RELATED (Part 1)
2015
"Awak... Betul-betul nak tahu?" tanya Aliman. Qayreena mengangguk. "Awak tak rasa awak macam terlalu pentingkan diri?"
"Kadang-kadang, kita memang perlu fikirkan diri sendiri terlebih dahulu untuk membuat sesuatu keputusan. Tapi, untuk kes saya, ia bukan. Dan awak tak kan fahamnya," kata Qayreena. Aliman hairan dengan kelakuan Qayreena.
Biar pun dia baru sahaja mengenali Qayreena secara formal, tetapi dia boleh memberitahu yang Qayreena memaksa dirinya untuk berkelakuan seperti itu. Seperti ada yang memaksanya.
"Macam mana kalau saya cakap saya sukakan awak?" tanya Aliman.
"Walau pun saya pentingkan diri? Awak tahu, awak mungkin akan tercedera dan sakit sebab saya dan saya tak kan pedulikan awak. Sebab, saya pentingkan diri," kata Qayreena.
"Saya tetap akan sukakan awak," kata Aliman. "Sebab saya tahu, awak bukannya boleh pentingkan diri sendiri. Macam seseorang yang saya kenal, awak tak kan berdiam diri bila awak tahu tentang sesuatu," kata Aliman. Qayreena menunduk.
"Kalau macam tu, berhenti sukakan saya," arah Qayreena.
"Kenapa saya perlu?" tanya Aliman hairan. "Beri saya 10 sebab untuk saya pertimbangkan sebab saya perlu berhenti suka awak,"
"Perlu ke saya bagi sebab?" tanya Qayreena hairan.
"Kalau macam tu, saya akan tetap sukakan awak," kata Aliman.
"Awak tak kan dapat apa yang awak nak daripada saya," kata Qayreena. "Saya bukan orangnya,"
"Apa maksud awak?" tanya Aliman kurang mengerti.
"Awak harapkan saya menjadi seseorang macam orang yang awak kenal terhadap seseorang yang ada kaitan dengan awak, kan? Saya bukan orangnya. Keadaan kita terjadi sebab kita ada titik persilangan pada waktu lampau yang membawa kita terpaksa bertemu sekarang," kata Qayreena.
Saat itu, Aliman baru sedar yang dia benar-benar mengharapkan yang Qayreena ialah sama seperti Syafawi kepada Adeimi. Dia amat mengharapkannya. Bukan hanya kerana kemampuan itu. Ia... Kerana Qayreena sendiri.
"Jadi, berhenti sukakan saya," kata Qayreena memberi penegasan.
"Kenapa? Awak tak sukakan saya ke?" tanya Aliman.
"Saya sukakan awak," kata Qayreena. "Sebab saya perlukan awak. Saya perlukan awak untuk tamatkan apa yang saya deritai selama ini. Sebab awak adalah salah satu kuncinya,"
"Kalau macam tu, buat diri awak perlukan saya untuk selama-lamanya, tak boleh?" tanya Aliman. Qayreena kali ini hairan dengan kelakuan Aliman. "Saya sukakan awak lebih dari sebab tu. Saya sukakan awak sebab awak. Tak boleh ke awak cuba faham?"
"Maaf. Saya tak boleh," kata Qayreena. "Saya tak nak ambil risiko mematahkan hati sesiapa,"
"Apa maksud awak?" tanya Aliman.
"Dalam menamatkan apa yang saya sedang deritai sekarang, saya perlu buat seseorang sukakan saya. Dan orang tu, bukannya awak. Kalau awak tetap sukakan saya, dan saya dah berjaya buat dia sukakan saya juga, saya tetap kena memilih satu, kan?" tanya Qayreena.
"Jangan bagitahu yang orang tu, Hamizi," kata Aliman.
"Maaf," ucap Qayreena. "Tapi, memang dia orangnya,"
"Kenapa? Dia hanya masih rasa yang teman wanita dia masih hidup je, kan?" tanya Aliman. Tiba-tiba, dia teringat kata-kata Nurdhiya beberapa hari yang lepas.
"Jadi, awak stay hanya sebab teman lelaki awak masih percaya yang awak masih hidup? Bersama dengan dia, macam tu?" tanya Aliman.
"Macam tu lah nampaknya," kata Dhiya.
"Kalau dia dah percaya yang awak dah tak ada, adakah awak akan pergi?" tanya Aliman.
"Oh. Tak semudah tu," kata Dhiya.
"What?!"
"Awak rasa, macam mana saya nak pastikan yang dia percaya bahawa teman wanita dia dah mati? Perkara pertama yang saya perlu buat ialah untuk pastikan yang dia lupakan perasaan dia terhadap Dhiya dan bila hal tu terjadi, barulah dia boleh terima yang Dhiya dah tak ada," kata Qayreena. "Untuk menjayakannya, saya perlu pastikan yang dia suka kepada saya. Dengan itu, dia akan lupakan Dhiya,"
"Kenapa mesti awak? Kenapa mesti awak yang buat dia suka kepada awak? Tak boleh suruh orang lain ke?" tanya Aliman.
"Tak. Sebab, sayalah punca dia akhirnya jadi macam tu. Berhalusinasi tentang Dhiya. Percaya yanh Dhiya masih hidup sedangkan Dhiya dah lama mati. Sentiasa nampak Dhiya sedangkan Dhiya perhatikan dia dari jauh. Sedih tengok keadaan dia," kata Qayreena.
"Macam mana hal nya awak boleh jadi punca?" tanya Aliman.
"Kalau waktu tu saya tak cari rantai Qee, saya tak kan jumpa dia. Dan saya tak kan jatuh pengsan kat situ. Dia tak perlu hantar saya ke hospital. Dan, dia tak perlu terlibat dalam kemalangan yang memerlukan dia mendapatkan darah dari Dhiya yang membuatkan Dhiya terabadi dalam kehidupan dia," kata Qayreena.
"Orang lain pun ada derma-derma darah. Tak ada pula yang berhalusinasi macam tu," kata Aliman.
"Ia pilihan. Hanya yang terpilih akan mengalaminya. Dan juga, berkaitan dengan emosi," kata Qayreena.
"Emosi?" tanya Aliman.
"Saya pun tak tahu macam mana nak terangkan yang tu. Tapi, yang pasti awak mesti lupakan perasaan awak yang awak sukakan saya," kata Qayreena.
"Saya akan tunggu," kata Aliman.
"Apa yang awak nak tunggu?" tanya Qayreena.
"Saya akan tunggu sampai masalah ni selesai. Awak tak akan berhubung dengan dia lagi, kan lepas awak berjaya lepas daripada apa yang awak alami sekarang? Kesukaran ni?" tanya Aliman.
"Saya..."
"Atau awak dah sukakan dia?" tanya Aliman.
"Apa yang awak harapkan?" tanya Qayreena.
"Apa yang saya harap ialah awak akan suka kepada saya dan bukan kepada lelaki yang berhalusinasi tu," kata Aliman.
"Awak tak rasa ke, itu juga harapan Aliyah terhadap awak?" tanya Qayreena.
"Hah?" Aliman tercengang.
"Saya tahu awak akan faham apa yang Aliyah rasa. Jadi, ia terpulang kepada awak," kata Qayreena. "Saya pergi dulu,"
~
"Liyah," Qayreena duduk di sebelah Aliyah yang sedang menyedut air kotaknya. Aliyah tidak mempedulikannya. "Liyah tak pedulikan Qay?"
"Qay dah tikam Liyah dari belakang," kata Aliyah dengan nada merajuk.
"Tak payah berlakon lagi. Nak dengar cerita sebenar tak?" tanya Qayreena.
"Nak! Nak!" Aliyah menoleh ke arah Qayreena. Qayreena tersenyum sendiri.
Sebenarnya, dia sudah mendapat bayangan tentang reaksi Aliyah. Aliyah sebenarnya hanya berlakon merajuk. Aliyah juga bukannya menganggap Qayreena mengkhianatinya. Dia tahu yang Qayreena tidak akan mengecewakannya.
Lagi pun, Aliyah sendiri tidak pasti perasaan sebenarnya terhadap Aliman. Yang dia tahu, dia sukakan Aliman. Itu sahaja. Sama ada untuk memilikinya atau tidak, dia juga tidak pasti.
"Qay kena buat seseorang sukakan Qay, tapi Aliman nak Qay sukakan dia," kata Qayreena. "Untuk pengetahuan Liyah, Liman sukakan Qay. Tapi, Liyah tahu kan Qay macam mana?"
"Kenapa tak sukakan dia balik? Dia dah sukakan Qay," kata Aliyah.
"Liyah tak nak kat dia ke?" tanya Qayreena.
"Entahlah," kata Aliyah. "Lepas dia selamatkan Liyah masa form 5 tu. Masa Liyah kena kurung dalam bilik persalinan. Dia dengan sorang budak u yang selamatkan Liyah masa tu. Penat Liyah melaung minta tolong tapi tak ada yang menyahut. Dah lama tu, Liyah dah rasa tak tahan. Macam dah nak mati dah pun, dia datang.
Lama juga Liyah tak menjerit sebelum tiba-tiba pintu tu dibuka. Agaknya budak u tu try buka pintu tapi tak dapat kot. Tapi, Liyah hairan macam mana dia boleh ada kat situ dan angkat Liyah. Tetap, dia penyelamat Liyah masa tu.
Sejak hari tu, Liyah dah sukakan dia. Liyah tak tahu perasaan sebenar Liyah. Tapi, Liyah hanya nak dia tahu yang Liyah sukakan dia. Sebab tu lah Liyah stalk dia je," kata Aliyah.
"Dah tu, kenapa suruh Qay sukakan dia balik? Dah sah-sah dia sukakan Qay. Kalau Qay sukakan dia balik, Liyah?" tanya Qayreena.
"You both are percious to me. In your own way. Kalau korang berdua akhirnya boleh sama-sama suka dan bahagia, ia akan buat Liyah pun bahagia. Jangan risau," kata Aliyah.
"No. I can't," kata Qayreena. "Liyah jangan risau. Lama-lama dia akan sedar betapa dia amat perlukan Liyah sebenarnya,"
"Nonsense. Dia hanya anggap Liyah sebagai penyibuk dan pengacau ketenteraman hidup dia je," kata Aliyah.
"Dan penghibur," tambah Qayreena.
"Yalah," Aliyah menjeling.
"Sama ada Liyah sedar atau tak, Liyah selalu ada kat sisi dia," kata Qayreena.
"Apa yang Qay nak cakap sebenarnya?" tanya Aliyah.
"Will see," kata Qayreena.
"Whatever," kata Aliyah. "So... Siapa yang Qay kena buat dia sukakan Qay tu?"
"It just," Qayreena memandang ke langit. "Someone,"
~
"Jadi?" tanya Qausar. Nazri ketika itu sedang sibuk memeliti telefon bimbitnya.
"Hm," sahut Nazri tanpa memandang ke arah Qausar.
"Kau dah buat ke apa yang aku suruh buat tu?" tanya Qausar. Tanpa melepaskan matanya daripada skrin telefon bimbitnya, Nazri menolak komputer ribanya ke arah Qausar.
Qausar menghadapkan komputer riba itu ke arahnya. Qausar memandang Nazri yang kelihatan masih ralit memerhati skrin telefon bimbitnya.
"Kau buat apa?" tanya Qausar. Nazri menoleh ke arah Qausar.
"Buat kerja lah," jawab Nazri. Dia kembali memandang telefon bimbitnya. "Ceklah. Aku dah buatkan,"
Nazri masih lagi menatap skrin telefon bimbitnya. Dia kelihatan terlalu fokus. Entah apa-apa je yang dia sedang tilik. Qausar memandang skrin komputer riba Nazri. Aplikasi sama dibuka. Aplikasi mengekstrek suara.
Apa yang didapati, suara Qayreena adalah amat berbeza daripada suara pemanggil hotel dan pemanggil ke balai tempoh hari.
"Lain?" tanya Qausar kepada Nazri.
"Hm," Nazri mengangguk. Dia menoleh ke arah Qausar. "Budak tu pun ada chance nak keluar pada hari kejadian,"
"Eh? Laporan semalam kata budak tu tidur kat bilik simpanan peralatan sukan. Dan ada eviden footage CCTV, kan?" tanya Qausar.
"Ingat pasal DID yang kau tanya semalam?" tanya Nazri. Qausar mengangguk. "Aku rasa dia alaminya,"
"Hah?"
"Menurut apa yang aku kaji, pasal DID, ia akan membolehkan penderita melepasi ujian lie detector," kata Nazri.
"Macam mana boleh?" tanya Qausar.
"Diaorang akan ada dua personaliti yang berbeza. Sama ada dia sedar atau tidak. Dan, setiap pertukaran personaliti akan menyebabkan personaliti yang berlainan mengalami hilang memori berkenaan dengan personaliti yang satu lagi. Sama macam amnesia," kata Nazri. "Dengan ni, dia mudah-mudah je lepasi ujian lie detector dengan personaliti yang berlainan daripada personaliti yang melakukan kesalahan tu," kata Nazri.
"Tak semestinya, kan? Mungkin dia memang tak buat," kata Qausar. "Walau pun aku musykil juga pasal saksi mata yang nampak dia tu,"
"Dan, suara yang sama dengan pemanggil kes hotel 110112 tu," kata Nazri.
"Ya. Dan tu sekali," kata Qausar. Dia syak yang Qayreena membunuh mereka. "Tapi, korang dah pergi sekolah budak Rayyan tu, kan?"
"Memang. Dan apa yang aku dapati, dia memang ada chance nak keluar," kata Nazri. "Ada laluan ruang udara dekat situ. Dan, ada kesan skru dibuka beberapa kali. Bila aku periksa kat luar bilik simpanan peralatan sukan tu, memang tak ada CCTV kat sana. Dalam kata lain, orang hanya akan nampak orang yang keluar dan masuk melalui pintu hadapan semata-mata,"
"Tak mungkinlah," kata Qausar.
"Oh! Tuan," Hani baru masuk ke balai dengan keadaan tergesa-gesa.
"Kenapa kelam kelibut sangat kau ni?" tanya Nazri mula menyimpan telefon bimbitnya.
"Ada seseorang yang ada kaitan dengan mangsa pertama dan ketiga kes 150105. Kami baru dapat jejaknya tadi," kata Hani.
"Kaitan?" tanya Qausar.
Share this novel