"Hubby, esok hubby bawa love pergi tengok laut boleh tak? Love rasa rindu pula nak tengok laut. Nak hirup udara segar di laut. Boleh tak?" Wajah kacak Rayyan dipandang dengan pandangan berharap sambil menanti jawapan dari Rayyan.
Berkerut seribu dahi Rayyan mendengarkan pertanyaan yang keluar dari bibir Iffa. "Tak boleh."
"Alaaa, kenapa?" Muncung sedepanya dikeluarkan tanda protes.
Kaki Rayyan dibawa mendekati Iffa dan melabuhkan punggungnya ke atas katil di sebelah Iffa. Tangannya naik menggenggam erat tapak tangan Iffa. "Love pernah lemas kan? Hubby tak nak apa-apa jadi dekat love atau baby. Hubby takut." Terang Rayyan pada Iffa. Dia berharap sangat Iffa faham.
Wajahnya segera didongakkan ke atas memandang wajah kacak Rayyan dengan dahi yang berlapis-lapis. "Dulu arwah abang dah tolong love hilangkan rasa takut tu."
"Ouh ye ke? Kalau macam tu, esok hubby bawa love pergi tengok laut. Hubby tak nak love trauma je lagi. Hubby sayang love dan baby kita." Rayyan merapatkan jarak antara mereka berdua dan satu kucupan dilabuhkan ke dahi Iffa dengan penuh kasih.
"Tapi kan, macam mana hubby tahu love pernah lemas dulu?" Anak mata berwarna coklat milik Iffa merenung wajah Rayyan yang mula berubah gelisah.
"Entah." Rayyan bingkas berdiri dari katil. "Hubby teka je." Jawapan yang terlintas di fikirannya diberikan pada Iffa.
"Cakap cepat macam mana hubby tahu?" Iffa turut berdiri dan melangkah setapak ke arah Rayyan.
"Sebab hubby sayang love." Jari Rayyan naik mencubit geram pipi kiri Iffa.
"Eiii, hubby ni kan! Tengok lah tu, hubby tak nak jujur lagi dengan love. Nanti kita ga..."
"Shhh."
Terkejut Iffa apabila Rayyan tiba-tiba mendekatkan diri dengannya dan tapak tangan kanan Rayyan naik menutup mulutnya dan sebelah lagi tangan Rayyan naik melingkar di pinggangnya sekaligus merapatkan jarak antara mereka berdua.
"Hubby tak nak love sebut pasal gaduh lagi. Percaya je dekat hubby. Bila sampai masa yang sesuai hubby akan beritahu, okey?" Rayyan cuba memujuk Iffa. Tapak tangannya diturunkan semula dari terus menutup mulut Iffa.
"Bila masa yang sesuainya tu?" Tangan Iffa naik merangkul leher Rayyan.
"Bila tiba masanya." Jawab Rayyan seraya ketawa kecil apabila melihat wajah masam Iffa bertukar bengang. "Dah salam." Tapak tangannya naik dihulurkan pada Iffa.
Iffa menyambut huluran tapak tangan Rayyan dan satu kucupan dilabuhkan ke belakang tapak tangan Rayyan dengan penuh cinta. "I love you." Wajahnya kembali didongakkan memandang tepat ke arah wajah Rayyan.
"I love you too." Kemudian, bibir Rayyan memberi ciuman di kedua-dua belah pipi Iffa. "Duduk rehat je tau. Jangan angkat benda yang berat-berat. Jaga diri." Dua kucupan lagi dilabuhkan ke dahi Iffa dan ubun-ubun Iffa dengan penuh cinta dan kasih.
"Okey hubby." Tangannya naik melingkar erat di pinggang Rayyan dan tapak kakinya melangkah menindih tapak kaki Rayyan seraya satu kucupan dilabuhkan ke dahi Rayyan.
Tangan Rayyan pula kuat menahan badan Iffa dari jatuh. Itulah rutin mereka berdua setiap pagi jika Rayyan keluar mencari rezeki untuk mereka sekeluarga. Perlahan-lahan, tapak kaki Iffa diturunkan semula dari menindih tapak kaki Rayyan. "Hubby jaga diri baik-baik tau. Jangan lupa ambil bekal dekat meja. Ke hubby nak love ambilkan?"
"Ehhh, tak payah. Hubby boleh ambil sendiri." Halang Rayyan cepat-cepat. Atas arahan Rayyan, Iffa tidak perlu turun ke bawah menghantarnya hingga ke pintu rumah kerana Rayyan akan mengunci pintu rumah dengan sendirinya. Dia tak nak Iffa naik turun tangga, risau betul dia kalau ada apa-apa jadi pada Iffa dan bakal anak mereka berdua. "Bye, hubby pergi dulu. Assalamualaikum, bidadari dunia dan syurga hubby." Tangan mereka berdua dilepaskan seraya kaki Rayyan melangkah setapak demi setapak keluar dari bilik.
"Bye. Waalaikummusalam, imam dan suami dunia akhirat love." Giliran Iffa pula membalas bersama dengan senyuman. Sebaik sahaja, kelibat Rayyan hilang dari pintu bilik tiba-tiba hatinya diserang rasa sebak. Rasa yang setiap kali hadir apabila Rayyan pergi kerja. Mungkin, kerana mengandung dia semakin beremosi.
Di luar rumah pula,
Sebaik sahaja, kereta Rayyan keluar dari perkarangan rumah hatinya mula berdetak rindu pada Iffa. Perkara yang selalu terjadi setiap kali dia berpisah dengan Iffa walau sekejap. Cehh, cehh, cehh!
"ASTAGHFIRULLAH HAL 'AZIM!" Tiba-tiba sahaja kaki Iffa tidak seimbang dan hampir terjatuh namun Rayyan yang baru sahaja sampai di situ selepas pulang dari kerja lebih cepat bertindak dan dengan segera menyambut badan Iffa dari jatuh.
"Ya Allah!" Rayyan segera menarik badan Iffa ke atas dan Iffa cepat-cepat masuk ke dalam pelukannya sambil bibirnya mula teresak-esak menangis hiba dan wajah Iffa disembankan ke dada bidang Rayyan.
"Love minta maaf. Love cuai. Love tak tahu macam mana boleh nak jatuh tadi. Nasib, hubby cepat bertindak. Love salah. Love tak pandai jaga diri. Love gagal sebagai seorang isteri dan ibu. Kalau hubby tak cepat tadi, love tak tahu apa akan jadi pada baby kita. Love tak sanggup nak hilang baby buat kali kedua sebab kesilapan love sendiri. Love minta maaf!" Semakin kuat tangisannya. Mungkin, trauma kerana pernah kehilangan bayi, Iffa menjadi lebih terkesan kerana takut gugur buat kali kedua.
"Shhh, it's okay. Bukan salah love sepenuhnya. Jangan cakap macam tu. Apa yang dah berlaku, biarkan berlalu. Jangan diungkit lagi. Yang sekarang ni, kita perlu teruskan. Jangan nangis lagi. Baby cuba pujuk ibu tu. Cakap dekat ibu jangan nangis lagi. Baby okey je kan?" Tapak tangan Rayyan naik mengusap-usap perlahan perut Iffa yang semakin besar dengan penuh kasih. "I'm promise that I will always be with you and protect you no matter when you're happy or sad."
Wajah Iffa didongakkan ke atas sedikit memandang tepat ke arah Rayyan yang sedang menghadiahkan senyuman manis pada dirinya dengan mata yang basah. "Hu... hubby tak marah love ke?" Tergagap-gagap, soalan itu dilontarkan.
"Tak. Tapi sebaliknya hubby bertambah sayang dekat isteri hubby yang manja ni." Jari Rayyan naik mencuit manja hidung Iffa yang merah kerana menangis. "Kita kan suami isteri? Suami isteri ni kena saling memahami antara satu sama lain, kena saling percaya dan jujur antara satu sama lain. Sebagai seorang suami, hubby akan selalu terima sikap love." Usai berkata sedemikian, satu kucupan dilabuhkan ke ubun-ubun Iffa.
"HAH, nak ke mana tu suamiku sampai lupa isteri ni?" Usik Calina pada Ridzuan yang baru sahaja setapak melangkah.
Ridzuan segera memusingkan badannya semula ke belakang menghadap Calina. "Sorry lupa." Tapak tangan Ridzuan naik dihulurkan pada Calina supaya menyambutnya.
Calina menyambut huluran tapak tangan Ridzuan dan satu kucupan dilabuhkan ke belakang tapak tangan milik Ridzuan dengan penuh cinta dan kasih.
"Baba nak tanya sikit ni. Macam mana menantu kita tu? Sihat tak? Bakal cucu kita sihat?"
"Alhamdulilah, sihat baba. Yan pun pandai jaga Iffa tu. Sayang betul dia dekat Iffa. Alhamdulilah." Jawab Calina.
"Alhamdulilah. Baguslah kalau macam tu. Baba pergi dulu. Ummi jaga diri baik-baik, banyakkan berehat. Ummi masih pening lagi, kan? Bye. Assalamualaikum, ummi." Ucap Ridzuan sambil satu kucupan dilabuhkan ke dahi luas Calina.
"Okey, ba. Waalaikummusalam, bye." 'Ya Allah, Engkau lembutkan lah hati suami dunia akhiratku agar dapat menerima anak sulungku, Rayyan Ridzuan.' Calina tak pernah putus berdoa agar hubungan suami dan anak sulungnya pulih semula seperti sediakala sebelum kisah hitam yang pernah berlaku dalam hidup mereka sekeluarga.
Happy reading guys Thank youuuu
Share this novel