Chapter 14

Mystery & Detective Completed 13457

FEEL

2015

Qayreena melangkah masuk ke dalam biliknya. Kelihatan langsir di biliknya berayun sedikit. Sedangkan tingkap biliknya tertutup rapat.

"Awak kat situ?" tanya Qayreena. Qayreena dapat merasakan ada hembusan angin menyapa tubuhnya. "Saya anggap itu sebagai ada,"

Qayreena melangkah ke arah meja belajarnya. Dia duduk di situ.

"Awak akan muncul kat cermin. Adakah saya akan boleh berkomunikasi dengan awak walau saya dalam keadaan sedar?" tanya Qayreena.

Tiada jawapan. Qayreena mencapai cermin dari dalam laci meja belajarnya. Dia berdirikan untuk menghadapnya. Perlahan-lahan, imej Dhiya terpantul pada cermin. Dan Dhiya berada di belakangnya.

"Awak kat situ," kata Qayreena memandang imej Dhiya yang dipantul oleh cermin. "Saya akan ke persembahan dia bersama seseorang. Awak rasa ia akan membantu, ke?"

Dhiya kelihatan mengangguk perlahan.

"Awak tahu, saya ada dapat bayangan pasal masa hayat awak," kata Qayreena. "Awak bunuh mereka?"

Dhiya kelihatan amat terkejut. Dia menggeleng.

"Habis tu, kenapa awak yang pegang pistol tu?" tanya Qayreena. Bayangan yang diterimanya di hospital tadi memang amat mengganggunya.

"Saya tak boleh bagitahu awak. Awak akan tahu sendiri nanti," kata Dhiya melalui telepati.

"Kenapa tak boleh bagitahu sekarang?Awak boleh je ceritakannya sekarang kepada saya," kata Qayreena.

"Bila sampai masanya, awak akan tahu sendiri,"

"Kenapa kena tunggu? Saya nak tahu,"

"Setiap perkara ada waktu yang sesuai. Apabila sesuatu yang buruk datang pada waktu yang salah, ia kemalangan. Dan bila ia datang pada waktu yang baik, ia kesilapan,"

"Apa maksud awak? Kemalangan? Kesilapan. Kalau benda buruk, mana-mana waktu pun tetap sama," kata Qayreena

"Awak akan faham sendiri nanti,"

"Kejap! Lusa, awak akan ikut ke?" tanya Qayreena.

"Saya akan sentiasa ada di sisi dia,"

"Dia tak percaya yang awak dah tak ada. Adakah saya perlu bagitahu dia hal sebenar?" tanya Qayreena.

"Terpulang kepada awak,"

"Saya hanya perlu buat dia sedar yang awak dah tak ada, macam tu je kan?" tanya Qayreena. Dhiya kelihatan mengagguk. "Saya akan cari jalannya. Jangan risau,"

~

"Pak Mat. Pak su ada kat rumah tak?" tanya Aliman.

"Ada, Encik Liman," kata Pak Mat sambil memandu.

Hujan sudah lama turun semakin lama semakin lebat. Sepatutnya, Syafawi yang mengambilnya dari sekolah tempat Pertandingan Catur itu diadakan. Namun, setelah menunggu dan menunggu. Apabila sudah hampir 2 jam, dia memutuskan untuk menghubungi Syafawi.

Sayangnya, panggilannya tidak berjawab. Aliman akhirnya menghubungi pemandu keluarganya, Pak Mat untuk mengambilnya.

"Apa yang pak su buat kat rumah?" tanya Aliman sambil bersandar.

"Ada syarikat yang tiba-tiba batalkan kerjasama. Jadi, Tuan Fawi keliru nak buat apa. Sebab katanya, pembatalan kerjasama tu akan menjejaskan ekonomi beberapa buah syarikat tempatan lain," kata Pak Mat.

"Yalah tu," kata Aliman. Aliman perasan ada yang berdiri di tengah jalan. Dalam hujan. Seorang perempuan. Apa yang dia lakukan di situ. "Pak Mat hati-hati!"

"Hah?!" Pak Mat seolah-olah baru nampak perempuan itu di tengah-tengah jalan dan memusingkan sepenuhnya stereng untuk mengelak.

Sayangnya, kereta yang dipandu Pak Mat hilang kawalan dan melanggar penghadang jalan. Aliman dapat melihat perempuan yang berdiri di tengah-tengah jalan tadi, berjalan menghampirinya.

Aliman dapat melihat yang perempuan itu mencangkung di hadapannya. Akibat perlanggaran tersebut, pintu kereta di sebelah Aliman terbuka dan Aliman tidak mampu bergerak. Perempuan itu memandang ke arah Aliman.

Aliman memfokuskan pandangannya ke arah perempuan itu. Keadaan hujan membuat pandangannya kabur. Aliman juga tidak mampu bergerak. Malah untuk mengangkat tangan untuk meraup wajahnya pun Aliman tak mampu.

Pandangannya kian jelas. Aliman lihat perempuan itu mengenakan seragam sekolah menengah. Dan perempuan itu ialah... Qayreena?!!

Aliman segera mencelik. Terus dia bangun.

"Mimpi," kata Aliman sendirian sambil mencuba mengatur kembali nafasnya yang tercungap-cungap. Mimpi terlibat kembali dalam kemalangan yang pernah dia alami beberapa tahun yang lalu benar-benar mimpi buruk.

Aliman beristighfar dan meraup wajahnya beberapa kali.

Aliman teringat akan mimpinya tadi. Qayreena. Dia yang berdiri di tengah-tengah jalan waktu itu. Dia penyebab kemalangan yang dia alami.

Jangan-jangan, sebab itulah Qayreena tahu yang dia pernah terlibat dalam kemalangan. Kerana dialah penyebabnya. Tetapi, mengapa dia harus berbuat begitu?

"Betul ke?"

~

Qayreena menunggu kehadiran Aliman di situ.

"Qay," panggil Aliman. Qayreena menoleh.

"Oh. Datang pun awak," kata Qayreena. Aliman memandang ke belakang Qayreena. Ada 2 perempuan di belakangnya.

"Awak?!" Aliman bagai tidak sangka dapat bertemu gadis itu. Gadis bergaun putih yang pernah menegurnya tempoh hari.

"Tak tahu pula awak bawa dia," kata Aliman.

"Bawa siapa?" tanya Qayreena hairan. Apa yang dimaksudkan oleh Aliman. "Saya tak bawa sesiapa,"

"Jadi... Dia?"

Qayreena mengeluarkan cermin. Serta merta wanita yang berdiri di sebelah gadis bergaun putih itu menghilang. Qayreena memandang cermin itu.

"Oh. Yang kat belakang ni? Dialah Nurdhiya. Teman wanita kepada pemain piano tu," kata Qayreena.

"Jadi... Dia dah mati?" tanya Aliman bagai tidak percaya.

"Kenapa? Tak percaya?" tanya Dhiya.

"Mana nak percaya. Saya ingat awak manusia. Yang awak tegur saya hari tu apahal?!" marah Aliman.

"Kenapa awak marah?" tanya Qayreena yang tidak dapat mendengar perbualan mereka.

"Masa awak langgar saya hari tu, dia tegur saya. Tak tahu pula dia dah..."

"Dan sekarang ni, teman lelaki dia tak percaya yang dia dah mati," kata Qayreena. "Kita perlu tolong dia supaya dia boleh pergi dengan aman,"

"Jadi, awak stay hanya sebab teman lelaki awak masih percaya yang awak masih hidup? Bersama dengan dia, macam tu?" tanya Aliman.

"Macam tu lah nampaknya," kata Dhiya.

"Kalau dia dah percaya yang awak dah tak ada, adakah awak akan pergi?" tanya Aliman.

"Oh. Tak semudah tu," kata Dhiya.

"What?!" Aliman tidak percaya Dhiya menjawab seperti itu.

"Kenapa?" tanya Qayreena.

"Tak ada apa-apa," kata Aliman. "Jadi, mana tiket tu?"

"Ini," Qayreena menghulurkan tiket itu kepada Aliman.

"Okey. Jumpa petang esok," kata Aliman sebelum berlalu. Dia masih terpengaruh dengan mimpinya yang menunjukkan Qayreena ada di tempat dia terlibat dalam kemalangan.

Jadi, Aliman mengambil keputusan untuk tidak berlama-lama berjumpa dengan Qayreena. Dia takut yang tebakannya benar.

"Tapi, dia tak akan buat macam tu, kan?" tanya Aliman sendirian.

Langkahnya terhenti apabila seseorang menghalang jalannya. Dhiya.

"Apa awak nak?" tanya Aliman.

"Awak mengelak daripada dia," kata Dhiya.

"Mana ada," nafi Aliman.

"Sebab mimpi yang saya sampaikan?" tanya Dhiya.

"Mimpi apa?" tanya Aliman. Dia baru teringat. Mimpinya semalam! "Awak yang sampaikan?"

"Ya. Saya yang sampaikan mimpi tu pada awak," kata Dhiya.

"Jadi, mimpi tu tak betul lah, kan?" tanya Aliman. "Tapi, benda tu memang terjadi,"

Aliman ingat benar sewaktu kemalangan. Memang ada yang berdiri di tengah-tengah jalan. Dia amat pasti. Atau yang sebenarnya ada di situ bukan Qayreena.

"Memang dia yang ada kat tengah jalan masa tu," kata Dhiya. "Dan dia juga menemui awak masa awak koma,"

"Dia temui saya?" tanya Aliman. "Apa maksud awak?"

"Roh dia maksud saya. Roh dia yang berdiri di tengah-tengah jalan waktu tu. Roh dia juga yang menghampiri awak. Dan. Roh dia juga menemui awak masa awak koma," kata Dhiya. Dhiya menghalakan jari telunjuknya ke dahi Aliman.

~

2011

Aliman cuba mencelikkan matanya. Dia memandang sekelilingnya. Semuanya putih. Seingatnya, dia telah mengalami kemalangan tadi.

"Kat mana ni?" tanya Aliman sendirian. Adakah dia sudah mati? Aliman meraba dirinya sendiri. "Aku dah mati ke?"

"Belumlah," jawab satu suara entah dari mana datangnya.

"Siapa tu?!" Aliman bangun lalu mencari cari pemilik suara itu. Tiada sesiapa di situ. Siapa yang menegurnya tadi? "Keluar cepat!"

"Saya," seorang gadis tiba-tiba muncul di hadapannya. Gadis itu ialah Qayreena.

"Siapa awak?" tanya Aliman.

"Panggil saya Qay," jawab Qayreena. "Awak Aliman, kan?"

"Mana awak tahu nama saya?" tanya Aliman. "Dan. Kita kat mana ni? Saya dah mati ke? Awak malaikat ke?"

"Kita ada dalam mimpi awak. Awak belum mati. Awak hanya tidur untuk masa yang agak lama. Dan, saya bukan malaikat. Saya pun manusia macam awak," kata Qayreena.

"Macam mana awak boleh berdiri kat tengah-tengah jalan tadi?" tanya Aliman. "Awak tahu tak, sebab awaklah kami kemalangan,"

"Saya tak bermaksud nak menyebabkan kemalangan tu. Saya hanya nak minta bantuan daripada awak," kata Qayreena.

"Bantuan apa? Saya pun tak bangun-bangun lagi ni," kata Aliman.

"Seseorang minta saya lakukan sesuatu. Saya nak awak janji yang awak akan tolong saya bila awak dah sedar nanti," kata Qayreena.

"Minta tolong apa?" tanya Aliman.

"Saya tak boleh bagitahu sekarang," kata Qayreena. "Kita akan berjumpa lagi nanti,"

"Kenapa saya?" tanya Aliman.

"Sebab, darah tu dah mengalir dalam tubuh awak. Pada masa yang sama, kebolehan dia juga akan mengalir dalam diri awak," kata Qayreena. "Dan, kebolehan tu akan boleh bantu saya. Tolong, ya? Janji pada saya,"

"Ya. Insya-Allah kalau kita jumpa lagi dan saya masih boleh tolong awak," kata Aliman walaupun dia tidak mengerti apa yang disampaikan oleh Qayreena.

"Awak dah janji, ya?" Qayreena mengingatkannya. "Sekarang. Awak boleh bangun,"

Serentak dengan itu, dia merasakan dirinya menjadi berat. Perlahan-lahan Aliman mencelikkan matanya.

"Liman dah bangun??" Puan Faridah, ibunya teruja kerana dia telah menyedarkan diri. Aliman dapat melihat ramai ahli keluarganya berada di situ. Tapi, dia di mana?

"Liman kat mana?" tanya Aliman.

"Liman kat hospital. Alhamdulillah Liman dah sedar," kata Puan Faridah.

Aliman memandang sekeliling. Di situ, bukan hanya ahli keluarganya. Ada juga yang lain di situ. Aliman memejamkan matanya serapat mungkin.

"Kenapa ni, Liman?" tanya Puan Faridah.

"Suruh mereka pergi!" arah Aliman.

"Siapa?" tanya Puan Faridah. Aliman mencelikkan matanya. Benda-benda itu memang menyeramkan. Tetapi, dia tidak sedikit pun berasa takut. Mengapa?

Namun, ada yang lebih menarik perhatiannya. Ada seorang wanita yang berdiri di sebelah Syafawi.

~

2015

"Sebab tu lah saya boleh nampak benda-benda tu?" tanya Aliman.

"Ya," jawab Dhiya.

"Kenapa dia mesti minta tolong daripada saya?" tanya Aliman.

"Sebenarnya, saya yang minta dia tolong," kata Dhiya.

"Awak yang minta?" tanya Aliman. Dhiya mengangguk.

"Beberapa tahun sebelum kemalangan awak, saya cuba berkomunikasi dengan seorang perempuan yang mempunyai kebolehan awak dan kebolehan Qayreena sekarang. Tapi, dia terlalu sibuk.

Akhirnya, saya jumpa satu cara. Apabila kemalangan tu berlaku, saya terus meminta pertolongan daripada Qay dan dia tanya macam mana dia boleh tolong saya. Saya pun mendapat tahu orang yang saya pernah minta bantuan daripada dia telah mendermakan darah kepada awak. Jadi, kebolehannya akan mengalir dalam diri awak. Saya terus minta dia temui awak.

Dan awak telah berjanji yang awak akan membantu dia. Dalam kata lain, awak berdua akan menolong saya. Tapi, beberapa tahun lepas, saya nak minta perempuan tu untuk memberitahu awak tentang hal ini. Sebab saya pasti, awak dan Qay dah lupakannya. Tapi, dia dah tak nampak saya," kata Dhiya.

"Dan... Macam mana awak boleh berkomunikasi dengan Qay?" tanya Aliman.

"Secara tak sengaja dia tersentuh awak. Masa dia terlanggar awak. Dengan itu, saya boleh hantarkan bayangan kepada dia. Berkenaan Hamizi," kata Dhiya.

"Hamizi?" tanya Aliman.

"Dia, bekas teman lelaki saya," kata Dhiya. "Dan seperti apa yang saya agak. Dia akan terus mencarinya. Yalah. Kebolehan yang dia miliki menjadi kadang kala akan memudaratkan dia kalau dia tak terus selesaikan bayangan yang dia dapat," kata Dhiya.

~

"Awak," panggil Adeimi.

"Hm?" Syafawi menoleh.

"Perempuan kat kubur dulu tu. Sebelum awak kunci kebolehan saya masa saya mengandung," kata Adeimi.

"Perempuan?" tanya Syafawi. Dia baru teringat. Yang melambai ke arah mereka sebelum dia mengunci ke kebolehan Adeimi. "Oh! Kenapa dengan perempuan tu?"

"Dia sekarang. Ada dengan Liman," kata Adeimi. "Dia minta tolong Liman,"

"Liman?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience