DC 53 : Epilog (Derita Cinta)

Drama Completed 34715

Rayyan tersenyum tatkala melangkah masuk ke dalam kereta bersama dengan bungkusan kotak segi empat sama yang berisi kek coklat berada di tangannya.

"Alhamdulillah." Rayyan menutup pintu kereta dan enjin dihidupkan. Hatinya tidak sabar ingin melihat riaksi Iffa apabila mendapat kek coklat yang diidamkan. Wajah ceria dan senyuman manis Iffa mula terbayang di benaknya.

Kereta Rayyan mula bergerak menuju ke rumahnya dan tidak lama kemudian, telinganya menangkap bunyi deringan telefonnya. Tangan kiri Rayyan segera mencapai telefon sementara sebelah tangannya kekal di stereng kereta.

Bibirnya mengukir senyuman tatkala nama 'My Love' menyapa pandangannya. "Assalamualaikum." Rayyan segera menjawab panggilan telefon.

"Waalaikumussalam." Kedengaran suara lunak isterinya menjawab salam di talian. "Hubby dah beli kek coklat? Kalau tak jumpa kek coklat tak payah beli. Hubby balik je terus."

Lagi-lagi Rayyan tersenyum mendengar suara isterinya. Entah mengapa hati dia begitu rindu ingin melihat wajah bidadari yang menghuni hatinya sedangkan baru setengah jam dia keluar pergi mencari kek coklat.

"Hubby dah jumpa dah pun. Hubby on the way nak balik rumah sekarang ni. Love tunggu sekejap dekat rumah tau nanti kita makan sama-sama." balas Rayyan.

"Oh ya ke? Thank you, hubby. I love you so much!" Suara Iffa kedengaran teruja dan Rayyan bahagia mendengarnya.

"I love you too forever."

BAM! BAM!

"IFFA sabar ya sayang." Calina cuba memujuk Iffa walaupun saat ini hatinya juga turut gundah gulana risau akan keadaan Rayyan yang sedang berada di dalam wad kecemasan.

Iffa hanya mendiamkan diri sahaja. Suara Rayyan mengucapkan 'I love you too forever' padanya dan bunyi kereta Rayyan dilanggar masih jelas di telinganya. Dalam hatinya tak henti-henti mendoakan Rayyan selamat.

Tidak lama kemudian, doktor yang bernama 'Khairul' keluar dari wad kecemasan dan melangkah ke arah mereka yang sedang menunggu dengan debaran.

"Doktor! Macam mana keadaan suami saya?" Iffa masih menahan air matanya dari jatuh. Dia percaya pada Allah bahawa suaminya baik-baik sahaja.

Doktor Khairul jatuh simpati melihat keadaan seluruh keluarga yang sedang menunggu jawapannya. Hal ini telah beberapa kali dialaminya sebelum ini.

"Saya minta maaf tapi saya harap sangat Puan sekeluarga kuat hadap ujian yang Allah beri ini." Usai berkata sedemikian Doktor Khairul melangkah pergi dari situ.

Terasa jantungnya seakan berhenti saat mendengar jawapan yang keluar dari mulut Doktor Khairul. Lututnya terasa lemah. Hatinya meronta tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Iffa menelan air liur sekejap sebelum berlari masuk ke dalam wad kecemasan. Langkah kakinya terhenti di hadapan mayat... suaminya. Rayyan Ridzuan.

Iffa melangkah setapak lagi mendekati mayat Rayyan. Air mata yang berusaha ditahan akhirnya laju membasahi pipinya. "Tak!" Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. "Hubby bangun sekarang! Hubby main-main je kan ni?! Hubby bangun lah! Tak baik hubby buat love macam ni! Hubby kan dah janji nak makan kek coklat sama-sama dengan love." Mayat Rayyan segera dia peluk sambil melepaskan tangisan hiba.

Calina turut sama menangis. Dia segera melangkah keluar dari wad. Tak sanggup dia melihat keadaan Iffa yang baru sahaja kehilangan suami merangkap... anak sulung lelakinya.

TAPAK tangannya naik mengusap perlahan perutnya yang sedang mengandungkan anaknya dan arwah suami keduanya. Rayyan Ridzuan.

Fikirannya mengimbau kembali kenangan dia bersama dengan arwah suaminya.

(IMBAS KEMBALI)

"Hubby kalau anak kita girl hubby nak letak nama apa?" tanya Iffa pada Rayyan yang sedang bermain-main dengan rambutnya. Saat ini dia sedang bersandar di dada Rayyan.

"Apa-apa je. Hubby tak kisah kalau love yang pilihkan." jawab Rayyan.

"Kalau macam tu love nak letak nama... Izzati Raisya. Sedap tak nama tu?" balas Iffa.

"Sedap. Pandai love pilih nama." Puji Rayyan serentak jarinya mencubit manja pipi Iffa. "Kalau boy pula?"

"Rayzal Imran." jawab Iffa bersama senyuman manis.

"Sedap!" Rayyan turut tersenyum sama.

(IMBAS KEMBALI TAMAT)

"Love rindu hubby." Sedih hatinya apabila mengenangkan nasib anaknya yang tidak sempat bertemu dengan ayah kandungnya.

"MAMA nanti kuburkan Iffa dekat sebelah kubur arwah hubby tau." Dengan air mata yang mengalir Iffa pinta.

"Iffa kena kuat jangan cakap macam ni. Kesian baby. Baby pun nak jumpa ibu dia." Pujuk Calina. Dia tahu menantunya kuat untuk lalui kesakitan ini.

"Sakit mama, Camy. Iffa sakit. Kan bagus kalau hubby ada sekarang ni. Teman Iffa bersalin." Adu Iffa bersama air mata yang tak henti-henti mengalir.

"Sabar Iffa. Kau kena redha aku tahu kau kuat." Pujuk Camelia pula.

"Mama dan Camy nak tau tak? Arwah hubby dan Iffa dah cadang nak beri nama pada baby girl Izzati Raisya dan kalau boy pula Rayzal Imran. Sedap kan nama tu? Iffa yang pilih, hubby pun puji sedap." Iffa tersenyum tawar tatkala kenangannya bersama Rayyan menerjah ke fikiran.

TIGA TAHUN KEMUDIAN,

"COMELNYA cucu-cucu opah dan atuk." Ridzuan dan Calina tersenyum melihat cucu-cucu mereka yang sedang mereka pangku.

Rayyan dan Iffa mendapat anak kembar. Anak lelaki, Rayzal Imran dan anak perempuan Izzati Raisya sesuai dengan nama yang diberitahu Iffa sebelum Iffa melahirkan anak dan... meninggal dunia.

"Baba, mama jom kita bergambar sama-sama. Fikri dah tunggu dekat luar tu." Ajak Camelia. Fikri dan Camelia telah diijabkabulkan setahun yang lalu dan kini Camelia sedang mengandungkan anak pertama mereka berdua.

Kehilangan dua insan yang mereka semua sayangi sungguh memilukan hati mereka namun mereka juga gembira kerana cinta dan kasih sayang Rayyan dan Iffa Irdina sehingga akhir hayat mereka berdua dan selamanya.

                                         -TAMAT-

Alhamdulilah, dpt update lagi Happy reading guys, dan hi kepada new followers Thank you, sbb sudi follow Hana dan baca novel Hana

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience