DC 1 : Tujuh tahun

Drama Completed 34715

Senyuman manis menghiasi bibirnya sehingga menampakkan lesung pipitnya. Rancak kakinya melangkah turun ke bawah melalui tangga. Dia menapak ke meja makan.

"Amboi! Happy semacam nampak?" Tegur Isya, mummy kepada Iffa setelah Iffa selamat melabuhkan punggungnya ke atas kerusi di meja makan.

"Mestilah, happy mummy! Hari ni birthday Aidil!" Jawab Iffa teruja.

"Aidil, Aidil, Aidil! Bila kau orang dua nak kahwin? Bila Aidil nak masuk meminang Ir?" Ir ialah panggilan manja Iffa. Soalan yang sama kembali ditanya kepada Iffa.

"Mummy, still soalan yang sama? Mummy boleh tanya Aidil sendiri jangan tanya Ir."

"Mummy dah tanya Aidil but still takde apa-apa tanda pun. Aidil ni sebenarnya serious ke tak dengan Ir?" Tanya Isya lagi.

"Don't ask me mummy. Ask Aidil. Tapi yang Ir tahu dan yang Ir pasti Aidil ikhlas cinta dan sayangkan Ir." Jawab Iffa lagi.

"Tu jelah, jawapan Ir. Dah tujuh tahun bercinta tapi takkan ke mana pun selagi takde apa-apa usaha untuk menghalalkan pasangan."

"Betul cakap mummy tu Ir. Papa harap Ir dan Aidil dapat ke hubungan yang lebih halal." Sampuk Iryan pula papa kepada Iffa.

"Insyaallah pa, mmy." Iffa hanya membalas dengan senyuman pahit.

"HAI! Happy birthday you!" ucap Iffa pada Aidil yang baru sahaja tiba di kafe itu.

"Thank you sayang! Macam mana kafe hari ni? Ada orang?" soal Aidil pada Iffa yang sentiasa tersenyum manis buat dirinya.

"Mestilah ada! Kenapa you tanya pasal kafe pula ni? Hari ni birthday you jadi I fikir kita sambut di kafe ni jelah. So, apa pendapat you?" soal Iffa pula meminta kepastian.

"I follow je. Asalkan you ada." Lirik mata Aidil dilarikan dari terus menatap wajah manis milik Iffa apabila matanya disapa oleh wajah kelat milik Isya. Siapa lagi kalau bukan mummy Iffa yang cukup tak suka akan dirinya.

"Aidil? Aidil pun ada dekat sini? Aunty nak tanya sikit ni."

"Tanyalah. Apa? Banyak pun boleh aunty." Aidil tahu soalan apa yang bakal ditanya oleh Isya.

"Bila Aidil nak masuk meminang Iffa? Halalkan Iffa? Sekurang-kurangnya, bertunang. Kau orang berdua boleh bertunang." Dah lebih ratusan kali Isya tanya soalan itu pada Aidil.

"Aidil belum cukup duit lagi aunty. Aidil nak jaga anak dara orang bukan nak jaga lembu ke apa ke." jawab Aidil cukup pedas.

"Are you serious? Don't make me curious. Dah tujuh tahun kau orang berdua bercinta. Takkan masih tak cukup duit lagi? Lagipun, Aidil kan dah ada gallery sendiri? Atau... Aidil dah ada orang lain?"

"Mummy...!" Iffa menghalang Isya dari terus menuduh Aidil, kekasih hatinya.

"What? Aidil dengar ni baik-baik ya, aunty takkan serahkan Iffa Irdina pada Aidil selagi Aidil belum bersedia pikul tanggungjawab sebagai seorang suami. Never!" Sambung Isya seraya matanya menjeling tajam pada Aidil yang sedang berdiri di hadapannya.

Aidil mati kata. Dia tak tahu nak balas apa dengan statusnya sekarang ini.

"LAMA dah ke awak tunggu saya?" Soal Farina pada Raykarl yang sedang duduk di salah satu bangku di taman itu. Tempat mereka berdua selalu berjumpa dan tempat mereka berdua pertama kali bertemu.

"Tak juga. Saya faham. Awak kan pengurus hotel." Jawab Raykarl seraya tersenyum.

"Thank you sebab faham Doktor Raykarl." Balas Farina pula dengan sedikit ketawa.

"Saya sebenarnya ada nak tanya awak sesuatu." Wajah Raykarl berubah serius.

"Apa?" Saat ini jantungnya berdebar hebat. Dia takut melihat wajah serius Raykarl dan dia juga takut rahsianya telah terbongkar.

"Jom kahwin, nak? Saya dah bagitau mama dan baba saya. Mama dan baba saya akan datang pinang awak hari sabtu ni. Itupun, kalau awak setuju." Jawab Raykarl membuatkan jantung Farina seakan berhenti.

"What??? Kenapa awak buat macam tu? Kenapa awak tak tanya saya dulu?!" Keras suara Farina bertanya. Naik geram dia dengan sikap Raykarl walaupun dia tahu Raykarl tak salah.

"Sebab tulah saya tanya awak sekarang ni. Dah nak dekat setahun kita bercinta. Saya..." Raykarl terhenti. Dia tak sanggup nak meneruskan ayatnya kerana dia tahu jika dia sambung ianya akan mengguris hati Farina, perempuan yang dia sayang dan cinta.

"Saya apa?" Tajam mata Farina memandang Raykarl.

"Saya dah tak sanggup nak teruskan hubungan yang haram. Hubungan yang salah. Bercinta ni salah. Saya dah tak sanggup." Luah Raykarl mengeluarkan apa yang terbuku di hatinya.

"Jadi awak nak putus?!" Panas telinganya mendengar luahan Raykarl.

"Iya. Tapi itu tak bermaksud yang saya tak cintakan awak. Saya sayang dan cintakan awak. Kita bertunang, nak?" Soal Raykarl lagi tapi dengan lebih berhati-hati.

"Stop! Saya tak nak dengar apa-apa lagi yang keluar dari mulut awak!"

"Salah ke saya nak halalkan awak dan nak hentikan hubungan yang salah ni?" Pilu hati Raykarl apabila Farina menunjukkan reaksi yang dia marah.

"Diam! Awak cakap awak nak putus kan?! Okey, kita putus. Jangan jumpa saya lagi kalau tak awak takkan jumpa saya sampai bila-bila!" Farina bingkas berdiri setelah memberi amaran pada Raykarl. Kakinya dibawa pergi dari situ dengan segera tanpa memandang wajah Raykarl yang dah begitu terluka kerana dirinya.

Dia boleh je nak bertunang dengan Raykarl tapi...dia ada sebab dan alasan yang kukuh kenapa dia tak boleh nak bertunang dengan Raykarl.

Enjoy Happy reading ^~^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience