Chapter 38

Mystery & Detective Completed 13460

ACTUALLY

2015

"So?"

"Orang tu ingat, dengan buat macam tu pada awak. Dengan bunuh orang yang buat awak jadi macam ni akan buat awak gembira. Dia tak tak tahu apa yang awak rasa dan apa sebenarnya yang awak nak. Awak patut bagitahu dia apa sebenarnya yang awak betul-betul nak," kata Aliman. "Dan, dengan tu awak boleh hidup dengan lebih baik,"

"Macam mana aku boleh hidup dengan lebih baik kalau semua orang asyik nak ungkit masa lalu aku?" tanya Doktor Dinah

"Tak ada sesiapa pun yang tak ada masa lalu. Dan tak ada seaiapa pun yang tak ada masa yang dia nak sembunyikan. Apa yang kita perlu buat hanya perlu bagitahu orang yang tahu tentangnya yang kita nak lupakannya. Bukan dengan bunuh diri. Sebab, kalau awak bunuh diri, semakin banyak dan banyak lagi masa lalu awak yang akan diperbualkan," kata Aliman.

"Masalahnya, aku sendiri tak tahu. Kau faham, tak?" tanya Doktor Dinah. "Pergi sekarang. Kalau tak, aku akan bunuh korang,"

"Awak tak kan berani nak bunuh kami," kata Aliman.

"A...apahal pula?!" tanya Doktor Dinah.

"Sebab awak masih lagi seorang yang ada hati perut. Awak hanya nak lupakan apa yang pernah awak alami sahaja. Bukan untuk membunuh sesiapa atau membunuh diri. Sebab awak masih ada sisi baik dalam diri awak," kata Doktor Dinah. "Kalau tak, awak tak kan masih hidup sampai sekarang lepas apa yang mereka buat pada awak. Kalau tak, awak tak kan melahirkan anak awak sebab ia hanya akan mengingatkan awak kepada masa gelap awak. Kalau tak, awak tak kan serahkan anak awak untuk dibesarkan oleh orang lain.

Awak masih seorang manusia yang berperikemanusiaan. Awak hanya takut. Awak takut akan dosa yang awak akan buat kalau awak gugurkan anak tu. Atau dosa yang awak akan buat kalau awak bunuh anak awak. Awak takut kalau anak yang dah awak lahirkan tak dapat kasih sayang yang seutuhnya sebab awak masih belum berkahwin. Awak takut anak awak akan diejek kalau kawan-kawan dia tahu yang dia tak ada ayah sebab awak masih belum berkahwin.

Banyak perkara yang awak takutkan. Awak hanya takut. Awak seorang manusia yang sangat prihatin akan semua perkara. Apatah lagi yang berkaitan dengan manusia lain. Kalau tak, awak tak kan jadi seseorang dalam bidang perubatan. Awak tak kan masih bertahan sampai sekarang,"

"Semua orang boleh berubah. Berada dalam bidang perubatan bukan sebab berperikemanusiaan semata-mata," kata Doktor Dinah.

"Tapi, awak ya," kata Aliman. "Saya akan bagitahu awak sesuatu. Masa awak dipanggil ke balai buat pertama kali, saya nampak seseorang berada di sisi awak. Ya. Sama ada awak nak percaya atau tak, saya nampak arwah Damian. Dengan jelas mengekori awak. Berada di sisi awak. Sebab tu saya minta mereka siasat pasal masa lalu awak. Dan dengan itu, saya dapat tahu yang awaklah orangnya yang jadi punca pada semua yang jadi sekarang ni,"

"Apa? Saya? Budak ni. Kau cakap macam kau ada di pihak aku. Tapi, sekarang kau nampak macam nak tangkap aku sebab aku suspek. Siapa sebenarnya kau?" tanya Doktor Dinah.

"Sama ada awak perasan atau tak, dia selalu ada di sekeliling awak dan buat macam-macam untuk pastikan awak gembira. Tapi, awak tak bagitahu dengan jelas. Apa sebenarnya yang awak nak dalam hidup awak. Jadi, dia hanya buat apa yang dia rasa akan membahagiakan awak," kata Aliman. "Kalau awak bunuh diri sekarang ni, dia mungkin akan bunuh kami pula lepas ni sebab dia rasa kami adalah penyebab awak bunuh diri dan tinggalkan dia,"

"S...siapa?" tanya Doktor Dinah kelihatan mula menerima kata-kata Aliman. Aliman tersenyum puas.

~

"Apa yang kau buat kat sini?" tanya Nazri.

"Soalan tu sepatutnya aku tanya pada kau, Naz. Apa yang kau buat kat sini sebenarnya?" tanya Fadhli.

"Aku? Aku buat kerja lah," kata Nazri. Fadhli melangkah ke arah Nazri sebelum menggari tangan Nazri. "Hey! Apa yang kau nak buat sebenarnya?!!"

"Kau ditahan sebagai suspek kes ni. Ikut kami ke balai," kata Fadhli.

"What?! Aku?!!" tanya Nazri bagai tidak percaya. Ada ke patut dia boleh ditahan sebagai suspek? "Tunggu! Kau salah faham ni sebenarnya,"

"Macam mana dia boleh jadi suspek pula?" tanya Professor Said mencelah.

"Kami temui beberapa bahan bukti yang merujuk pada dia. Dan juga perkaitan dia dengan mangsa," kata Fadhli. "Saya harap yang awak tak keberatan untuk ikut kami ke balai untuk memberi keterangan,"

"B...baiklah," kata Professor Said bersetuju untuk mengikut mereka ke balai.

"Hey! Kau salah faham! Apa sebenarnya yang korang fikir ni? Bukan aku lah!" Nazri tidak habis-habis menafikannya.

"Bawa dia," arah Fadhli kepada beberapa orang pegawai polis.

"What the..."

~

"Awak pasti yang ia ada kat sini?" tanya Hani.

"Sebenarnya, saya pun tak pasti," kata Hamizi. "Tak tahulah sama ada dia pasti,"

Hamizi menoleh ke arah Rayyan. Dia sangat fokus memandang ke arah pegawai polis yang sedang bersungguh-sungguh menggali. Telefon bimbit Hani berdering. Hani menjawab panggilan itu. Hamizi menghampiri Rayyan.

"Kau pasti kat sini?" tanya Hamizi.

"Rasanyalah," kata Rayyan. "Kalau dia yang cakap, rasanya mesti ada kat sekitar ni,"

"Mereka dah berjaya pujuk dia," kata Hani.

"Kami dah jumpa!!!" laung salah seorang pegawai polis yang sedang bertugas di situ. Mereka menoleh ke arah pegawai polis itu. Mereka sedang berusaha untuk mengeluarkan sesuatu daripada tanah itu.

"Itu. Dah jumpa," kata Rayyan.

~

"Jadi, memang dialah yang bunuh mereka," kata Hamizi.

"Macam tu lah nampaknya," kata Rayyan. Dia hanya memandang sayu ke arah mayat yang sudah mereput itu. Dia menoleh ke arah Hamizi. "Girlfriend abang dah sedar,"

"Girlfriend?" tanya Hamizi. "Qay ke?"

"Ya. Dia," kata Rayyan. "Tapi, dia bukan lagi diri dia yang abang kenal sebelum ni. Jangan kecewa, okey?"

"Kejap! Mana kau tahu yang dia dah sedar?" tanya Hamizi. "Dan dari mana kau tahu yang dia sebelum ni tak sedar?"

"Sama ada abang tahu atau tak, saya ada pertalian yang kuat dengan dia," kata Rayyan. "Jadi, saya dapat tahu. Saya juga nak cadangkan. Kalau abang betul-betul sayangkan dia, tolong, jangan munculkan diri dekat dengan dia dalam masa terdekat,"

"Apahal pula aku kena buat macam tu?" tanya Hamizi.

"Sebab sekarang ni, pembunuh sebenarnya ada dekat dengan akak tu. Dan tunggu masa je untuk bunuh dia. Jadi, kalau abang muncul dekat dengan dia, mungkin pembunuh tu akan mengganas dan bunuh dia dengan lebih cepat daripada apa yang dirancang," kata Rayyan.

"Tunggu! Korang nak jadikan dia umpan ke?!" tanya Hamizi.

"Bukan kami nak jadikan," kata Hani. Mereka berdua menoleh. "Dia sendiri yang cadangkan untuk buat semua ni. Dengan cara ni sahaja, kita boleh tangkap pembunuh yang psiko tu,"

"Psiko?" tanya Hamizi.

"Pembunuh sebenar tu sebenarnya pernah nak bunuh abang. Tapi, abang ada dalam kawalan polis yang ketat lepas abang satu-satunya jemputan yang tak dibunuh beberapa tahun lepas. Dan, dia sebenarnya dah cuba bunuh abang secara senyap-senyap dan perlahan. Dia gunakan masalah kecelaruan yang pernah abang alami untuk buat abang sendiri terseksa. Tapi, abang dah berjaya sembuh daripada permainan psikologi yang dia tengah mainkan ke atas abang. Dia tahu dan hanya tunggu masa untuk bertindak. Tapi, kalau dia tahu yang abang kenal dengan sasaran dia, tak mustahil yang abang akan juga jadi mangsa dia seterusnya," kata Rayyan.

"Kau. Budak lagi. Tapi, kau tahu macam-macam," kata Hamizi. "Aku jealous,"

"Kita perlu kurangkan kebarangkalian yang dia akan mengganas atau bunuh lebih ramai orang. Jadi, saya harap yang awak akan beri kerjasama," kata Hani.

"Abang nak lindungi dia, kan?" tanya Rayyan. "Bersembunyi, bukan bermaksud pengecut. Kadang-kadang, dengan menonjolkan diri akan membuatkan kita dilabel bodoh sebab kita ada pilihan lain dengan menyembunyikan diri. Bukan untuk terus senyap. Tapi, untuk atur strategi,"

"Kau akan munculkan diri kat sana juga ke?" tanya Hamizi.

"Buat masa sekarang, saya belum terima apa-apa cue lagi Kita tunggu je. Sampai kita akan berjaya nanti," kata Rayyan.

"Dia... Mungkin ke pembunuh sebenar tu orang yang sama bunuh Nurdhiya?" tanya Hamizi.

"Bukan mungkin lagi. Memang dia," kata Rayyan. "Dia jadikan abang sasaran dia beberapa tahun yang lalu pun sebab dia takut permainan psikologi yang dia mainkan ke atas abang akan diketahui,"

"Dia ke yang letakkan rekod kesihatan mental Hamizi kat sana masa tu?" tanya Hani.

"Bukan. Ia, Demi Cinta. Pernah dengar?" tanya Rayyan. "Akak tu yang letakkan. Dengan permintaan Nurdhiya sendiri,"

"Nurdhiya?"

~

"One, two three... Action,"

~

"Aku dah cakap, kan. Aku tak faham apa yang korang cuba cakap sekarang ni," kata Nazri masih cuba melepaskan tangannya yang digari itu.

"Ia tak semudah apa yang kau cuba katakan, Nazri. Banyak bukti yang kami dapat merujukkan kes ni pada kau," kata Fadhli.

"Apa pula?! Aku kan polis. Tak kan aku nak bunuh orang pula?! Lepaskan aku sekarang," arah Nazri. Tiba-tiba, pintu bilik siasatan dibuka dari dalam. Qausar dan Zura keluar daripada bilik tersebut.

"Abang Naz?" tanya Qayreena yang muncul dari belakang Qausar.

"Qay? Apa yang Qay buat kat sini?" tanya Nazri.

"Awak kenal dia?" tanya Zura. "Oh, ya! Kenapa kau gari mamat ni, Fad?"

"Nak tahu kenapa? Kita perlu soal siasat dia," kata Fadhli.

"Aku tak faham apa yang korang cakapkan ni," kata Fadhli. Dia terpandang tangan Qayreena. "Dan kenapa korang gari tangan dia?!"

"Kau pun tahu, kan? Dia suspek. Kau pun nampak potret yang saksi mata nampak," kata Zura.

"Dan, nampaknya korang mengenali antara satu sama lain. Jadi, kita perlu siasat korang serentak," kata Qausar. Qausar memandang ke arah Professor Said yang sedari tadi hanya diam di situ. Maklumlah. Dia kan orang awam. "Kenapa kau bawa Professor ni ke sini?"

"Sebab aku jumpa dia kat rumah Professor Said," kata Fadhli menunding ke arah Nazri.

"Apa yang kau buat kat sana?" tanya Qausar.

"Bukan hal kau," kata Nazri tidak mahu memberi komen.

"Professor mesti banyak kerja nak buat," kata Qausar.

"Tak. Tak apa. Saya ada masa sekarang ni," kata Professor Said.

"Kalau macam tu, kita ke bilik mesyuarat," cadang Qausar. Mereka semua berlalu ke bilik mesyuarat.

"Kami dah buat soal siasat ke atas suspek. Tapi, dia tak nak bagitahu apa-apa," kata Zura.

"Saya dah cakap yang saya tak faham apa yang awak cuba katakan sebenarnya," kata Qayreena.

"Awak suspek pembunuhan kat hotel tu beberapa tahun lepas. Awak ada kat sana dan penjaga kaunter tu pun nampak awak. Awak juga ada kat tempat pembunuhan awal tahun ni. Kesemuanya," kata Qausar. "Dan awak cakap awak tak faham apa yang kamu katakan?"

"Saya memang tak faham," kata Qayreena.

"Dia ada kat keempat-empat tempat kejadian kes tu ke?" bisik Professor Said kepada Fadhli.

"Ya. Kami agak, dialah orangnya yang bunuh mereka. Kalau 11 orang sebelum ni dia boleh bunuh dengan mudah, 4 orang tak kan jadi masalah pada dia," kata Qausar yang mendengar bisikan Professor Said tadi bersuara.

"Saya tak tahu apa-apa," kata Qayreena. Dia memandang ke arah Professor Said. "Tunggu dulu. Siapa dia? Pegawai polis juga ke?"

"Siapa? Dia?" Fadhli menunding ke arah Professor Said.

"Ya," kata Qayreena. "Rasanya, saya ada jumpa dia kat mana-mana,"

~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience