"Are you okay, Karl?" Soal Calina pada Raykarl apabila melihat Raykarl memicit kepalanya dan tangan Raykarl naik menarik-narik rambutnya sendiri. Dia cukup risau akan Raykarl, anak lelakinya.
"Yes. I'm okay, mama." Jawab Raykarl perlahan tapi masih dapat didengari oleh Calina.
"But seem you are not okay. Why? Karl gaduh dengan Farina lagi ke?" Sekilas ikan di air dia dah tahu jantan betinanya, begitu jugalah apabila dia melihat Raykarl dalam keadaan serabut. Tak lain tak bukan, mesti bergaduh dengan Farina.
"Yes, mama." Akhirnya, Raykarl mengaku. Hanya mamanya tempat dia meluah selain daripada Allah.
"Why? Tell me." Calina telah selamat melabuhkan punggungnya ke atas sofa di sebelah Raykarl.
"Karl cakap dekat Farina yang Karl dah bagitau mama dan baba pasal kami dan hari sabtu ni mama dan baba nak masuk meminang Farina itupun, kalau Farina setuju. Lepastu, Farina tanya kenapa tak tanya dia. Karl, jawablah sebab tulah Karl tanya dia dan Karl cakap yang Karl dah tak sanggup nak teruskan hubungan yang salah ni." Luah Raykarl sedikit lega selepas dia meluahkan pada mamanya, Calina.
"And then? Farina marah? So, Karl dan dia dah putus?" Teka Calina.
"Yes, mama. Farina cakap Karl tak payah jumpa dia lagi kalau tak Karl takkan jumpa dia lagi dah lepasni sampai bila-bila."
"So, apa yang Karl nak buat sekarang?" Tangan Calina meraih tangan milik Raykarl dan diusap perlahan memberi kekuatan pada Raykarl. Dia tahu Raykarl mampu lalui pergaduhan kali ini kerana ini bukan kali pertama Raykarl bergaduh dengan Farina.
"Karl... buntu mama. Kali ni kami gaduh besar. Bukan macam selalu." Raykarl meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya.
"Ikut kata hati Karl dan fikir betul-betul apa yang perlu Karl lakukan seterusnya. Hati perempuan ni cepat terluka. Cepat sentap. Mama rasa Farina belum faham lagi apa yang Karl cuba beritahu. Setakat ni, bagi Farina tenangkan diri dulu. Lepastu, baru slow talk dengan Farina. Mama yakin dia akan faham kalau Karl slow talk dengan dia guna cara baba." Balas Calina kemudian dia ketawa apabila mengeluarkan ayat yang terakhir itu.
Raykarl juga turut terketawa. Ceria terus dia. Mama dia tahu cara untuk menggembirakan dia semula selepas dia merasakan yang dia buntu untuk memujuk Farina.
"Dengan cara baba?" Sekali lagi Raykarl ketawa. Dia faham apa maksud mamanya. Kalau mama merajuk babanya akan memujuk dengan cara slow talk dan bercakap pun dah habis lembut kalah ais krimmm yang cair tu! Betul cakap mamanya, dia selalu memujuk Farina dengan slow talk tapi guna cara babanya, iaitu bercakap dengan perempuan tapi kena lembut dan hati-hati.
"Ummi?" Kaki Ridzuan segera melangkah menghampiri Calina dengan kelam kabut. Serba salah dia dibuatnya. Tadi semasa di pejabat dia tak sedar yang angka jam dah bertukar ke jam satu petang. Dia berjanji dengan Calina untuk pulang pada jam dua belas tengahari tapi dia dah terlambat satu jam. Mesti Calina akan merajuk.
Calina memusingkan kepalanya dari dipandang Ridzuan. Muncung sedepa dikeluarkan. 'Ummi' ialah panggilan manjanya yang diberikan oleh Ridzuan dari awal-awal mereka nikah.
Raykarl menahan ketawanya dari pecah apabila melihat aksi itu. "Erm... mama, baba Karl naik dulu tau. Bye. Good luck baba." Bisik Raykarl perlahan pada Ridzuan sebelum kakinya melangkah naik ke atas dan masuk ke dalam biliknya.
"Ummi, baba minta maaf tau. Baba tahu baba salah. Baba tak sedar dah jam satu petang." Dengan menggunakan cara slow talk, suaranya pun dah habis lembut. Dia sangat berhati-hati dalam memujuk Calina isteri tercintanya. Takut Calina terasa hati lagi. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggungnya ke atas sofa di sebelah Calina.
Kepalanya dialihkan semula memandang Ridzuan dan matanya kembali menatap wajah milik Ridzuan, suaminya. Sepasang mata milik Ridzuan juga turut menatap wajah manis dan comel milik Calina. "I'm sorry. Jangan marah lagi tauu..." Tangan Ridzuan naik mengusap lembut pipi Calina yang putih bersih.
Calina tersenyum. Sungguh dia cair bila Ridzuan memujuk begitu. Dia mengaku mereka masih bercinta. Tapi percintaan mereka halal kerana mereka bercinta selepas nikah dan sekarang ini dah nak masuk umur empat puluh dua tapi dia masih terasa seperti baru umur sembilan belas tahun.
"Kan bagus macam tu? Senyum. Manis je wajah ummi." Ridzuan tersenyum memandang wajah Calina yang mulai naik merah.
"Jadi, selama ni wajah ummi tak manis ke kalau tak senyum?" soal Calina sengaja mengusik Ridzuan.
"Manis. Tapi kalau senyum lagi manisss kalah gula yang ummi selalu suruh baba beli!" Jawab Ridzuan bersungguh-sungguh.
"Baba..." Meleret suara Calina memanggil Ridzuan.
"Yes?" Soal Ridzuan seraya tangannya perlahan-lahan menarik kepala Calina dan dilabuhkan ke atas bahunya.
"I love you." ucap Calina pada Ridzuan. Dalam sehari mau berkali-kali mereka berdua mengatakan cinta pada satu sama lain.
"I love you too." balas Ridzuan.
Secara tidak sengaja Camelia anak mereka yang bongsu ternampak aksi itu semasa turun dari tangga. Ternaik-naik kedua-dua bahunya saat melihat mama dan babanya mengatakan cinta pada satu sama lain. Geli-geleman dia dibuatnya.
"Camy?" Ridzuan menegur Camelia saat ternampak anak perempuannya yang baru sahaja melangkah ke pintu rumah. Nak keluar agaknya. "Camy nak pergi mana?"
"Nak keluar sekejap jumpa kawan." jawab Camelia seraya kakinya melangkah menghampiri Calina dan Ridzuan yang sedang bermanja. Geli dia!
"Nak keluar jumpa kawan? Lelaki ke perempuan?" Tanya Calina selepas Camelia menyalami tangannya. Dia bukan nak menghalang Camelia berjumpa kawan tapi dia akan lebih mengambil berat tentang anak perempuannya dari anak-anak lelakinya. Kalau anak-anak lelakinya dia tak risau kerana anak-anak lelakinya pandai jaga diri.
"Perempuan." Jawab Camelia selepas menyalami tangan Ridzuan. "Camelia balik jam empat tau. Bye ma, ba. Assalamualaikum." Usai memberi salam kakinya menapak ke arah pintu rumah dan melangkah keluar dari rumah.
"SORRY pasal mummy I tadi." ucap Iffa pada Aidil selepas Isya telah keluar dari kafenya.
"Tak apalah, I tak kisah. Dah biasa kena macam tu dengan mummy you. Tapi kan... kenapa mummy you tak suka I?" soal Aidil pelik bertambah hairan.
"I don't know." Jawab Iffa seraya mengangkat kedua-dua bahunya. Dia pun tak tahu kenapa mummynya begitu tak sukakan Aidil.
"Mummy you tu boleh tahan pedas juga kan mulut dia?" soal Aidil lagi sedikit mengguris hati Iffa.
Iffa tersenyum hambar. Walau macam mana pun Isya tetap mummynya. Isya tetap mummynya yang mengandungkannya selama sembilan bulan dan melahirkannya.
Deringan telefon menyentakkan lamunan Iffa. Deringan telefon itu dari telefon milik Aidil. Tangan Aidil segera menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan telefonnya. Dia menyambungkan panggilan itu seraya kakinya melangkah pergi dari situ.
Iffa tidak pelik kerana selama tujuh tahun mereka bercinta kalau ada apa-apa panggilan mesti Aidil akan pergi jauh sedikit darinya untuk bercakap dengan si pemanggil.
Tidak lama kemudian, Aidil datang menghampiri Iffa. "I have to go. Bye, sayang. See you tonight." Tanpa sempat Iffa membalas Aidil telah pun pergi dari kafenya.
Iffa mengeluh. Inilah sikap Aidil yang tak pernah berubah. Suka sangat berahsia darinya.
"MACAM mana dengan Iffa? Lama I tak nampak anak perempuan you tu. Dulu, lepas balik sekolah Iffa selalu datang sini jumpa dengan Camy." soal Calina pada Isya, sahabat baiknya dari zaman sekolah.
Isya tersenyum pahit. Dia mengeluh sebelum menjawab soalan Calina. "Entahlah. Iffa dah banyak berubah sejak dia belajar di luar negara. Bila balik Malaysia dia bagitau I dan Iryan yang dia dah ada boyfriend."
"Boyfriend dia orang luar negara?" soal Calina lagi. Dia tak berminat sangat nak ambil tahu hal orang. Tapi disebabkan Isya sabahat baiknya dan selalu meluah padanya dia hanya mengambil berat.
"Tak. Boyfriend dia orang Malaysia tapi yang lagi mengejutkan I, Iffa cakap dia dah bercinta dengan boyfriend dia dari umur 16 tahun. I... tak suka boyfriend dia tu. Iffa muda lagi baru umur dua puluh dua tahun tapi dia dah terikut-ikut budaya luar negara. I risau." balas Isya meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Iffa ialah satu-satunya anaknya mana dia tak risau.
"Bawa bersabar Isya, kalau ada apa-apa yang I boleh tolong, You bagitau je I. In Syaa Allah, I dapat tolong you." Tangan Calina naik mengusap-usap belakang badan Isya.
"Tolong kahwinkan anak you dengan Iffa boleh?"
Enjoy your reading (:
Share this novel