Chapter 1

Mystery & Detective Completed 13460

Lihat, cinta ialah igauan

Masa tamat!

Keajaiban, datang kepada ku, sejak mula, kita berdua bersama

Semua, tentang kamu, aku mengetahuinya, aku amat yakin

Ia dingin

Ia pasti buruk

Tak biasa

Ia tidak mengapa

Terima kasih

Seperti ini, kembali padaku dan ia kan baik-baik sahaja

Bukankah kau cintakan ku?

Ku mendapat mimpi yang amat mengerikan

Yang kau tinggalkan aku untuk selamanya

Ia mimpi yang boleh kau dengar namun tak terungkap dengan kata

Kau tak lepaskan peluang tuk melepaskanku

Jangan lakukan biar hanya sesaat

Tak, ku takkan lepaskanmu

Akan aku, terima semua penderitaan

Bukankah kau cintakan ku?

Aku benci pemandangan yang kau pergi walau ia hanya dalam mimpi

Aku lebih suka kau di sisiku biar ia hanya igauan

Kau tiba-tiba menjadi kabur

Tiada kata mampu terluah dari bibirku

Ku takut tuk memejamkan mataku

Ku mahu ke arahmu, ku mahu tidur lagi

Kenyataan tanpa kamu, mimpi yang kau telah pergi

Bagaikan jalur mobius, ia berulang lagi dan lagi

Semestinya kau akan cuba untuk meninggalkan ku bila ku berpusing untuk mencapai tanganmu

Jika kau pergi ke arah jantungmu berdegup,

Kau pijak hatiku dan tinggalkanku, right now

Ku mendapat mimpi yang amat mengerikan

Kita mulakan semuanya bersama dari mula

Semua tetap sama biar kau tiada di sini

Kau tinggalkan mimpi sementara

Ku mencari dalam kegelapan yang tiada pengakhiran

Kupejamkan mata lagi, ku mendapat mimpi itu lagi

Mimpi yang ku tak akan bangun, selamanya, ETERNITY...

2011

Qausar keluar daripada keretanya. Dia membiarkan hujan lebat yang mencurah menghentam tubuhnya. Qausar berlari masuk ke dalam hospital.

Qausar terus menghampiri kaunter.

"Pesakit atas nama Encik Yusof ada dimasukkan ke hospital ni tak?" tanya Qausar.

"Sekejap, eah," wanita di kaunter itu memeriksa buku di hadapannya. "Sebelum tu, siapa encik kepada Encik Yusof?"

"Saya anak sulung dia," kata Qausar.

"Encik Yusof dan keluarganya masih berada di ICU. Ia berada di tingkat 2, di sebelah kiri lif," kata wanita itu.

"Oh. Terima kasih," ucap Qausar lalu terus meluru ke arah lif. Apabila tiba di tingkat 2, Qausar terus ke tempat yang diberitahu.

Qausar dapat melihat seorang doktor wanita sedang membincangkan seseuatu dengan seorang jururawat di hadapan sebuah bilik.

"Kita perlu bincang dengan keluarganya dulu," kata doktor wanita yang memakai tanda nama Zulaikha itu.

Jururawat itu mengangguk lalu mengambil kembali kertas yang diberikan kepada Doktor Zulaikha tadi. Qausar melangkah ke arah Doktor Zulaikha.

"Maaf. Tapi, Encik Yusof ada dalam bilik ni, ke?" tanya Qausar.

"Awak siapa kepada pesakit?" tanya Doktor Zulaikha.

"Saya anak sulung mereka," jawab Qausar.

"Oh! Saya ada perkara yang perlu dibincangkan dengan awak," kata Doktor Zulaikha.

"Saya dapat berita yang keluarga saya terlibat dalam kemalangan. Macam mana keadaan mereka?" tanya Qausar.

"Sebelum tu, saya nak minta maaf banyak-banyak pada awak. Kami dah cuba apa termampu. Tapi. Kami tak dapat selamatkan kedua ibu bapa awak," kata Doktor Zulaikha.

"Innalillah..." ucap Qausar. "Adik-adik saya macam mana?"

"Qeerana. Dia mengalami darah beku di kepalanya. Atau lebih tepat, di otaknya. Kami dah berjaya mengeluarkan darah beku tu tapi, dia masih belum sedarkan diri. Kita hanya perlu tunggu sampai esok. Kalau dia bernasib baik, dia akan sedar. Kalau bukan nasib dia, sama ada dia akan mati atau lumpuh seluruh badan. Selamanya," kata Doktor Zulaikha.

"Qayreena?" tanya Qausar.

"Dia. Saya difahamkan yang dia penghidap lemah jantung? Betul?" tanya Doktor Zulaikha mahukan kepastian.

"Ya. Dari kecil. Doktor yang merawat dia anggarkan yang dia hanya dapat hidup sampai hari jadi dia tahun lepas. Hingga umurnya 15 tahun. Tapi, Alhamdulillah. Dia masih bertahan sampai sekarang," kata Qausar.

"Kalau tindakan segera tak diambil, kemungkinan dia tidak akan dapat bertahan lagi untuk tahun ni," kata Doktor Zulaikha.

"Apa maksud doktor?" tanya Qausar.

"Semasa kemalangan tu, Qayreena mengalami kejutan yang melampau. Apatah lagi, dia tercampak ke luar kereta dan berada dalam keadaan hujan dalam jangka waktu yang lama. Awak sendiri tahu, kan. Kejutan melampau dan suhu yang amat sejuk kurang baik untuk tubuh Qayreena," kata Doktor Zulaikha.

"Ya. Saya tahu," kata Qausar.

"Sebab tu, jantung Qayreena tak dapat menahan kejutan dan kekejangan otot akibat suhu sejuk untuk jangka masa yang agak lama. Jantung dia semakin lama semakin menurun fungsinya," kata Doktor Zulaikha.

"Sekarang ni, macam mana keadaan dia?" tanya Qausar.

"Dia masih tak sedarkan diri. Tapi, dia dah melepasi tahap kritikal. Buat masa ni, kami menggunakan jantung mekanikal untuk menyokong fungsi jantung Qayreena yang semakin menurun itu," kata Doktor Zulaikha.

"Hospital ni tak ada jantung untuk Qay ke?" tanya Qausar.

"Hospital ni, memang ada jantung. Tapi, tak sesuai untuk tubuh Qayreena. Jika dalam masa 2 hari lagi, masih tiada penderma yang mendermakan jantung yang sesuai, kita dah tak ada harapan," kata Doktor Zulaikha.

"Tak ada cara lain ke untuk selamatkan dia?" tanya Qausar.

"Sebenarnya, kami ada satu lagi alternatif. Tapi, kami amat perlukan persetujuan ahli keluarga," kata Doktor Zulaikha.

"Macam mana caranya?" tanya Qausar.

"Qeerana," jawab Doktor Zulaikha.

"Ha?"

"Qeerana. Jantung Qeerana amat sesuai untuk tubuh Qayreena. Mungkin kerana pertalian darah antara mereka," kata Doktor Zulaikha.

"Tak kan nak gunakan jantung Qeerana hanya untuk menyelamatkan Qayreena?" tanya Qausar.

"Hanya itu jalan yang kita ada. Kalau sampai esok, Qeerana masih tak sedarkan diri, saya cadangkan kita aturkan pemindahan organ ke atas jantung Qeerana ke tubuh Qayreena," kata Doktor Zulaikha. "Itu pun kalau encik setuju. Saya hanya memberi cadangan,"

Qausar tertunduk. Apa harus dia lakukan? Dengan apa yang telah terjadi, apa yang telah ditunjukkan, kelakuan Qeerana terhadap Qayreena. Apakah dia akan dengan mudahnya bersetuju untuk membenarkannya?

"Doktor! Doktor!" seorang jururawat tergesa-gesa berlari ke arah mereka. Mereka menoleh. "Qeerana. Dia... dah tak ada,"

"Innalillah..." ucap Doktor Zulaikha. Qausar tersentak. Dan. Dia ditinggalkan. Qeerana meninggalkannya. Yang ada, hanya Qayreena yang mungkin akan bertahan. Apa yang harus dia lakukan?

Doktor Zulaikha menoleh ke arah Qausar yang sedang tunduk itu.

"Jadi? Macam mana?" tanya Doktor Zulaikha. Qausar mengangkat kepalanya. Memandang ke arah Doktor Zulaikha.

"Mana yang saya perlu sign?" tanya Qausar. Inilah keputusannya. Muktamad. Dia perlu berusaha menjaga apa yang dia ada. Perlu!

~

Qausar memeluk tubuhnya. Sejuk. Masakan tidak. Dengan keadaan hospital berpendingin hawa itu, dengan bajunya yang basah akibat meredah hujan tadi, dengan suhu persekitaran menjadi kian sejuk akibat hujan yang semakin lebat.

Masakan dia tidak akan berasa sejuk. Qausar menggosok-gosok kedua-dua belah tangannya. Cuba mewujudkan haba. Kilat sambar menyambar. Guruh sabung menyabung. Hujan kian lama kian deras menghentam bumi.

Qausar merenung pintu bilik bedah itu. Sudah lebih sejam mereka masuk ke dalam bilik itu. Namun, tiada tanda-tanda yang mereka akan keluar. Telefon bimbitnya bergetar.

Qausar mengeluarkan telefon bimbitnya. Tanpa memandang nama pemanggil, panggilan tersebut dijawabnya.

"Hello?" tanya Qausar.

"Qausar. Datang sini cepat. Kita ada kes," kata Fadhli di hujung talian. "Aku text kau alamatnya,"

Talian diputuskan. Tidak lama kemudian, satu pesanan ringkas diterima oleh Qausar. Qausar membukanya.

"Hotel?" Qausar membaca alamat itu. Qausar bangun daripada kerusi ruang menunggu itu. Langkahnya ingin diatur pergi.

Namun, dia berhenti di hadapan pintu bilik itu. Dia memandang pintu bilik itu. Dan akhirnya, dia mengambil keputusan untuk pergi.

Qausar terus keluar daripada hospital itu. Keadaan di luar masih hujan dengan lebatnya. Guruh berdentum dengan kuatnya. Tiba-tiba, keadaan sekelilingnya menjadi gelap.

Qausar menoleh ke arah hospital itu. Keadaan sudah menjadi kelam kabut akibat ketiadaan bekalan elektrik di situ.

"Qay," Qausar teringat akan adiknya yang sedang dalam prosedur pembedahan. Tiba-tiba, telefon bimbitnya bergetar lagi.

"Hello? Qausar. Kau dapat tak?" tanya Fadhli di hujung talian. "Kau kat mana?"

"Dapat," kata Qausar. "Aku kat hospital. Tak ada elektrik kat sini," kata Qausar.

"Kat sini pun tak ada," kata Fadhli. Tidak lama kemudian, lampu kembali terpasang.

"Dah on," kata Qausar.

"Kat sini pun dah on," kata Fadhli. "Apa kau buat kat hospital tu?"

"Aku gerak sekarang," kata Qausar tanpa menjawab pertanyaan Fadhli.

Qausar terus masuk ke dalam keretanya. Keretanya dipandu ke tempat yang dimaklumkan. Qausar terus keluar lalu masuk ke dalam.

Dia menghampiri rakan setugasnya yang kelihatan sedang berbicang di tengah-tengah ruang lobi itu.

"Selamat malam," ucap Qausar.

"Ha. Qausar. Sampai pun," tegur Inspektor Hasyim. "Fadhil kata kamu ada di hospital tadi?"

"Ya. Saya dari sana tadi," kata Qausar. "Apa kesnya ni?" Qausar mengubah topik sebelum ditanya lebih lanjut.

"Oh. Ini. Pada jam 11 malam tadi, penjaga kaunter terima panggilan daripada sebuah bilik untuk menghantar room service ke bilik. Namun, bila sampai di sana, orang yang ada kat dalam bilik tu, dah mati. Ditembak tepat ke dahi," kata Inspektor Hasyim.

"Dah periksa rakaman CCTV?" tanya Qausar.

"Dah. Kami dah periksa. Dan, tiada sesiapa pun yang keluar atau masuk ke bilik mereka dalam anggaran waktu kematian," kata Fadhli.

"Mereka?" tanya Qausar.

"Ada 11 orang kesemuanya. Mati dalam bilik mereka masing-masing," kata Fadhli.

"Apa perkaitan diaorang? Atau, apa persamaan diaorang?" tanya Qausar.

"Perkaitan, kami masih tak dapat kesan. Tapi, mereka bersebelas dibunuh dengan cara yang sama. Selain itu, ada kad nombor yang ditinggalkan di dalam bilik dengan keadaan tingkap bilik yang tidak berkunci," kata Fadhli.

"Mungkin mereka dibunuh oleh orang luar," kata Inspektor Hasyim.

"Dan, mereka bersebelas telah berjumpa dengan orang yang sama sejak check-in ke hotel ini," kata Fadhli.

"Orang yang sama?" tanya Qausar.

"Ya. Kami baru sahaja mengesan orangnya," kata Fadhli lalu melangkah ke sebuah dewan yang dikawal oleh pegawai polis berseragam di sebelah lif.

Mereka melangkah ke arah seorang lelaki yang duduk di tempat yang telah diarahkan.

"Itu. Nama dia, Ahmad Hamizi, 24 tahun. Dia juga check-in ke hotel ni dalam hari ni," kata Fadhli.

"Oh," Qausar mengangguk. Langkahnya diatur menghampiri lelaki itu. "Encik Hamizi?"

Lelaki itu menoleh. Qausar tersentak. Dia pernah melihat lelaki itu! Dia amat pasti!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience