Chapter 29

Mystery & Detective Completed 13460

REVEAL

2015

Aliman akhirnya mencapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor telefon Qausar.

"Hello?" kedengaran suara Qausar di hujung talian.

"Assalamualaikum. Saya Aliman. Lelaki yang awak minta saya hubungi awak tadi," kata Aliman.

"Oh. Ya. Aliman," kata Qausar. "Jadi, awak setuju untuk berkerjasama dengan pihak polis?"

"Saya tak pasti. Tapi, ia memang ada perkara yang menganggu fikiran saya buat masa ni," kata Aliman.

"Kalau macam tu, datanglah ke balai. Kami sedang mengadakan mesyuarat tentang kes yang sedang kami siasat," kata Qausar.

"Baiklah. Saya akan ke sana segera," kata Aliman lalu menamatkan panggilan.

~

Hamizi melangkah masuk ke dalam pejabat pakar psikatri yang menguruskan kesnya. Hari ini dia akan menjalankan sesi janji temu untuk memeriksa kesihatan psikologinya.

Sejak kematian Nurdhiya, dia perlu menjalankan janji temu tersebut kerana ramai yang melabelkan dia sebagai sakit. Dia sebenarnya sedar akan hal itu tetapi dia berkeras mahu memastikan dia sentiasa bersama-sama dengan Nurdhiya. Biar pun hakikatnya Nurdhiya sudah tidak hidup di dunia yang sama dengannya.

Sejak bertemu dengan Qayreena, keinginannya untuk terus bersama-sama dengan Nurdhiya menjadi pudar. Kenapa? Dia juga tidak tahu sebabnya. Dia jadi lebih fikirkan Qayreena daripada Nurdhiya. Bila berbicara, hanya nama Qayreena yang meniti bibirnya. Dan bila berjumpa dengan Qayreena, dia menjadi gembira.

Namun, apabila mendengan Qayreena memperkenalkan Aliman sebagai teman lelakinya, dia menjadi kurang senang. Perasaan yang tidak dapat dijelaskan. Apa yang dia tahu, dia berasan marah dan kecewa. Dia sendiri tidak dapat mentafsir apa yang dia rasakan. Bila dia bertemu dengan 'Nurdhiya', dia jadi kurang berkenan untuk bersama-sama dengannya dalam jangka waktu yang lama. Tidak seperti sebelumnya.

Setelah dia bertemu dengan Qayreena, dia hanya memikirkan Qayreena. Hingga pernyataan yang Qayreena sudah mempunyai teman lelaki juga mengganggunya.

Namun, setelah apa yang dibicarakam oleh Qayreena tempoh hari. Tentang apa yang Qayreena jelaskan. Dia sudah jelas dengan apa yang dia mahu. Dia tidak mahu lagi untuk bersama dengan Nurdhiya yang dia ciptakan. Dia mahu bersama-sama dengan Qayreena. Dia sedar yang dia mula mempunyai perasaan terhadap gadis itu sejak pertama dia berjumpa dengannya, ketika dia menyelamatkan Qayreena 10 tahun yang lalu.

"Awak dah sampai," tegur Doktor Dinah, pakar psikatrinya menyedarkannya dari lamunannya.

"Ya," kata Hamizi.

"Jadi, apa yang awak rasa? Ada apa-apa perkembangan pada kehidupan awak? Atau sama sahaja seperti hari-hari yang lepas?" tanya Doktor Dinah.

"Sebenarnya, doktor. Saya dah sembuh," kata Hamizi.

"Apa maksud awak yang awak dah sembuh?" tanya Doktor Dinah kurang mengerti.

"Saya maksudkan apa yang saya cakapkan tu," kata Hamizi. "Saya dah sembuh. Saya tak perlukan lagi sesi kauserling ni,"

~

Qayreena mencelikkan matanya. Dia tercengang. Kenapa dia berada di sini? Di rumah Hamizi. Di dalam biliknya.

"Kau tipu!" kedengaran suara Hamizi garau dan kasar seolah-olah marah terhadapnya. Qayreena menoleh.

"Hamizi?"

"Kau tipu! Dia masih ganggu aku! Dia masih kat sini! Didi bukan hanya khayalan aku!" laung Hamizi.

"Apa yang awak mengarut ni?" tanya Qayreena. "Awak sendiri tahu yang Nurdhiya dah mati. Dan kalau Didi tu, awaklah orangnya yang boleh wujudkannya atau sebaliknya,"

"Dia masih kat sini!" laung Hamizi. "Dia tak pernah pergi! Dia tak suka aku suka kau! Kenapa aku mesti jumpa kau masa tu?! Kenapa aku mesti suka kau?!"

"Saya... Saya..."

"Kau tak kan boleh hapuskan aku," Qayreena menoleh. Kelihatan ada Nurdhiya di situ. Melihat daripada rupanya, Qayreena pasti yang itu Didi. Qayreena menoleh ke arah Hamizi. Dia sudah tiada di situ. Qayreena menoleh kembali ke arah Didi. Didi tersenyum sinis ke arahnya. "Aku yang mengaturnya. Dan akulah yang akan mengaturnya lagi,"

"Walau macam mana pun, kau bukan Nurdhiya," kata Qayreena tenang.

"Yalah. Itu apa yang kau cakap. Tapi, dia tetap akan percaya kalau aku cakap aku Didi dia," kata Didi.

"Dia dah buang Didi dari hidup dia," kata Qayreena.

"Itu sebab dia bodoh. Jatuh hati pada kau yang tak guna ni," kata Didi. "Walau pun dia dah buang Didi, Didi tetap tak kan pergi,"

Qayreena cuba memikirkan sesuatu. Dia memejamkan matanya. Cuba memaksa akalnya untuk berkerja.

"Kenapa? Dah mengalah? Hamizi hanya akan hidup dalam dunia yang aku cipta. Supaya apa? Supaya aku tak risau dia akan bongkarkan segalanya. Dia tetap akan berada di sini," kata Didi.

Qayreena mencelikkan matanya. Dia memandang ke arah Didi.

"Aku dah tahu," kata Qayreena.

~

"Jadi?" tanya Qausar.

"Untuk kes Damian, ia hanya kemalangan biasa sebenarnya. Ia disebabkan kenakalan Damian sendiri hingga dia jatuh dan terkena kaca. Akibat jalan sesak, Damian dihantar lambat ke hospital dan menyebabkan dia kehabisan banyak darah. Mangsa pertama merupakan pemilik taska di mana Damian di letakkan. Manakala mangsa ketiga merupakan orang yang bertanggungjawab menghantar Damian ke hospital," kata Foo Lim membaca keputusan siasatannya.

"Tunggu dulu! Bukan ke saya arahkan awak untuk dapatkan rekod kesihatan Puan Jamilah?" tanya Qausar.

"Ya, tuan. Tapi, saya ada hal semalam dan saya bertukar tugasan dengan Fadhli," kata Foo Lim.

"Ya, Qausar. Aku yang minta dia tukar dengan aku," kata Fadhli.

"Kenapa perlu?" tanya Qausar.

"Sebab semalam, saya ada hal dan perlu balik awal. Kalau saya teruskan tugasan yang tuan beri pada saya pada asalnya, saya terpaksa ke lokasi lain untuk mengumpulka keputusannya. Sebab tu lah, saya setuju untuk tukar tugasan dengan Fadhli," kata Foo Lim.

"Baiklah kalau macam tu. Latar belakang doktor yang merawat Damian?" tanya Qausar.

"Doktor yang merawat Damian atau mangsa pertama merupakan pakar bedah yang agak mahir dan tidak pernah gagal dalam pembedahan yang dikendalikan. Dia juga agak terkenal kerana selalu mengendalikan pembedahan ke atas pesakit kritikal. Mengikut rekod kerjanya, hanya Damian sahaja pesakit yang tidak dapat dia selamatkan," kata Foo Lim.

"Kenapa boleh jadi macam tu?" tanya Qausar.

"Damian sampai ke hospital dengan keadaan kritikal dan kehilangan terlalu banyak darah. Dia lambat sampai kerana kesesakan lalu lintas. Dan bekalan darah di hospital pula adalah terhad untuk jenis darah yang dimiliki oleh Damian. Sebab tu lah, dia tak dapat diselamatkan," kata Foo Lim.

"Damian meninggal ketika atau semasa pembedahan dijalankan?" tanya Qausar.

"Semasa, tuan. Darah yang dibekalkan adalah kurang dan ketika itu ada doktor yang kebetulan darahnya sama dengan milik Damian mendermakan darahnya. Tapi, sebelum sempat dia menghabiskan sesi tersebut, Damian sudah meninggal," kata Foo Lim.

"Ada maklumat doktor tu?" tanya Qausar membelek laporan yang diberikan.

"Tak ada, tuan. Pihak hospital rahsiakan maklumat tersebut," kata Foo Lim.

"Itu sahaja?" tanya Qausar.

"Ya. Itu sahaja," kata Foo Lim.

"Baiklah. Seterusnya, laporan perubatan Rayyan," umum Qausar lalu mengambil keputusan laporan di hadapannya. "Silakan,"

"Rayyan direkodkan pernah menjalankan pemindahan jantung pada usianya 12 tahun," kata Mei Lin

"Jantung?" tanya Qausar.

"Ya. Pendermanya merupakan anak angkat keluarga tersebut. Namanya, Raihan. Raihan diambil sebagai anak angkat sebelum kelahiran Rayyan. Dan, pada waktu tersebut Raihan telah mengalami kemalangan dan mungkin tak dapat diselamatkan lagi. Sebab tu lah, ibu bapa mereka mengaturkan pemindahan jantung kepada Rayyan yang dari lahir mengalami jantung berlubang," terang Mei Lin.

"Lepas tu ke baru dia ada Narcolepsy?" tanya Qausar.

"Ya. Dan pihak hospital merujukkannya kepada pakar psikatri hospital untuk menanganinya. Dia memang mengalami Narcolepsy dan juga kecelaruan identiti," kata Mei Lin.

"DID?" tanya Qausar.

"Nampaknya, macam tu," kata Mei Lin.

"Berapa orang?" tanya Qausar.

"2. Pertama, abang angkat dia, Raihan. Dan ke dua, katanya orang yang paling rapat dengan abang angkat dia, Seri," kata Mei Lin.

"Kita perlu cari tentang Raihan ni pula. Cari rumah anak yatim mana dia berasal dan siasat pasal latar belakang dia. Dan juga Seri tu," kata Qausar. "Akhir sekali, Puan Jamilah?"

"Baik. Puan Jamilah pada asalnya menerima rawatan setelah anaknya meninggal kerana memberontak dan pernah mencuba untuk membunuh. Dan, rawatannya dilanjutkan ke Hospital Besar Inovasi kerana doktor yang merawatnya pada asalnya ialah doktor sementara yang berasal daripada Hospital Besar Inovasi," terang Fadhli. Ketika itu, kedengaran bunyi ketukan dari luar bilik mesyuarat tersebut.

"Masuk," arah Qausar. Pintu dikuak dari luar dan Aliman melangkah masuk ke dalam. "Aliman. Sila duduk," Aliman menurut.

"Maaf lambat," ucap Aliman.

"Tak apa. Kita akan bincang lepas mesyuarat ni selesai," kata Qausar. "Teruskan,"

"Rawatan yang diterima sedikit sebanyak membuatkan dia bertambah baik. Tapi, dia masih lagi berhubung dengan pakar tu sebab kadang kala dia masih meracau," kata Fadhli.

"Itu sahaja?" tanya Qausar.

"Tak nak tahu siapa pakar tu?" tanya Fadhli. Qausar mengangkat wajah memandang ke arah Fadhli.

"Siapa?" tanya Qausar.

"Doktor Dinah," kata Fadhli.

"Doktor Dinah?" tanya Qausar. Ia membuatkan Qausar membelek kembali rekod perubatan Rayyan. "Doktor Dinah juga,"

"Ini senarai pesakit di bawah seliaan Doktor Dinah," kata Fadhli menghulurkan kertas itu kepada Qausar. Qausar mengambilnya. "Dapat apa yang aku maksudkan?"

"Rekod kesihatannya. Ada?" tanya Qausar tergesa-gesa.

"Aku ingat kau tak nak tanya," kata Fadhli menghulurkan salinan rekod kesihatan yang dimaksudkan.

"Tak mungkin," kata Qausar sambil meneliti rekod tersebut.

"Aku dah mula syak sesuatu yang tak kena bila nampak nama tu pada hasil laporan siasatan Mei Lin. Sebab tu aku siasat lebih lanjut," kata Fadhli.

"Zura. Sekarang juga pergi siasat mana rumah anak yatim tempat Raihan dulu dan dapatkan rekod latar belakangnya. Dan juga yang bernama Seri tu," arah Qausar.

"Baik, Tuan!" kata Zura lalu keluar. Tapi, dia tidak sedar yang ada sesuatu terjatuh dari fail yang dibawanya. Kebetulan, Aliman ternampak dan mengambilnya.

"Ini apa?" tanya Aliman menghulurkan gambar itu kepada Mei Lin.

"Oh. Itu gambar suspek dengan abang angkat dia," kata Mei Lin. "Budak Zura ni boleh tercicir pula,"

"Saya rasa, lelaki tu familiar lah," kata Aliman. "Tak ke macam tu, Tuan Qausar?"

"Hm?" tanya Qausar lalu mencapai gambar di tangan Mei Lin. Matanya buntang perlahan-lahan. "Tak mungkin,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience