SAME
2015
"Qausar!" panggil Narzi.
Qausar berhenti. Dia menoleh memandang ke arah Nazri.
"Apahal?"
"Pagi tadi, kau ada send kat grup untuk selidik talian telefon hotel tu, kan?" tanya Nazri.
"Ya. Kau dah periksa?" tanya Qausar.
"Dah," kata Nazri.
"Memang talian dia dicuri, kan?" tanya Qausar.
"Ya. Tepat jam 11:01:12 malam masa tu, talian telefon bilik tu disambung ke talian persendirian. Tapi, masih menggunakan nombor telefon bilik tersebut. Talian tersebut dipulang kembali selepas panggilan tersebut," terang Nazri.
"Jadi, dia memang tak perlu ada kat bilik tu masa buat panggilan. Maksud lain, pembunuhan dia boleh buat lebih awal," kata Qausar.
"Tapi, Qausar. Aku ada jumpa sesuatu," kata Nazri.
"Apa yang kau jumpa?" tanya Qausar.
Nazri memberi isyarat untuk mengekorinya. Qausar mengekorinya ke mejanya. Komputer ribanya dibuka.
"Aku pun mula-mula, tak percaya. Tapi, aku dah try guna 3 jenis software dan minta 2 orang kenalan aku untuk ekstrekkan line ni. Dan hasilnya, sama," kata Nazri.
Tangannya sibuk mengklik sana sini pada komputer ribanya. Dan akhirnya dia membuka satu folder.
"Apa ni?" tanya Qausar kerana dia hanya dapat melihat graf turun naik sahaja. Saham apa?
"Pakai ni," Nazri memintanya memakai earphone yang disambung pada komputer ribanya. Qausar menurut.
"Apa ni?" tanya Qausar semula setelah memakainya.
"Ini, perbualan pembunuh dengan reception, kes 110112," kata Nazri lalu memainkan audio itu.
Kelihatan graf itu turun naik mengikut audionya. Qausar terperasan akan sesuatu.
"Eh?!"
"Ini, panggilan yang dibuat tempoh hari. Oleh orang yang menjumpai mayat-mayat tu," kata Nazri lalu memainkannya.
Ya! Qausar pasti itu suaranya. Dia yang menjawab panggilan gadis itu tempoh hari. Dan ianya...
"Ini apa yang kami jumpa," kata Nazri lalu membuka folder lain. Graf yang sama terpampang pada skrin. Tapi, apabila ia dimainkan, ada dua graf daripada audio yang berbeza dimainkan serentak.
Dan apa yang ada, kebanyakan garis graf mengena antara kedua-dua graf.
"Ia sama," kata Qausar.
"Ya. Sama," kata Nazri. "Kita boleh assumekan yang ia orang yang sama atau orang yang memiliki suara yang sama. Tapi, dalam kes ni... Macam..."
"Orang yang sama?" tanya Qausar.
"Kau tahu lah, kan?" tanya Nazri.
"Siapa simpan rekod CCTV kes 110112 tu?" tanya Qausar.
"Zura ada kot," kata Nazri.
Qausar terus keluar lalu menghampiri meja Zura.
"Zura,"
"Ya, Tuan?" tanya Zura.
"Bluetooth pada saya rekod CCTV hotel kes 110112," arah Qausar.
"Sekarang, tuan?" tanya Zura.
"Hm. Bluetooth saya dah on," kata Qausar.
"Tuan nak yang mana?" tanya Zura.
"Bagi je saya semuanya," kata Qausar lalu melangkah ke arah pantri. Sebutir mug diambilnya. Dia membancuh kopi lalu dibawa ke mejanya.
Sementara menunggu fail yang dihantar oleh Zura siap sampai ke komputer ribanya, Qausar mengeluarkan alat rakaman yang dijumpainya di bilik bacaan semalam.
Dia masih tertanya-tanya, bila masa dia mengeluarkan alat perakam itu daripada laci? Bila masa pula butang rakam ditekan? Siapa yang menekan butang rakam itu?
Alat rakaman tersebut dimainkan semula. Dia mengeluarkan kertas yang dicatatkan urutan kematian mangsa.
Dia telah menyenaraikan semuanya. Apa yang perlu dibuat hanya untuk mendapatkan keputusan bedah siasat untuk memastikan sama ada semua mangsa mati dengan urutan yang diberitahu oleh Qayreena atau tidak.
Akhirnya, semua fail telah diterimanya. Qausar terus membuka folder kamera di bahagian lobi. Masa dipilih dan rakaman itu dimainkan.
Qausar menjedakan rakaman tersebut apabila seorang gadis kelihatan mengatur langkah ke arah kaunter.
"Ini," kata Qausar.
Gadis itu kelihatan memakai kot labuh hitam dengan jeans dan mengenakan topi. Gadis itu menyandang beg.
Qausar terperasan ada sesuatu yang tergantung pada beg gadis itu. Rakaman dibesarkan ke arah beg gadis itu. Untuk mendapatkan apa-apa petunjuk.
Ia sebentuk rantai kunci. Qausar seperti pernah melihat rantai kunci itu. Tapi, rantai kunci itu kurang jelas pada rakaman tersebut. Mereka tidak akan tahu apa yang tertulis padanya.
Qausar menyimpan gambar rakaman yang dijeda itu lalu dimasukkan ke telefon bimbitnya. Gambar tersebut dihantar ke kumpulan WhatsApp bagi kumpulan yang ditubuhkannya.
Dia meminta sesiapa untuk 'membersihkan' gambar tersebut. Tiba-tiba, ada yang menghantar mesej bahawa ada yang melihat kelibat seseorang berdekatan dengan kawasan kejadian pada hari kejadian tempoh hari.
Qausar terus bangun lau keluar ke tempat yang dimaksudkan. Dia tiba di kedai makan berdekatan tempat mangsa terakhir dibunuh.
Hani dan Fadhli sedang menemuramah seseorang sementara Mei Ling sedang memperkemas potretnya. Kata mereka, pemilik kedai makan itu perasan seseorang yang kelihatan mencurigakan melalui kawasan tersebut
Menurut pemilik kedai makan itu juga, orang yang mencurigakan itu menggunakan telefon pada waktu sama balai mereka menerima panggilan tersebut.
"Tuan," Hani berdiri apabila Qausar melangkah masuk ke kedai makan itu.
"Macam mana?" tanya Qausar.
"Sudah," kata Mei Ling lalu menghulurkan potret yang sudah diperkemas itu kepada Qausar.
Qausar mengambilnya. Ada riak hairan pada wajah Qausar apabila memandang potret tersebut.
"Are you sure?" tanya Qausar.
"Kenapa, Sar?" tanya Fadhli.
"Hak-a. Kenapa, Tuan?" tanya Hani.
"Awak pasti ini orangnya?" tanya Qausar.
"Saya nampak dia berulang-alik dari tempat sana dan ke pondok telefon tu hari tu. Masa tu, saya nak gunakan telefon tu sebab phone saya kehabisan kredit," kata pemilik kedai makan yang bernama Pak Hamid itu.
"Masa tu, dia buat apa?" tanya Qausar.
"Dia gunakan telefon. Dan apa yang saya dengar, dia ada sebut satu tempat. Dia cakap, 'Lokasi, Jalan Amanah 14. Tiang lampu ke-17. Satu pembunuhan dah berlaku'" kata Pak Hamid.
Qausar tersentak. Itulah apa yang dia dengar semasa menjawab panggilan yang diterima balai tempoh hari. Tetapi, ia suara perempuan. Dia amat yakin.
"Pak cik dengar yang dia cakap macam tu. Tak kan tak syak apa-apa?" tanya Qausar.
"Saya ingat dia main-main. Dia budak sekolah menengah. Siap bawa bola sepak lagi. Mungkin pemain bola sepak sekolah dia," kata Pak Hamid.
"Dia ada gunakan apa-apa alat tak masa cakap di telefon tu? Guna suara kecil ke?" tanya Qausar.
"Tak. Dia cakap macam biasa je," kata Pak Hamid. "Pak cik tak rasa nak ambil tahu pun sebab Pak cik manalah tahu mana Jalan Amanah," kata Pak Hamid.
"Ada, pak cik. Jalan tu ditandai dengan Jalan A sekarang ni," kata Hani.
"Manalah pak cik tahu nama penuh dia Jalan Amanah," kata Pak Hamid.
"Pak cik buka kedai ni dari bila?" tanya Fadhli.
"Lebih kurang dari 2 tahun lepas," kata Pak Hamid.
"Patutlah pak cik tak tahu," kata Fadhli. "Jalan tu tukar nama lebih kurang 3 tahun lepas jadi Jalan A. Sekarang ni, kurang orang yang panggil jalan tu Jalan Amanah lagi dah,"
"Oh," kata Pak Hamid. "Lagi pun, budak tu sambung cakap, tak dan.tak tahu sebelum dia tutup dan pergi. Dia pergi kedai runcit kat sana tu rasanya,"
"Kedai runcit?" tanya Qausar memandang ke arah kedai yang ditunjuk oleh Pak Hamid.
Qausar memberi isyarat untuk mereka bergerak ke kedai runcit yang dimaksudkan. Mereka mengangguk.
"Kami minta diri dulu, ya pak cik," ucap Fadhli.
"Terima kasih atas kerjasamanya," ucap Hani.
"Sama-sama," balas Pak Hamid.
Mereka berempat melangkah ke kedai runcit tersebut.
"Selamat datang," ucap seorang wanita separuh usia.
"Selamat sejahtera, mak cik. Kami dari bahagian jenayah Inovasi," Hani menunjukkan kad pengenalan kepolisiannya. "Boleh kami tanya beberapa soalan kepada mak cik?"
"Oh. Boleh, boleh. Silakan," kata wanita itu.
"Kedai ni, mak cik yang punya?" tanya Fadhli.
"Ya. Mak cik yang punya," kata wanita itu.
"Mak cik ada kat kedai ni pada 5 Januari lepas?" tanya Fadhli lagi.
"Mestilah. Mak cik dengan anak mak cik je yang jaga kedai ni. Kalau tak, siapa lagi," kata wanita itu.
Qausar menghulurkan potret suspek kepada Hani.
"Adakah mak cik ingat," Hani menghamparkan potret itu di atas kaunter. "Lelaki ni ada datang tak?"
"Oh! Budak ni. Ada. Dia ada datang," kata wanita itu.
"Apa yang dia beli?" tanya Qausar.
"Tak salah mak cik lah. Dia beli air dan pen merah. Dia macam tergesa-gesa nak gunakan pen sebab dia terus je buka penutup pen tu lepas bayar," kata wanita itu.
"Jenama apa yang dia beli?" tanya Qausar.
"Kejap, eah," wanita itu berlalu ke rak alat tulis sebelum kembali tidak lama kemudian. "Yang ni kot,"
Wanita itu menunjukkan pen mata bebola berdakwat merah berjenama Faster.
"Saya beli ni," kata Qausar.
"Memang betul, eah, lelaki ni ada kat sini 5 Januari. Beli pen?" tanya Hani. "Mak cik pasti?"
"Mestilah. Tak kan mak cik nak tipu," kata wanita.
TIT! Butang henti ditekan. Hani menyimpan rakaman tersebut.
"Saya dah simpan rakamannya," kata Hani. "Terima kasih atas kerjasamanya,"
"Sama-sama," ucap wanita itu ikhlas.
Mereka berdua keluar daripada kedai runcit tersebut.
"Tunggu! Jadi, suspek kita ni, lelaki lah, kan?" tanya Fadhli.
"Ha. Jadi?" tanya Hani.
"Bukan ke korang ada cakap yang call balai tu, perempuan ke?" tanya Fadhli.
"Itulah. I pun pelik bila owner kedai makan tu bagitahu ciri-ciri lelaki masa I lukis tadi," kata Mei Ling.
"Ya. Aku yang jawab panggilan tu pun. Yakin yang itu memang suara perempuan," kata Qausar memandang ke arah pen yang baru sahaja di belinya.
"Habis tu, pak cik tu?" tanya Fadhli.
"Itu satu lagi masalah. Dia cakap benda yang dia dengar sama dengan apa yang aku dengar masa jawab panggilan tu. Aku tak rasa dia tipu," kata Qausar.
"Oh, ya! Kenapa kau nak clearkan gambar tu?" tanya Fadhli sambil mengeluarkan telefon bimbitnya.
"Aku nak tahu je apa yang tertulis pada key chain yang dia bawa," kata Qausar. "Mungkin akan bagi kita apa-apa petunjuk,"
"Aku dah buatkan," kata Fadhli. "Aku dah send kat kau,"
Qausar mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia menerima pesanan bergambar daripada Fadhli.
Apa yang tertulis pada rantai kunci itu ialah, Pertandingan Catur Daerah Inovasi 2011. Tunggu! Bukankah itu pertandingan yang disertai oleh Qayreena sebelum dia terlibat dalam kemalangan. Atau lebih tepat, pada hari kejadian tersebut. 12 Januari 2011. Kes 110112.
"Tak kan lah..."
"Oh! Pertandingan catur," Mei Ling mengintai apa yang sedang dipapar pada skrin telefon bimbit Fadhli.
"Sibuklah," kata Fadhli lalu menyimpan kembali telefon bimbitnya.
"Eleh..." Mei Ling menjeling.
"Eh! Aku dengar, tahun ni dia buat kat U Selatan tau," kata Hani.
"U Selatan?" tanya Qausar. Tempat Qayreena belajar sekarang. "Bila?"
~
Qayreena mencuba untuk mencelikkan matanya. Kepalanya terasa sakit. Apa jadi dengan dirinya?
Qayreena akhirnya mencelik.
"Aku kat mana?" tanya Qayreena. Ya. Soalan biasa yang akan ditanya oleh orang yang baru sedar setelah tidak sedarkan diri. Tapi, hal ini aneh untuk Qayreena.
Mindanya masih belum memberi apa-apa gambaran tentang apa yang sudah terjadi padanya dan di manakah dia ketika itu. Biasanya, dia akan mendapat maklumat berkenaannya melalui bayangan di mindanya.
Tapi, mengapa dia tidak melihat apa-apa? Dan juga, Rayyan. Mengapa dia tidak dapat melihat apa-apa berkenaan diri lelaki itu. Biar hanya ke mana dia pergi sebelum bertemu dengannya di kedai buku tadi.
Qayreena memandang sekeliling. Dia tidak berada di kedai buku. Setelah Rayyan berlalu, dia dapat melihat bayangan diri sendiri di mindanya sebelum kepalanya menjadi sakit. Dan... Dia melihat...
"Dah sedar?" tegur satu suara.
Share this novel