ENAM BULAN KEMUDIAN,
"Hubby..." Meleret suara manja Iffa memanggil Rayyan. Muncung sedepanya dikeluarkan apabila Rayyan melangkah mendekatinya.
"Kenapa ni love? Panjangnya muncung tu!" Usik Rayyan bersama ketawa kecil melihat gelagat isterinya itu yang sejak mengadung ini ada sahaja karenahnya. Tangannya naik melingkar di pinggang Iffa.
"Tengok tu." Jari telunjuknya ditunding ke arah cermin besar yang memantulkan dia dengan perutnya yang semakin besar dan suaminya yang lebih tinggi darinya.
"Kenapa dengan cermin?" Soal Rayyan tidak mengerti apa yang ingin disampaikan oleh Iffa dan dia merapatkan jarak antara mereka berdua sehingga badannya dan perut besar Iffa bertembung.
"Love dah gemuk." Adu Iffa pada Rayyan sambil jari-jemarinya memintal-mintal hujung baju Rayyan.
Rayyan yang mendengar jawapan yang keluar dari bibir Iffa itu menahan tawanya dari terletus. Anak matanya mengamati wajah comel Iffa. Pipi Iffa semakin tembam dan Iffa juga semakin berisi sejak mengadungkan anak mereka berdua.
"Betul kan?" Tanya Iffa pada Rayyan apabila melihat anak mata Rayyan tidak lepas dari memandangnya. "Sebab tulah hubby tengok je kan, muka love ni?"
"Look at me, love." Tangan Rayyan naik menyentuh kedua-dua belah pipi Iffa dan dihalakan ke hadapan supaya anak mata Iffa dan dia bertembung. "Hubby pandang love sebab love comel, cantik. Bukan sebab love gemuk. Kalau gemuk pun hubby tak kisah sebab yang gemuk tu ialah isteri hubby dan ibu kepada anak hubby atau lebih tepat lagi, seseorang yang berada di hati hubby. Don't worry, okey?" Tangan Rayyan diturunkan dan menarik tapak tangan Iffa rapat ke dadanya. "Allah dah ukirkan nama love di hati hubby dan sampai bila-bila nama love akan kekal di hati. Hubby takkan padam nama love apatah lagi buang nama love dari hati hubby. Kan, hubby pernah cakap sebelum ni?" Sebelah tapak tangan Rayyan menyentuh pipi Iffa dan mengusap perlahan. "Sekali love masuk dalam hati hubby, maka selama-lamanya hubby akan kunci dan kurung love dalam hati hubby. You're my first love dan takkan ada sesiapa yang dapat ubah hakikat tu. Datanglah, badai atau angin taufan sekalipun di hati ni hanya ada love dan kasih sayang ni takkan pernah putus untuk love. Hubby selalu ingatkan diri hubby ni yang love ialah pertama dan terakhir di hati hubby, takkan ada sesiapa yang dapat gantikan tempat love walau datang berjuta perempuan sekali pun. Sebab hanya love yang istimewa di hati hubby, selepas mama. So, kalau love gemuk sekali pun hubby tak kisah. Hubby akan jaga love selagi hubby bernafas di atas muka bumi ini." Rayyan tersenyum ceria apabila melihat wajah Iffa mulai naik kemerah-merahan selepas mendengar dia berkata sedemikian. "Always remember that, love." Anak mata berwarna hitam milik Rayyan membolos masuk ke dalam anak mata berwarna coklat milik Iffa.
Iffa tersenyum malu mendengar semua kata-kata yang keluar dari bibir Rayyan itu. Hatinya bagai dipenuhi dengan bunga-bunga indah dan dia semakin jatuh cinta pada Rayyan. "Eiii, kenapa mulut ni manis sangat?" Jari Iffa naik mencubit geram kedua-dua belah pipi Rayyan.
"Dah jom duduk, sakit kaki pula nanti." Ajak Rayyan sambil tangannya menarik Iffa dengan berhati-hati ke arah katil dan mereka berdua melabuhkan punggung masing-masing ke atas tilam. Rayyan dan Iffa sama-sama menyandarkan badan ke kepala katil sambil menggenggam erat tapak tangan masing-masing.
"Assalamualaikum, baby." Tiba-tiba sahaja Rayyan mendekatkan wajahnya ke hadapan perut Iffa dan tapak tangan Rayyan naik dilekapkan ke atas perut Iffa sambil mengusapnya perlahan. "Abah nak pesan ni. Baby dalam tu elok-elok tau. Jangan susahkan ibu. Nanti bila baby keluar jadi penyejuk hati ibu dan abah tau. Abah dan ibu sayang baby sangat-sangat!" Satu kucupan dilabuhkan ke atas perut Iffa dengan cukup lama.
"Hubby, boleh tak hubby dodoikan love? Love mengantuk dah ni. Hubby pun jangan tidur lewat tau." Pesan Iffa sambil membaringkan badannya ke atas tilam.
"Okey love." Rayyan membaringkan badannya di sebelah Iffa dan ibu jarinya naik mengusap lembut dan perlahan di antara dahi dan hidung Iffa sambil bibirnya terkumat-kamit mendodoikan Iffa dengan zikir penenang hati. Itulah, yang diminta Iffa padanya setiap kali ingin melelapkan mata dan merdu suara Rayyan membuatkan Iffa akhirnya, tidur.
~La Ilaha illallah
La Ilaha illallah
La Ilaha illallah
Muhammadur rasulullah
Ya zaljalali wal ikram
Ya zaljalali wal ikram
Ya zaljalali wal ikram
Amitna 'ala dinil islam~
Diulang-ulang, zikir itu sehingga dia pun tertidur di sebelah Iffa.
"HUBBY, sini kejap." Panggil Iffa pada Rayyan yang baru sahaja melipat sejadah mereka berdua selepas menunaikan solat fardhu subuh sebentar tadi.
"Why?" Rayyan melabuhkan punggungnya ke atas katil di sebelah Iffa.
"Love dah banyak susahkan hubby ke? Dengan perangai love yang kadang-kadang manja macam budak-budak. Lepastu, mengada minta kasih sayang dari hubby. Mesti hubby bosan dengan love, kan?" Iffa meluahkan apa yang dia rasa selama ini dengan sikapnya.
"No, love. Sesaat pun love tak pernah susahkan hubby dan hubby takkan pernah bosan untuk layan perangai manja love, perangai love yang macam budak-budak dan love tak pernah mengada minta kasih sayang dari hubby. Even, hubby sendiri yang akan beri kasih sayang hubby pada love walau love tak minta pun." Tapak tangan Iffa diraih dan dirapatkan ke dadanya. "Hubby ni suami love dan love isteri hubby. Dah jadi tanggungjawab hubby untuk beri love kasih sayang hubby dan hubby takkan pernah penat nak layan perangai love. Hanya Allah yang tahu betapa hubby sayang dan cintakan love. Allah tahu segala yang terbuku di hati hubby. Allah tahu isi hati hubby dan Allah juga tahu nama love ada dalam hati hubby." Usai berkata sedemikian, satu kucupan dilabuhkan ke dahi Iffa dengan cukup lama dan penuh kasih. Dia takkan pernah berhenti dari terus mencintai Iffa dan semakin hari cintanya pada Iffa kian bertambah dan semakin kuat.
"Sorry sebab cakap macam tu." Ucap Iffa pada Rayyan setelah Rayyan melepaskan dahinya. Kepalanya dilentokkan ke bahu Rayyan sambil tangannya membalas genggaman erat tapak tangan Rayyan pada tapak tangannya. "Thank you, sebab hubby tak pernah bosan dan penat layan perangai manja love. Thanks, hubby. Hubby nak tahu sesuatu tak? Hampir setiap saat hubby buat love jatuh cinta pada hubby berkali-kali. Hubby buat love rasa bahagia dan kehadiran hubby dalam hidup love buatkan hidup love bertambah warna-warni. I'm deeply love you, hubby." Genggaman tapak tangan Rayyan pada tapak tangannya semakin dieratkan.
"And I love you, no matter what happen in my life." Balas Rayyan pula seraya satu kucupan dilabuhkan ke ubun-ubun Iffa dengan penuh cinta dan kasih sayang.
Happy reading guys Thank youuuu
Share this novel