"Love?" Sudah masuk kali ketiga Rayyan memanggil Iffa.
Iffa terdiam dan tidak menyahut panggilan Rayyan. Hanya air matanya sahaja yang mengalir laju membasahi pipinya. Itulah reaksi Iffa setelah mendengar seluruh cerita tentang lima tahun lalu.
"Love okey ke?" Wajah Rayyan bertukar cuak.
"Jadi..." Iffa menelan air liur sekejap sebelum meneruskan ayatnya. "Arwah abang dah tahu pasal love sejak sebelum kami kahwin lagi ke?"
"Yes." Jawab Rayyan.
"I'm sorry." Iffa tiba-tiba sahaja menundukkan kepalanya mencium telapak tangan Rayyan. "Sorry sebab dah tuduh hubby bukan-bukan and thank you sebab masih sayangkan love sampai sekarang. Masih kekal dengan love sampai ke hari ni." Wajahnya masih ditundukkan.
"Kan hubby pernah cakap takkan ada sesiapa yang berhak dapat cinta dan kasih sayang hubby selain love. Love cinta pertama dan terakhir hubby." balas Rayyan sekaligus jarinya membawa naik wajah Iffa memandangnya. "I love you, Iffa Irdina."
Iffa hanya mampu tersenyum mendengar kata-kata Rayyan yang baginya sungguh bermakna dalam hidupnya.
(TIGA BULAN KEMUDIAN)
"AMBOI! Tengoklah ada orang tu dah bahagia siap suap-suap lagi!" Sindir Camelia pada Rayyan dan Iffa yang sedang menikmati kek lapis air tangan Calina.
"Kenapa jealous ke? Tahu lah dia tu tengah merajuk dengan tunang sendiri kan!" Sindir Rayyan pula.
"Macam mana abang Yan tahu ni? Fikri bagitau ke?" tanya Camelia yang mulai bengang. Sebulan yang lalu, Fikri dan Camelia telah bertunang selepas Fikri membawa rombongan meminang secara tiba-tiba ke rumah Ridzuan.
"Haah. Dia minta abang Yan pujuk Camy. Dah lah tu Camy. Tak payahlah nak merajuk sangat dengan Fikri." balas Rayyan.
"Diamlah!" Camelia bingkas berdiri. Panas hatinya apabila Rayyan mengungkit soal pergaduhannya dengan Fikri.
"Hubby!" Tegur Iffa pada Rayyan sambil membesarkan matanya. Dia melirik pada Camelia yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik sambil menghentakkan kakinya.
"Apa? Betul pula apa yang hubby cakap. DIA INGAT SI FIKRI TU LARAT KE NAK LAYAN RAJUK DIA LAMA-LAMA?" Rayyan cuba membela dirinya dengan memberi alasan. Sengaja nada suaranya dikuatkan agar Camelia dengar.
"Hubby!" Iffa menegur tingkah laku Rayyan. "Tapi tak salah kan?" Giliran Iffa pula membela Camelia.
"Tapi..." Kata-kata Rayyan terhenti. Kalau dia teruskan mungkin mereka berdua pula nanti yang akan bergaduh. "Dah lah. Buat apa kita nak berdebat pasal dia orang pula kan? Lantak dia orang lah nak tunggang terbalik ke. Kita buat hal kita. Kan love?" Tapak tangan Iffa digenggam erat. Anak matanya pula menghantar pandangan cinta pada Iffa sambil tersenyum manis.
"Tahu pun!" Iffa pula meluru masuk ke dalam pelukan hangat Rayyan.
"I love you now and forever." Satu kucupan sayang melekap di dahi Iffa.
Iffa tersenyum mendengar ucapan Rayyan. "I love you too. Sorry sebab dulu love hampir hancurkan rumahtangga kita."
"No, tak perlu minta maaf sebab tu bukan salah love. Hubby yang salah sebab tak terus terang pada love pasal hal sebenar. I'm sorry." Pelukan mereka berdua semakin dieratkan.
"Thank you sebab hubby masih setia dengan love sampai sekarang ni. Thank you sebab tak jemu hadap perangai love." Iffa cuba menahan air matanya dari mengalir keluar.
"Hubby tak kisah pun dan tak pernah jemu pun sebab love adalah segalanya bagi hubby. Tanpa love hidup hubby tak lengkap. Love yang pertama dan juga yang terakhir di hati hubby. Before, now and forever still you in my heart." Rayyan melepaskan pelukan seraya jari Rayyan naik menyeka air mata yang jatuh mengalir di pipi Iffa.
"Janji akan kekal dengan love sampai bila-bila?" Iffa menyoal sambil anak matanya tepat menatap wajah Rayyan.
"I'm promise." Dengan keyakinan penuh Rayyan berjanji.
"Tak takut ke termungkir janji?" Iffa menguji Rayyan.
"Tak. Sebab hubby tahu datang lah ribut taufan sekali pun cinta kita berdua akan mengikat kita bersama selamanya." Rayyan tersenyum manis.
Iffa yang mendengar itu turut tersenyum.
"HUBBY."
"Ya love?" Rayyan membuka matanya kembali apabila Iffa memanggilnya sekali lagi.
"Hubby belum tidur ke?" Sudah masuk kali ketiga soalan itu keluar dari mulut Iffa.
"Belum love. Sini. Hubby nak peluk love baru boleh tidur." Rayyan mendepakan sebelah tangannya supaya Iffa masuk ke dalam pelukan hangat Rayyan.
Iffa segera masuk ke dalam pelukan Rayyan. "Hubby." Dan sekali lagi dia memanggil Rayyan.
"Yes, love? Love ada nak cakap sesuatu ke ni?" Anak mata Rayyan tepat menatap ke dalam anak mata Iffa.
"Haah. Tapi hubby jangan marah tau." Jari-jemari Rayyan dicapai dan diusap perlahan oleh Iffa.
"Okey, hubby janji takkan marah."
"Sebenarnya kan... love lapar." Adu Iffa membuatkan ketawa Rayyan pecah.
Rayyan bangun dari pembaringan dan beralih ke posisi duduk. Rayyan menggelengkan kepalanya. Inilah salah satu sikap Iffa yang dia tak gemar. Selalu takut sebelum ambil tindakan.
"Janganlah ketawa!" Muncung sedepanya dikeluarkan.
"Okey, okey, sorry. Love nak makan apa?" soal Rayyan.
"Kek coklat."
"Kek coklat?" Mata Rayyan melirik ke arah jam di dinding. 10 malam. "Hubby keluar pergi cari sekejap love tunggu dekat rumah tau." Pesan Rayyan.
"Okey hubby, thank you. I love you." balas Iffa.
"I love you too." Satu kucupan melekap di dahi Iffa.
Iffa tersenyum. Tak sabar dia nak makan kek coklat!
Alhamdulilah, dapat update dua bab lagi Happy reading guys Hi new followers, thank you sebab sudi follow Hana dan baca novel Hana
Share this novel