Prolog

Drama Completed 34715

"Tolong! Tolong!" Iffa menjerit-jerit meminta tolong sebelum badannya tenggelam ke bawah dasar laut. "Tolong! Tolong!" Sayup-sayup kedengaran suaranya meminta pertolongan dari seseorang.

Nafasnya semakin perlahan. Matanya perlahan-lahan tertutup rapat. Badannya perlahan-lahan tenggelam ke bawah dasar laut.

Tidak lama itu, terasa pinggangnya dipaut dan dibawa ke atas. Kemudian, dia sudah tidak tahu apa yang berlaku.

MATANYA perlahan-lahan terbuka dan benda pertama yang dia nampak ialah siling yang berwarna putih. Kepalanya terasa sakit dan berat. 'Macam mana aku boleh ada dekat sini?' Setelah melihat betul-betul tempat yang dia mana berada sekarang baru dia sedar bahawa dia sedang berada di hospital.

"Cik dah sedar?" Seorang jururawat berjalan menghampirinya. Jururawat itu tersenyum.

"Macam mana I boleh ada dekat sini? Siapa yang selamatkan I?" tanya Iffa pada jururawat itu.

"Cik tak ingat apa-apa ke?"

"Yang I ingat I lemas dan macam ada seseorang pegang I. Tu je yang I ingat." jawab Iffa.

"Tadi ada seorang lelaki yang datang bawa cik."

"Mana lelaki tu?"

"Dia dah balik dari tadi lagi lepas doktor bagitau yang cik dah okey." balas jururawat itu seraya kakinya melangkah keluar dari bilik yang menempatkan Iffa.

"Lelaki?"

Hana betulkan apa yang patut then, publish balik Enjoy Happy reading ^~^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience