- ACT
2015
Professor Said keluar daripada bilik soal siasat itu bersama-sama Fadhli.
"Maaflah sebab libatkan Professor dalam hal ni," kata Fadhli.
"Tak apa. Saya gembira kalau saya dapat membantu. Kebetulan saya hari ni free," kata Professor Said.
"Professor nak ke mana lepas ni? Biar saya hantarkan," kata Fadhli.
"Tak apa. Saya boleh pergi sendiri. Lagi pun, awak mesti ada kerja yang awak nak buat, kan? Saya tak nak mengganggu," kata Professor Said.
"Oh. Tak apalah kalau macam tu," kata Fadhli. Ketika dia ingin melangkah pergi, Professor Said ternampak seseorang membuatkan langkahnya terhenti. Fadhli yang perasan akannya bertanya. "Kenapa, Professor?"
"Itu Doktor Dinah, kan? Macam mana dia boleh ada kat sini?" tanya Professor Said kepada Fadhli sambil menunding ke arah Doktor Dinah.
"Oh. Dia kan suspek pembunuh kat gudang beberapa tahun lepas. Yang ada 6 orang terbunuh tu. Kebetulan dia pun pandai guna hipnotis. Jadi, kami tahan dia sebagai suspek. Yalah. Mungkin je dia hipnotis salah seorang daripada 6 mangsa yang terbunuh tu," kata Fadhli. "Dan, pagi tadi dia cuba nak bunuh diri kat gudang yang sama sebab tahu yang kami akan tahan dia,"
"Oh. Ya ke?" tanya Professor Said. "Saya balik dulu lah, ya,"
Professor Said melangkah keluar daripada balai tersebut. Dia menahan teksi lalu mengarahkannya ke satu tempat. Professor Said memandang sekeliling kawasan itu.
"Aku yakin dia dah mati," gumamnya sendirian. Dia memandang ke arah tanah di hadapan sebuah pokok yang agak besar dan rendang di situ. Dia pasti yang dia telah menanamkannya di sana .
Professor Said mengeluarkan cangkul yang disembunyikan di bawah sebuah pondok berdekatan. Dia mula menggali tanah itu. Setelah agak lama menggali, Professor Said mengeluh. Tiada apa-apa di situ.
"Macam mana kau boleh terlepas? Tak gun kau," gumam Professor Said sendirian.
"Cari apa?" tanya Hamizi yang tiba-tiba muncul di situ.
"Tak payah nak menyibuklah," kata Professor Said degan keluhan berat yang dilepaskan. Dia mencampakkan cangkul itu ke tepi. Dia memandang ke arah Hamizi. "Kau bukan ke pesakit Doktor Dinah?"
"Eh! Mana tahu? Oh! Sebab kau lah yang buat aku jadi lebih gila daripada apa yang aku dah ada, kan?" tanya Hamizi.
"Apa kau merepek ni?" tanya Professor Said.
"Mengaku je lah," kedengaran suara perempuan dari belakang Professor Said. Qayreena muncul di situ. "Professor Said,"
"Atau kami boleh panggil, Pembunuh Psiko," kata Hamizi.
"Macam mana kau boleh ada kat sini? Bukan ke kau ada kat balai polis ke tadi?" tanya Professor Said. "Tak! Kau dah mati! Sebenarnya, kau dah mati sebab aku dah tanam kau kat sini. Dulu masa kau nak pergi bagitahu mamat tu. Aku yakin aku dah buat macam tu. Kau memang dah mati!"
"Mengaku juga kau akhirnya," kata Hamizi. Hamizi menoleh ke belakang. "Boleh tangkap dia,"
"Apa?!" Professor Said kurang mengerti. Tapi, apabila melihat beberapa orang pegawai polis meluru ke arahnya, dia mencuba untuk berlari untuk melepaskan diri. Namun, tangannya sempat digari oleh Nazri. "Kau?!!"
Nazri menyeringai memandang ke arah Professor Said.
"Kenapa? Tak percaya?" tanya Nazri.
Fadhli memandang Professor Said yang melangkah pergi meninggalkan balai polis itu. Kelihatan Professor Said menahan teksi dan teksi itu mula bergerak pergi.
"Amacam?" tanya Nazri degan tangannya yang masih lagi bergari. "Bila masa kau nak buka gari ni? Aku rasa macam penjenayah betul kau tahu?"
"Pergi minta Zura kuncinya," arah Fadhli.
"Kau yakin ke yang rancangan kau ni akan berjaya?" tanya Nazri.
"Jangan risau. Dengan maklumat yang dia dapat dari sini akan buat dia rasa tergugat dan pergi pastikan apa yang dia dah buat. Yang pasti, dia tak nak jenayah yang dia dah buat ni terbongkar lah," kata Fadhli.
"Tahniah, Fadhli. Kau memang akan naik pangkat lepas ni," kata Qausar menepuk bahu Fadhli. "Tapi, macam mana kau boleh yakin sangat yang dialah orangnya?"
"Ingat tak masa korang berdua pergi pejabat dia dan ambil gambar kat sana? Aku senyap-senyap tengok-tengok gambar yang korang ambil tu. Dan, apa yang aku perasan ialah, adik dia tu, pakai uniform yang semua mangsa kes 030201 ada. Bila aku siasat, adik Professor Said tu mati bunuh diri.
Dan, mangsa kes tu. Yang kononnya mati bunuh diri tu, aku pasti dia mati kena bunuh dengan Professor Said dengan cara hipnotis. Sebab apa, bila kita periksa, mereka bersepuluh, mangsa-mangsa kes tu, semuanya kerja part time tak tempat yang sama dengan adik Professor Said. Aku pergi kat tempat tu dan tanya pasal hubungan diaorang. Ada seorang pekerja verteran kat sana cakap yang mangsa-mangsa tu memang selalu buli adik Professor Said.
Dan, buat pengetahuan, salah seorang mangsa kes 030201 tu, mak we mamat ni," kata Fadhli menunding ke arah Nazri.
"Naz?" tanya Qausar.
"Hm. Sebab tu lah ada gambar dia kat bungkusan yang aku dapat tu. Kenalan rapat mangsa-mangsa 030201. Dan, masa tu aku yakin yang Naz akan bertindak sendiri untuk uruskan Professor Said sebab dendam. Jadi, aku tahan dia dulu," kata Fadhli.
"Masa tu lah korang start lakonan yang aku pun terpaksa buat tu. Habis? Qay bila masa pula join?" tanya Qausar.
"Dia dengar rancangan aku untuk jatuhkan Professor Said. Dia kata, dia pasti yang Rayyan akan tunjukkan kat mana bukti utama disembunyikan. Dan dia cakap, dia akan berlakon jadi Seri supaya Professor Said ragu-ragu sama ada dia dah bunuh atau tak Seri masa tu," kata Fadhli.
"Seri tu aku pasti dia yang bunuh lepas dia gunakan untuk bunuh 11 mangsa kat hotel tu dan tak sempat bunuh Hamizi masa tu. Seri mungkin rasa bersalah lepas dia sedar tentang apa yang dia buat dan mungkin dia tahu yang bapa saudara dia tu ada rancangan nak bunuh Hamizi pula lepas tu. Jadi, dia larikan diri dari rumah dan merancang untuk bagitahu Hamizi perkara sebenar sebelum laporkan diri sendiri pada polis," kata Nazri. "Tapi, Professor Said lebih pantas dan dapat hidu apa yang Seri rancangkan. Jadi, dia pun bunuh Seri,"
"Dan, dari apa yang aku perasan, Professor Said ni, psiko," kata Fadhli.
"Pahal kau cakap macam tu?" tanya Qausar.
"Kenapa awak bunuh mereka?" tanya Qausar. Professor Said masih mengunci mulutnya. Tidak mahu memberitahu apa-apa.
"Obsesi awak terhadap Doktor Dinah buat dia terseksa dan berada dalam masalah. Awak memang sengaja nak susahkan dia ke?" tanya Nazri.
"Mana ada!" Pantas sahaja Professor Said menjawab.
"Dengan apa yang awak buat, awak dah hampir buat Doktor Dinak nak bunuh diri tau," kata Qausar. "Bagitahu kami, apa sebenarnya yang awak rancangkan?"
"Dinah. Dia selalu tersenyum pada saya. Selalu bagi semangat pada saya bila saya rasa down. Bila satu hari dia bagitahu yang dia dah bertunang, hati saya hancur. Tapi, dia nampak sangat gembira. Saya hanya nak dia gembira. Tu je," kata Professor Said.
"Sebab tu awak mula bunuh mereka?" tanya Fadhli.
"Tunang dia yang tak guna tu. Memang tak guna. Dinah kena rogol dan dia tinggalkan Dinah macam tu je. Yang lebih teruk lagi, dia siap buat fitnah pasal Dinah. Dia memang patut kena bunuh. Dan dua orang tua tak guna tu, Datin Syahirah dengan Datuk Mazlan tu. Kalau Dinah tak pergi jumpa dengan manusia-manusia tu, dia tak kan jadi macam tu.
Suraya. Kawan baik dia tu. Housemate dia. Konon baik. Nak tahu satu rahsia? Sebenarnya, manusia berempat ni yang rancang untuk jatuhkan Dinah. Syafiq tahu yang tunang dia akan kena rogol. Suraya pun. Dia tahu yang bukannya Dinah rela. Dan, satu benda yang tak semua orang tahu. Nak tahu apa?" tanya Professor Said. "Suraya dengan Syafiq sebenarnya ada affair dan diaoranglah yang rancang nk jatuhkan Dinah. Diaorang komplot dengan orang-orang tua tak sedar diri tu untuk jatuhkan Dinah. Diaorang puncanya. Ya. Diaorang memang patut mati. Diaorang tak layak hidup!"
Qausar dan Fadhli berpandangan. Professor Said menangis semahunya. Seolah-olah telah kelihangan sesuatu yang berharga yang dia tida mampu dapatkannya kembali.
"Okey. Ini sahaja untuk hari ni. Nanti kita sambung," kata Qausar memutuskan apabila melihat keadaan Professor Said yang tidak seperti akan memberi kerjasama jika diajukan apa-apa pertanyaan.
Professor Said dibawa keluar daripada bilik soal siasat itu. Qausar hanya mengeluh.
"Esok pula lah kita sambung, kan?" tanya Fadhli. "Aku nak balik kejap. Nak rehat,"
~
Hamizi keluar daripada keretanya. Nampaknya, semuanya akan selesai tidak lama lagi.
"Jangan bergerak. Jangan jerit," kedengaran suara seseorang separuh berbisik di belakangnya. Dia juga dapat merasakan ada sesuatu yang ditolak ke bahagian belakang pinggangnya.
"S...siapa?" tanya Hamizi.
"Letak tangan kat atas kepala," arahnya.
"Qay? Awak ke tu?" tanya Hamizi sambil menurut dengan meletakkan tangannya di atas kepala. Qayreena melangkah ke hadapan Hamizi. Dengan pistol di tangannya. "K-kenapa awak pegang pistol?"
"Kau tak akan terlepas," kata Qayreena lalu mengacukan pistol ke arah Hamizi.
Share this novel