Chapter 4

Mystery & Detective Completed 13460

TRUTH

2011

"Sampai bila abang nak sembunyikan hakikat yang mama dengan papa dah tak ada? Qee pun dah meninggal? Sampai bila abang nak sembunyikan yang jatung Qee ada kat badan Qay sekarang ni?" tanya Qayreena. Qausar terpaku. Bagaimana Qayreena tahu mengenainya?

"Macam mana Qay tahu?" tanya Qausar.

"Macam mana Qay tahu yang abang akan cakap yang Qee dermakan jantung ni untuk Qay sedangkan masa abang tanda tangan persetujuan waris tu, Qee dah tak ada?" tanya Qayreena. Qausar menelan liur.

"Qay..."

"Lepas kemalangan tu, mama papa meninggal. Qee pula ada pendarahan beku kat otak dia. Walaupun darah beku tu dah dikeluarkan, Qee tak tahan lama. Dia mati lepas tu," kata Qayreena.

"Macam mana Qay tahu semua tu? Siapa bagitahu Qay? Doktor? Hani?" tanya Qausar.

"Tak. Tak ada sesiapa yang bagitahu Qay. Qay nampak semuanya," tiba-tiba, bunyi guruh kedengaran. "Qay nampak!"

Qayreena kelihatan sedang menahan sakit. Qayreena memegang kepalanya.

"Qay! Kenapa ni?!!" tanya Qausar cemas. Dia cepat-cepat menekan butang kecemasan di sisi katil Qayreena.

"Kenapa ni?" tanya Doktor Zulaikha sebaik sahaja sampai di wad itu. Kelihatan Qayreena sudah meringkuk di atas katil sambil memegang kepalanya dengan kedua-dua belah tangannya.

"Entah. Dia tiba-tiba macam tahan sakit," adu Qausar.

"Argh! Sakit!!!" raung Qayreena. "Pergi! Jangan muncul!" raung Qayreena seolah-olah menghalau sesuatu.

"Qayreena! Qayreena awak dengar saya?" tanya Doktor Zulaikha.

"Suruh mereka pergi!" arah Qayreena. Doktor Zulaikha memandang sekeliling. Kemudian memandang ke arah Qausar.

"Siapa yang awak nak suruh pergi?" tanya Doktor Zulaikha. Tiba-tiba, bunyi guruh kedengaran. Doktor Zulaikha dan Qausar serentak memandang ke arah jendela.

Qayreena sudah berhenti meracau. Wajahnya berpeluh. Nafasnya turun naik.

"Awak okey, Qayreena?" tanya Doktor Zulaikha. Qayreena hanya mengangguk. Matanya dipejam. "Awak sakit dada ke?"

"Tak. Saya sakit kepala," kata Qayreena.

"Saya akan jalankan pemeriksaan lanjut," kata Doktor Zulaikha. Dia memandang ke arah Qausar. "Awak keluar sekejap, ya," Qausar mengangguk.

"Kejap!" halang Qayreena.

"Kenapa, Qay?" tanya Qausar.

"Lelaki tu... Dia tak bunuh mereka. Dia tak bersalah," kata Qayreena. Qausar mengerutkan dahinya. Adakah maksud Qayreena ialah Hamizi? "Selain polis, ada yang lain yang sedang perhatikan dia. Lebih dari satu. Dia sasaran bunuh tapi, dia dilindungi. Sebab tu dia tak ada kat bilik masa tu,"

"Qay cakap pasal?" tanya Qausar.

"Kes abang sekarang," kata Qayreena. "Kalau nak siasat pasal dia, datang sebagai peminat dia. Bukan sebagai polis. Dia seorang pemain piano, kan?"

"A...abang akan cuba," kata Qausar. "Tapi... Qay kenal dia?

"Qay tak pasti. Tapi, Qay yakin yang kita pernah jumpa dengan dia. Sebelum kes ni," kata Qayreena.

"Abang akan balik lepas ni," kata Qausar lalu keluar daripada wad tersebut.

Sebaik sahaja sampai ke tempat parkir kereta di hospital itu, Qausar mengeluarkan telefon bimbitnya. Menghubungi seseorang.

"Hello?"

"Hello? Nazri,"

~

"There's something interesting about that guy," kata Nazri.

"What is so interesting about that suspect?" tanya Qausar. Nazri mengeluarkan kameranya. Dia menghulurkannya kepada Qausar.

"Ini," kata Nazri. Qausar mengambilnya. Gambar yang terpampang pada skrin kamera itu ialah gambar bingkai gambar.

"Ini. Bukan ke..."

"Arwah Nurdhiya," kata Nazri. Qausar bagai tidak percaya.

"Apa hubungan mereka?" tanya Qausar.

"His girlfriend," kata Foo Lim. "Dan dia masih percaya yang girlfriend dia tu masih lagi hidup. Dan bersama dengan dia,"

"Lepas kematian Nurdhiya, dia mula main piano. Katanya, Nurdhiya yang minta," kata Nazri.

"Macam tu pula," kata Qausar mengangguk mengerti. "Okey. Thank you for the cooperation,"

"You are welcome," jawab Foo Lim.

"Oh, ya! Hani macam mana?" tanya Qausar.

"Dia ada hubungi balai. Minta cuti untuk esok. Dia tengah sedih tu. Yalah. Tunang dia ada affair dengan kawan baik dia," kata Nazri.

"Betul-betul ada affair, ke?" tanya Qausar.

"Hm. Baru je tadi diaorang kena tangkap khalwat. Kat rumah kawan baik Pegawai Hani tu," kata Nazri.

"Dahsyatnya," kata Qausar. Bukan dahsyat atas apa yang telah terjadi kepada tunang Hani dan kawan baiknya. Tetapi, dahsyat kerana Qayreena mengetahuinya lebih awal.

~

2015

"Okey..." Professor Kim sudah bersedia. Dia memandang ke arah pelajarnya yang sudah duduk di hadapan piano itu. "Start,"

"Prof. Boleh tak kalau saya main untuk tempo laju sekali sahaja," pohon Qayreena.

"Kenapa? Awak ada nampak sesuatu lagi dan ia tak nak keluar daripada kepala awak?" tanya Professor Kim. Dari dia mengajar Qayreena, akan ada waktu-waktunya Qayreena berkelakuan pelik dan memainkan piano dengan tempo yang amat laju.

Katanya, dia terbayangkan sesuatu yang dia tidak mahu tahu dan dia mahu melupakannya. Dengan cara melepaskannya kepada permainan piano sahaja yang dapat membantunya.

Oleh kerana Qayreena seorang pelajar yang amat cemerlang dan tidak menimbulkan masalah, dia tidak kisah jika Qayreena berbuat demikian.

"Ya. Hari ni belum ada petir," kata Qayreena. "Saya nak lupakannya," katanya sambil mengagguk.

"Awak lambat 20 minit hari ni," kata Professor Kim sambil memandang jam pada pegelangan tangannya.

"Maaf. Saya terlelap kat bus stop tadi," kata Qayreena. "Bolehlah, Prof,"

"Okey. Just once," kata Professor Kim.

"Once is more than enough," kata Qayreena.

"Okey. Ready?" tanya Professor Kim. Qayreena menghadap piano di hadapannya. Tangannya sudah bersedia di atas kekunci piano itu.

"Ready!" kata Qayreena penuh semangat.

"Start!" kata Professor Kim. Seiring dengan itu, Qayreena memainkan piano itu. Benar seperti apa yang dia janjikan. Dia memainkannya dengan tempo yang laju. Teramat laju.

Ia seakan meluahkan segala perasaan yang dirasakan dalam bentuk melodi piano. Tiada lagu spesifik yang dimainkan. Hanya lagu yang amat sangat laju kedengaran. Namun, ia masih harmoni.

Ia kedengaran seperti air terjun yang mengalir deras turun daripada tempat tinggi. Ia laju tetapi masih ikut ritme dan harmoninya.

Dari luar, Aliman berdiri memandang ke arah Qayreena yang sedang fokus memainkan piano itu. Aliman terpaku dengan melodi yang dimainkan oleh Qayreena. Dia kagum.

"Dia bagus," kata Aliman menyatakan pendapatnya.

"Dia memang bagus," kata seorang gadis di sebelahnya. "Macam kakak dia,"

"Awak yang ada tadi, kan?" tanya Aliman. Gadis itu menoleh ke arah Aliman.

"Kalau ya. Kenapa?" tanya gadis itu.

"Tak ada apa-apa," kata Aliman. Dia kembali memandang ke arah Qayreena. Dia baru teringat hendak bertanyakan sesuatu kepada gadis tadi.

Apabila dia menoleh, gadis itu sudah tiada. Aliman menoleh ke kiri dan ke kanan. Namun, gadis itu benar-benar pergi.

"Mana?" tanya Aliman sendirian. Dia memandang ke arah Qayreena semula. Dia sudah berhenti memainkan piano itu.

"Ia lagu freestyle lagi," kata Professor Kim.

"Ya," kata Qayreena.

"Ia bagus. Macam selalu," kata Professor Kim. "Nak mulakan lesson?"

"Ya,"

~

Qausar membelek fail kes hari itu. Mangsa pembunuhan itu mati dengan cara yang berbeza di tempat yang berbeza. Persamaan antara kedua-dua mangsa ialah ada panggilan yang dibuat setelah kematian mangsa.

"Sorang mati dengan pisau. Sorang pistol," kata Qausar. "Dia call,"

Qausar teringat akan sesuatu. Kes itu!

"Zura. Fail 060606," pinta Qausar.

"Baik, tuan," Zura bangun lalu melangkah masuk ke bilik fail. Tidak lama kemudian, dia keluar dengan fail coklat yang agak tebal. "Ini failnya, tuan,"

"Terima kasih," Qausar mengambil fail itu dari tangan Zura.

"Kenapa tuan minta fail tu? Bukan ke kes tu dah selesai, ke? Pembunuhnya pun dah mengaku," kata Zura.

"Memang dia dah mengaku. Tapi, apa motif dia?" tanya Qausar sambil membelek fail tersebut. "Dan kenapa dia perlu call,"

"Mungkin dia pun macam boy dia," kata Zura.

"Awak tak rasa ke semua tu macam tak mungkin kalau dia yang buat?" tanya Qausar sambil membelek fail tersebut.

"Apa maksud tuan?" tanya Zura.

"Walaupun semua bukti merujuk pada dia. Saya tetap rasakan yang dia bukan yang rancang semua ni," kata Qausar. "Walaupun orang akan cakap yang saya hanya buat spekulasi, naluri saya tetap kuat menyatakan bahawa ada orang lain yang menjadi dalang sebenar di sebalik kes ni. Kes ni belum selesai sepenuhnya,"

"Oh," Zura mengangguk. Qaysar terus membelek. Tangannya terhenti pada satu bahagian pada fail tersebut.

Qausar mencapai fail kes pada hari itu. Dia membandingkan kedua-duanya. Zura perasan Qausar statik tidak bergerak untuk jangka masa yang agak lama. Seolah berfikir tentang sesuatu.

"Kenapa, tuan?" tanya Zura. Qausar menoleh ke arah Zura.

"Zura. Mari kejap. Tengok ni," pinta Qausar menghulurkan kedua-dua fail tersebut.

"Kenapa?" Zura melangkah ke arah Qausar. Fail itu diambilnya. Buntang matanya apabila melihat apa yang berada di hapannya. "Macam... Macam mana boleh jadi macam ni?"

"Macam yang saya cakap. Kes ni belum selesai," kata Qausar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience