Chapter 24

Mystery & Detective Completed 13460

RELATED (Part 2)

2015

"Ya. Memang anak saya meninggal macam tu. Tapi, saya tak adalah sampai berdendam macam tu sekali," kata Puan Jamilah.

Nazri dan Qausar berpandangan.

"Kami dapat maklumat yang awak menyalahkan pihak taska dan pihak hospital sebagai punca kematian anak awak," kata Hani.

"Ya. Saya memang marah mereka pada waktu tu. Damian tu anugerah untuk saya. Bila dia meninggal macam tu, saya tak dapat terima kenyataan," kata Puan Jamilah.

"Dan Puan sampai hampir serang doktor yang uruskan kes anak puan," kata Qausar.

"Dan failkan saman ke atas taska yang menjaga anak puan," tambah Nazri.

"Ya. Saya terlalu tertekan sampai tak dapat menerimanya. Tapi, suami saya beritahu yang saya tak boleh buat macam tu. Kami dapat Damian pun dia masih bukan hak kami," kata Puan Jamilah.

"Apa maksud awak dengan bukan hak awak?" tanya Qausar.

"Damian tu, anak angkat kami. Lepas kami ambil dia sebagai anak angkat, rezeki keluarga kami jadi murah. Dia anugerah untuk kami. Sebab tu saya tak boleh terima hal tu sampai saya tertekan. Tapi, Allah lebih sayangkan dia. Jadi, saya perlu relakan dia," kata Puan Jamilah. "Kenapa awak syak saya? Saya dengar ada lagi 2 mangsa, kan? Apa kaitan mereka dengan saya?"

"Itulah. Kami hanya nak tanyakannya sahaja," kata Hani. Qausar baru teringat akan sesuatu.

"Oh, ya puan," sesuatu dikeluarkan daripada fail yang dibawanya. "Puan pernah nampak barang-barang ni?"

Gambar jam poket dan buku kalendar kecil yang menjadi bahan bukti kes tersebut diletak di atas meja. Puan Jamilah menelitinya.

"Tak pernah nampak pula," kata Puan Jamilah. "Anak saya meninggal dah hampir 2 tahun dah pun. Saya dah relakan dia dah,"

Qausar masih merasa ada yang mengganggunya. Dia terus berfikir. Apa ya? Kenapa ia seperti ada kaitan dengan beberapa kes yang lain?

"Puan buat pengambilan anak angkat tu kat rumah anak yatim mana?" tanya Qausar tiba-tiba.

"Rumah Anak-anak Yatim Syurga Hidayah," jawab Puan Jamilah.

"Puan kenal siapa ibu bapa kandung anak puan?" tanya Qausar. Dia menghidu sesuatu yang aneh.

"Tak. Kami ambil dia waktu tu dia baru beberapa hari diletakkan di sana. Masih bayi lagi. Dengarnya, ibu bapa kandung dia nak identiti mereka dirahsiakan. Jadi, kami juga disuruh untuk buat surat beranak dia atas nama kami sebab mereka tak akan ambil lagi Damian sampai bila-bila," kata Puan Jamilah.

"Adakah tarikh lahir Damian dinyatakan pada surat pengambilan anak angkat tu? Maksudnya, tarikh lahir sebenar," tanya Qausar.

"Ada. Kami buat surat beranak dia pun guna tarikh lahir asal dia," kata Puan Jamilah.

"Bila tarikh lahir dia?" tanya Qausar.

"Tahun 2006. Januari 5," jawab Puan Jamilah.

"5 hari bulan," ulang Hani.

"Januari," kata Nazri. "Kes 150105,"

~

"Just leave me alone," arah Hamizi.

"Awak dah tak suka Didi! Semua pasal perempuan tu!" kata Nurdhiya. Hamizi menoleh.

"Hey. Didi yang saya kenal, bukan macam ni tau. Kenapa Didi berubah sampai macam ni sekali ni?" tanya Hamizi.

"Awak pun dah berubah. Awak dah tak suka Didi macam mana awak suka Didi sebelum awak jumpa dengan perempuan tu. Awak suka dia?" tanya Nurdhiya tidak berpuas hati.

"Didi. Saya tak nak cari gaduh dengan Didi tau. So, please. Leave me alone," arah Hamizi.

"Okey. Fine. Kalau itu apa yang awak nak," Nurdhiya berlalu keluar daripada bilik Hamizi. Hamizi tidak mempedulikannya. Hamizi mengeluarkan rantai tangan daripada poket seluarnya. Rantai tangan milik Qayreena.

"Saya suka awak ke?" tanya Hamizi sambil memandang rantai lengan itu seolah-olah bertanya kepada Qayreena.

Tiba-tiba, pintu biliknya diketuk. Hamizi mengeluh.

"I said, leave me a..." Hamizi menoleh dan mendapati Mak Som berdiri di hadapan pintu biliknya. Tercengang memandangnya. "Oh. Mak Som. Ingat Didi tadi,"

Mak Som kelihatan memandang ke sebelah kanannya. Hamizi hairan kerana dia tidak dapat melihat apa-apa di sebelah kanan Mak Som kerana telah dilindungi dinding.

"Kenapa, Mak Som?" tanya Hamizi.

"Ini. Cik Qay datang," kata Mak Som. Bersinar mata Hamizi mendengar nama itu.

"Suruh dia masuk," arah Hamizi. Mak Som mempersilakan Qayreena. Hamizi tersenyum memandang Qayreena di situ.

"Mak Som sediakan minuman, ya?" tanya Mak Som.

"Tak apa, Mak Som. Saya sekejap je ni," kata Qayreena.

"Baiklah," kata Mak Som lalu mengemas cawan-cawan di meja berdekatan dengan pintu gelongsor. Seperti apa yang Qayreena agak. Satu telah kosong dan satunya lagi masih penuh.

Hamizi masih percaya Nurdhiya masih hidup. Qayreena tersenyum sendiri.

"Mak Som pergi sediakan air dulu, ya," Mak Som meminta diri keluar daripada bilik Hamizi.

Qayreena memandang ke arah Hamizi. Dia terpandang sesuatu di tangan Hamizi. Ia rantai lengan milik Qeerana.

"Itu..."

"Oh!" Hamizi baru perasan yang rantai lengan itu masih berada di tangannya. Dia melangkah ke arah Qayreena. "Ini awak punya. Maaf sebab lambat bagi,"

Qayreena mengambil rantai lengan itu. Dia tersenyum memandang Hamizi.

"Terima kasih," ucap Qayreena. "Maaf,"

"Kenapa awak minta maaf?" tanya Hamizi hairan.

"Sebab sayalah awak cari gelang ni. Dan sebab rantai ni lah awak kemalangan," kata Qayreena. "Kan?"

"M...mana awak tahu yang saya pernah kemalangan?" tanya Hamizi bagai tidak percaya.

"Macam mana kalau saya cakap yang..." Qayreena menjeling ke arah cermin yang ada di bilik itu. Imej Nurdhiya dapat dilihat jelas terpantul di situ. "...Nurdhiya yang bagitahu saya?"

"A...apa?" Hamizi tercengang.

"What will you say?"

~

"Nampak tu?" tanya Nazri menunding ke arah laluan ruang udara yang menganjur ke luar daripada bilik simpanan peralatan sukan itu.

Qausar mendongak ke atas. Dia mencari kamera litar tertutup terdekat.

"Betul kata kau. Kalau dia keluar ikut sini, tak ada orang boleh perasan dia keluar," kata Qausar. "Dn tak ada CCTV yang dapat rakan dia keluar,"

"Hm. Ia memang dirancang dengan teliti," kata Nazri.

"Tapi, buat apa dia nak bunuh mereka?" tanya Zura.

"Tak semestinya dia yang bunuh diaorang. Mungkin dia tahu yang pembunuh akan membunuh, sebab tu lah dia menyelinap keluar dan hubungi balai untuk bongkar kegiatan pembunuh," kata Nazri.

"Untuk apa? Balas dendam?" tanya Zura.

"Manalah saya tahu. Pergilah tanya dia sendiri," kata Nazri.

"Dah comfirmkan kegiatan dia pada hari kejadian dari pihak sekolah?" tanya Qausar.

"Dah. Guru-guru yang mengajar dia menyatakan yang dia memang akan selalu keluar daripada kelas untuk tidur di mana-mana. Itu penyakit dia. Dia kata, kalau dia tidur dalam kelas, cikgu akan marah. Sebab tulah dia pergi keluar cari tempat nak tidur," kata Foo Lim.

"Eh! Bila masa kau ada kat sini?" tanya Nazri hairan.

"Dari tadi lah," kata Foo Lim.

"Dan cikgu-cikgu dia biarkan sahaja?" tanya Qausar.

"Well. Keluarga dua dah beri surat keterangan dan dia juga merupakan antara pelajar yang mempunyai keputusan akademik yang baik," kata Foo Lim.

"I see," Qausar mengguk.

"Kalau betul dia keluar, dan kalau betul dia buat panggilan tu, kenapa suara dia boleh jadi sama dengan suara orang yang buat panggilan ke hotel kes 110112 tu?" tanya Zura.

"Ya loh. Kalau dikira," Foo Lim memandang ke atas. Mengira dalam fikirannya. "Dia berusia 12 tahun masa kes 110112 tu,"

"Dan, dia seorang lelaki," kata Zura.

"Benda yang tak berapa saya clear sekarang ni ialah, apa penyakit dia? Penyakit mudah tidur?" tanya Qausar.

"It is Narcolepsy, tuan," kata Foo Lim.

"Dan, kalau lah betul dia ada DID, memang peratusan untuk dia menghidap Narcolepsy adalah tinggi," kata Nazri.

"DID? Apa tu DID?" tanya Zura. "DIY tahulah,"

"Multipersonality. Tahu?" tanya Nazri.

"Yang macam Jekyll and Hyde tu ke?" tanya Zura.

"Macam tu lah," kata Nazri.

"Macam mana DID boleh menyebabkan penderitanya menderita Narcolepsy?" tanya Qausar.

"Kejap!" potong Zura. "Narcolepsy tu apa?"

"Itu sejenis penyakit yang dia tak dapat kawal dia punya tidur dan jaga. Dia mungkin tak boleh tidur atau kerap tidur tanpa dia dapat kawal atau diluar kemahuan dia," kata Foo Lim. "Itu pun tak tahu,"

"Aku memang tak tahu," kata Zura.

"DID akan menyebabkan dua personaliti yang berbeza menggunakan satu tubuh yang sama. Jadi, tubuh tu memerlukan dua kali ganda tenaga daripada biasa. Jadi, personaliti mana yang lebih kuat akan mendominasi lebih banyak tenaga daripada tubuh tersebut. Dan kebiasaannya, personaliti wujudan yang akan lebih kuat. Tenaga daripada tubuh akan lebuh banyak digunakan oleh personaliti wujudan menyebabkan apabila personaliti asal kembali ke tubuh, tenaganya dah berkurang," terang Nazri. "Tu sebab dia akan jadi mudah mengantuk,"

"Oh," Zura mengangguk. Dia teringat akan hari mereka berada di konsert. Sesuatu tentang Rayyan.

"Agak-agak, dia tahu tak apa yang personaliti lain dia buat?" tanya Foo Lim.

"Amnesia akan terjadi. Personaliti asal tidak akan tahu atau sebenarnya dia lupa apa yang dia lakukan semasa personaliti wujudan tu gunakan tubuh dia," kata Nazri.

"Jadi, dia lepas test lie detector," gumam Zura.

"Kita perlu siasat tentang suspek. Tanpa dia tahu," kata Qausar memutuskan.

"Kenapa tanpa dia tahu?" tanya Zura hairan.

"Sebab, kita tak pasti lagi sama ada dia penderita DID atau tak. Kalau ya dia penderita DID, kita tak tahu macam mana personaliti wujudan dia. Dan, kita juga tak boleh agak sekuat mana personaliti wujudan dia tu," kata Nazri.

"Kita juga tak tahu sama ada dia hanya buat panggilan ke balai atau dia yang bunuh mangsa-mangsa 150105 tu," kata Qausar. "Kita perlu cari perkaitannya,"

"Tuan!" panggil Hani membuatkan mereka menoleh ke arah Hani yang baru sahaja muncul di situ.

"Ada apa, Ni?" tanya Qausar.

"Tengok ni. Apa yang saya jumpa di bilik guru," Hani menghulurkan kertas itu kepada Qausar.

"Apa tu?" tanya Nazri melangkah menghampiri Qausar. Dia membaca apa yang tertulis pada kertas tersebut. "Kejohanan Catur?"

"Kejohanan Catur?" tanya Zura.

"Apa kaitannya?" tanya Nazri.

"Pada tahun 2011, ia diadakan pada..."

"12 Januari," Qausar memotong kata-kata Hani.

"Kes 110112," kata Zura.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience