DC 36 : Qaisara

Drama Completed 34715

TIGA BULAN KEMUDIAN,

"Love sakit kepala lagi ke?" Belakang tapak tangan Rayyan naik dilekapkan ke dahi Iffa. "Tak nak pergi klinik ke? Love demam ni." Riak wajah Rayyan mula bertukar risau.

"Tak nak." jawab Iffa seraya menggelengkan kepalanya perlahan. "Hubby hati-hati tau pergi kerja." Iffa perlahan-lahan bangun dari pembaringan dan beralih ke posisi duduk.

Sepatutnya, hari ni mereka berdua sama-sama bertolak pergi kerja namun semalam Iffa mengadu sakit kepala dan pening pada Rayyan dan hari ni Iffa mulai demam panas. Iffa telah ditukarkan sebagai pembantu peribadi Rayyan di Hotel Y&K sejak tiga bulan lalu.

"Okey love. Love tak payah buat kerja rumah. Love rehat je tau, hubby balik awal sikit hari ni. Salam." Tangan Rayyan naik menghulurkan tangan pada Iffa.

Iffa senyum segaris sambil menyambut huluran tangan Rayyan. Satu kucupan dilabuhkan ke belakang tapak tangan Rayyan.

Setelah itu, satu kucupan dari Rayyan pula dilabuhkan ke dahi Iffa dengan cukup lama. Kemudian, sebelah tangan Rayyan naik mengusap perlahan kepala Iffa. Terasa tidak berdaya dia untuk tinggalkan Iffa sendirian di rumah. "I love you, jaga diri baik-baik tau. Ingat pesan hubby. Jangan buat kerja rumah satu pun! Love mandi dan sarapan je nanti. Hubby dah masak bubur untuk love, love tinggal makan je nanti. I love you, pengarang jantung buah hati hubby." Senyuman manis menghiasi bibir Rayyan membuatkan Iffa turut sama tersenyum.

"Love ingat semua pesan hubby. Hubby jangan risau, hari ni love goyang kaki je dekat rumah. And I love you too my husband." balas Iffa. Terasa seperti dia tidak ingin Rayyan pergi kerja, dia nak Rayyan sentiasa di depan matanya.

"ADA apa Camy nak jumpa abang sampai suruh abang datang cepat-cepat ni?" tanya Rayyan pada Camelia yang telah menunggunya sejak dari tadi. "Apa benda penting yang Camy nak cakap tu?"

"Qaisara." jawab Camelia membuatkan jantung Rayyan seakan terhenti. Fikirannya tika itu mula mengimbas kembali tentang hal lima tahun lepas yang pernah terjadi pada dirinya dan kisah hitam yang dia takkan sesekali pernah lupakan. Dia menelan air liurnya kelat. Tangannya naik melonggarkan tali lehernya sementara dahinya mula dibasahi dengan peluh. Riak wajahnya berubah cemas dan tegang. Dadanya tiba-tiba terasa sempit. Rayyan menarik nafas kemudian di hembuskan perlahan sambil mencari ruang untuknya bernafas. "Kenapa dengan dia?" Anak matanya dialihkan memandang wajah risau Camelia semula.

"Dia dah balik Malaysia. Dia datang jumpa Camy di rumah, nasib masa tu takde mama dan baba. Baba pergi kerja dan mama pula keluar. Camy dah marah dah dia! Camy takut lah abang. Camy takut kalau Iffa tahu pasal hal ni." Luah Camelia.

"Dia cakap apa?" Wajah Rayyan kini bertukar tegang dan serius menanti jawapan dari Camelia, satu-satunya adik perempuan yang dia ada.

"Dia cakap dia nak ambil balik hak dia. Dia nak pertahankan hak dia yang dulu dia gagal pertahankan." jawab Camelia membuatkan dahi Rayyan berkerut.

Berlapis-lapis dahi Rayyan mendengar jawapan dari Camelia. "Apa hak dia? Hak apa yang dia nak pertahankan?"

"Abang Yan."

"Hah? A..." Pertanyaan Rayyan terhenti apabila telinganya menangkap bunyi panggilan telefonnya. Matanya melihat nama yang tertera di atas skrin telefon. 'L O V E' Tangannya segera naik menyambungkan panggilan antara dia dan isterinya, Iffa. "Love? Love okey ke?" Risau betul dia kalau ada apa-apa jadi pada isterinya!

"Assalamualaikum, hubby." Suara lembut dan lunak Iffa mengetuk gegendang telinganya membuatkan dia tersenyum seketika, hilang terus rasa risau yang bermaharajalela di hati sebentar tadi! "Tahu lah hubby risaukan love, tapi love dah okey dah. Hubby tak perlu risau pasal love tau." Pesan Iffa pada Rayyan.

"Waalaikummusalam love, macam mana hubby tak perlu risau? Love tu nyawa dan jantung hubby. Tanpa love jantung ni takkan berdegup lagi dah! Rasa macam mayat hidup!"

Camelia yang mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Rayyan menahan tawanya sebelum terletus. 'Gedikkk!' Tak boleh kutuk depan-depan, dia kutuk lah dalam hati!

"Amboi, pandai hubby mengayat eh! Ni yang buatkan perasaan cinta di hati love untuk hubby semakin mekar ni!" balas Iffa pula sehingga terlupa tentang tujuannya memanggil Rayyan melalui panggilan telefon.

Kerusi Rayyan berpusing-pusing dengan senyuman ceria menghiasi bibir Rayyan. Terasa rindunya pada Iffa kian hari, semakin bertambah! "Ada apa love call hubby ni?"

"Ouh ya!" Tapak tangan Iffa naik memukul perlahan dahinya apabila terlupa tentang tujuannya memanggil Rayyan melalui panggilan telefon. "Love sebenarnya, nak minta izin keluar dengan kawan love. Boleh?" Suaranya mula bertukar manja ingin memujuk si suami yang takkan benarkannya keluar dari rumah seorang diri dengan keadaan diri yang belum sihat sepenuhnya.

Dahi Rayyan berkerut semula apabila mendengar jawapan dari Iffa. Wajahnya bertukar serius dan tak kisah soal suara manja Iffa. "Tapi love kan tak sihat? Love duduk je lah di rumah. Esok, esok tak boleh ke? Bila love dah sihat love keluar lah dengan kawan love, hubby takkan larang pun. Tapi buat masa ni love kena rehat dekat rumah dan sembuh betul-betul. Faham?"

"Alaaa, hubby ni..." Muncung sedepanya dikeluarkan walau Rayyan tak melihatnya.

"Love, hubby buat semua ni bukan untuk diri hubby. Tapi untuk love. Hubby nak love sihat sepenuhnya baru lah love boleh keluar dengan kawan love. Tapi -tapi, yang perempuan je tau! I love you, love. Take care tau and rehat je dekat rumah. Tengah hari ni hubby balik rumah." Pujuk Rayyan pada Iffa dengan kasih sayangnya yang tiada titik noktah.

"Okey, hubby. I love you, too. Bye, Assalamualaikum." Ucap Iffa seraya memutuskan panggilan telefon antaranya dengan Rayyan selepas Rayyan menjawab salamnya.

Selepas panggilan diputuskan, kerusi Rayyan kembali berpusing ke tempat yang betul dan pandangannya dialihkan semula pada wajah Camelia. "Kenapa abang? Abang hak dia? Apa maksud dia?" Pertanyaannya yang tergendala disebabkan Iffa tadi kini diulang semula pada Camelia.

"HUBBY tak bagi pula." Kalau ikut tentang kesihatan dia sekarang ini, dia pun tak nak keluar, tapi disebabkan ada seorang perempuan menelefonnya dan ingin memberitahu tentang hal suaminya yang dia tak tahu, dia pun minta lah izin Rayyan untuk keluar berjumpa dengan perempuan itu.

"Tapi apa yang perempuan tu nak bagitau eh? Aku WhatsApp dia jelah!" Laju jari-jemari Iffa membuka kata laluan di skrin telefonnya dan setelah itu dia segera menekan aplikasi WhatsApp di dalam telefonnya.

-Husband I tak bagi I keluar. So, you bagitau jelah dekat sini apa yang you nak bagitau I pasal hal husband I yang I tak tahu.- Iffa Irdina.

-Okey. Sebenarnya, I dan husband you dulu pernah bercinta sebelum you nikah dengan husband you lagi.- Unknown.

Terkejut bukan kepalang Iffa, setelah dia habis membaca balasan dari perempuan itu dan diulangnya sekali lagi membaca satu-persatu tulisan yang tertera di atas skrin telefonnya.
-Kalau husband I pernah bercinta dengan you pun dulu, apa masalahnya? Kalau you fikir I cemburu, memang taklah! Sebab itu hal lama husband I. Kisah yang dia dah tutup dan mulakan kisah hidup baru bersama dengan I. That's it!- Iffa Irdina.

-But, you nak tahu tak kenapa kami putus?- Balasan dari perempuan yang tak dikenalinya itu membuatkan jantungnya berdegup kencang. Adakah patut dia tanya atau biarkan sahaja?

-I tak kisah dan I tak nak ambil tahu.- Iffa Irdina. Akhirnya, dia memutuskan untuk tak nak ambil tahu hal Rayyan yang lama dan dia seratus peratus percaya pada suaminya.

-Lima tahun lepas, kami putus. Betul ke, you tak nak tahu?- Sekali lagi, perempuan yang tak dia kenali itu terus-terusan 'memujuknya' untuk ambil tahu tentang hal lama suaminya. Tapi ini tentang lima tahun lepas dan... lima tahun lepas juga Rayyan tinggalkan dia sekaligus putus dengannya. 'Perempuan ni penipu lah! Aku yang bercinta dengan hubby dulu bukan dia!'

-I yang bercinta dengan husband I pada lima tahun lepas, bukan you sebab husband I tak pernah bercinta dengan mana-mana perempuan pun- Iffa Irdina.

-Kami kena tangkap b*sah, that's why lah Rayyan minta putus dengan I.-

Happy reading guys and thank youuuu

Share this novel

Asmah
2022-03-10 16:15:05 

kenangan manis bersama insan tersayang selalu dihati tak mungkin dilupakan


NovelPlus Premium

The best ads free experience