Chapter 16

Mystery & Detective Completed 13460

PERSONALITIES

2015

"Personaliti ganda?" tanya Qausar. Dia berfikir sejenak. "Jekyll and hyde,"

"Ya. Seperti itu," kata Bik Min.

"Kenapa Bik tak bagitahu saya pasal hal tu?" tanya Qausar.

"Kerna bibi lihat personaliti gandanya non itu nggak bawa apa-apa keburukan. Cuman, Non suka bicara sendirian dengan nada berbeda. Seperti ada dua orang yang berbeda sedang berbicara. Pada awalnya, bibi fikir yang non lagi latihan acting. Kerna itulah bibi biarin aja," kata Bik Min. "Tapi, beberapa hari yang lalu, ada sesuatu sih yang mengganggu bibi,"

"Sesuatu?" tanya Qausar. "Pasal Qay?" Bik Min mengangguk.

Bik Min melangkah naik ke tingkat atas. Dia mahu bertanya sama ada Qayreena mahu makan malam atau tidak. Langkahnya terhenti apabila melihat pintu bilik Qayreena separuh terkuak.

Bik Min melangkah menghampiri pintu bilik Qayreena. Belum sempat dia mengetuk pintu, Bik Min terdengar suara Qayreena.

"Awak kat situ," kata Qayreena. Bik Min menjenguk ke dalam bilik. Kelihatan Qayreena duduk di meja belajarnya. Sendirian. Jadi, siapa yang ada di situ?

"Non lagi latihan acting lagi kali," kata Bik Min perlahan.

"Saya akan ke persembahan dia bersama seseorang. Awak rasa ia akan membantu, ke?" tanya Qayreena.

"Bicara ama siapa ya?" tanya Bik Min sendirian. Tidak lama kemudian, kelihatan Qayreena mengangguk.

"Awak tahu, saya ada dapat bayangan pasal masa hayat awak," kata Qayreena. "Awak bunuh mereka?"

"Bunuh?" tanya Bik Min. Apa babak yang akan dibawa oleh Qayreena kali ini? Tiba-tiba, kelihatan Qayreena menggeleng. Bik Min tidak dapat melihat riak Qayreena kerana dia hanya menjeguk dari pintu.

"Habis tu, kenapa awak yang pegang pistol tu?" tanya Qayreena.

Pistol? Pistol dan bunuh. Kedengaran serius, bukan?

"Saya tak boleh bagitahu awak. Awak akan tahu sendiri nanti," kata Qayreena dengan nada yang berbeza.

Bik Min bersandar pada dinding di sebelah pintu bilik Qayreena. Entah drama apa yang akan dibawa oleh Qayreena hingga ada hal berkenaan pistol dan bunuh.

"Itu aja sih," kata Bik Min.

"Dia cakap pasal pengang pistol?" tanya Qausar bagai tidak percaya. "Tak mungkin,"

"Kenapa Den tanyain soalan begitu?" tanya Bik Min. "Bibi kira, Den udah tahu yang Non main acting,"

"Dia memang acting ke?" tanya Qausar.

~

Foo Lim dan Zura melangkah masuk ke dalam dewan tersebut. Tapi, masing-masing tidak terus mengambil tempat duduk mereka. Mereka berdiri di pintu masuk.

"Saya nak pergi toilet kejap," pinta Foo Lim. Zura memandang Foo Lim bagai malas melayan. "Please~"

"Kau ingat kau pelajar sekolah lagi apa?" tanya Zura.

"Tak," jawab Foo Lim.

"Atau, aku ada gaya cikgu?" tanya Zura lagi. Foo Lim memandang Zura dari atas ke bawah.

"Sikit pun tak," kata Foo Lim.

"Dan. Adakah kita berada di sekolah?" tanya Zura lagi.

"Kenapa kau tanya soalan-soalan tu?" tanya Foo Lim hairan.

"Yang kau merayu macam budak sekolah yang cikgu dia tak bagi pergi tandas tu apahal? Kau dah besar, kan. Boleh fikir. Kalau nak pergi toilet tu, pergi je lah. Cakap je yang kau nak pergi toilet. Tak kan kalau aku tak bagi kau pergi kau akan tahan je kat sini?" tanya Zura setelah membebel panjang lebar.

"Kau bagi lah ni?" tanya Foo Lim.

"Just go," arah Zura malas melayan. Foo Lim hanya tersengih sebelum melangkah pergi meninggalkan Zura. Zura sekadar menggeleng.

~

"Kalo itu sih, bibi nggak bisa jamin. Tapi, mungkinlah..." kata Bik Min.

"Bik pernah tanya Qay pasal dia berlakon atau tak?" tanya Qausar.

"Ya. Nggak. Bibi fikir nggak perlu. Yalah, itu kan hidupnya Non. Untuk apa bibi tanyain?" kata Bik Min.

"Bik kenal orang yang pergi dengan Qay hari ni?" tanya Qausar.

"Nggak kenal amat. Cuman, dia pernah nganterin Non waktu itu," kata Bik Min.

"Bik yakin yang budak tu, pelajar U? Sama dengan Qay?" tanya Qausar.

"Bibi nggak tahu tuh," kata Bik Min.

~

Zura memandang sekeliling. Lama pula Foo Lim ini. Zura mula melangkah. Mencari di mana letaknya bilik air. Langkahnya terhenti apabila dia sudah mula keliru dengan keadaan di situ.

"Excuse me," panggil Zura apabila melihat seorang lelaki di situ. Lelaki itu menoleh. Zura tergamam seketika.

"Ya?" tanya lelaki berbaju hitam itu. Zura menelan liur.

"Erm... A... Toilet kat mana kat? Kat sini?" tanya Zura.

"Ah! Toilet. Kat hujung koridor ni, belok kiri," kata lelaki itu.

"Satu je toilet kat sini? Yang kat situ je?" tanya Zura.

"Ya," kata lelaki itu. "Ia tak lah jauh sangat. Dekat je,"

"Eh! Bukan macam tu," kata Zura. Pasti lelaki itu menyangka yang dia terlalu terdesak untuk menggunakan tandas. "Saya nak cari kawan saya. Dia pergi toilet. Tak balik-balik,"

"Ah... Cari kawan. Ya. Memang ada satu tu je dekat bangunan dewan ni," kata lelaki itu.

"Oh. Okey, thanks," ucap Zura. "Awak crew ke? Awak nampak muda,"

"Tak lah. Saya anak kepada penaja. Saya masih pelajar sekolah menengah," kata lelaki itu.

"Oh. Pelajar sekolah menengah," Zura mengangguk.

"Saya minta diri dulu, ya?" pinta lelaki itu sebelum pergi dari situ. Zura mengeluarkan telefon bimbitnya. Memeriksa kembali gambar potret yang dilukis oleh Mei Ling.

Zura memandang kembali ke arah jalan yang lelaki tadi lalui. Zura membandingkan kedua-duanya.

"Ia sama,"

Tiba-tiba, telefon bimbitnya berdering. Nama Qausar tertera pada skrin telefon bimbitnya. Zura menjawab panggilan tersebut.

"Hello. Zura. Ada apa-apa yang berlaku kat sana tak?" tanya Qausar di hujung talian.

"Tuan. Memang ada sesuatu yang menarik kat sini," kata Zura.

"Apa?" tanya Qausar.

"Saya jumpa dia," kata Zura penuh semangat.

"Dia?" tanya Qausar. "Siapa?"

~

"Kejap, kejap," kata Aliman. Qayreena berhenti berjalan. Dia menoleh ke arah Aliman.

"Kenapa?" tanya Qayreena. Aliman kelihatan memegang telefon bimbitnya.

"Saya nak balas mesej ni kejap," kata Aliman. "Kejap je, eah? Awak duduk kejap," cadang Aliman.

"Yalah. Saya nak cari air kejap," kata Qayreena. "Jangan ke mana-mana tau. Tunggu je saya kat sini," Aliman sekadar mengangguk.

Pesanan ringkas yang diterimanya adalah daripada Adeimi. Bertanyakan dia di mana dan berbuat apa. Aliman membalasnya. Aliman memandang sekeliling.

Kelihatan seorang lelaki berbaju hitam melalui kawasan tersebut. Lelaki barbaju hitam itu membongkokkan tubuhnya sedikit ke arah Aliman apabila melepasinya. Aliman hanya mampu mengangguk.

Tidak lama kemudian, Aliman ternampak kelihat seseorang.

"Qay?" Aliman hairan. Bukankah dia mahu mencari minuman kah tadi? Mengapa dia mengekori lelaki berbaju hitam ini.

Aliman melangkah ke arah Qayreena. Qayreena kelihatan tidak mempedulikannya.

"Eh, Qay. Awak suruh saya tunggu kat sini sebab awak nak cari air. Kenapa awak ikut dia?" tanya Aliman.

Qayreena tidak menjawab. Pelahan-lahan dia melangkah ke hadapan. Mengikut jejak lelaki berbaju hitam tadi.

"Qay. Dia ke Hamizi? Dia nampak muda lagi dari kita. Awak pasti awak pernah jumpa dia?" tanya Aliman. Dia baru perasan tentang sesuatu. "Qay... Bila awak tukar baju?"

Setahunya, Qayreena mengenakan blaus biru dengan seluar slack putih ketika keluar bersamanya tadi. Tapi, di hadapannya, Qayreena memakai gaun kuning dan mengikat tinggi rambutnya. Sedangkan tadi, Qayreena hanya melepas rambutnya.

Tidak mungkinlah hanya untuk menemui seseorang, dia perlu mengganti pakaian. Namun, sekarang, personalitinya juga berubah. Qayreena hanya diam.

"Kenapa diam je ni, Qay?" tanya Aliman hairan.

"Apa yang awak nampak. Bukan macam apa yang awak fikir," kata Qayreena.

"Apa maksud awak?" tanya Aliman kurang mengerti.

"Apa yang awak dengar. Bukan macam apa yang sebenarnya terjadi," kata Qayreena tanpa menjawab pertanyaan Aliman tadi.

"Awak tak jawab pertanyaan saya tadi. Apa maksud awak?" tanya Aliman.

"Apa yang awak lakukan, bukan seperti apa yang awak maksudkan. Awak tak akan mampu mengawal gerak geri tubuh sendiri. Awak akan bergerak tanpa mengikut kemahuan awak.

Marionette. Awak dikawal dengan jari jemari dia. Dengan benang-benang di setiap sendi awak. Tak mampu bergerak melainkan dengan penarikan benang-benang yang disambung pada kayu yang diangkat setingginya. Jika ia tidak diangkat, awak tak mampu berdiri.

Boneka sumpahan, Voodoo Dolls. Tanpa awak sedar awak serahkan seluruh jiwa dan raga. Tanpa kemahuan awak menggerakkan tubuh awak. Tanpa niat, awak melakukan apa yang awak tak akan sangka awak akan lakukannya. Ia bukan awak. Bukan diri sendiri.

Awak tak akan mampu keluar bila awak dah masuk. Dan bila awak sedar. Semua dah terlambat. Apa yang awak nak ia terjadi, tak akan terjadi. Apa yang awak nak mereka tahu, akan tetap jadi misteri.

Apa yang awak nak mereka dengar, akan terus diam membisu. Apa yang awak nak mereka lihat, akan bersembunyi selamanya. Apa yang awak nak mereka fikir, ia akan jadi yang sebaliknya. Hingga nanti, ia akan terkubur. Bersama-sama dengan terkuburnya jasad awak. Awak dah tak dapat elakkannya," kata Qayreena panjang lebar.

Aliman tercengang. Dia tidak mengerti. Apa yang cuba disampaikan oleh Qayreena. Kata-katanya penuh maksud tersirat.

Aliman bukanlah orang seni, sastera mahu pun bahasa. Dia tidak mampu merungkai maksud daripada kata-kata Qayreena sebentar tadi.

"Saya tahulah awak orang seni. Tapi, saya tak. Boleh tak awak cakap straight to the point je? Senang sikit saya nak faham," kata Aliman.

Qayreena mengukir senyuman. Perlahan-lahan, pandangan matanya yang tadinya sayu menjadi turut tersenyum.

"Qayreena,"

"Bukan saya," kata Qayreena.

"Apa maksud awak? Awak ni jadi makin peliklah," kata Aliman.

"Saya dah cakap. Apa yang awak nampak, bukan seperti apa yang awak fikir. Ia terjadi sekarang," kata Qayreena.

"Boleh tak jangan main-mainkan saya?!" Aliman sudah hilang sabar.

"Percayakan saya," kata Qayreena "Qayreena yang sebenar ada dibelakang awak,"

"Hah?!" cepat-cepat Aliman menoleh. Ya. Qayreena sedang mencarinya. Ada dua tin minuman di tangannya. Dan pakaiannya. Belum ditukar. "Apa maksud se..."

Apabila Aliman menoleh. Sudah tiada. Qayreena yang memakai gaun kuning sudah tiada di situ. Hilang dari pandangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience