REASON
2015
Adeimi masih menunggu wanita di hadapannya untuk bersuara. Sabar sahaja dia menunggu.
"Kakak dia," jawab wanita itu melalui telepati. "Dan pemilik asal jantung dia sekarang,"
"Ha?" Adeimi kurang mengerti. "Siapa nama awak?"
"Qeerana,"
"Saya tak dapat tahu apa masa lalu awak serta apa yang awak dah lakukan semasa hayat awak. Tapi, saya dapat lihat yang awak kat sini hanya untuk menjaga jantung awak. Tak ke macam tu?" tanya Adeimi.
Qeerana kelihatan menunduk.
"Adik awak juga tahu yang awak sentiasa perhatikan dia untuk jaga jantung awak. Walaupun dia tak nampak awak," kata Adeimi.
"Ya. Dia pun macam awak. Dia ada kuasa. Cuma tak sekuat awak. Tapi, dia boleh rasakan kehadiran roh. Dia hanya tak nampak mereka secara terus. Dia boleh melihat malah berkomunikasi dengan roh dalam mimpinya. Ia dah terabadi macam tu sejak jantung saya ada pada dia,"
"Adakah sebab jantung awak yang buatkan dia ada kuasa macam tu?" tanya Adeimi.
"Mungkin. Rasa benci saya pada dia masa hayat saya setara dengan sayang saya pada dia. Tapi, yang boleh saya luahkan hanya kebencian sebab tahap ego saya yang terlalu tinggi,"
"Sampai sekarang... Awak masih bencikan dia?" tanya Adeimi.
"Dia dah jaga jantung saya dengan baik. Saya pun tak tahu saya patut terus bencikan dia atau tak. Yang pasti, saya yakin yang dia akan menjaga jantung saya sebaik mungkin,"
"Jadi, awak boleh pergi sekarang?" tanya Adeimi.
"Tak,"
"Kenapa? Awak kekal di sini untuk menjaga jantung awak, kan? Tapi, awak dah yakin yang dia akan jaga jantung awak dengan baik. Apa lagi yang buat awak perlu berada di sini?"
Qeerana tidak menjawab. Dia menghampiri Adeimi lalu mengarahkan telunjuknya ke dahi Adeimi.
~
2010
"Dia dah boleh pergi lah ni?" tanya Syafawi.
"Pak cik dah boleh pergi?" tanya Adeimi bertanya kepada pak cik itu.
Lelaki tua itu menggeleng membuatkan Adeimi dan Syafawi sama-sama berasa hairan. Lelaki tua itu menunding ke suatu arah. Mereka berdua memandang ke arah itu.
Kelihatan ada seorang wanita sedang melambai-lambai ke arah mereka berdua. Adeimi dan Syafawi berpandangan. Tiba-tiba, wanita itu hilang.
"Awak yang buat ke?" tanya Adeimi kepada Syafawi yang tangannya masih dalam genggaman tangan Adeimi.
"Hehe," Syafawi tersengih. Adeimi mengeluh. Dia tahu yang Syafawi mempunyai kebolehan sama ada untuk menyekat atau memperkuat kebolehan yang Adeimi miliki.
Jika Syafawi dan Adeimi bersentuhan, kuasa Adeimi akan bertambah kuat atau menjadi lemah malah boleh hilang terus mengikut kehendak Syafawi pada waktu tersebut. Dan kali ini, pasti Syafawi telah menginginkan kuasa Adeimi untuk ditutup kerana lelaki tua di sebelah mereka juga sudah tiada.
"Kenapa awak buat macam tu?" tanya Adeimi.
"Saya tak naklah awak asyik buat benda-benda macam tu," kata Syafawi.
"Apanya? Saya tolong diaorang. Bukan apa pun. Lagipun, saya bukannya buat benda-benda yang dilarang," kata Adeimi.
"Tapi, awak akan tolong juga diaorang tanpa menolak. Walau awak tahu hal tu membahayakan," kata Syafawi.
"Awak. Saya letakkan bunga je," kata Adeimi.
"Itu tadi. Macam mana dengan lain kali?" tanya Syafawi. "Awak akan janji ke yang awak akan fikir dulu sebelum tolong diaorang?"
"Itu..."
"Saya kenal awak. Walau tak lama. Saya kenal awak luar dalam. Awak tak akan buat apa yang saya suruh. Awak keras kepala," kata Syafawi.
"Maaf," ucap Adeimi.
"Bukan salah buat macam tu. Tapi, sekarang ni, awak tengah mengandung. Saya tak nak awak bahayakan diri," kata Syafawi. "Dengan kebolehan yang saya ada, saya tutup kuasa awak hingga anak kita dilahirkan,"
"Alah! Mana aci!" marah Adeimi.
"Tiada bantahan. Sebarang pertanyaan atau bantahan tidak akan dilayan," kata Syafawi.
"Awak!" marah Adeimi.
"Awak tahu, kan. Saya sayang awak?" tanya Syafawi. Adeimi terdiam.
~
2015
"Jadi... Siapa perempuan tu? Awak ada kaitan dengan dia?" tanya Adeimi. Qeerana mengangguk.
"Dia nak minta awak buat sesuatu pada masa tu. Sesuatu yang berkaitan dengan adik saya sebab hanya adik saya inisiatif terdekat yang dia ada pada waktu tu,"
"Dan saya tak dapat lihat dia," kata Adeimi terkenang waktu itu di mana Syafawi telah menguncikan kuasanya.
"Sekarang, adik saya dan anak saudara awak akan tolong dia,"
"Kenapa anak saudara saya juga terlibat? Bukan ke dia hanya minta tolong adik awak?" tanya Adeimi.
"Dan adik saya minta tolong daripada anak saudara awak. Ia pada suatu masa yang agak lama dulu. Sebelum awak kenal dengan suami awak. Dan, awak penyebab ia terjadi,"
"Kenapa saya?" tanya Adeimi.
"Awak tahu sendiri sebabnya," Adeimi menunduk. Dia tidak habis fikir. Apa yang menyebabkan dialah penyebab mereka berdua terlibat dalam hal ini?
"Bahaya ke?" tanya Adeimi.
"Terpulang. Sebab ia menjadi semakin rumit sekarang,"
"Rumit?" tanya Adeimi.
~
Aliman menoleh ke arah Qayreena yang diam di tempat duduk sebelah pemandu. Dia masih hairan dengan apa yang dia alaminya tadi.
Dia yakin yang ketika Qayreena menyentuhnya, dia sudah tidak dapat melihat mana-mana roh. Tetapi, sebaik sahaja Qayreena sudah tidak menyentuhnya, roh-roh tersebut kembali muncul dalam pandangannya.
Apa yang membuatkan dia tidak melihat roh apabila dia bersentuhan dengan Qayreena. Dia teringat akan Adeimi. Adeimi pernah memberitahunya yang dia tidak dapat melihat mana-mana roh bila dia menyentuh Izrul.
Dan Izrul merupakan abang Adeimi. Darah dagingnya. Apa mungkin, Qayreena ada apa-apa hubungan darah dengannya?
Aliman mengintai pada cermin pandang belakang keretanya. Dia tidak melihat mana-mana roh yang mengekorinya. Atau lebih tepat yang dicarinya saat itu ialah wanita yang mengekori Qayreena sepanjang masa. Dia tidak melihat wanita itu di mana-mana.
Dia menoleh ke arah Qayreena yang sedang menjenguk ke luar tingkap. Dia tidak menyentuh Qayreena. Dan, dia melihat roh yang lain. Ke mana hilangnya wanita yang selalu mengekori Qayreena?
"Berhenti kat sini," kata Qayreena.
"Sini?" tanya Aliman lalu memberhentikan kereta. Dia menjenguk ke arah rumah itu. Bukan rumah. Tetapi, banglo 2 tingkat. Dan ia agak terpisah daripada kejiranan yang lain. Kira-kira 3 blok.
"Terima kasih sebab hantar saya balik," ucap Qayreena lalu keluar daripada kereta. Aliman juga cepat-cepat keluar.
"Awak duduk kat sini sorang-sorang?" tanya Aliman.
"Tak lah. Dengan pembantu dengan abang saya," kata Qayreena.
"Awak ada abang? Dah kerja ke belajar lagi?" tanya Aliman.
"Dah kerja. Dia seorang inspektor polis," kata Qayreena.
"Oh," Aliman mengangguk. Dia masih mencari kelibat wanita itu. Yang selalu mengekori Qayreena.
"Tak ada," kata Qayreena tiba-tiba.
"Ha?" Aliman menoleh ke arah Qayreena. Apa yang gadis itu katakan sebenarnya?
"Awak cari sesuatu yang selalu ekori saya tu, kan? Dia dah tak ada sejak saya naik kereta awak tadi," kata Qayreena.
"Oh," Aliman hanya mengangguk. Aliman menoleh ke arah salah satu tingkap di tingkat 2 banglo tersebut. Ada yang menunggu di situ. "Itu..."
"Jangan risau. Saya kenal dia," kata Qayreena.
"Awak boleh nampak dia?" tanya Aliman.
"Secara realiti, saya pernah nampak dia sekali. Kat hospital tadi. Dia pernah muncul dalam mimpi saya. Dialah yang minta tolong saya," kata Qayreena. "Saya masuk dulu. Jumpa esok,"
"Eh! Tunggu!" Aliman menahan Qayreena. Qayreena memandang ke arah Aliman. Aliman mengeluarkan telefon bimbitnya. "Nombor,"
Telefon bimbitnya dihulurkan kepada Qayreena. Qayreena memandangnya hairan.
"Perlu ke?" tanya Qayreena.
"Manalah tahu. Nanti, saya atau awak lambat," kata Aliman. "Atau kita ada hal ke tak dapat jumpa esok. Kita tak tahu, kan?"
"Okey," Qayreena mengambik telefon bimbit Aliman lalu menaip nombor telefonnya. "Nah,"
Aliman mengambil telefon bimbitnya. Ikon hijau ditekannya. Tidak lama kemudian, telefon bimbit Qayreena berbunyi. Qayreena mengeluarkan telefon bimbitnya. Qayreena memandang skrin telefon bimbitnya dan panggilan ditamatkan serentak dengan Aliman menekan ikon merah pada telefon bimbitnya.
"Awak call?" tanya Qayreena.
"Takut awak salah taip," kata Aliman. "Save nombor saya,"
Aliman berlalu masuk ke dalam keretanya.
"Selamat malam," ucap Aliman sebelum memandu keretanya meninggalkan kawasan tersebut
Qayreena hanya menghantar kepergian kereta Aliman dengan pandangan mata. Dia tersenyum sendiri.
~
"Selamat malam, tuan," ucap Zura apabila dia melangkah masuk ke dalam balai tersebut.
"Eh?! Ramai lagi yang tak balik?" tanya Qausar.
"Ya. Ada yang tengah cari lelaki yang saksi mata nampak kat tempat pembunuhan terakhir dan ada yang tengah siasat latar belakang setiap mangsa," kata Zura.
"Dah jumpa ke?" tanya Qausar.
"Apa?" tanya Zura.
"Budak lelaki tu. Yang ada kat tempat kejadian terakhir tu," kata Qausar. "Dah dapat kesan siapa budak tu?"
"Menurut beberapa orang yang telah kami soal siasat, budak tu mungkin sekolah dekat area Inovasi ni. Kami akan terus siasatnya," kata Hani.
"Teruskan," arah Qausar.
"Oh, Sar! Kau dah dapat result pasal ink tu?" tanya Nazri.
"Dah. Memang budak tu beli kat sana. Dan dia ada kat sana pada waktu yang dinyatakan oleh saksi mata," kata Qausar.
"Jadi, dia suspek utama kita," kata Zura.
"Tak juga," kata Mei Ling. "Macam yang Tuan Qausar cakap, mungkin dia hanya tahu. Tapi, dia tak bunuh,"
"Tapi, tetap kita boleh jadikan dia suspek atas kesalahan subahat," kata Fadhli. "Kan?"
"Oh, ya! Persembahan suspek kes 110112. Lusa," kata Nazri tiba-tiba.
"Siapa incharge?" tanya Qausar.
"Me," Foo Lim mengangkat tangannya.
"Dan saya," kata Zura.
"Okey. Perhatikan baik-baik. Gerak geri dia serta keadaan sekeliling. Tengok kalau-kalau ada apa-apa yang tak kena," arah Qausar.
"Baik," jawab Zura dan Foo Lim serentak.
Share this novel