HALLUCINATION
2015
"Kenapa Qay pergi ke sana?" tanya Qausar.
"Bang. Adik abang ni, pelajar muzik tau. Logiklah kalau Qay datang sini. Tengok persembahan piano. Tambahan lagi, major Qay ialah piano. Tak salah, kan?" tanya Qayreena.
"Tapi, perlu ke dia?" tanya Qausar.
"Abang. Bukan dia," kata Qayreena. "Bukan dia yang bunuh mereka. Bukan dia,"
"Habis tu, siapa? Qay?" tanya Qausar memandang ke arah Qayreena yang duduk di tempat duduk sebelah pemandu.
"You know what? Kadang-kadang, Qay rasa Qay yang buat semua tu," kata Qayreena membuatkan Qausar menghentikan pemanduannya secara mengejut.
"Apa maksud Qay dengan kadang-kadang Qay rasa? Bukan ke Qay ada kat hospital masa tu?" tanya Qausar.
~
2011
"Lama lagi ke?" tanya Qayreena sendirian. Sejak pukul 6 petang tadi dia menghubungi keluarganya untuk mengambilnya.
Tidak lama kemudian, hujan turun dengan lebatnya. Qayreena memeluk tubuhnya.
Tanpa dia sedar, ada yang melangkah ke arahnya lalu menutup belakang tubuhnya dengan baju panas. Qayreena menoleh.
"Papa," tegur Qayreena.
"Jom. Papa nak kena ambil Qee pula," Encik Yusof memayungkan Qayreena melangkah ke arah kereta.
"Qee kata mana sekarang?" tanya Qayreena.
"Kat Hotel Hilton," kata Encik Yusof. Qayreena mengangguk.
~
2015
"Qay... Memang ada kat sana," kata Qausar bagai tidak percaya.
"Qay pun tak boleh percayakan diri Qay sendiri. Sebab Qay rasa kadang-kadang Qay bukan diri sendiri," kata Qayreena.
"Apa yang Qay buat masa dah sampai kat hotel tu?" tanya Qausar mendesak.
"Qay tak pasti. Tapi, Qay rasa Qay tidur sampailah kemalangan tu. Qay masih tak boleh percaya hal tu," kata Qayreena.
"Split personalities," bisik Qausar sendirian.
"Apa?" tanya Qayreena.
"Tak ada apa-apa," Qausar mengeluarkan telefon bimbitnya. Sesuatu ditayang di hadapan wajah Qayreena. "Qay pernah nampak lelaki ni?"
"Oh!" Qayreena agak terkejut melihat potret Rayyan di situ.
"Kenal dia?" tanya Qausar.
"Kenal tu tak lah. Tapi, dia pernah bagi kad u Qay yang terjatuh. Dia budak sekolah. Nama dia Rayyan. Itu nama yang ada kat seragam dia," kata Qayreena. "Tapi..."
"Tapi apa?" tanya Qausar. Qayreena teringat sewaktu dia terjumpa dengan Rayyan waktu itu. Kepalanya menjadi sakit. "Qay? Qay okey tak ni?! Qay?!!"
Qayreena sudah tidak sedarkan diri. Qausar menggoncang-goncangkan tubuh Qayreena. Tiada reaksi.
~
Rayyan duduk di hadapan meja itu. Zura dan Nazri berpandangan.
"Kenapa saya dipanggil ke sini?" tanya Rayyan. "Maaf kalau saya macam kurang ajar sebab tanya. Tapi, saya betul-betul nak tahu kenapa saya dibawa ke sini. Saya ada buat apa-apa kesalahan ke?"
"Dia macam budak baik," bisik Nazri.
"Saya rasa pun," kata Zura. "Sila beri kerjasama. Kami akan bertanyakan beberapa soalan kepada awak. Jawab dengan jujur. Ya?"
"Saya akan buat yang termampu," kata Rayyan.
"Dia betul-betul nampak baik," bisik Nazri.
"Diamlah," arah Zura. "Isnin lepas, 5 Januari. Kat mana awak dalam pukul 11 pagi hingga 5.45 petang?"
"Saya ada kat sekolah pada waktu tu. Dari 7 pagi sampai 6.30 petang," kata Rayyan.
"Awak pasti?" tanya Nazri.
"Ya. Awak boleh tanya pihak sekolah tentangnya," kata Rayyan. "Saya memang ada kat sana,"
"Macam tu ke?" tanya Zura sendirian sambil mencatat keterangan Rayyan. "Baiklah. Kita buat test dengan lie detector,"
"Kenapa ya?" tanya Rayyan.
"Ia hanya salah satu prosedur," kata Nazri lalu bangun mendapatkan alat pengesan pembohongan dari bilik alatan.
"Ada apa-apa yang terjadi ke?" tanya Rayyan.
"Tak ada apa-apa. Kalau ada perkembangan tentang hal ini, kami akan maklumkan," kata Zura.
"Tentang apa? Rompakan? Penculikan?" tanya Rayyan. "Atau... Pembunuhan?"
"Itu... Kami belum boleh bagitahu kepada awak. Kalau ada apa-apa perkembangan, baru kami maklumkan," kata Zura. Nazri kembali dengan alatan yang baru sahaja diambilnya.
"Saya suspek ke?" tanya Rayyan. Zura dan Nazri berpandangan.
~
Hamizi menyelongkar laci di biliknya. Habis semua barang-barangnya bertaburan.
"Tuan muda," panggil Mak Tom. "Tuan muda cari apa ni? Habis berterabur,"
"Gelang yang ada not muzik tu," kata Hamizi tanpa memandang ke arah Mak Tom sedikit pun.
"Gelang Cik Nurdhiya ke?" tanya Mak Tom.
"Bukan. Ia... Ingat tak masa saya kemalangan dulu? Tahun 2003?" tanya Hamizi. "Saya ingat saya ada pegang gelang yang ada gantungan not-not muzik padanya,"
"Oh. Itu," kata Mak Tom. Hamizi menoleh ke arah Mak Tom.
"Mak Tom tahu kat mana?" tanya Hamizi. Mak Tom melangkah ke arah meja belajar Hamizi. Sebuah kotak dikeluarkan daripada laci tersebut.
"Kat dalam ni," kata Mak Tom.
"Kat sini ke?" tanya Hamizi. "Macam mana nak buka kotak ni?" tanya Hamizi apabila melihat mangga kecil padanya.
"Kuncinya... Entah lah. Mak Tom dah lama tak nampak. Dulu, Tuan Muda gantung pada phone lama," kata Mak Tom.
"Oh!" Hamizi segera menyelongkar almari bajunya.
"Tuan Muda nak Mak Tom tolong ke?" tanya Mak Tom.
"Tak apa. Biar saya cari sendiri," kata Hamizi.
~
"Naz. Kau kat balai?" tanya Qausar melalui telefon bimbitnya.
"Hak-a. Kat balai. Baru je lepas soal siasat suspek 150105," kata Nazri.
"Ada apa-apa perkembangan?" tanya Qausar.
"Entah lah. Dia kata dia ada kat sekolah je masa tu. Oh! Kami juga ada tanya dia sambil kenakan lie detector," kata Nazri.
"Keputusannya?" tanya Qausar.
"Dia bercakap benar. Langsung tak ada yang dia tipu," kata Nazri. "Jadi, esok aku dengan Zura akan ke sekolah budak ni,"
"Oh," kata Qausar. "Aku ada send something kat whatsapp. Tolong, eah?"
"Apa yang kau hantar?" tanya Nazri.
"Buka lah sendiri," kata Qausar.
"Ha! Kau kat mana sekarang?" tanya Nazri.
"Aku kat hospital. Qay pengsan tiba-tiba tadi. Aku pun tak tahu kenapa," kata Qausar.
"Macam mana keadaan dia sekarang?" tanya Nazri.
"Entahlah. Dia tak sedar lagi ni," kata Qausar. "Kau pernah dengar pasal split personalities tak?"
"Jekyll and hyde tu. Aku pernah dengarlah. Pasal dua personaliti dalam satu badan. Yang baik dengan yang jahat," kata Nazri. "Apahal?"
"Kau rasa, benda tu betul tak?" tanya Qausar.
"Tak pasti. Aku tak pernah jumpa. Tapi, memang ada penyakit tu. D.I.D. Kau kat hospital, kan? Pergi rujuk pakar psikatri kat sana," kata Nazri.
"Oh. Okey," kata Qausar. "Aku tutup dulu,"
"Okey," kata Nazri. Panggilan ditamatkan. Qausar memandang bilik yang menempatkan Qayreena. Qayreena masih belum menyedarkan diri. Masih terbaring di situ.
~
"Dhiya," panggil Qayreena. Nurdhiya menoleh. "Siapa dia?"
"Dia? Siapa?" tanya Nurdhiya.
"Lelaki tu. Lelaki kat kedai buku sebelum ni," kata Qayreena.
"Dia? Rayyan," kata Nurdhiya.
"Apa kaitan dia dengan saya? Kenapa saya nampak saya masa tu. Dalam diri dia?" tanya Qayreena.
"Pernah dengar ayat ni? 'Apa yang awak nampak bukan macam apa yang awak fikir'?" tanya Nurdhiya.
"Saya pernah cakapnya. Saya nampak dalam mimpi saya," kata Qayreena.
"Itu. Bukan mimpi. Ia bayangan untuk selesaikan kes ni," kata Nurdhiya.
"Apa? Kes apa ni? Kenapa saya yang kena selesaikannya?" tanya Qayreena bagai tidak berpuas hati.
"Sebab, kes-kes ni, ada kaitan dengan kelebihan yang awak miliki sekarang," kata Nurdhiya.
"Apa maksud awak?" tanya Qayreena.
"Awak akan faham sendiri nanti. Tak perlu saya terangkan," kata Nurdhiya. "Saya akan jawab pertanyaan awak kat bilik persalinan tadi,"
"Bilik persalinan?" tanya Qayreena. "Oh! Itu,"
"Soalan pertama; 'Kenapa saya cakap dia perempuan tu?' Sebab dia perempuan tu. Dia bukan saya. Dia hanya satu halusinasi," kata Nurdhiya. "Saya... Awak tahu, kan? Saya dah tak bernyawa. Hanya orang tertentu boleh nampak saya. Tapi, Hamizi bukan salah satu daripadanya. Dia hanya belum percaya yang saya tinggalkan dunia ni. Dan percaya yang saya masih berada di samping dia. Sedangkan. Ia hanya halusinasi dia. Dan itu menjawab soalan kedua awak; 'Bukan ke dia tu saya? Jawapannya, bukan,"
"Oh," Qayreena mengangguk. Ia halusinasi. Patutlah kekunci piano pada ketika itu tidak bergerak biarpun 'Nurdhiya' sedang memainkannya dan air teh itu tidak terusik biar pun 'Nurdhiya' telah meminumnya.
"Soalan keempat; 'Kenapa awak yang ditakdirkan untuk selesaikan hal ni?' Jawapannya senang. Awak ada muncul dalam hidup Hamizi sebelum keabadian diri saya bersemadi bersama hidup dia," kata Nurdhiya.
"Macam mana keabadian diri awak bersemadi bersama hidup dia?' tanya Qayreena.
"Sebab darah," jawab Nurdhiya. "Dan sebab awak,"
"Hah?" Qayreena kurang mengerti.
~
Nazri membuka aplikasi Whatsapp pada telefon bimbitnya. Apa yang dihantar oleh Qausar dibukanya.
"Ini... Suara Qay," kata Nazri. Dia membaca pesanan seterusnya.
-Tolong padankan dengan panggilan kat hotel 110112. Bagi keputusannya pada aku secepatnya-
"Apa? Dia suspek adik dia pula ke?" tanya Nazri sendirian.
~
"Jumpa!" Hamizi menjumpai telefon bimbit lamanya. Kunci itu masih tergantung padanya. Hamizi segera membuka mangga pada kotak tersebut.
Kuncinya padan. Hamizi tersenyum. Sebelum sempat dia membuka kotak itu, ada yang menegurnya.
"Awak memang sukakan dia, kan?" tanya Nurdhiya.
"Apa yang awak mengarut ni?" tanya Hamizi. "Dan awak buat apa kat sini? Dah lewat ni,"
"Sebelum ni, awak yang nak saya stay. Sekarang, awak suruh saya pergi," kata Nurdhiya. "Awak memang dah jatuh pada perempuan tu, kan?"
"Awak ni cemburu sangat," kata Hamizi.
"Awak cedera. Sampai masuk hospital sebab kemalangan. Koma beberapa minggu kat hospital sebab perempuan tu, kan? Sebelum awak kemalangan tu, awak genggam benda tu, kan?" tanya Nurdhiya. "Siapa saya?"
"Awak tetap awak, Didi," kata Hamizi.
"Habis tu, siapa dia?" tanya Nurdhiya. Hamizi diam. "Jawab saya, Hamizi!"
"Baliklah. Dah malam ni," kata Hamizi tanpa memandang ke arah Nurdhiya.
~
Aliman memusing-pusingkan telefon bimbitnya di atas meja belajarnya. Kepalanya direhatkan di atas meja.
"Dia tak angkat," kata Aliman. "Aku terlalu mendesak ke?"
Tiba-tiba, kedengaran bunyi ketukan. Aliman mengangkat kepalanya memandang ke arah pintu biliknya.
"Mak su," tegur Aliman.
"Boleh mak su masuk?" tanya Adeimi.
"Masuklah," kata Aliman. Adeimi melangkah masuk.
"Liman... Masih berurusan dengan perempuan tu?" tanya Adeimi. "Qay. Qayreena Zuhainie,"
"Oh. Ya. Masih," jawab Aliman. "Kenapa mak su tanya?"
"Kenapa kamu masih berurusan dengan dia?" tanya Adeimi.
"Sebab saya sukakan dia," jawab Aliman selamba.
"Ha?" Adeimi tercengang. Biar benar. "Are you serious?"
Share this novel