DC 4 : Terbongkar

Drama Completed 34715

"Saya harap awak faham." Setelah memahamkan dan memujuk Farina, Raykarl berharap agar Farina bersetuju untuk bertunang dengannya.

"Awak yang tak faham sekarang ni! Saya tak nak!" Bentak Farina.

"Tapi...kenapa? Kalau awak tak nak tak apalah." Raykarl mengalah. Pesan mamanya, Calina, masih berlegar-legar di dalam otaknya. Mamanya pesan supaya jangan paksa Farina untuk menerimanya.

"Farina?" Seorang lelaki datang menghampiri Farina dan Raykarl. Dia merenung wajah Farina yang mulai pucat dan gelabah. "Apa yang you buat dekat sini, tunang I...?" Lelaki itu tersenyum sinis usai menyebut perkataan terakhir itu. Dia tahu Farina bercinta dengan Raykarl tetapi bertunang dengannya.

"Tunang? Maafkan saya, Encik ni siapa?" soal Raykarl tenang sedangkan dalam hati, dia sudah mulai resah.

"I tunang Farina, girlfriend you. You dah kena tipu dengan Farina. Farina memang cintakan you tapi dia bertunang dengan I. I tak nak bersubahat dengan Farina lagi. Keluarga Farina tak tahu pasal kau orang berdua."

Raykarl masih tetap tenang selepas tunang Farina memberitahunya hal yang sebenar. Hanya hatinya sahaja yang sakit tapi tidak otaknya. Dia masih boleh berfikir dengan waras.

Tapi bukan Farina, dia dah mati kata. Farina dah gelabah habis. Dia tahu Raykarl jenis lelaki yang sabar tapi dia tak pasti kalau tentang hal ni Raykarl masih boleh bersabar.

Raykarl bingkas berdiri. Dia merenung wajah Farina yang kian pucat seketika. "Thank you atas segalanya Ika Farina. Memang betul lah keputusan saya untuk putus dengan awak dua hari lalu dan dua hari lalu kita dah takde apa-apa. Sekarang ni, saya berdiri di depan awak sebagai seorang kawan. Saya minta diri dulu. Saya harap hanya saya lelaki yang kena tipu oleh awak. Jangan buat macam ni lagi Farina." Usai berkata sedemikian, kaki Raykarl perlahan-lahan melangkah pergi dari situ.

Sampai sahaja dia di keretanya, dia terus masuk ke dalam perut kereta dan dia menangis sepuas hati mengeluarkan rasa sakit yang terpendam di lubuk hati.

"SO, Karl okey? Mama tahu Karl kuat. Sabar okey. Karl ingatkan pesan mama? Sesuatu yang ditakdirkan untuk kita takkan jadi milik orang lain dan sesuatu yang bukan milik kita takkan pernah jadi milik kita walau kita berusaha macam mana sekalipun untuk dapatkannya." Pesan Calina pada Raykarl setelah Raykarl menceritakan segalanya padanya.

Dia tahu Raykarl kuat dan sabar.

"Thank you mama. Karl okey. Lepas, menangis tadi Karl rasa lebih baik."

"Semua yang terjadi ni ada hikmah, okey?" Satu kucupan dilabuhkan ke atas dahi Raykarl.

"FEEL better?" soal Isya pada Iffa selepas Iffa makan ubat.

Iffa menganggukkan kepalanya dalam keadaan yang sangat lemah. Hatinya masih berasa sakit selepas dia tahu yang Aidil menipunya selama ini.

"Mummy tak nak tanya kenapa Ir jadi macam ni tapi bila Ir dah sedia suatu hari nanti, tolong bagitau mummy. Ir ni lah satu-satunya anak mummy. Mummy takde anak lagi selain dari Ir dan mummy perlu tahu apa yang berlaku pada Ir." Pesan Isya pada Iffa membuatkan hati Iffa tersentuh. Kalau lah dia dengar cakap mummynya dulu jangan bercinta dengan Aidil tapi semuanya dah terlambat. Sekarang dia faham kenapa Aidil belum bersedia nak halalkan dia.

TOK! TOK! TOK! Ketukan di pintu bilik Iffa mengalihkan pandangan Isya dan Iffa. Pintu dikuak dan terjengul wajah Iryan.

"Aidil, datang. Dia cari Ir." Beritahu Iryan, kemudian, dia melangkah keluar dari bilik Iffa.

"Ir nak jumpa Aidil ke? Tak payahlah." Halang Isya apabila melihat Iffa mulai bangun dari pembaringan.

"Mummy nak tahu kan sebab apa Ir jadi macam ni? Kalau mummy nak tahu, jom ikut Ir." Iffa menarik tangan Isya mengikutinya sehingga turun ke ruang tamu.

"Ada apa you nak jumpa I?" soal Iffa pada Aidil dengan pandangan tajam sambil berpeluk tubuh. Dihiraukan sahaja tubuh badannya yang lemah saat ini.

"I... can explain. Apa yang perempuan tu cakap tak betul!" Aidil semakin menghampiri Iffa.

"Jadi you dah tahulah apa yang jadi? Sampai bila you nak tipu I? Sepuluh tahun lagi? Ke seratus tahun lagi? Rahsia you dah terbongkar. Mulai hari ni kita putus dan you jangan jumpa I lagi!" Bentak Iffa yang mulai naik geram.

"Tapi you tetap akan jadi milik I! Kita boleh kahwin. You boleh jadi isteri kedua I. I tak cintakan pun isteri I tu!" Baru sahaja tangan Aidil ingin meraih tangan Iffa namun, Iryan lebih cepat menghalang dan badan Iryan ditolak oleh Aidil hingga jatuh ke atas lantai.

"Papa!" Iffa mendapatkan Iryan yang terbaring di atas lantai.

"WOI." Satu suara garau menyergah Aidil lantas mengalihkan pandangan Isya, Iffa dan Aidil.

"Kau siapa?!" Aidil bertanya pada seorang lelaki yang baru sahaja masuk ke dalam rumah Iryan. "Ehh, kejap."

"Aku bakal suami Iffa Irdina."

Enjoy your reading ^~^ Dua² dah terbongkar agak-agaknya apa nasib Raykarl dan Iffa nnti?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience