DC 34 : Hajat

Drama Completed 34715

DUA HARI KEMUDIAN,

"Love?" Perlahan-lahan, mata Rayyan terbuka. Kepalanya ditolehkan ke kanan dan kiri namun tiada sesiapa di sebelahnya. Dia hairan. Rayyan bingkas turun dari katil dan berjalan ke arah bilik air.

"Love? Love?" Bilik air bergema kuat kerana ketukannya.

Sepi. Tiada langsung suara isterinya menyahut.

"Love?!" Kaki Rayyan laju berlari keluar dari biliknya dan turun tangga. Dia menapak ke arah ruang tamu.

Sunyi. Tiada sesiapa yang berada di ruang tamu dan keadaan di ruang tamu pun masih kelihatan sama seperti semalam.

Berlapis-lapis dahinya apabila orang yang dicarinya tidak ditemui. "Love?!" Sekali lagi suara garaunya memanggil isterinya, Iffa Irdina.

"Love..." Rayyan terduduk lemah di atas lantai. "Mana love pergi? Love tinggalkan hubby ke?" Tangannya naik menarik-menarik rambutnya. Satu-persatu air mata mengalir mula keluar dari matanya.

"Hubby? Ya Allah, kenapa ni?" Laju kaki Iffa melangkah mendekati Rayyan dan ditariknya Rayyan masuk ke dalam pelukan apabila ternampak wajah suaminya, dibanjiri dengan air mata.

Rayyan membalas pelukan Iffa dan dieratkan lagi. "Love pergi mana? Kenapa tinggalkan hubby?"

"Love tak pergi mana-mana pun lah. Love kemas-kemas sikit je di dapur sebab esok kan kita dah nak ke Paris. Love takkan sesekali tinggalkan hubby." Pelukan mereka berdua dileraikan dan tangan Iffa naik memegang kedua-dua belah pipi Rayyan. "Don't worry, I will always be with you hubby." Satu kucupan dilabuhkan ke dahi Rayyan dengan penuh kasih sayang dan cinta.

"Arrr!" Secara tiba-tiba Rayyan mencempung badan Iffa.

"Hubby nak bawa love pergi mana?" soal Iffa terkejut apabila Rayyan tiba-tiba sahaja mencempung badannya.

"Teman hubby mandi." jawab Rayyan pendek. "Sebagai balasan love buat hubby nangis tadi."

"HUBBY!" Iffa memusingkan badannya ke belakang menghadap Rayyan dengan panahan mata tajam. Suka hati je suaminya buka ikatan sanggulnya setelah dia berusaha sedaya upaya menyanggulnya semula.

"Okey, okey, sorry." Tangan Rayyan naik memaut pinggang Iffa dan menarik Iffa duduk di atas pahanya. Getah rambut Iffa diambil dari tangan Iffa dan disanggulnya. "Cantiknyaa isteri hubby ni." Puji Rayyan seraya satu kucupan dilabuhkan ke pipi Iffa dan dagunya dilabuhkan ke atas bahu Iffa. "I love you."

"I love you too, hubby." Tangan Iffa naik merangkul leher Rayyan. "Kenapa suami love ni handsome sangat?"

"Kalau tak handsome takdenya love nak jatuh cinta dekat hubby." jawab Rayyan sambil melagakan dahinya dan dahi Iffa.

"Haah, betul juga kan? Hati ni dah berkali-kali jatuh cinta dekat hubby. Tak terkira rasanya." balas Iffa pula seraya ketawa kecil.

"Tak terkira? Love hubby ada nak bagitau sesuatu ni." Beritahu Rayyan dengan nada yang serius.

"Apa?" Wajah serius Rayyan dipandang sambil menanti jawapan bersama dengan degupan jantungnya yang laju.

"Kalau love duduk je lama-lama dekat paha hubby ni tak tergerak lah kita ke airport." Rayyan ketawa kecil sambil menurunkan Iffa dari pangkuannya. "Love bersiap hubby tunggu dekat bawah."

"Okey hubby."

BEBERAPA MINIT KEMUDIAN,

"Love belum siap lagi ke?" Kaki Rayyan dibawa mendekati ke arah Iffa yang sedang berdiri di depan cermin. Kebas kakinya menunggu Iffa dari tadi.

"Dah, nak siap dah ni." jawab Iffa sambil memusingkan badannya ke belakang menghadap Rayyan yang sedang menunjukkan reaksi pasrah.

"Jom, nanti lambat pula kita."

"Tunggu kejap!" Iffa menghalang Rayyan dari terus melangkah. Iffa tersenyum sambil tangannya memeluk lengan Rayyan erat dan kaki mereka berdua mula melangkah keluar dari bilik.

MATA Rayyan perlahan-lahan terbuka dan benda pertama yang menyapa pandangannya ialah wajah penat Iffa. Mereka berdua telah sampai Paris dan terus ke Plaza Tour Eiffel.

Sampai sahaja di sana baik, Iffa atau Rayyan segera melelapkan mata setelah hampir enam belas jam berada di dalam kapal terbang.

Rayyan bingkas bangun dari pembaringan dan beralih ke posisi duduk. Kakinya dibawa turun dari katil dan menuju ke arah balkolni mereka.

Angin segar menyapa tubuh badannya. Dari jauh dapat dia lihat Eiffel Tower yang tersergam indah di Ibu Negara Perancis, Paris. Memang tak silap lah dia pilih Bandar Paris sebagai tempat bulan madu untuk mereka berdua!

"Hubby..." Iffa yang baru sahaja terjaga dari tidur segera mendapatkan Rayyan yang sedang tersenyum bahagia melihat Eiffel Tower dari balkolni mereka.

"Dah bangun dah?" Ditariknya Iffa yang baru sahaja sampai ke dalam pelukannya.

"Esok kita pergi Eiffel Tower nak? Love nak tengok Eiffel Tower depan-depan." Beritahu Iffa pada Rayyan dengan bersungguh-sungguh.

"Okey, love. Lepastu, nak jalan pergi mana lagi?" tanya Rayyan pula.

"Tak tahu. Hubby yang cadangkan Paris sebagai tempat honeymoon kita kan, jadi hubby takde ke nak pergi mana-mana tempat?" Wajah kacak Rayyan dipandang sambil menanti jawapan.

"Hubby dah plan dah pun nak pergi mana. So, love tak kisahlah kalau kita pergi mana-mana?"

"Tak. Love ikut hubby je." jawab Iffa seraya matanya dialihkan memandang Eiffel Tower.

"Best kan?" Dagu Rayyan dilabuhkan ke atas bahu Iffa sambil angin sepoi-sepoi menyapa tubuh badan mereka berdua.

Iffa menganggukkan kepalanya perlahan tanda setuju. "Thank you, hubby sebab bawa love pergi honeymoon dekat sini. Akhirnya, tercapai juga hajat love nak datang sini dengan hubby." Tangan Rayyan yang melingkar di perutnya digenggam erat.

"Sama-sama, love memang dah berhajat nak datang sini dengan hubby ke?" soal Rayyan sambil membalas genggaman tangan Iffa.

"Haah, only with you."

Jawapan Iffa membuatkan Rayyan tersenyum sampai telinga.

"GOOD morning love." Ucap Rayyan pada Iffa yang baru sahaja melangkah ke balkolni mereka berdua.

"Jom breakfast." Ajak Rayyan pada Iffa semasa Iffa melabuhkan punggungnya ke atas kerusi.

"Wow, breakfast apa ni?" Mata Iffa memandang makanan dan minuman di atas meja dengan penuh minat.

"Makanan, coklat cannoli. Minuman pula, hot chocolate for love and fruit juice for hubby. Enjoy your breakfast." Ucap Rayyan sekaligus menjawab pertanyaan Iffa tentang makanan dan minuman di hadapan mereka.

Usai membaca bismillah dan diakhiri dengan doa makan tangan Iffa naik menyuapkan coklat cannoli ke dalam mulutnya. Dia tersenyum ceria apabila rasa sedap mengenai lidahnya. "Ermm, sedap!" Gelas yang berisi air coklat panas pula dihirup sedikit olehnya.

"Sedap? Semua hubby ambil makanan dan minuman perisa favorite love."

"Thank you, hubby. Sedapnyaa!" Senyuman ceria menghiasi bibir Iffa. Makan dan minum sambil melihat pemandangan Eiffel Tower sungguh menakjubkan! Tambahan lagi dengan angin yang sepoi-sepoi menyapa tubuh badan mereka.

"Lepasni, love bersiap tau kita nak pergi tengok Eiffel Tower." Pesan Rayyan pada Iffa yang sedang menikmati makanan dan minuman perisa kegemarannya.

Iffa menganggukkan kepalanya sedikit tanda faham akan pesan Rayyan.

Happy reading guys

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience