengan kawan," kata Aliman.
"Kenapa tak ajak masuk? Dah malam ni," kata Adeimi.
"Tak apalah. Cakap kat sini je. Saya nak cakap sikit je ni," kata Qayreena kepada Aliman.
Aliman kembali menjenguk ke dalam rumah.
"Dia cakap nak cakap kat sini je," kata Aliman.
"Suka hati koranglah," kata Adeimi. Kalau lenguh berdiri, duduk je kat kerusi kat depan tu," kata Adeimi.
"Awak nak duduk?" tanya Aliman.
"Tak apa," Qayreena mengangkat tangannya. Aliman dapat melihat gelang biru tanda pesakit Hospital Besar Inovasi masih di pergelangan tangan gadis itu.
"Awak dari hospital?" tanya Aliman.
"Oh. Ya. Saya pengsan tadi. Orang yang sambut saya bawa saya ke hospital," kata Qayreena.
"Awak sakit ke?" tanya Aliman.
"Tak ada lah. Saya okey je. Saya cuma tak cukup rehat. Tu je," kata Qayreena.
"Tadi, awak kata awak nak minta tolong saya. Apa?" tanya Aliman. "Oh! Sebelum tu, awak berkawan dengan budak bernama Aliyah tak?"
"Saya memang kawan dia," kata Qayreena. "Tapi, jangan risau. Saya bukan disuruh dia. Saya ada masalah peribadi dan tak ada kaitan langsung dengan perempuan yang nak kat awak sangat-sangat tapi awak tak layan tu,"
"Tapi, awak tahu tu," kata Aliman was-was.
"Saya kan kawan dia. Tiap masa saya dengar dia cakap pasal awak," kata Qayreena.
"Tapi, saya tak pernah nampak awak jalan dengan dia pun. Lagipun, saya tak rasa dia ambil muzik," kata Aliman.
"Ya. Dia ambil sains komputer," kata Qayreena.
"Dan?"
"Alah. Tak payah risau pasal Aliyah. Benda ni tak ada kaitan dengan dia," kata Qayreena.
"Habis tu?" tanya Aliman.
"Awak boleh nampak benda yang bukan semua orang boleh nampak, kan?" tanya Qayreena.
"Oh, ya! Mana awak tahu benda tu? Saya tak rasa Aliyah tahu pasal ni," kata Aliman.
"Saya tahu bukan dari dia," kata Qayreena. "Saya tahu awak nampak ada yang berdiri di belakang saya, kan?"
Aliman memandang ke belakang Qayreena. Ya. Memang ada seorang wanita berdiri di belakang Qayreena.
"Ya," kata Aliman. "Macam mana awak tahu yang ada sesuatu.yang berdiri di belakang awak?"
"Saya hanya dapat merasakannya sahaja. Saya akan dapat merasakan kehadiran mereka. Saya tak nampak. Cuma, kalau saya perlu berbuat sesuatu dengan kehadiran mereka, mereka akan muncul dalam mimpi saya," kata Qayreena. "Dan. Salah satunya, saya perlu selesaikan dalam masa terdekat. Kalau kes ni tak selesai, sampai bila-bila pun kepala saya akan sakit,"
"Kenapa kepala awak akan sakit?" tanya Aliman.
"Mereka akan datang dalam bentuk bayangan dalam minda saya. Tak kira macam mana saya nak buang mereka keluar daripada kepala saya, mereka akan tetap di situ. Saya yang akan sakit sendiri sebab melawan," kata Qayreena. "Tolong saya, ya?"
"Apa?" tanya Aliman.
"Semalam, saya dapat mimpi tentang seseorang. Saya yakin perempuan tu dah mati. Dalam mimpi saya, perempuan tu ada dengan teman lelaki dia. Teman lelaki dia berkomunikasi dengan perempuan tu macam perempuan tu masih hidup. Sedangkan, dia dah mati," kata Qayreena.
"Awak ada kenal perempuan atau teman lelaki dia?" tanya Aliman.
"Teman lelaki dia, pemain piano," kata Qayreena.
"Awak pernah jumpa dia?" tanya Aliman.
"Pernah," jawab Qayreena. "Dan, dia memang betul-betul yakin yang teman wanita dia masih hidup,"
"Lepas tu?" tanya Aliman.
"Perempuan tu pergi dan muncul perempuan yang sama di hadapan saya. Sedangkan perempuan tadi baru je pergi. Dan dia cakap, yang dengan teman lelaki dia tu, bukan dia," kata Qayreena. "Saya pasti dia dah tak ada lagi kat dunia ni. A.k.a mati. Sebab, saya yakin yang roh dia ekori saya. Selain yang satu yang memang selalu ikut saya ni lah,"
"Awak tahu apa yang ikut awak?" tanya Aliman.
"Ia tak jelas. Saya pernah mimpikannya. Dia seolah-olah nak jaga jantung ni," kata Qayreena.
"Jantung?" tanya Aliman.
"Ya. Ini bukan jantung saya. Ia jantung arwah kakak saya," kata Qayreena. Aliman mengangguk. Aliman memandang ke arah wanita itu.
Wanita itu menggeleng. Aliman terkejut. Tetapi, dia menyembunyikan reaksinya.
"Apa yang awak nak saya tolong?" tanya Aliman.
"Ikut saya ke persembahan teman lelaki perempuan tu. Sebab, roh dia bagi beberapa hint dengan tiupan angin yang kuat. Dan ia merujuk kepada persembahan yang akan dibuat oleh teman lelaki dia," kata Qayreena. "Dan. Saya ada nampak dia,"
"Bukan ke awak cakap yang awak tak boleh nampak mereka ke?" tanya Aliman.
"Masa tu, saya hanya nampak imej dia pada cermin. Masa kat hospital tadi. Yang hantar saya ke hospital, teman lelaki perempuan tu lah. Masa saya tengah berbual dengan teman lelaki dialah, angin kuat bertiup dan imej dia muncul pada cermin," kata Qayreena.
"Tapi, saya tak berapalah dengan muzik," kata Aliman.
"Tolonglah, Liman," tindakan Qayreena meraih kedua-dua belah tangan Aliman membuatkan Aliman terkejut. Tetapi, ada lagi yang lebih mengejutkan Aliman.
Wanita itu. Wanita yang berdiri di belakang Qayreena sedar tadi. Menghilang.
Aliman memandang tangan Qayreena yang masih di tangannya.
"Tolonglah. Saya hanya boleh minta tolong pada awak je," kata Qayreena memohon.
Ketika itu, Aliman masih tercari-cari kelibat wanita itu. Tiada!
"Aliman?" panggil Qayreena.
"Ya?" tanya Aliman kembali memandang ke arah Qayreena. Qayreena melepaskan tangannya yang memegang tangan Aliman sedari tadi.
"Awak cari apa?" tanya Qayreen.
"Oh. Itu..." Dia terkejut kerana kelibat wanita tadi perlahan-lahan muncul. Tidak berganjak dari tadi.
"Kalau awak nak cari benda-benda tu, ada satu kat atas pokok sana dan dekat bumbung," kata Qayreena.
Aliman memandang ke arah tempat-tempat yang dimaksudkan. Ya. Memang ada. Tapi, bagaimana bisa wanita di belakang Qayreena tadi boleh menghilang seketika?
"Aliman!" panggil Qayreena.
"Ha?" tanya Aliman.
"Awak berangan tadi, eah?" tanya Qayreena. Aliman hanya tersengih. "Tolonglah saya,"
Aliman melepaskan keluhan. Dia memandang ke arah Qayreena.
"Okey," putusnya. "Saya akan tolong awak,"
"Betul ni?!" tanya Qayreena teruja. Dia terus memeluk Aliman. "Wah! Terima kasih banyak-banyak!"
Serentak dengan pelukan itu, wanita itu menghilang lagi. Aliman terus memandang ke tempat-tempat di mana benda-benda itu ada.
Ya. Dia langsung tidak melihatnya. Satu pun tiada di sekelilingnya. Bagaimana bisa. Qayreena melepaskan pelukannya.
"Oh. Sorry," ucap Qayreena.
"Ah. Erm... Tak apa," kata Aliman. Dia memandang sekelilingnya. Benda-benda itu perlahan-lahan muncul kembali.
"Esok saya bagi awak tiketnya," kata Qayreena.
"Bila persembahannya?" tanya Aliman.
"Lusa," kata Qayreena. "Awak dah ada apa-apa rancangan ke?" tanya Qayreena
"Tak," jawab Aliman. "Tak ada. Jangan risau. Saya akan tolong awak,"
"Terima kasih sekali lagi," ucap Qayreena. "Erm... Saya balik dulu, ya?"
"Saya hantar," cadang Aliman.
"Tak apalah. Saya boleh balik sendiri. Lagi pun, tak jauh lagi. Rumah saya kat fasa sebelah," kata Qayreena.
"Tapi, sekarang dah malam," kata Aliman. "Saya hantar, ya?"
"Tak menyusahkan ke?" tanya Qayreena.
"Tak pun," kata Aliman. "Tunggu kejap. Saya ambil kunci kereta,"
Qayreena mengangguk. Aliman melangkah masuk ke dalam rumah sebelum keluar dengan kunci kereta.
~
Adeimi menyelak langsir di biliknya. Memerhatikan gadis yang bercakap dengan Aliman sedari tadi.
Ada wanita yang berdiri di belakang gadis itu sedari tadi. Dia tahu yang wanita yang berdiri di situ ada perkara yang masih belum diselesaikan.
Ketika itu, kelihatan wanita itu memandangnya. Adeimi menghantar telepati. Entah sampai entah tidak.
"Ke sini sekejap. Ada perkara yang saya nak tanya,"
Wanita itu kelihatan masih lagi memandangnya. Tidak lama kemudian, menghilang.
Adeimi melihat yang kereta milik Aliman dipandu keluar daripada perkarangan rumah. Pada masa yang sama, Adeimi merasakan kehadiran seseorang di situ. Adeimi menoleh.
Wanita itu berdiri di situ.
"Apa yang awak nak tanya?" tanya wanita itu melalui telepati.
"Siapa awak?" tanya Adeimi.
Share this novel