Chapter 15

Mystery & Detective Completed 13460

ALTERNATIVE

2015

"Kenapa dia nak minta tolong pada Liman pula?" tanya Syafawi hairan.

"Dia kata, saya sebab dia Liman jadi alternatif kedua dia," kata Adeimi. "Macam mana kalau bahaya? Saya risaulah,"

"Baru sekarang nak risau ke, Puan Adeimi Shintiya?" tanya Syafawi.

"Apa maksud awak cakap macam tu, Encik Ahmad Syafawi?" tanya Adeimi kembali.

"Yalah. Baru sekarang fikir pasal bahaya bila ada perkara yang berkaitan dengan benda yang bukan semua orang boleh nampak tu?" tanya Syafawi.

"Saya memang risau pasal perkara ni kalau ia bukan hanya melibatkan diri saya. Bila ia melibatkan orang di sekeliling saya. Bila ia disebabkan oleh saya," kata Adeimi lalu memandang ke arah Syafawi. "Macam apa yang pernah terjadi pada awak. Saya tak nak orang lain terluka bila ia sepatutnya hanya saya yang perlu hadapinya,"

"Jadi, awak lebih rela mati walau pun awak ada peluang untuk selamatkan diri?" tanya Syafawi.

"Saya bukan orang yang macam tu. Cuma, saya tak nak orang lain yang tak sepatutnya terlibat dalam hal yang sepatutnya hanya saya uruskan. Macam mana kalau orang tu cedera? Saya akan rasa bersalah seumur hidup tahu," kata Adeimi.

"Awak masih rasa bersalah terhadap apa yang pernah menimpa pada saya?" tanya Syafawi. Adeimi menunduk. Dia tidak mahu mengingatinya lagi.

"Ya. Dan saya tak nak ada rasa yang sama juga pada orang lain. Ia sangat pedih," kata Adeimi. Tanpa disedari, air matanya mengalir.

Adeimi merasa ada yang memeluknya. Syafawi. Pelukannya menjadi semakin erat. Adeimi menjadi semakin sebak.

"Maafkan saya sebab hadir dalam hidup awak. Maafkan saya sebab buat awak terlibat dalam dunia saya. Maafkan saya sebab awak hampir mati sebab saya. Maafkan saya. Maafkan saya," rintih Adeimi.

"Hey," Syafawi meleraikan pelukannya. Dia memusingkan tubuh Adeimi agar menghadapnya. Air mata Adeimi dihapus dengan hujung jarinya. "Jangan menangis. Jangan minta maaf. Saya sepatutnya berterima kasih sebab awak yang hadir dalam dunia saya. Berterima kasih sebab awak libatkan saya dalam dunia awak. Berterima kasih sebab awak buat saya mencintai awak. Semua perkara buruk yang dah berlalu tu, tak jadi perkara yang besar bila saya ada awak untuk saya cintai. Hingga hujung nyawa saya,"

Adeimi memandang Syafawi tanpa berkelip. Syafawi hanya tersenyum. Semakin deras air mata Adeimi mengalir. Pantas tubuh Syafawi dipeluk erat.

"Kenapa awak buat saya jadi macam ni? Kenapa?" tanya Adeimi antara tangis. Syafawi mengusap belakang Adeimi.

"Saya tak suka tengok awak bersedih. Dah. Jangan nangis," kata Syafawi memujuk. "Liman tahu apa yang dia nak buat. Saya yakin pada dia,"

"Macam mana kalau dia akan cedera. Maksudnya, dia sendiri yang memilih untuk tercedera," kata Syafawi. "Bukan sebab awak. Jadi. Awak tak payah nak merintih sangat. Jadi mata panda pula esok,"

Adeimi memaksakan dirinya untuk tersenyum.

"Tak payah paksa diri. Saya kenal awak dan saya tahu senyuman awak tu, fake," kata Syafawi. Terus hilang senyumannya.

"Apa fakenya?!" marah Adeimi. Syafawi mencium dahi Adeimi.

"Awak rehatlah. Biar saya yang jaga Syarif," kata Syafawi sambil mengusap kepala Adeimi. Adeimi hanya mengangguk.

~

"Kenapa kita lalu jalan ni?" tanya Aliman kepada Qayreena yang kelihatan yakin berjalan terus ke suatu arah sebaik sahaja mereka sampai di dewan tersebut.

"Kenapa tanya?" tanya Qayreena tanpa sedikit pun menoleh ke arah Aliman.

"Saya nampak tadi sign board laluan ni ke bilik persediaan. Kita nak jumpa siapa sebenarnya?" tanya Aliman.

"Kita nak jumpa dengan Hamizi, kan," kata Qayreena. "Dia yang buat persembahan nanti. Mestilah dia ada kat bilik persediaan,"

"Oh. Lupa," kata Aliman. Dia memandang sekeliling. Tiada Dhiya di situ. "Dhiya mana?"

"Saya dapat mimpi semalam," kata Qayreena. "Dhiya ada dengan Hamizi. Kat dalam sana. Tapi, bukan Dhiya yang sebenar,"

"Apa maksud awak?" tanya Aliman kurang mengerti.

"Hanya sahaja saya boleh download mimpi saya, saya akan share pada awak melalui wechat atau whatsapp awak tahu," kata Qayreena.

Qayreena berdiri di situ. Memandang ke arah Hamizi yang sudah siap disolek oleh jururias untuk konsertnya kali ini.

"Okey. Dah siap," kata jururias itu. "Saya tinggal dulu, ya. Bila dah sampai giliran awak, crew akan panggil. Sekarang, awak hanya perlu relaks,"

"Saya tahu. Dah bertahun saya jalankannya," kata Hamizi. "Anyway, thanks,"

Jururias itu kelihatan menampal senyuman pada wajahnya. Lega mendengar ucapan daripada Hamizi. Yalah. Sekurang-kurangnya, pesanannya dihargai. Jururias itu melangkah ke arah pintu.

Jururias itu berhenti seketika memandang ke arah Qayreena.

"Hamizi. Ini ke Dhiya yang awak cakapkan tu?" tanya jururias itu.

"Bukanlah. Bukan dia," kata Hamizi. "Dia hanya pelajar muzik,"

"Oh. Saya silaplah ni. Maaf, ya," ucap jururias itu kepada Qayreena.

"Tak apa," kata Qayreena.

"Jadi, awak kenal Dhiya?" tanya jururias itu. Jururias itu mendekatkan wajahnya ke arah telinga kanan Qayreena. "Saya dengan Dhiya tu tak wujud,"

Buntang mata Qayreena mendengar bisikan jururias itu. Qayreena terus memandang ke arah Hamizi. Dia kelihatan sedang memejamkan matanya. Cuba untuk bertenang mungkin.

"Mari, mari," ajak jururias yang memakai tanda nama Rafi itu menarik Qayreena keluar daripada bilik tersebut.

"Kenapa, bang?" tanya Qayreena. Rafi menutup pintu bilik tersebut.

"Apa yang saya dengar, Hamizi ni ada masalah mental sikit. Apa yang awak nak buat kat sini?" tanya Rafi.

"Saya ada tugas yang U saya bagi. Tu sebab saya kena berjumpa dengan Hamizi. Sebab, saya ambil muzik," kata Qayreena.

"Oh. Macam tu," Rafi mengangguk. "Hamizi ni, nampak je normal. Sebenarnya, dia ada masalah mental. Jadi, bila dia ada cakap pasal sesiapa, iyakan sahaja. Sebab, saya dengar kadang-kadang dia cakap pasal orang yang dah tak ada,"

"Dah lama abang kerja dengan Hamizi?" tanya Qayreena. "Kenapa abang ingat saya Dhiya? Hamizi tak pernah tunjuk ke siapa Dhiya?"

"Dari dia debut abang kerja dengan dia. Parent dia yang minta. Dan abang ingat yang Dhiya tu seseorang sebab tu abang dengar je. Bila parent dia cakap pasal kondisi mental dia, abang terus percaya yang Dhiya tu tak ada. Bila abang nampak awak, abang ingat awaklah Dhiya yang Hamizi selalu cakapkan. Yalah. Sebab Hamizi langsung tak nampak macam orang yang mental; kan?" tanya Rafi. "Oh, ya! Awak kenal siapa Dhiya?"

"Lebih kurang," kata Qayreena.

"Kiranya, awak lebih kenal dia dari abang?" tanya Rafi.

"Tak. Saya lebih kenal Dhiya," kata Qayreena.

"Oh. Macam tu. Jadi, Dhiya memang dah tak ada lah, kan?" tanya Rafi.

Qayreena menoleh ke sebelahnya. Dhiya berdiri di situ. Qayreena memandang kembali ke arah Rafi.

"Dhiya. Dia masih ada," kata Qayreena. "Dia bersembunyi," bisiknya lagi.

"Oh... Kiranya, memang dia wujud tapi, parent dia tak tahu. Sebab tu diaorang ingat dia mental?" tanya Rafi.

"Sort of," kata Qayreena.

"Hey... Hamizi ni. Kalau ya pun bercinta, tak payahlah nak sorok-sorok. Kan orang ingat dia gila," kata Rafi. "Hey... Okeylah. Maaf sebab cakap macam tu tadi. Tak tahu pula kamu kenal dengan Dhiya. Maaf, ya?"

"Tak apa. Saya faham," kata Qayreena. Rafi berlalu pergi tidak lama kemudian. Qayreena melangkah masuk kembali ke dalam bilik persediaan itu.

Apa yang dia lihat ialah....

NURDHIYA!

Qayreena menoleh ke sebelahnya. Masih ada. Yang berada di sebelahnya berwajah pucat manakala yang berada di dekat Hamizi seperti... Hidup?

Dan... Bila masanya dia masuk ke bilik itu. Sebelum dia keluar tadi masih tiada sesiapa di dalam bilik itu selain Hamizi. Qayreena dan Rafi, dan juga Dhiya yang pucat ini berada di hadapan pintu sepanjang masa. Dari mana dia masuk?

"Oh! Qay. Ini Didi. Didi. Itu Qay. Yang puji Didi cantik tu," kata Hamizi.

"Oh. Ini ke orangnya?" tanya Dhiya yang berada di samping Hamizi. Qayreena menoleh ke sebelahnya. Kelihatan Dhiya yang pucat ini merenung ke arah Hamizi dengan pandangan sayu.

"Hai. Nama saya, Qayreena. Panggil saya Qay sahaja," kata Qayreena memperkenalkan diri.

"Oh. Hai. Awak pun cantik," kata Dhiya. "Terima kasih sebab puji saya cantik,"

"Eh. Tak. Awak memang cantik dan terima kasih," ucap Qayreena. Dia menjeling ke arah Dhiya yang pucat di sebelahnya....

~

2015

"Qay!!! Qay!!!" panggil Qausar. Tiada jawapan. "Mana budak ni?"

Qausar terus melangkah ke arah bilik Qayreena. Pintu biliknya tertutup. Qausar mengetuk pintu bilik itu berkali-kali. Namun, tiada jawapan.

"Den nyariin Non ya?" tanya Bik Min yang muncul dengan bakul di tangannya. Mahu mengumpulkan pakaian kotor.

"Ya. Dia kat dalam?" tanya Qausar.

"Nonnya udah keluar kurang lebih 2 jam yang lalu," kata Bik Min.

"2 jam?" tanya Qausar sendirian. "Bik tahu dia ke mana? Dengan siapa?"

"Kata non sih, mau nonton konsert musik gitu. Non perginya ama seorang laki-laki. Teman seunuversitasnya kata non," kata Bik Min lalu masuk ke dalam bilik Qayreena.

Qausar terdiam sendiri. Adakah mungkin Qayreena pergi ke persembahan Hamizi? Dengan siapa? Apa benar Qayreena yang melakukannya? Qayreena pembunuh yang mereka cari selama 4 tahun ini?

Qausar menggeleng sendiri. Tak. Tidak mungkin. Qayreena tidak sedar pada waktu pembunuhan itu berlaku. Tunggu! Pembunuhan itu berlaku beberapa jam sebelum Qayreena dimasukkan ke hospital. Jadi...

Ah! Tidak mungkin! Tapi, alangkah baiknya jika ibu dan ayahnya masih hidup. Dan Qeerana. Sekurang-kurangnya, dia boleh bertanya kepada mereka dari mana Qayreena sebelum kemalangan itu berlaku.

"Erm.. Bik. Qay ada berkelakuan pelik tak belakangan ni?" tanya Qausar sebaik sahaja Bik Min keluar daripada bilik Qayreena.

"Pelik seperti apa itu, Den?" tanya Bik Min.

"Macam sembunyikan sesuatu. Macam buat sesuatu sorang-sorang. Apa-apa je yang Bik rasa tak berapa... Qay. Dari dia kecil," kata Qausar.

"Seusai kecelakaan itu, Non banyak berubah sih. Lebih ceria dan bisa bergaul. Tapi, ada satu hal yang agak janggal sih," kata Bik Min.

"Apa yang janggal?" tanya Qausar.

"Mungkin sih. Mungkin aja. Non punya personaliti ganda," kata Bik Min.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience