DC 20 : Ujian

Drama Completed 34715

Iffa tersedar dari tidur apabila telinganya menangkap bunyi azan yang menandakan telah masuk waktu Zohor.

Iffa bangun dari pembaringan ke posisi duduk. Ekor matanya melirik ke arah cawan yang berisi milo yang dibancuh tadi pagi.

Keluhan berat terlepas dari mulut Iffa. Tangannya segera mencapai cawan yang berisi milo itu dan dibawa ke singki untuk dibersihkan.

Setelah membersihkan cawan tersebut kakinya menapak naik ke bilik.

Sampai sahaja di bilik sekali lagi dia terbayang seakan-akan Raykarl tersenyum memandangnya dengan senyuman yang paling manis di dunia yang selalu dihadiahkan padanya.

"Sayang Humaira, jom solat sama-sama." Bayangan Raykarl mengajaknya untuk solat bersama-sama menyapa pandangan.

Perlahan-lahan Iffa terduduk lemah di belakang pintu bilik. Badannya disandarkan ke pintu bilik. Matanya diliarkan memerharti segenap ruang biliknya dan arwah Raykarl.

Sunyi. Sepi.

Perginya, Raykarl dari dunia membuatkan hidupnya terasa kosong. Tiada apa lagi yang menarik perhatiannya ataupun menggembirakannya selepas Raykarl pergi meninggalkannya buat selamanya. Hanya bayangan dan kenangannya bersama Raykarl sahaja yang sentiasa melintasi layar benak.

'Kau kena kuat Iffa! Esok kau dah mula kerja dan esok juga kau akan mulakan hidup baru kau! Kau kena kuat Iffa! Allah takkan uji hamba-hambanya kalau hamba-hambanya tak mampu tapi sebab kau mampu lah Allah uji kau!' Hatinya memberi kata-kata semangat buat dirinya yang telah putus asa untuk terus bertahan dalam ujian hidup.

"Sayang Humaira, rindu abang. Kenapa cepat sangat abang tinggalkan sayang? Kenapa abang buat sayang Humaira macam ni? Abang tak sayangkan, sayang Humaira lagi ke?" Air mata membanjiri seluruh wajah. Tersedu-sedan dia mengeluarkan esak tangis.

"Sayang Humaira? Jangan nangis, jangan sedih lama-lama. Sayang Humaira kena terus kuat dan sabar dalam menghadapi segala ujian yg Allah beri." Bayangan Raykarl memberinya kata-kata semangat membuatkan tangisannya semakin kuat.

"Boleh tak sayang Humaira nak peluk abang sekali je? Sekali pun jadilah abang! Please!" Pinta Iffa walau dia tahu itu hanyalah bayangan semata-mata.

Dia melihat Raykarl seperti mendepakan tangannya untuk dia masuk ke dalam pelukan hangat Raykarl.

Baru sahaja dia ingin masuk ke dalam pelukan Raykarl dengan sekelip mata sahaja bayangan itu hilang entah ke mana. Iffa yang melihat itu meraung menangis. "Abang! Abang!" Dia terbaring lemah di atas lantai.

  -Sungguh pedih hati ini menanggung siksa merinduimu-

"UMMI."

Sudah dua hari Calina menghiraukan Ridzuan. Bila Ridzuan panggil, Calina tidak menyahut mahupun menoleh. Calina hanya diam membisu.

"Baba, minta maaf. Baba tahu baba salah. Ummi janganlah buat baba macam ni. Baba tak boleh lah tengok ummi macam ni. Baba rasa macam jauh dengan ummi. Baba rindu ummi. Please, ummi talk to me. Please." Dengan nada yang perlahan dan lembut, Ridzuan cuba memujuk Calina.

"Kalau macam tu baba kena minta maaf dengan Yan juga. Ummi tak suka tengok hubungan baba dan Yan macam ni. Bukan macam hubungan ayah dan anak tapi musuh kepada musuh. Ummi harap sangat baba dapat maafkan Yan. Yan tak salah! Please, baba?" Calina sudah melutut di hadapan Ridzuan. Dia dah tak kisah nak buat apa pun asalkan hubungan suaminya dan anak sulungnya tak hancur. Dia tak nak hubungan antara mereka berdua semakin retak.

"Ummi." Ridzuan membangunkan Calina dari terus melutut di hadapannya. Calina didudukkan di sebelahnya di atas katil. "Baba tahu Yan tak salah tapi... Baba masih belum ready nak bercakap dengan Yan macam dulu. Apa yang jadi dekat kita sekeluarga dulu teruk sangat. I'm sorry, ummi." Ditariknya Calina masuk ke dalam pelukan dan Calina menghamburkan esak tangisnya di dalam pelukan Ridzuan.

Tanpa mereka berdua sedar Rayyan sedang mencuri dengar di balik pintu. 'Aku benci hidup ni!'

-Kita berdua mengalami DERITA sebelum ditemukan dengan CINTA-

MATA Iffa diliarkan memerharti sekeliling Hotel Y&K. Ditariknya nafas perlahan kemudian dihembuskan. Kakinya melangkah masuk ke dalam Hotel Y&K.

"Ini Cik Iffa ke?" Seorang wanita mengadung yang sejak dari tadi menunggu kedatangan Iffa menyoal Iffa selepas Iffa masuk ke dalam hotel.

"Haah. Kenapa ya?" tanya Iffa pula, pelik. Tapi fokusnya hilang apabila matanya disapa dengan perut wanita itu. Dia mulai rindu dengan anaknya yang telah gugur.

"Saya Izara. Saya diminta oleh boss untuk menunggu Cik Iffa. Mari, saya hantarkan Cik Iffa ke pejabat." Ajak wanita itu, kemudian dia mula melangkah ke pejabat Iffa.

Iffa hanya menganggukkan kepalanya perlahan tanda setuju. Kakinya melangkah mengikuti langkah kaki wanita yang bernama 'Izara'.

"INI ialah pejabat Cik Iffa. Selamat berkerja di Hotel Y&K." Ucap Izara ramah.

"Terima kasih. Boleh tak saya nak tanya sesuatu?" soal Iffa pada Izara.

"Boleh."

"Dah berapa bulan?" soal Iffa lagi pada Izara sambil jari telunjuknya ditunding pada perut besar Izara.

"Alhamdulilah, dah enam bulan. Tapi kenapa Cik Iffa tanya?" soal Izara, pelik.

"Dulu, saya pun ada anak. Tapi dah gugur lepas saya accident dengan suami saya. Saya kehilangan dua nyawa dalam satu masa. Sebab tulah saya minta kerja dekat hotel ni supaya saya tak rindu sangat dekat dia orang." jawab Iffa seraya tersenyum pahit.

"Maaf sebab tanya. Saya tak tahu pula." Ucap Izara, serba salah.

"Tak apa." balas Iffa. "Terima kasih sebab tunjukkan saya pejabat saya." Ucap Iffa pula.

"Sama-sama, Cik Iffa."

"Tak payahlah nak ber, cik bagai. Panggil je saya Iffa."

"Okey." Izara tersenyum.

"CIK Iffa." Izara mengetuk pintu pejabat Iffa dari luar.

"Masuk." Arah Iffa pada Izara. "Kenapa Izara?"

"Bos panggil Cik Iffa." jawab Izara.

"Kan saya dah pesan? Tak payah panggil 'Cik Iffa'. Panggil je saya IFFA." Balas Iffa sambil menekan perkataan 'Iffa'.

"Tapi , sekarang ni waktu kerja dan saya kena panggil Cik Iffa sebagai Cik Iffa. Kalau bukan waktu kerja, saya akan panggil Iffa." balas Izara pula.

"Okey." Iffa tersenyum. "Dekat mana pejabat bos?" tanya Iffa.

"Mari, saya tunjukkan."

"INI, ialah pejabat bos. Cik Iffa boleh masuk dalam. Bos dah tunggu. Saya minta diri dulu." Pinta Izara seraya kakinya segera melangkah pergi dari situ.

TOK! TOK! TOK! Iffa mengetuk pintu pejabat.

"Masuk." Suara garau seseorang menjawab dari dalam membuatkan jantung Iffa berdebar hebat. Bagai dia kenal suara itu. Tapi tak mungkinlah! 'Kenapa bos panggil aku?'

Tangan Iffa naik memulas tombol pintu pejabat seraya kakinya perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam pejabat.

"Hai Dina!" Sapa Rayyan dengan riang sebaik sahaja Iffa telah masuk ke dalam pejabatnya.

Wajah Iffa yang tadinya manis kini berubah tegang sebaik sahaja matanya disapa dengan wajah ceria Rayyan. Hatinya kini sakit menahan marah yang akan diletuskan pada bila-bila masa sahaja. Mencerlung mata Iffa memandang Rayyan dengan pandangan tajam.

"Kau buat apa dekat sini?! Mana bos aku?!" tanya Iffa dengan nada yang telah naik seoktaf.

"Akulah bos kau. Bos Hotel Y&K. Yan dan Karl." Rayyan tersenyum ceria sehingga menampakkan lesung pipitnya.

"Kau? Kau bos hotel Y&K? Kalau macam tu aku berhenti sekarang juga!" balas Iffa. Marahnya semakin membuak-buak selepas mendapati bahawa Rayyan adalah bos tempatnya berkerja.

"Tapi kau dah tandatangan yang kau akan berkerja dengan Hotel Y&K selama tiga tahun. Kalau kau nak berhenti juga, kau kena bayar lima belas ribu. Macam mana?" Mata Rayyan merenung tepat ke arah wajah tegang Iffa. 'Comel' Getusnya dalam hati.

Enjoy your reading (:

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience