VOICES (Part 2)
2012
Qayreena memejamkan matanya. Dia mendapat bayangan yang membuatkan kepalanya sakit. Bayangan di mana seorang gadis sedang diganggu oleh beberapa entiti yang dia tidak dapat lihat. Hanya dapat mendengarnya.
"Tolong! Pergi! Saya tak nak dengar lagi!" laung seseorang. Qayreena mencelikkan matanya. Dia terus berlari ke arah suara itu.
Apa yang dia lihat ialah seorang gadis sedang meringkuk sambil menekup telinganya dengan tangan. Gadis yang sama daripada bayangan yang dia terima. Qayreena juga dapat merasakan yang ada sesuatu di situ. Sesuatu yang banyak dan menyuruh gadis itu melakukan sesuatu.
"Pergi. Tolong," rintih gadis itu. Qayreena menyentuh tangan gadis itu. Gadis itu segera mengangkat kepalanya. "S...siapa awak? Orang ke... bukan?"
"Awak Aliyah, kan?" tanya Qayreena. Semasa menyentuh tangan gadis itu, dia dapat tahu sedikit sebanyak tentang gadis itu.
"M...mana awak t...tahu nama saya?" tanya Aliyah.
"Saya, Qayreena. Awak boleh panggil saya Qay. Mereka gelarkan saya Red Sun," kata Qayreena.
"Red Sun?" tanya Aliyah.
"Sekarang, awak dah tak perlu takut. Mereka dah pergi," kata Qayreena. Aliyah memandang sekelilingnya. Ya. Dia sudah tidak mendengar apa-apa lagi.
"Macam mana awak buatnya?" tanya Aliyah.
~
2015
"Red Sun?" tanya Hamizi.
"Ya. Ada beberapa Sun dalam dunia ni. Antaranya ialah, Dark Sun, Light Sun, Red Sun dan New Sun. Saya ialah Red Sun," kata Qayreena.
"Apa bezanya?" tanya Hamizi.
"Ada manusia yang bersinar terang dalam dunia lain. Macam matahari. Red Sun ialah manusia yang hampir mati tapi dia hidup kembali. Dia dah terlalu lama berada dalam alam lain menyebabkan dia menjadi terang pada pandangan sesetengah makhluk. Semestinya yang hidup dalam dunia lain. Mereka boleh menyelesaikan sesuatu yang makhluk dari dunia lain minta. Tapi, ia terbatas," kata Qayreena.
"Awak nak cakap yang awak ni macam pembantu hantu. Macam tu?" tanya Hamizi.
"Boleh dikatakan macam tu juga," kata Qayreena.
"Macam mana pula dengan yang lain?" tanya Hamizi.
"Yang lain tu, macam Liyah. Dia Half Sun. Dia menjadi terang pada pandangan makhluk sejak dia dirasuk masa sekolah menengah. Dia hanya boleh mendengar mereka. Tapi, mereka tak boleh dengar dia, dan dia pun tak boleh nampak mereka. Dia tak boleh terima mereka asyik suruh dia macam-macam dan. Itulah jadinya," kata Qayreena. "Dia takut. Tak berganjak daripada tempat dia. Tak makan. Tak tidur. Sebab bila dia buat macam tu, mereka mungkin akan apa-apakan dia,"
"Kenapa mereka nak apa-apakan dia? Dia tak buat apa-apa pun," kata Hamizi.
"Mereka tak tahu yang dia tak boleh dengar mereka. Mereka anggap yang dia hanya mempermainkan mereka," kata Qayreena. "Ia tak kan tamat sampai mereka tak jumpa orang yang boleh berkomunikasi dengan mereka,"
"Memang selalu ke dia macam tu?" tanya Hamizi.
"Memang. Sejak dia diselamatkan lepas kena rasuk dulu, mereka tak pernah berhenti ekori dia. Perkara tu hanya akan berhenti bila dia bertemu dengan orang yang berkomunikasi dengan mereka. Kalau dia berhenti bertemu dengan orang tu lebih daripada seminggu, mereka akan mula ganggu dia," kata Qayreena.
"Awak ke orangnya yang dia perlu jumpa untuk elakkan dia daripada diganggu?" tanya Hamizi.
"Bukan. Saya hanya fairy godmother dia. Yang dia perlu jumpa untuk memastikan dia tak diganggu lagi ialah orang yang selamatkan dia," kata Qayreena. Qayreena menoleh ke kanannya. "Mungkin, kita perlu panggil dia ke sini,"
"Siapa?" tanya Hamizi.
~
Aliman bersandar pada dinding di dalam biliknya. Hatinya merasa tidak tenteram. Sudah beberapa hari dia merasa seperti ini. Aliman menyerabutkan rambutnya.
"Tolonglah!!! Pahal aku rasa ada yang tak kena je ni?!!" marah Aliman sendirian.
Langsir di biliknya kelihatan bergerak. Tingkap biliknya pada waktu itu tertutup rapat padahal. Aliman bangun daripada tempat dia bersandar melangkah ke arah tingkap.
Apa yang dia lihat ialah, ada sebuah kereta berhenti di hadapan rumah keluarganya. Apa yang menarik perhatiannya bukanlah kereta itu. Tapi, sesuatu yang datang bersama kereta itu.
~
Qayreena menggenggam tangan Aliyah. Setelah beberapa hari tidak sedarkan diri, dia mula mencelikkan mata.
"Jaga kesihatan. Banyakkan minum air kosong dan jangan lewat makan. Makan mengikut waktu. Jangan pernah skip. Result awak menunjukkan yang awak gastrik," kata Doktor Suhana.
"Baiklah, doktor," ucap Aliyah lemah.
"Dan, awak tak perlulah fikir yang bukan-bukan. Jangan biarkan awak stress. Ia amat tak baik untuk kesihatan awak," kata Doktor Suhana. "Dan, Qay. Tolong jaga kawan kamu ni,"
"Baik, dok," kata Qayreena.
"Saya minta diri dulu, ya?" Doktor Suhana memibta diri.
"Kenapa dengan Liyah ni? Dah beberapa hari baru nak call Qay?" tanya Qayreena.
"Liyah tahu yang Qay tengah nak selesaikan sesuatu. Liyah tak nak kacau," kata Aliyah.
"Liman. Macam mana?" tanya Qayreena. Aliyah mengecilkan matanya.
"Qay betul-betul ada hati pada Liman, eah?" tanya Aliyah.
"Kenapa pula?" tanya Qayreena.
"Setiap kali Liyah jadi macam ni, Qay akan tanya pasal Liman. So?" tanya Aliyah.
"Tak adalah. Liyah tak perasan tentang sesuatu? Liyah hanya akan jadi macam ni kalau Liyah tak jumpa Liman dalam beberapa hari. Pernah perasan?" tanya Qayreena.
"Lepas Qay cakap, baru Liyah perasan," kata Aliyah.
"Liyah tak ada apa-apa perasaan pada Liman ke?" tanya Qayreena.
"Kenapa? Qay nak pada Liman ke? Ambil je lah. Liyah tak kisah pun. Liyah selalu ikut dia pun sebab dia pernah selamatkan Liyah dulu. I just... Entahlah. Suka-suka gitu," kata Aliyah.
"Andai Liyah tahu tentang sesuatu," gumamnya.
"Apa dia?" tanya Aliyah.
"Nothing," kata Qayreena. "Ni. Tak nak cerita pada Qay apa-apa?"
~
Qausar dan Nazri melangkah masuk ke dalam pejabat Professor Said. Mereka berdua menjenguk ke seluruh pejabat tersebut.
"Dia tak ada cakap apa-apa?" tanya Qausar.
"Zura cakap tadi sebelum kita datang sini yang Professor Said kata okey. Tapi, baru je tadi dia bagitahu yang Professor Said stuck kat jalan jammed," kata Nazri.
"Dia dari mana?" tanya Qausar.
"Dari Insitut Kesihatan Astana. Dia bagi ceramah kat sana," kata Nazri. "Kalau dalam 15 minit lagi dia tak sampai lagi, kita blah je lah. Jumpa hari lain,"
Langkah Qausar terhenti. Dia terpandang bingkai gambar di atas salah satu para di situ. Qausar mengambilnya.
"Wah! Dia dah kahwin ke?" tanya Nazri melihat bingkai gambar di situ. Kebanyakannya ada gambar dia bersama seorang gadis.
"Tak. Aku aku tak rasa macam tu. Mungkin hubungan mereka lebih rapat daripada tu," kata Qausar. Qausar memeriksa bingkai gambar yang lain juga.
"Jadi, mereka adik beradik?" tanya Nazri.
"Ya," kata Qausar menghulurkan gambar keluarga yang diambil pada tahun 2000.
"Wah! Happy family!" kata Nazri. Qausar perasan akan sesuatu. Sebuah bingkai ganbar dengan ganbar yang bertarikh tahun 2002. Dia meneliti gambar yang lain pula.
"Naz. Nak kamera kau," pinta Qausar.
"Kau nak buat apa?" tanya Nazri sambil menghulurkan kameranya kepada Qausar. "Tak pernah-pernah kau minta. Kau nak buat apa?"
"Hm," kata Qausar lalu mengambil gambar bingkai-bingkai gambar yang ada di situ. Tempat lain juga diambil gambar. "Dan ada perkara lain yang kita tak tahu tentang dia,"
Qausar terus mengambil gambar sekitar situ. Nazri pula duduk di situ. Hanya memerhatikan.
~
Hamizi mengeluh. Entah kenapalah dia disuruh datang ke tempat ini. Namun, dia tidak membantah. Hamizi sendiri tidak tahu mengapa dia akhirnya memilih untuk berada di sisi Qayreena.
Hatinya tergerak yang dia akan menjadi sangat menyesal jika akhirnya dia kehilangan Qayreena. Jadi, dia mahu bersama dengan Qayreena selama boleh. Mahu sahaja dia meminta Qayreena untuk menjadi miliknya buat selamanya. Tapi, dia takut jika Qayreena tidak menerimanya.
Hamizi mengeluh. Dia memandang kembali ke hadapan. Apa yang dia lihat ialah Aliman keluar daripada rumah tersebut dengan tergesa-gesa.
"Budak tu?" Hamizi teringat yang Aliman diperkenalkan oleh Qayreena sebagai teman lelakinya. Hamizi akui yang dia sedang berasa cemburu. Tapi, mengapa? Mengapa dia harus ke sini?
Sedang dia sibuk memerhatikan Aliman, ada seseorang mengetuk tingkap keretanya. Hamizi menoleh.
~
"Qay tak nak ikut Liyah, ke?" tanya Aliyah.
"Liyah pergi dulu. Qay ikut lepas ni," kata Qayreena. Aliyah mengangguk. Dia melangkah ke satu arah. Ia gudang terbiar. Aliyah melangkah masuk ke dalam gudang tersebut.
Ada suara-suara yang menyuruhnya pergi ke situ. Terlalu banyak suara yang berbisik kepadanya membuatkan dia keliru dan takut. Tapi, tempat ini adalah antara yang kerap dibisikkan. Dia memang sedang berasa takut. Tapi, kerana dia datang bersama Qayreena, rasa takutnya kurang.
Tiba-tiba, Aliyah merasakan sesuatu bergerak di belakangnya. Aliyah memejamkan matanya.
"Tolong. Awak siapa?" tanya Aliyah seolah berbisik. "Jangan cakap lagi. Tolong jangan. Saya merayu,"
Aliyah mula menekup telinganya dengan kedua-dua belah tangannya. Tubuhnya menggigil. Biarpun dia tidak mendengar apa-apa, dia takut jika dia perlu mendengarnya lagi.
~
"Siapa awak?" tanya Hamizi. Dia tidak menjawab. Adeimi. Dia sedar yang ada sesuatu yang menjenguk anak saudara Syafawi. Apabila dijenguk ke luar, dia melihat Hamizi.
Dia meminta Hamizi membawanya ke satu tempat. Ke tempat yang Aliman pergi.
"Berhenti kat sini," arah Adeimi. Hamizi berhenti. Dia menoleh ke kanan. Tersentak melihat apa yang ada di situ. Gudang di mana Nurdhiya dibunuh. Atau pada pandangan orang, Nurdhiya membunuh orang dan membunuh diri.
"Apa yang kita buat kat sini?" tanya Hamizi.
"Awak akan tahu nanti," kata Adeimi lalu turun. Hamizi turut turun. Apa yang dia lihat ialah Adeimi menghampiri seseorang. Qayreena.
"Qay?"
~
"Buka matalah," arah Aliman. Aliyah mendengar suara seseorang. Bukan berbisik padanya. Aliyah menurut.
"Oh?!!" Aliyah agak terkejut dengan kehadiran Aliman di situ.
"Aku ni," kata Aliman. Aliyah kelihatan agak lega. "Apa yang kau buat kat sini? Ikut aku lagi?"
"Tak adalah. Saya just pass by," kata Aliyah. "Jadi, saya pergi dulu, ya?"
Ketika Aliyah melepasinya, Aliman menarik tangan Aliyan. Serta merta Aliyah terkaku. Begitu juga dengan Aliman. Dia boleh mendengar mereka. Dia boleh mendengar semua entiti yang berada di situ.
"Jangan!!! Jangan!!!" laung Aliyah menyebabkan Aliman terkejut.
Share this novel