DC 5 : Patah hati

Drama Completed 34715

"Dah sampai planet mana Karl? Jauh termenung tu?" soal Calina, sedang berdiri di pintu bilik Raykarl.

"Takde apa lah ma. Masuklah, ma." Pelawa Raykarl pada Calina.

Calina melangkah masuk ke dalam bilik anak bujangnya dan menghampiri Raykarl. Dia melabuhkan punggungnya ke atas katil di sebelah Raykarl.

"Karl teringat dekat...?"

"Taklah!" Pantas Raykarl memotong percakapan Calina. Dia tahu Calina ingin menyebut nama Farina.

"Habis tu? Pasal Iffa ke?" Soal Calina sambil sembunyi senyum.

"Haah. Karl kesian dekat Iffa tu ma. Dia dah empat tahun bercinta dengan suami orang tapi dia tak tahu. Tiga tahun dia bercinta dengan Aidil dari zaman sekolah tapi yang keempat tahun dia dah kena tipu. Tujuh tahun dia setia dengan Aidil." jawab Raykarl yang berasa simpati pada Iffa.

"Betul tu. Nak buat macam mana bukan jodoh dia kan." balas Calina. Dah dua jam mereka balik dari rumah Iryan.

Dua jam sebelum itu,

"Papa!" Iffa dan Isya mendapatkan Iryan yang terbaring di atas lantai.

"Sini kau!" Aidil menarik tangan Iffa dan ditariknya Iffa sehingga ke pintu rumah Iryan tanpa sempat Iffa menghalang.

"WOI!" Raykarl yang baru sahaja sampai di rumah Iryan bersama dengan Calina itu segera membuka pintu rumah Iryan sebaik sahaja terdengar bunyi orang menjerit. Nasib, pintu rumah tak berkunci. Niat mereka datang ke rumah Iryan adalah kerana ingin melawat Iffa yang demam.

Pantas tangan Raykarl merampas semula tangan Iffa dari dicengkam oleh Aidil tanpa sedar. "Kau nak bawa dia pergi mana?!"

"Kau siapa?!" soal Aidil keras. "Ehh, kejap. Kau bukan..."

"Aku bakal suami Iffa Irdina." jawab Raykarl memintas percakapan Aidil.

Iffa, Calina, Isya dan Iryan terkejut mendengar pengakuan Raykarl. Perlahan-lahan Iffa menurunkan tangannya dari pegangan Raykarl.

"Betul ke lelaki ni bakal suami you?" soal Aidil sambil bibirnya mengukirkan senyuman sinis.

"Betul. He will be my husband." jawab Iffa perlahan tapi masih dapat didengari oleh semua yang berada di situ.

"I tak percaya! You tipu kan?!" Aidil berjalan menghampiri Iffa namun belum sempat dia ke arah Iffa, Raykarl lebih cepat mencengkam kolar bajunya dan diheret sehingga keluar dari rumah Iryan. "Jangan kau jejak kan lagi kaki kau dalam rumah ni! Walau di pintu pagar sekalipun!" Keras suara Raykarl memberi amaran pada Aidil.

Dengan riak wajah yang bengang Aidil bingkas berdiri dan berlari pergi dari situ.

"Iffa?" Sebaik sahaja Raykarl masuk ke dalam rumah Iryan semula Iffa telah tiada di ruang tamu dan selepas itu baru Isya menceritakan perkara yang sebenar pada Raykarl dan Calina.

SEMAKIN hari kesihatan Iffa semakin merosot. Aidil sudah tidak datang ke rumah Iryan tapi telefon Iffa selalu berdering kerana ada panggilan dari Aidil yang tak henti-henti memujuknya.

Iffa termenung ke luar tingkap. Hanya itu rutinnya setelah mengetahui bahawa Aidil telah beristeri dan menipunya. Kafenya pun sudah tidak dibuka selama seminggu.

Patah hatinya apabila Aidil sanggup memperlakukannya sebegitu. Dia tiada selera makan dan kadang-kadang dalam sehari tiada langsung makanan yang masuk ke dalam mulutnya walaupun beberapa kali dipaksa oleh Iryan dan Isya.

Kalau makan pun tak kenyang, mandi tak basah dan tidur tak lena.

"Ir, makan sikit nak." Pilu hati Isya sebagai seorang ibu tatkala melihat satu-satunya anaknya dalam keadaan seperti mayat hidup.

"..." Tiada apa-apa balasan dari Iffa. Pandangannya masih di luar tingkap.

"Ir! Sampai bila Ir nak macam ni?" soal Isya yang mulai sebak.

Apabila sekali lagi tiada balasan dari Iffa dia hanya meninggalkan bubur dan air suam di atas meja. Setelah itu, kakinya dibawa berjalan keluar dari bilik Iffa.

TANGAN Raykarl naik melonggarkan tali lehernya dan kolar bajunya dibawa naik ke atas. Lengannya di singsing hingga ke paras siku. Manakala, bajunya dibawa keluar dari seluar.

Nampak penat sungguh gayanya.

Tiba-tiba telefonnya berdering menandakan ada panggilan masuk. Tangannya segera menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan telefon. Dia menyambungkan panggilan itu.

"Hello, Karl!" Suara cemas Isya kedengaran di sebalik telefon pintarnya.

"Kenapa ni mummy?" soal Raykarl yang turut cemas.

"Iffa! Iffa kunci diri dia dalam bilik air! Tolong datang sini Karl!" Isya sudah mulai menangis.

"Kejap, Karl datang sana!" Raykarl segera mematikan panggilan dan kakinya dibawa laju keluar dari biliknya dan menuju ke bilik mamanya, Calina. "Mama!"

"Kenapa ni, Karl?" tanya Calina risau saat melihat wajah Raykarl yang cemas.

"Tadi mummy call Karl dan bagitau yang Iffa kunci diri dalam bilik air! Karl nak pergi sana selamatkan Iffa. Karl pergi dulu ya, ma!" Raykarl terus memecut keluar dari bilik Calina dan rumah saat melihat Calina menganggukkan kepalanya.

"IFFA buka!" jerit Raykarl di luar pintu bilik air milik Iffa.

"Pergilah! Tinggalkan aku! Aku benci semua orang! Aku benci diri aku! Kenapa aku terjatuh cinta dekat jant*n tak guna tu?! Kenapa aku lambat sedar?" Teresak-esak Iffa menjawab dari dalam bilik air bersama dengan tangisannya.

Perlahan-lahan kakinya dibawa masuk ke dalam tab mandi yang telah diisi dengan air dan direndam badannya ke dalam tab mandi sehingga tenggelam badannya.

"Iffa!" Raykarl tidak menunggu lama. Dia segera menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan kad yang tiada lagi kegunaan padanya dan menyelitkan disebalik pintu bilik air Iffa.

"Iffa!" Setelah berjaya dibuka, Raykarl segera masuk ke dalam bilik air dan matanya terpaku melihat Iffa yang telah tenggelam di dalam tab mandi. Dia segera mencempung badan Iffa dan dibawanya keluar dari situ.

"DOKTOR cakap keadaan Iffa dah stabil cuma air banyak masuk dalam hidung. Biar Iffa rehat cukup-cukup dan jangan push emosi dia." Pesan Raykarl pada Isya dan Iryan.

"Thank you sebab datang Karl. Mummy tak sangka Iffa sanggup buat macam tu." Luah Isya yang sedang duduk di sisi Iryan.

"Sabar mummy. Karl balik dulu, ya?" Pinta Raykarl.

"Boleh tak... Karl tolong mummy?" soal Isya yang menanti dalam debaran. Dia tahu soalannya ini agak tak masuk akal.

"Apa?"

"Tolong jadikan Iffa peneman hidup Karl sehingga akhir nafas Karl boleh?"

Enjoy your reading ^~^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience