DC 29 : Jawapan

Drama Completed 34715

LIMA BULAN KEMUDIAN,

PRANG!

Secara tidak sengaja tangan Iffa terlanggar bingkai gambar pernikahan dia dan arwah suaminya, Raykarl dan bingkai gambar pernikahan mereka berdua jatuh ketika dia meletakkan semula di atas meja.

"Astaghfirullah hal 'azim!" Tangannya cepat-cepat mengutip semula bingkai gambar pernikahan itu. Nasib, tak pecah! Namun, sekeping kertas yang berada di belakang bingkai menarik perhatian Iffa.

Pantas tangan Iffa menarik sekeping kertas itu dan mengeluarkannya. Bibirnya mula bergerak membaca satu-persatu tulisan di atas kertas itu.

-Daripada abang, kepada sayang Humaira yang abang sayang dan cintai.

Abang tulis surat ni pada malam abang mimpi abang serahkan sayang Humaira pada abang kandung abang, Rayyan Ridzuan, bekas kekasih sayang Humaira dan abang tinggalkan sayang Humaira dengan abang Yan.

Sayang Humaira, nak tau sesuatu tak? Sayang Humaira ialah seorang perempuan yang diamanahkan oleh abang Yan pada abang supaya menjaga, menyayangi dan mencintai sayang dengan sepenuh hati abang.

Sebelum abang Yan pergi ke London dia ada pesan dekat abang supaya nikah dengan sayang Humaira. Memang sebelum ni abang ada bekas kekasih dan masa tu abang tak ambil kisah sangat pasal janji abang pada abang Yan. Tapi lepas abang dan dia putus masa tu juga, Allah pertemukan kita berdua dan abang teringat akan janji abang pada abang Yan yang abang akan jaga sayang.

Jadi sebab itulah abang masuk meminang sayang Humaira. Abang jujur dan ikhlas sayang dan cintakan sayang. Abang jatuh cinta dengan sayang Humaira sejak dari hari kita berdua nikah.

Abang sayang dan cintakan sayang Humaira.

Abang tak kisah kalau sayang Humaira cintakan abang sebab muka abang hampir sama dengan muka abang Yan ke atau sayang Humaira betul-betul cintakan abang. Tapi abang mula yakin yang sayang cintakan abang bukan sebab muka abang hampir sama dengan abang Yan selepas kita lalui hari-hari bahagia bersama.

Kalau selepas ini abang Yan datang balik dalam hidup sayang, abang harap sangat yang sayang akan mulakan hidup baru bersama dia semula dan jalani kebahagiaan bersama dengan abang Yan.

I love you, sayang Humaira.-

Air mata yang membanjiri wajahnya dihiraukan sahaja. Maksudnya, selama ini dia adalah amanah dari Rayyan pada arwah suaminya, Raykarl? Maksudnya, selama ini Raykarl tahu bahwa dia pernah bercinta dengan Rayyan?

Otaknya tika ini perlukan penjelasan. Banyak persoalan yang terlintas di fikirannya masih belum terjawab. Dia perlukan jawapan tentang apa yang berlaku pada Rayyan lima tahun lepas.

"ADA apa awak nak jumpa saya? Rindu ke? Minggu depan kita nikah dah dan lepastu awak boleh tengok muka saya yang handsome ni hari-hari dah." Sepatutnya mereka berdua telah lama nikah tapi disebabkan luka di bahagian perut Rayyan masih belum sembuh mereka tangguhkan sehingga lima bulan.

"Saya perlukan jawapan." jawab Iffa seraya tangannya meletakkan surat yang dibacanya tadi ke atas meja di hadapan Rayyan.

"Jawapan?" Tangan Rayyan pula naik mencapai kertas yang diletakkan oleh Iffa ke atas meja dan mula membaca satu-persatu tulisan di atas kertas itu. Setelah itu, dia meletakkan semula kertas itu ke atas meja seraya sepasang anak matanya menatap wajah Iffa yang tiada reaksi itu.

"Jawapan apa yang awak nak Dina?"

"Aku nak tahu apa yang jadi dekat kau masa lima tahun lepas? Masa kau tinggalkan aku?" Iffa membalas tatapan Rayyan.

"Saya ada masalah sikit dengan baba saya." Anak mata Rayyan dilarikan dari terus menatap wajah Iffa dan wajahnya kini bertukar tegang. Sungguh, dia tak nak langsung bercakap mengenai hal lima tahun lepas yang baginya kisah hitam buat dirinya.

"Ouh..." Iffa mati kata setelah melihat wajah tegang Rayyan. Patutlah, semasa dia pergi ke rumah Ridzuan dan Calina tidak pernah dia nampak Rayyan mahupun Ridzuan bercakap!

"Kalau takde apa-apa lagi saya balik dulu. Awak pun pastikan balik rumah dan ready for next week melainkan, awak tak percayakan saya." Rayyan bingkas berdiri untuk keluar dari kafe.

"Ehhh, kejap!" Iffa turut berdiri seraya menghalang Rayyan dari terus melangkah pergi dari situ. "Kau marah aku ke Ray?" tanya Iffa dengan hati yang berdebar. Lupa terus semua persoalan yang terlintas di fikirannya!

Pandangannya dialihkan semula memandang wajah Iffa. "Tak. Saya tak marah awak cuma saya takut kalau suatu hari nanti awak tak percaya saya. Itu je."

"Aku janji yang aku akan sentiasa percayakan kau walau macam mana keadaan pun." Ucap Iffa dengan yakin sambil matanya menghantar pandangan redup pada Rayyan.

"Janji?" Teragak-agak untuk Rayyan percaya bahwa Iffa telah percayakan dirinya.

"Aku janji. Dahlah, I love you. Byeee!" jawab Iffa seraya kakinya pantas berlari pergi dari situ setelah menuturkan ayat terakhirnya namun sempat juga tangannya mengambil semula kertas yang ditulis oleh arwah suaminya, Raykarl.

Rayyan tersenyum mendengar jawapan Iffa lagi-lagi ayat terakhir Iffa!

"Dina tunggu!" Laung Rayyan seraya kakinya bergerak pantas mengejar langkah kaki Iffa.

-Percaya dan janji perlukan kejujuran dan tanpa kejujuran percaya akan punah begitu juga dengan janji akan hancur-

Enjoy your reading ^~^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience