DC 17 : Imbas Kembali

Drama Completed 34715

"Ir." Iryan melangkah masuk ke dalam bilik Iffa.

"Ada apa papa?" tanya Iffa.

"Ada orang nak jumpa Ir. Dia cakap nama dia Rayyan. Pergilah, jumpa dia. Dia ajak Ir keluar jalan-jalan." jawab Iryan

"Papa bagi Ir keluar dengan dia?" tanya Iffa lagi.

"Bagi. Pergilah, tapi jangan balik lambat. Balik sebelum jam lima petang. Faham?" Pesan Iryan.

"Faham, pa."

"AKU ada beli air nescafe. Kau nak perisa apa? Mocha atau Latte?" soal Rayyan pada Iffa semasa mereka berdua sedang duduk di atas bangku di taman.

"Saya nak..."

"Ehh, kejap! Biar aku teka." Rayyan diam seketika. "Mocha?" Teka Rayyan.

Iffa tersenyum. "Haah."

"Nahh!" Air tin nescafe berperisa mocha bertukar tangan.

"Thank you Ray." Ucap Iffa seraya memandang tepat ke arah Rayyan.

Rayyan terkedu kemudian dia tersenyum. "Sama-sama Dina."

"Kau tak payahlah nak ber, saya. Kau buat macam biasa je, kau dan aku. Macam tu!" Pesan Rayyan.

"Okey." Balas Iffa, senyuman manis masih mekar di bibirnya.

"Hujan lah!" Tegur Rayyan apabila kepalanya terasa seperti basah. Rayyan bingkas berdiri. Dari renyai-renyai hujan semakin lebat. Rayyan bangun dan berpusing-pusing di situ sambil mendongakkan kepalanya ke atas dengan menutup mata.

Iffa memandang Rayyan pelik, kemudian dia tersenyum. "Kau suka hujan?"

"Suka." Jawab Rayyan sambil menghampiri Iffa. "Kau?"

"Suka." Iffa menganggukkan kepalanya sedikit.

"So kau nak tak...?" Rayyan menyoal sambil menggerakkan badannya seperti menari. "Dengan aku?"

Iffa menganggukkan kepalanya perlahan. Kemudian, tangannya naik menyambut huluran tangan Rayyan dan mereka berdua menari bersama-sama di dalam hujan dengan penuh gembira.

"SEJUK?" tanya Rayyan semasa mereka berdua sedang dalam perjalanan pulang ke rumah Iffa. Hujan sudah berhenti dari tadi.

Iffa menganggukkan kepalanya perlahan. Menggigil tubuh badannya ketika ini. Dia berpeluk tubuh untuk mengurangkan rasa kesejukan sedikit.

"Nahh." Tangan Rayyan pantas memakaikan Iffa jaketnya tanpa bertanya pada Iffa.

"Thank you. Tapi... nanti macam mana aku nak pulangkan?" soal Iffa.

"Nanti kita jumpa lagi kau pulangkan lah." balas Rayyan, selamba.

Iffa tersenyum mendengar jawapan dari Rayyan.

Mata Rayyan melirik ke arah Iffa. Rayyan seakan terpaku apabila matanya disapa dengan lesung pipit Iffa. Iffa kelihatan bertambah manis dan comel apabila ada lesung pipit. "Kau ada lesung pipit?"

"Haah. Kenapa?" tanya Iffa pula.

"Comel." jawab Rayyan membuatkan jantung Iffa berdegup kencang. "Comel sangat." Puji Rayyan lagi.

Pipi Iffa mulai naik kemerah-merahan. Iffa sembunyi senyum mendengar pujian dari Rayyan.

"Kau pun kena denda juga?" soal Rayyan pada Iffa apabila ternampak Iffa sedang berdiri di hadapan kolam renang.

"Haah. Aku sampai sekolah lambat." jawab Iffa seraya mengeluh kecil. Rayyan mahupun Iffa, masing-masing di denda membersihkan seluruh kawasan kolam renang.

Beberapa minit kemudian,

"Arr!" Iffa terjerit kecil apabila secara tidak sengaja kakinya tergelincir dan terjatuh masuk ke dalam kolam renang.

"Dina!" Rayyan yang melihat itu segera berlari mendapatkan Iffa dan melompat masuk ke dalam kolam renang. Pinggang Iffa dipaut dan dibawa ke tangga yang berada di situ dan tanpa sedar tangan Iffa merangkul leher Rayyan.

"Kau okey tak?" Wajah Iffa dipandang dengan riak risau.

"Okey, thanks." jawab Iffa seraya ketawa kecil.

"Kenapa kau ketawa?" soal Rayyan, pelik.

"Tak payahlah takut sangat! Air dalam kolam ni bukannya dalam pun! Aku boleh naik sendiri lah tadi!" Pecah ketawa Iffa.

"Hek, eleh! Mana aku tau air dalam ni tak dalam. Kalau tak takde lah aku jadi hero tiba-tiba selamatkan kau!" balas Rayyan dengan bengang.

"Alololo. Merajuk ke?" Iffa ketawa melihat wajah Rayyan yang seakan merajuk.

Rayyan tersenyum apabila matanya disapa dengan lesung pipit Iffa yang telah menawan hatinya sejak pertama kali dia lihat.

"Kau pun ada dimple?" tanya Iffa terkejut pada Rayyan apabila ternampak lesung pipit Rayyan semasa Rayyan senyum.

"Haah. Kenapa?"

"Biasanya kan, kalau lelaki ada dimple ni mesti comel! Macam kau!" Puji Iffa secara tidak sedar.

Rayyan terkedu.

Iffa yang melihat wajah Rayyan seakan terkejut dia turut sama terkejut. Baru dia sedar yang dia baru terlepas puji Rayyan. "Sorry." Iffa juga baru sedar yang tangannya berada di leher Rayyan. Cepat-cepat, tangannya diturunkan dan dia segera naik ke atas melalui tangga.

Rayyan melihat Iffa menyambung kerjanya yang tergendala tadi. Dia sembunyi senyum melihat wajah Iffa yang mulai naik kemerah-merahan. 'Malu kot!'

"KAU nak apa?!" soal Iffa bengang apabila Aidil menarik tangannya dan membawanya ke padang. Dia melepaskan tangannya dengan geram.

"Aku nak kau couple dengan aku!" jawab Aidil sinis.

"Hah?" Iffa terkejut. "Kau gila ke apa? Aku tak nak!" Menyirap darahnya apabila mendengar jawapan dari Aidil.

Aidil melangkah ke arah Iffa setapak demi setapak. Tangannya naik mencengkam kuat tangan Iffa. "Aku cakap nak! Jadi kau tak boleh cakap tak! Mulai, dari hari ni aku dan kau couple."

BUK! Dengan sekelip mata badan Aidil tersemban ke atas tanah selepas menerima tumbukan padu daripada Rayyan.

"Kau apahal?!" Aidil bingkas berdiri. Dia memandang tepat ke arah wajah Rayyan yang kelihatan sungguh marah.

"Kalau aku nampak kau sentuh Iffa lagi, siap kau!" Keras suara Rayyan saat memberi amaran pada Aidil yang tepi bibirnya telah berdarah.

"Kau siapa nak halang aku? Kau siapa pada Iffa?" tanya Aidil sambil terukir senyuman sinis di bibirnya.

"Dia boyfriend aku!" jawab Iffa bagi pihak Rayyan. Mereka berdua telah bercinta selama dua bulan.

"So? Macam ni lah, kau orang rahsiakan je hubungan kau orang ni dan aku dan Iffa akan berpura-pura couple depan orang ramai. Setuju?" Wajah Iffa dan Rayyan dipandang silih berganti.

"Kenapa pula?" tanya Rayyan geram. Rahangnya bergerak-gerak menahan marah.

"Kawan aku challenge aku supaya couple dengan Iffa jadi aku terima challenge tu. Jangan risau, aku dan Iffa akan pura-pura je. Aku takkan sentuh Iffa. Cukup Iffa mengaku yang dia dan aku couple. Aku tak nak KALAH depan kawan-kawan aku." jawab Aidil lagi sambil menekan perkataan 'kalah' dengan tegas. Siapa je di Sekolah Menengah Kampung Jaya tak kenal Aidil yang takkan sesekali kalah dengan sesiapa.

"Kalau aku tak bagi?" Rayyan cuba menduga Aidil.

"Iffa akan terima padahnya. Kau tau kan siapa aku dan seluruh sekolah ni tahu siapa aku." Sinis Aidil membalas pertanyaan Rayyan.

"Fine! Iffa akan berpura-pura couple dengan kau! Tapi kalau aku dapat tau kau apa-apakan Iffa, sentuh Iffa sikit pun, aku rasa kau pun tau apa aku boleh buat!" Tegas Rayyan membalas tanpa bertanya pada Iffa, tuan punya badan.

"Deal!" Aidil tersenyum gembira apabila kemenangan akan berpihak kepadanya tidak lama lagi. Kakinya melangkah pergi dari situ meninggalkan Iffa dan Rayyan.

"Apa ni Ray?!" Bentak Iffa geram. Suka hati Rayyan je setuju tanpa bertanya padanya.

"Kau tahu kan Aidil tu boleh buat apa-apa je. Aku tak nak apa-apa jadi pada kau!" jawab Rayyan.

Iffa membisu. Nak tak nak, dia terpaksa akur dengan 'arahan' Aidil.

Enjoy your reading (:

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience