Chapter 32

Mystery & Detective Completed 13460

SUSPECT (Part 2)

2015

"M...mana mungkin. Saya belum berkahwin lagi pun," kata Doktor Dinah tergagap.

"Maaf sebab saya mungkin melukakan hati dan perasaan awak. Tapi, awak mungkin boleh bantu kami menyelesaikan masalah ni," kata Aliman. "Awak pernah dirogol. Betul tak?"

Doktor Dinah terkedu mendengarnya. Dia tunduk.

"Betul ke?" tanya Qausar. Doktor Dinah hanya mengangguk. "Bila ia berlaku?"

"Kejap! Perlu ke awak tanya sejarah hitam saya? Ia tak ada kaitan dengan awak!" kata Doktor Dinah.

"Awak tahu Doktor Juwita pernah menjalankan pembedahan ke atas seorang budak lelaki bernama Damian, kan? Dan orang yang mendermakan darah untuk Damian pada waktu itu ialah awak, betul tak?" tanya Qausar.

"M...mana awak boleh pasti yang sayalah orang yang mendermakan darah pada pesakit tu? Maklumat penderma darah adalah dirahsiakan, kan?" tanya Doktor Dinah.

"Tapi, kami dapat tahu yang awak menderma darah di hospital berkenaan pada hari berkenaan," kata Qausar. "Saya ada salinan rekod kesihatan awak,"

"Tak semestinya darah saya digunakan untuk pesakit tu. Mungkin darah yang saya dermakan hanya disimpan dalam tabung darah," kata Doktor Dinah.

"Damian. Dia anak awak, kan?" tanya Aliman. Dia menjeling ke arah budak lelaki yang berada di sebelah doktor Dinah.

~

Qayreena masuk ke dalam kereta Hamizi. Tangannya yang tersepit pintu yang ditutup oleh Rayyan tadi telah pun dirawat.

"Saya minta maaf," ucap Rayyan.

"Tak apa. Sikit je ni," kata Qayreena. Buntang mata Hamizi mendengarnya. Dia menoleh ke belakang.

"Sikit awak kata?! Sikit lagi dia tutup pintu tadi, boleh putus jari-jari awak. Macam mana awak nak main piano nanti?! Peperiksaan awak dah nak dekat, kan?!" marah Hamizi.

"Akak pemain piano?!" tanya Rayyan. "Minta maaf. Saya minta maaf banyak-banyak. Saya tak tahu,"

"Tak apalah, Rayyan. Akak okey," kata Qayreena.

"Macam mana boleh okey?! Awak dah tak boleh main piano sekurang-kurangnya 3 bulan, awak tahu? Dan lepas 3 bulan tu, tak tahulah sama ada awak masih boleh main piano atau tak. Dan awak cakap awak okey?!" marah Hamizi. Dia menoleh memandang Rayyan yang duduk di tempat duduk sebelah pemandu. "Ini semua kau punya pasal,"

"Hamizi. Kalau saya tak beria kejar dia tadi, dia tak kan jadi gelabah sampai tutup pintu secepatnya tadi. Dia hanya panik sebab saya kejar dia tadi. Ia salah sayalah," kata Qayreena.

"Dia pernah jumpa dengan awak kot sebelum ni. Tak kan dia nak lari macam penjahat kena kejar dengan polis?" tanya Hamizi masih tidak berpuas hati pada Rayyan.

"Masa dia jumpa saya, dia bukan diri dia," kata Qayreena. Hamizi tercengang. Tidak mengerti dengan apa yang Qayreena katakan.

"Apa maksud awak?" tanya Hamizi.

"Walau pun betul sekali pun saya pernah berjumpa dengan dia beberapa kali, dia tak akan ingat sebab yang berjumpa dengan saya bukanlah dia. Tapi, orang lain. Raihan. Personaliti ganda awak. Dia abang awak, kan?" tanya Qayreena.

"Ya. Dia abang saya," jawab Rayyan.

"Rayyan mungkin sangka yang saya polis yang sedang mengejar dia sebab kesalahan atau jenayah yang mungkin Raihan buat. Sebab, awak pernah disoal siasat sebelum ni, kan?" tanya Qayreena.

"Ya. Mereka juga pakaikan saya lie detector masa soal siasat saya," kata Rayyan. "Dan bila saya tanya Raihan apa yang dia buat, dia kata dia hanya nak tolong Seri dan saya perlu bantu dia. Saya tak kenal Seri. Saya tak pernah jumpa pun dengan dia. Jadi, kenapa saya perlu tolong dia?"

"Kadang kala, kita terpaksa tolong orang yang kita langsung tak kenal. Sebab kadang kala, ia merupakan jawapan kepada semua masalah kita," kata Qayreena.

"Saya hanya takut mereka akan buat jenayah yang saya tak pernah terfikir hingga saya dapat susah. Saya tak nak masuk penjara. Saya tak nak ibu bapa saya sedih dan malu dapat anak macam saya. Mereka dah banyak berjasa pada saya," kata Rayyan.

"Sebab tu lah saya datang cari awak. Raihan hanya nak bawakan Seri untuk berjumpa dengan saya. Itu sahaja. Dan awak tak perlu risau. Sebab mereka tak akan susahkan awak," kata Qayreena.

"Betul ke?" tanya Rayyan. Qayreena mengangguk.

"Mungkin awak rasa saya pelik. Tapi, saya boleh nampak masa depan orang lain. Tapi, bukan saya. Dan saya tahu apa yang akan awak alami. Jadi, awak tak perlu lari lagi. Sebab awak tak akan berada dalam kesusahan," kata Qayreena.

"Tapi, apa yang mereka dah buat sebenarnya?" tanya Rayyan.

"Awak tahu sebenarnya awak ada DID?" tanya Qayreena tidak menjawab pertanyaan Rayyan.

"Saya tahu. Saya dah jumpa dengan pakar dah pun. Saya juga ada narcoseply," kata Rayyan.

"Pakar mana yang awak jumpa?" tanya Qayreena.

"Pakar di Hospital Besar Inovasi. Doktor Dinah," jawab Rayyan. Mata Qayreena buntang mendengarnya.

"Eh?" mereka menoleh ke arah Hamizi yang tiba-tiba.

"Kenapa?" tanya Qayreena.

"Saya juga jumpa Doktor Dinah. Untuk kecelaruan saya," kata Hamizi.

"Awak juga?" tanya Qayreena. Dia tersenyum sendiri. Senyum penuh makna. "Ia tak pelik,"

~

2011

"Awak," panggil seseorang dari belakang. Qayreena menoleh. Senyuman nipis yang terpapar pada wajahnya memudar hingga hilang.

"Awak?" tanya Qayreena. Dia tidak percaya boleh melihat gadis itu di situ. Seperti mimpi sahaja.

"Saya, Seri. Awak Qayreena, kan?" tanya Seri.

"Ya. Saya Qayreena," kata Qayreena.

"Saya tanya pada pelajar sekolah awak. Mereka agak terkejut dan ingat awak tukar baju sekolah lain," kata Seri. "Muka kita sama, kan?"

"Ya. Saya macam cakap dengan cermin," kata Qayreena. Dia masih tidak percaya yang ada gadis yang wajahnya saling tidak tumpah dengannya. Kemiripan mereka adalah 99 peratus. Qayreena mencubit lengannya. "Aou!"

"Apa yang awak buat?" tanya Seri hairan.

"Saya nak pastikan sama ada saya bermimpi atau realiti," kata Qayreena. "Ia sakit. Saya agak, saya tak bermimpi lah, kan?"

"Ya. Awak tak mimpi," kata Seri.

"Gembira dapat jumpa awak kat sini. Saya rasa, inilah macam mana rasanya kalau kita ada kembar. Tak terungkap," kata Qayreena.

"Awak tahu tak, ada yang cakap kalau seseorang jumpa dengan pelanduk dua serupa mereka, orang yang nampak dulu akan mati," kata Seri membuatkan Qayreena terkaku.

"Betul ke?" tanya Qayreena.

"Tak tahu lah. Tapi, kalau ia betul, dalam kes kita saya yang akan mati dulu. Yalah. Sebab saya yang nampak awak dulu," kata Seri.

"Janganlah cakap macan tu," kata Qayreena. Dia baru sahaja gembira kerana dapat berjumpa dengan orang yang mempunyai wajah yang sama dengannya. Tidak mungkinlah dia mahu berbicarakan tentang perpisahan yang abadi.

"Saya nak cakap pada awak yang saya nak sahkan yang ia hanya mitos. Sebab apa? Kita akan sama-sama membesar dan hidup dengan bahagia. Kita boleh jadi kembar, kan?" tanya Seri.

"Ya. Kalau awak perlu apa-apa, jangan malu-malu. Minta je pada saya. Saya akan cuba tolong awak. Sebab bila saya nampak awak, saya nampak diri saya," kata Qayreena. Tiba-tiba, senyumannya memudar lagi. "Tapi, walau macam mana sekali pun, saya rasa sayalah yang akan pergi dulu,"

"Kenapa awak cakap macam tu? Tak baik tau," kata Seri.

"Ia memang kenyataannya. Saya akan mati dalam waktu terdekat ni. Sebenarnya, mereka jangka yang saya hanya boleh hidup sampai tahun lepas je. Tapi, saya masih lagi hidup. Walau macam mana halnya sekali pun, saya yang akan pergi dulu," kata Qayreena. "Jadi, saya nak luangkan sebanyaknya masa dengan awak. Boleh, kan?"

"Awak tak ada adik beradik ke?" tanya Seri.

"Saya ada seorang abang dab seorang kakak. Abang saya seorang pegawai polis. Dia sangat sibuk. Kakak saya pula, dia macam bencikan saya," kata Qayreena.

"Kenapa dia bencikan awak?" tanya Seri.

"Tak tahu lah. Dari kecil memang dia tak layan saya dengan baik. Banyak kali mama, papa dengan abang saya nasihatkan dia sebab layan saya dengan teruk. Tapi, sampai sekarang masih lagi macam tu," kata Qayreena.

"Saya akan layan awak dengan baik. Kita akan jadi kembar yang gembira. Awak akan tolong saya, dan saya akan tolong awak. Okey?" tanya Seri.

~

2015

"Haha," kedengaran Fadhli ketawa tiba-tiba. Mereka semua menoleh ke arah Fadhli.

"Kau dah kenapa?" tanya Nazri.

"Cuba perhatikan betul-betul. Nama-nama yang dia bagi. Datuk Mazlan, orang yang rogol dia. Muhamad Hakim, teman lelaki dia yang tinggalkan dia sebab dia dah tak suci lagi. Suraya, housemate dia yang keluar dari rumah sebab dia tak nak duduk dengan perempuan yang tak suci sebab dia ingat Doktor Dinah rela buatnya," kata Fadhli. "Semuanya nama mangsa kes 060606,"

"Ya. Dan Nurdhiya pula dikatakan pernah tumpahkan milo ke bajunya. Dia mungkin gunakan Nurdhiya sebab nak balas dendam," kata Zura.

"Tapi, dia ada kat hospital masa kes 150105 tu. Dia ada ramai saksi pada waktu tu," kata Mei Ling.

"Yaloh. Dan kes 110112 tu. Sukar lah. Apa kaitan mereka semua dengan Doktor Dinah?" tanya Foo Lim.

"Orang yang lindungi Doktor Dinah sampai dia melahirkan Damian, dah mati 2 tahun sebelum kes tu. Dan saya pasti yang mereka semua ada kaitan dengan kematian dia. Tengku Deraman," kata Qausar.

"Kita perlu cari penjaga Seri," kata Hani.

"Kami dah temuinya. Dia seorang pensyarah bidang psikologi di Universiti Utama Amanah. Professor Said. Dia merupakan bapa saudara Seri," kata Fadhli.

"Jadi, kita boleh temui dia?"

~

Doktor Dinah mencuci wajahnya. Dia memandang pantulan wajahnya pada cermin. Dia mengeluh. Sekali lagi air disapukan ke wajahnya.

Bila ia mengenangkan kembali sejarah hitam hidupnya, dia akan jadi tidak keruan. Tumpuannya mudah hilang dan dia sukar fokus. Dia sudah banyak kali mencuba untuk melupakan memori hitam tersebut. Tapi, keadaan akan memaksanya untuk mengingatinya kembali.

"Aku benci hidup aku!" laungnya. Dia benci mengetahui hakikat yang dia pernah dirogol. Benci pada hakikat yang dia pernah melahirkan anak luar nikah. Benci bila dia tak boleh melupakan sejarah hitam itu untuk meneruskan hidup. Benci bila ada yang memaksanya untuk mengingatinya kembali. Dia benci akannya. Benci segalanya!

Doktor Dinah menampar cermin dengan tangannya yang basah membuatkan imej pada cermin itu menjadi kurang jelas. Nafasnya yang tidak teratur perlahahan-lahan distabilkan. Doktor Dinah menyeringai.

"Korang tak akan terlepas. Korang tak akan tenang,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience