Chapter 18

Mystery & Detective Completed 13460

SPLIT

2015

Qausar berlari masuk ke dalam keretanya. Ketika itu, telefon bimbitnya berdering. Qausar mengeluarkannya.

"Ya. Saya dalam perjalanan," kata Qausar menjawab panggilan tersebut. Enjin keretanya dihidupkan.

"Tuan. Saya ada berita baharu untuk Tuan," kata Zura di hujung talian.

"Kenapa? Dia dah mula buat apa-apa yang pelik, ke?" tanya Qausar.

"Tak. Ia lebih mengejutkan daripada apa yang Tuan akan bayangkan," kata Zura. "Tuan tak kan percaya apa yang kami nampak kat sini,"

"Selain budak lelaki tu, siapa lagi?" tanya Qausar.

"It's..." Zura berjeda seketika. "Your sis. Qayreena,"

"What?! Apa yang dia buat kat sana?!" tanya Qausar. Dia segera memasangkan handfreenya lalu masuk ke dalam kereta.

"Saya tak pasti, Tuan. Tapi, dia kat sini bersama seorang lelaki... Yang agak familiar. Tapi, saya tak ingat siapa. Dan, mereka berjumpa dengan Hamizi," kata Zura.

"Oh. Qay bukan dengan suspek?" tanya Qausar. "I mean suspek 150105?"

"Tak. Sebab, saya terjumpa suspek 150105 sebelum saya jumpa dengan Foo Lim dan dia tunjukkan yang Qay dan lelaki tu masuk ke bilik persediaan suspek 110112," kata Zura.

"Terus perhatikan mereka. Saya dalam perjalanan," kata Qausar lalu menamatkan panggilan.

~

Zura memandang telefon bimbitnya. Talian telah ditamatkan.

"Macam mana?" tanya Foo Lim.

"Tuan dalam perjalanan," kata Zura. "Tapi, ada sesuatu pasal budak baju hitam tu,"

"Kenapa?" tanya Foo Lim.

Sebaik sahaja memberitahu Qausar tentang kemunculan lelaki berbaju hitam itu, Zura mengambil keputusan untuk mengekori lelaki itu.

Lelaki itu akhirnya masuk ke dalam tandas lelaki. Zura berdiri di sebalik tembok. Tidak lama kemudian, Foo Lim keluar.

"Lah. Baru keluar," gumam Zura sendirian. Dia menghampiri pintu masuk tandas lelaki itu. Zura menjenguk ke dalam.

Kelihatan lelaki berbaju hitam itu membasuh tangannya. Dan tiba-tiba, dia kelihatan terkejut.

"Raihan!" lelaki berbaju hitam itu memandang ke kanannya.

"Raihan?" tanya Zura sendirian. Apa yang dia lihat, lelaki itu hanya sendirian di hadapan sinki tersebut.

"Rindu aku, Rayyan?" tanya lelaki berbaju hitam itu sambil memandang ke arah kirinya pula. Kali ini, dengan intonasi yang berbeza. Seperti lelaki sombong.

Zura keliru sendiri. Yang dia lihat hanya ada seorang lelaki berbaju hitam. Namun, perbualan lelaki itu seolah-olah bukan hanya dia yang ada di situ.

"Kau nak apa?" tanya lelaki itu sambil memandang ke arah kanannya. Intonasinya kembali seperti yang asal.

"Aku nak minta kau tolong kembar aku. Kau ingat dia?" tanya lelaki itu sambil memandang ke kirinya. Kini, intonasinya menjadi seperti lelaki sombong. seperti sebelumnya.

"Mestilah ingat," kata lelaki itu memandang ke arah kanannya. Kembali kepada intonasi asal lelaki itu. "Kali ni apa pula?"

"Biar aku yang jaga," kata lelaki itu sambil memandang ke arah kirinya. Kembali berintonasi sombong.

"Apa maksud kau?" tanya lelaki itu sambil memandang ke arah kanannya. Kemudian, dia menoleh ke arah kiri dan menyeringai. Zura dapat melihatnya daripada pantulan cermin. Kemudian, lelaki itu menoleh kembali ke kanannya. "Jangan cakap kau..."

Lelaki itu kelihatan memejamkan matanya. Perlahan-lahan dia mencelik. Memandang pantulan imejnya pada cermin.

"Aku dah sedia," kata lelaki itu sambil menyentuh wajahnya. "Seri boleh masuk bila masa je seri nak,"

"Seri pula..." Zura cepat-cepat melangkah ke belakang apabila melihat lelaki berbaju hitam itu melangkah menghampiri pintu.

Zura terus memerhatikan lelaki itu dari jauh. Tidak lama kemudian, dia melihat lelaki berbaju hitam itu melanggar bahu Foo Lim.

"Aouch!" Foo Lim mengaduh. Lelaki itu tidak mempedulikan Foo Lim. Terus berjalan. Amat berbeza dengan lelaki yang dia tanyakan di mana letaknya tandas tadi. 180° perubahannya.

"Rayyan, Raihan, Seri?" tanya Foo Lim. Zura mengangguk. "Dia ada split personality ke?"

Zura menjungkitkan bahunya.

~

Hamizi cuba memejamkan matanya. Dia menarik nafas dan menghembuskannya kembali.

"Oh, ya! Ini teman lelaki saya, Aliman,"

Hamizi kembali mencelikkan matanya. Kata-kata Qayreena memperkenalkan lelaki bernama Aliman itu sebagai teman lelakinya amat mengganggunya.

"Kenapa aku rasa macam ni?" tanya Hamizi sendirian. Hamizi menggosok-gosok dadanya. "Aku nak air,"

Hamizi bangun lalu melangkah ke arah tempat botol air mineral diletakkan. Hamizi meneguk air tersebut. Pintu diketuk dari luar.

"Masuk," arah Hamizi lalu mengusap air yang tersisa di bibirnya dengan belakang tangannya. Pintu dikuak.

"15 minit lagi, Hamizi. Stand by back stage," arah seorang lelaki yang memakai headphone.

"Baiklah," kata Hamizi.

~

"Kenapa awak buat macam tu, tadi?" tanya Aliman.

"Macam mana?" tanya Qayreena sambil melangkah terus melalui koridor tersebut.

"Saya pasti yang kat sana tak ada sesiapa selain kita. Saya pasti tentangnya," kata Aliman.

"So?" tanya Qayreena.

"Yang ada kebolehan untuk nampak benda-benda tu, bukan awak. Tapi, saya. Kenapa awak ada nampak sesuatu yang saya tak nampak? Apa gunanya saya sekarang?" tanya Aliman.

"Saya tak nampak apa-apa yang awak tak nampak tadi," kata Qayreena.

"Habis, tadi?" tanya Aliman.

"Saya kan dah cakap. Awak tak kan faham. Saya mimpikannya dan saya tak tahu macam mana nak buat awak faham apa yang saya katakan sekarang," kata Qayreena. "Cuma satu je saya nak awak buat. Percayakan saya. Please,"

Aliman menarik tangan Qayreena menyebabkan gadis itu yang berjalan di hadapannya terhenti. Qayreena menoleh ke arah Aliman.

"Kenapa awak?" tanya Aliman.

"Ha?" Qayreena kurang mengerti pertanyaan Aliman.

"Kenapa awak yang saya kena jumpa? Kenapa awak yang bagi saya rasa ni? Kenapa awak? Kenapa?" tanya Aliman.

"Apa yang awak cakap ni?" tanya Qayreena kembali.

"Boleh kita hentikannya?" tanya Aliman tanpa menjawab pertanyaan Qayreena sebentar tadi.

"Hentikan apa?" tanya Qayreena.

"Hentikan lakonan ni. Hentikan lakonan yang kita sebagai sepasang kekasih," kata Aliman. "Saya tak suka,"

"Awak jangan risau. Kita bukan pasangan betul-betul pun. Hanya tadi je saya nak perkenalkan diri. Kalau saya cakap awak hanya kawan saya, macam tak kena pula," kata Qayreena. "Jangan risau lah. Saya akan cakap pada Hamizi yang kita bukan kekasih. Dan untuk Rafi, kita bukan selalu akan jumpa dia. Biar je,"

"Tak. Jangan," kata Aliman.

"Jangan apa?" tanya Qayreena.

"Jangan bagitahu Hamizi yang kita bukan pasangan kekasih," kata Aliman.

"Habis tu? Tadi awak yang cakao awak tak suka kita berlakon sebagai pasangan kekasih," kata Qayreena hairan dengan kelakuan Aliman saat itu.

"Saya tak sukakan lakonan tu. Saya nak jadikan ia kenyataan. Realiti," kata Aliman. Qayreena terkejut mendengar kata-kata Aliman yang amat tidak dia sangkakan.

"A...awak cakap apa ni?" tanya Qayreena sambil ketawa kecil. Mahu menganggap kata-kata Aliman sebagai gurauan.

"I'm serious here, Qayreena," kata Aliman. "Saya rasa, saya sukakan awak,"

"Ehem," seseorang berdehem membuatkan mereka berdua menoleh. Hamizi berdiri di situ.

"Oh. Hamizi," kata Qayreena sambil cuba menarik tangannya yang berada dalam genggaman tangan Aliman. Namun, mata Hamizi kekal berada di tangan Qayreena. Dia memandang ke arah Qayreena sebelum memandang ke arah Aliman.

"Hamizi. Kenapa ada kat sini lagi? Cepat. Dah tak ada masa lagi ni," kata seorang lelaki yang memakai headphone. Hamizi mengangguk.

"Saya nak jumpa dengan awak habis konsert ni," bisik Hamizi kepada Qayreena ketika mereka berselisih.

Hamizi memandang ke arah Aliman sekilas sebelum melangkah pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience